manggester

Saturday, April 30, 2011

pisang itu bukan pisang goreng

aku curi gambar ini~

disuatu petang yang hening.

leka aku berfesbukin. deruman enjin motor memasuki ruang garaj rumah kedengaran. salam diberi dan munculnya seorang rakan ku yang baru pulang.

" ni ada pisang ni. makan lah", pelawa beliau.

aku yang masih seronok memicit-micit tikus hanya diam tanpa menghiraukan lawaan itu. tetapi dalam kotak pemikiran aku sudah terbayangkan pisang goreng tepi parit tempat lokasi kegemaran aku.

"eh, makan lah pisang ni", lawanya sekali lagi.

aku memang pantang kalau orang memperlawa dua kali. lagipun kesedapan pisang goreng itu mula terasa dalam mulutku. terus aku bangun dari bangku keras aku. ke-esaited-an aku itu terbantut apabila imej pisang goreng tiba-tiba lenyap dari kotak pemikiran aku.

" lah. aku ingatkan pisang goreng. rupanya pisang belum goreng", keluh aku.
" memanglah. siapa pula cakap pisang goreng", balas rakan ku itu.

aku pun mencapai sebiji pisang itu dan mengupasnya. pisang pun pisang lah. asalkan boleh dikunyah.

pertama kali ada pisang mentah dirumah sewaku.


:: bukan semua pisang itu pisang goreng.
:: bersyukur dengan apa yang ada.
:: pisang goreng memang sedap dimakan diwaktu petang. tambahan pula dicicah dengan sambal kicap.

Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type

nak join? klik sini


kehadapan kawan-kawan sekuliahku yang dikasihi. tinggal beberapa hari saja lagi kita boleh berkumpul dan bergosip-gosip secara live. tinggal beberapa hari saja lagi kita boleh menpuk tampar secara body to body. tinggal beberapa hari saja lagi kita boleh bergelak ketawa bersahut-sahutan. kerana kita akan meninggalkan tempat ini dan mencari haluan masing-masing. melata diatas bumi mencari sesuap nasi buat diri serta demi orang yang tersayang. kita pernah rasa bahagia bersama, kita pernah rasa derita bersama. anggap lah ini satu kenangan buat selama-lamanya. semoga jalinan suci kita akan terus terjalin dengan eratnya. bak kata tivisembilan 'jauh dimata dekat dihati'. salam sayang penuh mesra dari mangges~

saya nak join bloglist aziluzdanhidupnya



aku dengan suka hati aku nak join bloglist beliau

aku nak taip sikit je sebab aziluz suruh taip sikit saja.

benda pertama yang aku pandang bila buka blog aziluz ialah..sebenarnya aku tak terpandang apa-apa pun. sebab biasanya aku akan buka dengan menggunakan new tab. so, memang tak nampak apa-apa kecuali dashboard aku. tetapi aku ada terdengar sesuatu lagu yang mengingatkan aku zaman sekolah dulu. lagu Creep by Radiohead. dulu memang gila-gila nak hafal lagu orang putih. konon-kononnya nampak kool sikit. padahal aku lagi nampak kool bila boleh hafal lagu alhamdulillah by malique joe flizzow dan dian sastrowordoyo. tapi memang aku hafal sikit-sikit lagu creep ni sebab muziknya best.

dan pada pendapat aku aziluz ini adalah seorang perempuan. keranan berdasarkan kepada pengamatan aku terhadap gaya penulisannya seolah-olah menggambarkan beliau seorang wanita.

:: walaupun blog nya tertulis hampas, tetapi aku rasa penulisannya amat baik dan menarik.

Friday, April 29, 2011

Hari tua Icha | Edisi muda lagi lah~


happy birthday icha. disini 'asu' nak ucapkan selamat menyambut hari kelahiran buat yang kedua kalinya kepada Nurarissa Kaisara. walaupun icha tak boleh baca blog asu ni, tapi asu tetap nak buat entry ini. sebab nanti bila icha dah besar, icha boleh jadi blogger juga. ahahaha.


:: gambar-gambar icha dicuri dari fesbuk ibunya tanpa kebenaran langsung.

Satu London makan nasi minyak hari ini



29 April 2011 satu lagi sejarah bakal tercipta. perkahwinan DiRaja diantara Putera William dan Kate Middleton bakal dilangsungkan. ini bermakna satu London akan dijamu dengan nasi minyak atau pun nasi hujan panas sempena majlis perkahwinan ini. err. aku tak tahu la di London kalau kenduri makan nasi minyak atau tidak, tapi aku teka-teka saja. kah kah kah.

layan gambar saja lah. malas aku nak taip sebab aku ada paper petang ini.



:: paper terakhir menandakan aksi terakhir aku di dewan peperiksaan uThm.

Thursday, April 28, 2011

Lagu khas untuk Udin seluruh dunia | Edisi Menyembur


aku tuang susu HL ke dalam cawan. terbayang aku seperti Remy Ishak yang dituangkan susu HL oleh Maya Karin ala-ala filem 'Cun'. ku bawa kehadapan komputer peribadiku. sambil berfesbuking aku sempat menonton video ini sambil meneguk susu tersebut. setelah beberapa saat video ini di-play-kan, hampir-hampir susu yang belum habis ditelan olehku itu tersembur ke skrin komputer ku. ini semua gara-gara udin. cuba korang layan video ini.



bangkai betul la. serius lawak gila. rasa macam nak lempang laju-laju saja muka mamat ni. haha.


:: layan filem cun memang cun lah!
:: Faezah Elai memang best dalam filem tu.

Wednesday, April 27, 2011

ibu pesan tulis bulat-bulat~


petang nanti aku akan memulakan peperiksaan kertas pertama aku untuk semester ini. subjek pengurusan dan penjimatan tennaga. bunyi macam senang saja. tutup lampu tutup kipas kalau tidak digunakan itu lah penjimatan tenaga. tapi ianya tidak seperti yang disangka. tenaga adalah sesuatu yang agak rumit untuk diperjelaskan.

'energy is the single most important problem facing humanity today' kata pemenang anugerah nobel 1996, Richard Smalley. betul kata-kata dia itu. tenaga merupakan sesuatu yang amat penting. kerana tanpa tenaga dalam badan maka kita tidak mampu membuat apa-apa. selain itu tanpa tenaga juga kereta tidak boleh bergerak. tenaga ini umpama duit. atau money is energy. konsep yang mudah. dengan adanya duit semua boleh jadi.

jadi sempena nak menghadapi peperiksaan ini aku pun menelefon ibunda dan ayahanda aku yang jauh dimata dekat dihati. haha. dan pesanan yang sudah menjadi trademark ibu aku adalah 'tulis bulat-bulat dan banyakkan baca ayat seribu dinar'. maksudnya kalau menulis jawapan nanti biarlah kemas dan bulat-bulat supaya pemeriksa boleh nampak. dan baca ayat seribu dinar banyak-banyak supaya dipermudahkan oleh Allah.

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)



:: doakan aku berjaya menjawab peperiksaan petang ini dengan jayanya.
:: lepas paper ini tinggal satu lagi paper pada hari jumaat.

' when the last tree has died and the last river has been poisoned and the last fish has been caught, will we realize that we cannot eat money'

maddi jane - price tag


maddi jane yang kiut nyanyi lagu yang kiut. layan lagu ni pagi-pagi untuk nampak ceria. ah..cha-ching..cha-ching..


Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH


kenangan masa sekolah? aku pernah cerita kat sini. tapi aku copy balik la.

ketika aku sekolah dulu, aku ni seorang yang amat manja dan gembeng (kuat nangis la maksudnya)..selalu sangat aku nangis..kadang kadang pasal hal yang kecil pon aku nangis..

perkara yang paling buat aku selalu nangis adalah sekolah..sebut pasal sekolah ni memang tempat aku nangis la..sebab aku memang tak berapa suka pergi sekolah..sebab apa..?sebab aku ni suka berkepit je dengan ibu aku..suka sangat duduk celah ketiak ibu..tak kisah la bau apa pun..yang penting mesti tak nak lepas dari ibu..ada saja alasan untuk aku balik rumah selepas dihantar oleh ibu ku kesekolah..contohnya tali kasut terikat mati la..tali pinggang tertinggal la..kadang kadang aku sampai balik kerumah tanpa sebab dengan linangan air mata bak sungai mengalir..

actually, sekolah tu dekat je pon dengan rumah..tapi setiap kali aku balik,aku mesti bertembung dengan ibu ku ditengah perjalanan..sebab ibu ku dah siap pasang spy sebagai informer kalu nampak aku balik..ye lah kan..kalau dah hampir setiap hari dok balik je..mana boleh tahan kan..setiap kali aku bertembung dengan ibu ku..dia pasti akan mencubit dan memiat telinga aku sampai kesekolah..

dan ketika itu abes satu berek(rumah staf ) penjara johor bahru tu nampak aku kena piat..dah la dengan air mata yang masih mengalir..sampai kat sekolah kawan-kawan aku pon nampak..malu gilos aku..dah la telinga merah..muka pon jadi merah padam..kalau merah delima tu tak pe la..ada juga serinya..kat sekolah mesti aku nampak budak-budak perempuan dok bisik-bisik..kutuk aku la tu..yang budak lelaki mesti dok syok gelak..huh..aku peduli apa..!kadang-kadang bila aku balik sekolah petang-petang ada je makcik-makcik yang dok usik-usik aku.."sedap kena piat ,jol??",usik mereka yang senang dengan memanggil aku jol..

tapi aku tak pernah serik pun..selalu juga aku balik..sampi ibu ku pun malas nak layan..hehe..

Cara mendidik anak bersolat | Edisi Wardina Safiyyah


solat merupakan sesuatu kewajipan yang amat penting bagi seorang manusia yang beragama islam. tetapi solat selalunya diambil ringan oleh sesorang kerana tiada kesedaran tentang kewajipan ini. hal ini berlaku akibat kurangnya perhatian dari penjaga sejak dari kecil. walaupun bukan sepenuhnya terletak dibahu ibu bapa, tetapi perkara seperti ini bermula dari rumah.

hari ini aku nak kongsikan bagaimana seorang artis kita iaitu Wardina Safiyyah mengajar anaknya solat dan menjaga solatnya. aku copy circle-circle artikel ini dari fanpage Wardina Safiyyah

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2) Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"


3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


Wardina dan Irma Hasmie

semoga artikel ini dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk mendidik anak-anak anda bersolat. Wardina adalah salah seorang artis contoh untuk kita semua kerana perubahan yang berlaku dalam dirinya.


:: panduan untuk masa depan bagi aku dan bagi mereka yang masih bujang.
:: Wardina juga seorang blogger

Monday, April 25, 2011

Hari Tua maksayasuperb~



maksayasuperb a.k.a. azyan khairiah (gambar) merupakan salah seorang rakan sesekolah aku dahulu. beliau dikhabarkan telah diperberanakkkan oleh maknya yang superb pada dua puluh lima April berpuluh-puluh tahun yang lepas. disebabkan oleh tarikh itu jatuh pada hari ini maka aku pun dengan rasa penuh tawaduknya ingin mengucapkan selamat hari keberanakan buat beliau.

dengan ini dengarlah alunan lagu hari jadi teristimewa buat kau:



sebenarnya aku nak taip entry ini pada malam semalam tetapi disebabkan terlalu memikirkan strategi terbaru untuk menundukkan pasukan kegemaran beliau iaitu si setan merah aku telah pun tertidur. hanya Singa Biru dari London sahaja mampu menggalas bebanan ini kerana pasukan meriam buluh sememangnya tiada naluri juara.


pesanan aku kepada emaksayasuperb yang juga merangkap penjaga kepada kembar aku iaitu budakpendekberambutkerinting, sila jaga-jaga dengan singa biru. kerana dia akan mengunyah setan merah sehingga lumat.

pesanan tambahan|
:: aku tengok blog HAAR dah bersawang.
:: aku praktikal kat shah alam. nanti aku roger-roger kalau nak lepak.
:: aku rembat gambar dari blog kau tanpa kebenaran.
:: aku tengok muka awie lebih kurang sama dengan muka HAAR.

tarian poco-poco memang patut diharamkan!

Lisa ku juga gemar berpoco-poco

aku masih keliru kenapa tarian poco-poco hangat diperbincangkan tentang halal haramnya. kenapa tarian-tarian lain contohnya shuffle, tarian kat disko, joget lambak dan lain-lain tarian tidak pula heboh.

tetapi setelah aku menonton video dibawah ini baru aku faham kenapa tarian poco-poco patut diharamkan. kerana ia begitu bahaya sehingga boleh mengancam nyawa si penari. selain itu, ia juga boleh menyebabkan si penari lemas di dalam tasik.

kalau anda nak tahu kenapa tarian poco-poco patut diharamkan, anda boleh menonton video dibawah ini:




:: kah kah kah.. memang sengal betul video ini.

Sunday, April 24, 2011

el Nino mula mengganas!


bak kata apek untuk kumpulan jambu 'terganas. terbaik. terganas. terbaik. terganas. TERBAIK!'


itu saja yang mampu aku ucapkan untuk jaringan pertama dari '50 million man' dari Chelsea. Fernando Torres atau nama jolokannya el Nino telah pun membuat jaringan pertama untuk dirinya setelah 12 perlawanan ketandusan gol.

aku bersama beberpa orang ahli kelab penyokong tegar Chelsea begitu gembira dengan jaringan ini. hujan yang turun membasahi Stamford Bridge seperti memberi satu rahmat buat semua penyokong pasukan biru dari London ini.

jom kita saksikan kembali detik-detik jaringan pertama Nando9 bersama Chelsea. apa-apa pun tahniah buat semua skuad Chelsea yang telah memberikan kemenangan berterusan untuk Chelsea.




:: harap-harap gelombang el nino akan terus mengganas bersama Chelsea.

Saturday, April 23, 2011

Lisa Surihani ft. My Chemical Romance - #SING It For Japan


hari ini aku bangun pagi lewat sikit. bukan sebab apa, cuma sudah dua tiga hari tidak cukup tidur dan semalam berhempas pulas bermain futsal aku begitu kelelahan. maka aku sudahpun mengqadakan tidur yang tertunggak. dalam kotak pemikiran aku pada hari ini tiada idea untuk menulis. maka aku pun layan lah youtube seperti biasa. mencari video-video menarik. dan akhirnya ada satu video yang amat menarik untuk dikongsi. video lagu sing it for Japan dari My Chemical Romance.

tapi sebelum tu kita layan dulu video promosi t-shirt prayforjapan daripada kekasih hatiku, Lisa Surihani. macam mana nak beli t-shirt tu? korang boleh tengok kat sini. kat tepi tu ada cara pembeliannya.






My Chemical Romance - #SING It For Japan Lyrics

Sing it out
Boy you've got to see what tomorrow brings
Sing it out
Girl you've got to be what tomorrow needs
For every time that they want to count you out
Use your voice every single time you open up your mouth

Sing it for the world, sing it for the world
Sing it for the world, sing it for the world

Sing it out
Boy they're gonna sell what tomorrow means
Sing it out
Girl before they kill what tomorrow brings
You've got to, make a choice if the music drowns you out
Raise your voice every single time they try and shut your mouth
[My Chemical Romance - #SING It For Japan Lyrics on http://mangges.blogspot.com]
Sing it for the boys, sing it for the girls
Every time that you lose it sing it for the world
Sing it from the heart
Sing it till you're nuts
Sing it out for the ones that'll hate your guts
Sing it for the deaf
Sing it for the blind
Sing about everyone that you left behind
Sing it for the world, sing it for the world
Cleaned up, corporation progress
Dying in the process
Children that can talk about it
Living on the railways
People moving sideways
Sell it till your last days
Buy yourself the motivation
Generation nothing,
Nothing but a dead scene
Product of a white dream
I am not the singer that you wanted, but a dancer
I refuse to answer, talk about the past, sir
Wrote it for the ones that want to get away

Sing it for the boys, sing it for the girls
Every time that you lose it sing it for the world
Sing it from the heart
Sing it till you're nuts
Singing out for the ones that'll hate your guts
Sing it for the deaf
Sing it for the blind
Sing about everyone that you left behind
Sing it for the world, sing it for the world

Sing it for the world
Sing it for the world

Sing it for the world
Sing it for the world

Sing it for the world
Sing it for the world

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !



Q : siapa yang mempengaruhi anda membuat blog
A : sebenarnya tiada siapa yang 'mempengaruhi' aku buat blog ni. tapi aku cume 'terpengaruh' dengan matdin sebenarnya. hari-hari aku tengok dia asyik menghadap blog saja. apa yang bestnya entah aku pun tak tahu. jadi sebagai seorang yang suka jaga tepi kain orang atau suka mengambil tahu. haha. aku pun mula lah mengusha-usha blog dia. dan aku pun sibuk nak mencuba. maka sampai kehari ini aku masih berblog. tapi matdin dah kurang berblog kerana sibuk membuat projek 'fyp'nya. mungkin lepas ini dia akan membuat 'come back'.

Q : siapakah sumber inspirasi anda?
A : sumber inspirasi aku yang utama adalah pembaca. walaupun pembaca blog ni tak la ramai sangat pun. tapi kalau ada minimum seorang baca entry aku pun sudah lah. sekurang-kurangnya ada juga yang sudi baca walaupun mungkin lepas tu dia menyumpah-nyumpah sebab entry macam sampah. sumber inspirasi aku yang kedua adalah tieah. sebab dia rajin dok melepak kat blog aku sambil mensemak-semakkan blog aku ini. dan dia juga selalu menyemakkan link blog aku dalam entrynya. tapi dia pun dah kurang berblog kerana sibuk nak exam sekarang ni. dengan kesengalannya mungkin dia tengah ambil pepriksaan SPM paper April. kah kah kah.




Friday, April 22, 2011

bala..bala..


hati aku rasa betul-betul tak tenteram. kebelakang kedepan. 'huh',keluh aku sendirian. slide presentation untuk sesi seminar pembentangan projek tahun akhir aku biarkan sahaja terbuka di komputer peribadiku.

waktu pembentangan aku adalah pada jam dua belas tengah hari. pada 11.15 aku pun bersiap-siap. kelam kelibut aku mencari seluar hiamku. 'mana pula seluar ni. bala ni?', rungut aku sendirian. ku mencari ku mencari. akhirnya aku sebat saja seluar hitam yang lusuh kerana seluar yang aku cari-cari tak muncul-muncul.

setelah siap bertali leher pemberian kak yong aku bergerak keluar rumah dengan langkah kanan. gementar masih lagi terasa. Rizal Zambrie Yahya (bukan nama sebenar) membonceng dibelakangku. dia adalah pembentang yang pertama.

sesampainya aku di bilik pembentangn seminar, satu lagi bala datang menimpa. laptop tidak disediakan untuk pembentang kerana laptop sebelum ini telah dijangkiti virus malaria mungkin. ini bermakna pembentang harus menyediakan laptop sendiri. 'ni bala ni. saya ada seminar ni', keluh aku kepada rakanku dan dialog aku tiru sikit-sikit dari filem HKLBR.

setelah tiba giliran aku untuk membentangkan projek aku, aku pun dengan kekonfidenannya menyampaikannya dalam bahasa inggeris. itu lah pentingnya english education kata usop wilcha. tetapi bahasa inggeris aku memang betul-betul broken la. setibanya sesi soal jawab aku kembali gementar. ya, inilah masa untuk aku diserang dari segenap sudut oleh para panel.

betul jangkaan aku. aku diserang seperti amerika menyerang iraq. hanya satu dua seragan yang dapat aku patahkan. selebihnya aku terpaksa terima tanpa membalas. memang serius 'bala' hari ini. akhirnya sesi pebentangan aku berakhir setelah para panel berjaya menjadikan aku sebagai tawanan mereka. senyuman puas terukir dibibir mereka.

aku melangkah lesu menuju ketempat duduk. apakah nasibku nanti. terpaksa aku tunggu sehingga keputusan dikeluarkan nanti. harap-harap para panel hanya menjadikan aku tawanan buat sementara waktu sahaja. kerana aku benar-benar mahu keluar dari kehidupan seorang mahasiswa ini.

setibanya aku dirumah, aku segera melupakan kisah 'bala' itu tadi. sekarang tiba masanya untuk aku ber'enjoy' sebelum peperiksaan akhir nanti. sambil melayan lagu let's dance together dari BBB aku begitu lega dengan beban itu.


Thursday, April 21, 2011

blog ke-belog | bila insan istimewa menulis


malam ini kurasakan ketenangan yang amat sangat. setelah berhari-hari aku sibuk dengan projek akhir aku, akhirnya malam ini adalah malam beremba-jemba.kah kah kah. malam inilah aku gunakan sepenuhnya untuk berjalan-jalan mencari blog yang best.

aku singgah ke blog mazidul akmal sebentar tadi. lihat entrynya tentang senarai sahabat blogger II kosong. aku baca komen-komen yang sahabat-sahabat berikan dah aku tertarik pada komen ini:



rasasayang79 merupakan pemilik blog bila insan istmewa menulis. penulis ini aku rasa seorang cikgu tetapi mempunyai pengalaman silam yang agak perit. dia seorang yang mengalami masalah penglihatan dan hanya boleh menggunakan sebelah matanya sahaja kerana salah satu matanya rosak kerana sedikit kecelakaan.

blog ini menceritakan tentang sejarah hidup dan pengalaman perit beliau dalam menghadapi kehidupan ini. sayu juga aku membacanya kerana sedikit sebanyak penulisan cikgu azhar ini bermain dengan perasaan.

cebisan dari blog ini:
Masih aku teringat akan pengalaman lalu semasa aku masih kecil. Ketika aku berumur 5 tahun telah berlaku satu peristiwa yang mengerikan dalam hidupku.

Seperti yang telahku katakan, aku memang dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna seperti orang lain. Aku hanya mampu melihat sebelah mata kanan sahaja dengan penglihatan yang terhad.

Tragedi itu sungguh menyakitkan dan mengerrikan. Namun setiap kesakitan dan penderitaan itu ada manisnya yang kita sendiri akan menyedarinya jika kita mendalaminya dengan penuh keinsafan.

kalau korang rajin sila la melawat blog ini. baca penulisan beliau.

muka cool hati gementar


dari semalam bawa kehari ini hati aku benar-benar begetak kencang. kerana pada tengah hari ini aku akan disoal siasat oleh panel-panel projek tahun akhir aku. 10 minit masa yang diberikan akan merumuskan segala usaha aku selama satu tahun ini.

dengan slide presentation yang aku baru siapkan pagi ini, aku amat berharap para panel dapat bersikap baik tanpa ada niat untuk menyerang aku dari segenap sudut. sekarang ini aku sedang cuba meng'cool'kan jiwa dan raga walaupun muka aku dari semalam dah cool. sekejap lagi ia akan bertambah cool disebabkan kesejukan ketakutan. haha.

semoga aku lebih nampak berkeyakinan seperti brader kat atas ni. go mangges go~


:: chelsea menang lagi pagi tadi. dah rampas number 2 dari arsenal. terbaek~

Tuesday, April 19, 2011

gara-gara mat bin lajis aku hampir terlupa Zalia


malam ini aku hampir-hampir terlepas menonton drama penuh emosi pada jam 9 malam tadi di tivitiga. ini semua gara-gara mat bin lajis yang sedang mencari sukri supian. senak perut aku melayan karenah mat despatch dengan makcik sengal ni. layan dulu video ini. dah lama tak layan tapi secara tiba-tiba terlayan kat youtube.





kalau korang perasan aku dah dua tiga hari tak update blog. sebab aku sedang sibuk menguruskan hal projek aku. malam ni baru free sikit. jadi dapatlah aku berjalan blog sebentar tadi dan mengarang sedikit untuk entry ini.

layan asmara tadi. jatuh hati pula pada zalia yang memakai tudung. tetapi kasih kepada surihani masih tidak berbelah bahagi. kah kah kah~

Sunday, April 17, 2011

Hari Tua Tieah

hari ini adalah hari lahir salah seorang pengunjung tegar blog aku iaitu Tieah.
kalau korang nak wish beday kat dia, korang boleh klik link kat bawah ni :



lagu kat bawah ni khas aku tujukan untuk kau tieah. kah kah kah~
semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu!





Saturday, April 16, 2011

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Edisi Sambungan HKLBR


filem hantu kak limah balik rumah akan ada kesinambungannya selepas ini. dengan tajuk Husin, Mon dan Jin pakai Toncit, Mamat Khalid bakal memberikan satu lagi fenomena filem hantu komedi kepada penggemar filemnya.

sebelum ini filem HKLBR memberikan fenomena yang amat menakjubkan kepada rakyatMalaysia. dengan dialog-dialog yang kian bermain dibibir rakyat dinegara ini. dengan watak usop wilcha yang semakin popular dikatakan bakal memenangi anugerah bintang paling popular 2011. kah kah kah.

jom kita layan dulu teaser filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ini:



baru lihat sedikit sahaja teaser filem ini telah membuatkan aku tertarik nak pergi menontonnya nanti.

:: filem permulaan teaser filem ini mengingatkan aku tentang filem kala malam bulan mengambang. kool~

Pemimpin yang baik | Edisi Pilihanraya Sarawak



selamat pagi dan selamat mengundi untuk semua calon-calon pengundi di Sarawak. hari ini aku nak kongsikan tentang ciri-ciri kualiti pemimpin yang baik. dan semasa aku mecari info tentang hal ini aku tertarik dengan apa yang ditulis oleh blog panjangakal. tulisannya berdasarkan apa yang diungkapkan oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun.Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;

  • Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

jadi kepada pengundi-pengundi di Sarawak, adakah pemimpin yang bakal anda undi nanti mempunyai nilai-nilai seperti diatas? atau pemimpin-pemimpin yang tidak sepatutnya. gunakan akal dan pemikiran yang waras untuk mengundi. dan bertawakal kepada Allah agar pilihan kita adalah pilihan yang tepat.

Maharaja Lawak Minggu Ketiga | Wai dan No Entry tersingkir



keputusan penyingkiran Maharaja lawak

Kumpulan Wai dan No Entry tersingkir

Friday, April 15, 2011

Paru-paru penghisap tar mengepam | Edisi Sihat


Assalamualaikum dan salam pagi yang segar.

pagi-pagi sebegini elok juga kalau kita tarik nafas panjang-panjang dan kemudian kita hembus. tarik nafas panjang-panjang dan kemudian kita hembus. bagaimana rasanya. terasa seperti paru-paru kita mengembang dengan baik. atau pun paru-paru kita terasa seperti ada lapisan tar jalanraya menyelaputi paru-paru kita?

hari ini aku nak sharekan video yang menunjukkan bagaimana paru-paru seorang yang tidak merokok mengepam darah dan bagaimana pula paru-paru seorang perokok mengepam. apakah perbezaannya.





:: wahai perokok tegar, sedarlah kerana asap rokok anda juga boleh membuatkan paru-paru orang yang tidak merokok menjadi seperti anda.

:: jantung orang yang sedang mengalami tekanan mengejar due date projek macam aku ini bagaimana la pula~

HB Zizan~


hari ini 15 April merupakan hari lahir bagi pelawak paling popular di Malaysia sekarang ini. gua malas nak cerita panjang sekadar nak ucapkang selamat hari lahir Zizang~

lawak lu memang true sekarang ni bro!




lu nyanyi lagu sedih pun still nampak lawak gak~

Wednesday, April 13, 2011

Univesiti Blogger Malaysia


hoyeah~ aku sudah diterima masuk ke Universiti Blogger Malaysia (UBM). dengan ini aku bergelar mahasiswa UBM dengan rasminya. minggu ini sehingga 15 April 2011 merupakan minggu orientasi bagi semua penuntut-penuntut UBM. dan pada masa yang sama semua penuntut diminta untuk membuat dan menghantar tugasan pertama.

tugasanya adalah seperti berikut:

  1. letakkan banner UBM dalam entry anda.
  2. nama anda dan nama blog anda.
  3. sejak bila mula berblog.
  4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
  5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

pertama sekali nama aku adalah Zulfadhli atau lebih dikenali sebagai mangges. dan bersempena dengan nama itu aku menamakan blog ini sebagai Belog Mangges. aku mula berblog sejak 27 April tahun lepas. ini bermakna blog aku akan berusia setahun pada hujung bulan ini.

pada pandangan aku, dunia blog sekarang ini semakin berkembang. bayangkanlah kalau budak sekolah yang berusia 12 tahun pun sudah pandai berblogging. selain ini dunia blog ini mempunyai pengaruh yang besar. kerana semua maklumat boleh didapati dari dunia blog. tapi sesuatu yang amat merungsingkan kini adalah dunia blog sekarang ini lebih terjurus kepada perkara negatif. contohnya kita lihat sahaja banyak fitnah-fitnah yang diletakkan di dalam blog. selain itu, terapat pengaruh-pengaruh yang tidak baik dari dunia blog ini.

pandangan aku tentang Institut Pengajian Tinggi Maya ini adalah sesuatu yang amat baik untuk mempereratkan lagi hubungan antara blogger. selain itu ia membantu dalam mempromosikan blog-blog kita.

:: aku menaip entry ini dengan perasaan yang tidak tentu arah. sebab itu mungkin anda akan merasa bosan bila membaca entry ini.

:: join la kat sini: Blog UBM,Fanpage UBM, UBM Group

Singa Biru tewas di tangan Setan Merah



pagi tadi suatu berita yang sedikit sebanyak membuatkan diri aku merasa hiba kerana pasukan kegemaran aku, Chelsea tumbang ditangan Manchester United. perlawanan yang aku rasakan agak membosankan pada babak pertama lagi-lagi setelah Chelsea ditinggalkan oleh jaringan Chicharito.

separuh masa kedua, dengan bantuan penyerang bengis tetapi berhati kiut, Drogba telah pun menjaringkan gol penyamaan. akan tetapi selang satu minit pemain Asia yang bermain untuk United, Park Ji Sung telah berjaya menjaringkan satu lagi gol akibat dari kelemahan pertahanan Chelsea.

dengan kekalahan Chelsea itu, United layak keperingkat separuh akhir untuk menentang Schalke 04 atau Intermilan.

gua terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka



Tempoyak 4 Budu 0


yeah. semalam skuad kejor yob kejor telah pun mentempoyakkan pasukan gomo klate gomo dengan keputusan 4 tanpa balas. kemenangan semalam telah membawa Perak naik ketangga kedua dibelakang Selangor.

Sabtu ini pasukan Perak akan berkunjung ke Shah Alam untuk menentang The Red Giant yang juga penentu pasukan mana yang akan memegang tampok saingan.

gol-gol Perak dijaringkan oleh Fazrul Hazri, Syafiq Jamal, Akmal Rizal dan Razali Umar.

layan lagu ni sebelum penutup:





:: lepas ni kita tanduk gergasi pula.

Tuesday, April 12, 2011

Kuning dan Biru bergabung menentang Merah


Kuning vs Merah


malam nanti pasukan Perak akan melayan kunjungan Kelantan di Ipoh dalam perlawanan Liga Super. perlawanan yang amat dianti-nantikan kerana Skuad Seladang yang baru sekali tewas akan menentang The Red Worrior yang mengungguli takhta liga.

bekas penyerang Kelantan yang kini menyarung jersi Perak merupakan duri dalam daging buat Kelantan. kerana penyerang ini mengetahui serba sedikit corak permainan Kelantan. walaubagaimanapun Kelantan yang baru sahaja membelasah Felda United sabtu lepas tidak akan membenarkan tanduk seladang merodok sang kijang.



Biru vs Merah


pagi nanti pula pasukan Chelsea akan berkunjung ke Old Trafford bagi membalas kekalahan di tangan United pada rabu lepas. kelebihan yang dimiliki oleh The Red Devil mungkin akan menjadi pemangkin semangat kepada pasukan The Blues.

Chelsea yang kini diperkuatkan oleh pertahan tangah kental iaitu Alex akan menjadi tembok kebal disamping Kapten Marvel, Terry. selain itu pemain yang berasal dari Israel, Benayoun juga bakal diturunkan bersama Mr.50million man, Torres.bagi United kelebihan jaringan dan kelebihan ditempat sendiri bakal membuatkan mereka kental untuk mempertahankan kedudukan itu.


:: sokongan padu aku berikan kepada Perak dan Chelsea!

Telur aku asli ok! | Edisi Telur Tiruan


Situasi lepas

aku pecahkan kulit telur. krak! rapuh saja bunyinya. setelah aku pastikan bahawa isi telur itu tiada anak ayam di dalamnya terus aku masukkan telur itu kedalam minyak panas. aku goreng dua biji sebab rakan serumah aku membaut surat permohonan supaya menggorengkan sebiji telur untuknya. (siap buat surat permohonan)

setelah kenyang aku capai tetikus komputer aku. "TELUR TIRUAN"? erk~adakah telur yang aku makan tadi telur tiruan? antara ciri-ciri telur tiruan adalah kulitnya agak rapuh. oh tidak! telur tiruan dah menguasai tubuh badan aku. seingat aku baki telur yang ada di dapur adalah hanya tinggal 2 biji. ini bermakna aku sudah memakan 14 biji telur tiruan. dan rakanku juga telah memakan 14 biji telur tiruan.

"Leh, kita makan telur tiruan dowh", kata aku kepada Saleh Batcha.
"hah?", balas Saleh ringkas.
"betoi, ang tengok ni", ada sedikit loghat utara aku selitkan disitu.

Saleh pu datang melihat skrin komputer aku.

"habes la kita", kata Saleh sambil menggaru-garu kepalanya yang aku rasa tidak gatal pun.
"haha", tawa aku sedikit biarpun agak gusar kerana takut aku akan bermutasi seperti ninja turtle.



Situasi semalam

Berita TV9 "tiada telur tiruan dipasaran negara ini".

"fuhh..selamat kita Leh" aku melahirkan rasa selamat kepada Saleh yang sedang fokus bermain game.
"haha..naseb baik..kalau tak kompom kita jadi makhluk asing", balas Saleh walaupun matanya tidak lepas dari komputenya.

aku malas nak layan kata-katanya itu kerana dia tdak memberi perhatian terhadap perbincangan penting ini. dan aku terus menonton berita di TV9 itu.

ayam pun masih keliru dengan status telurnya


::menurut berita itu lagi, telur yang dianggap tiruan sebelum ini adalah telur yang sudah rosak atau mempunyai gred yang rendah.

Monday, April 11, 2011

Air Soya cap Ludah | Edisi Meloyakan


video ini menunjukkan bagaimana seorang peniaga air soya membungkus air soya yang hendak dijualnya. aku tak pasti sama ada dia meludah dalam bungkusan itu atau sekadar membaca jampi. kah kah kah. tapi menurut pengulas untuk viseo ini, dia mengatakan bahawa peniaga ini meludah didalam setiap air bungkusannya.

lokasi kedai ini adalah di kawasan Bangi. kalau korang ada lalu-lalang kat situ usha-usha la. aku nak usha pun tak boleh sebab jauh la Bangi dengan Johor ni. haha.



:: pesanan untuk peniaga itu : kalau betul la apa yang dikatakan oleh pengulas video ini, harap dia dapat bertaubat dan memohon maaf kepada semua pelanggannya.
:: tapi pengulas video ini memang bersemangat betul.
:: risau aku nak minum air soya dah. mungkin sebab tu air soya selalu ada buih-buih kat atas eh?

3 in 1 atau 14 in 1, pilihan anda?


seperti biasa apabila ada perlawanan pasukan kegemaran kami (Chelsea), kami akan berkumpul beramai-ramai untu memberikan sokongan. menentang Wigan kali ini seperti menentang Manchester United pula rasanya.

separuh masa pertama berlalu tanpa jaringan. bosan dengan dua tiga pemain chelsea yang agak tamak dan tidak pandai mengambil peluang. tak lama selepas itu datang Saleh Batcha (bukan nama sebenar).

"tongkat ali ais satu", rujuk Saleh Batcha terhadap Ali Cafe.

"tongkat ali takde bang", balas waiter tersebut.

"arr..bagi..", kata Saleh sambil berfikir.

"Mahkota Dewa ada la..lebih kurang tongkat ali gak la..", sampuk waiter itu sebelum Saleh sempat menyambung ayatnya.

"kah kah kah", derai tawa aku dan kumpulan penyokong Chelsea yang bersama.


Ali Cafe 3 in 1

tapi...



Mahkota Dewa 14 in 1

:: fikirkan yang mana lebih baik. 3 dalam 1 atau 14 dalam 1. tetapi Saleh Batcha memilih milo ais yang hanya mengandungi protomalt.

Memualkan sungguh perbuatan itu~


jam 3.03 pagi. aku masih bersama fluent, gambit dan excel. berpinar mata melihat nombor-nombor beserta graf yang entahkan betul entahkan tidak. projek tahun akhir aku masih dalam perjalanan yang berliku.

seketika mata aku meliar melihat rakanku. seorang sedang meyembur rikset kerana nyamuk masih belum melelapkan mata. seorang lagi sedang menonton maharaja lawak di laptopnya. sedangkan seorang rakanku lagi sedang mengetuk-ngetuk 'acrylic' jernih sambil memandang kearah sliding door. sungguh memualkan perbuatanya itu.

Wat de hek! aku masih bertungkus-lumus membuat projek sedangkan dia sedang melakukan perbuatan yang tidak memberi sebarang makna disebaliknya. "ko buat apa?", tegur aku serius. "erk. saja..", balasnya sambil menyambung bermain FIFA Manager 11 di komputer peribadinya.

bahan permainan jika projek sudah siap.

baru aku sedar, jika aku buat projek aku lebih awal dan tanpa tertangguh, maka aku boleh juga bermain mengetuk acrylic sambil melihat sliding door. bersamaan dengan itu aku boleh memimpin pasukan impianku di FIFA Manager 11 juga.

::sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
::terus berusaha menyiapkan kerja.

Sunday, April 10, 2011

Test Menaip | Edisi Gagal

semalam aku sesaja blogwalking, pastu aku terjumpa satu blog yang entrynya bercerita tentang speedtest untuk menaip. aku begitu teruja nak try juga. maka setelah meregangkan otot-otot jari, aku memulakan ujian ini dengan penuh gayanya. pada permulaannya aku bermula dengan baik sekali. secara tiba-tiba aku hilang konsentrasi kerana taip-an secara ayam mematuk sudah mula perlahan. dan berkali-kali juga kekunci 'backspace' terpaksa bekerja keras kerana aku mula melakukan kesalahan ejaan.

maka secara rasminya keputusan telahpun diumumkan setelah seminit yang diberikan sudahpun tamat. berdebar aku melihat keputusan, dan ianya amat mengecewakan. kah kah kah. dasar menaip seperti ayam mematuk dedak memang la slow.

tetapi yang lebih menariknya apabila aku mula mengesan kesalan ejaan pada keputusan ujian ini. hal ini menunjukkan bahawa pembuat ujian ini juga tidak lulus dalam ujian ini. cuba anda lihat gambar keputusan aku dibawah ini. kesalahan ejaan terletak pada bulatan bewarna merah.


kah kah kah. tak ada la hebat sangat orang yang buat ujian ini. dan ayat ulasan dibawahnya pun sedikit bertabur mungkin kerana menggunakan google translate.

kalau korang nak try ujian ini boleh la berkunjung ke sini

::standard untuk kelajuan menaip adalah pada 60-70 perkataan seminit. tapi aku rasa untuk Bahasa Inggeris kot. sebab BI perkataannya lebih pendek berbanding Bahasa Melayu.


:: setelah mencuba sekali lagi hari ini aku memperbaiki kedudukan kepada posisi 3219 dengan 32 patah perkataan yang betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails