manggester

Tuesday, April 5, 2011

awek bukan pontianak keluar jam 3 pagi!


"bagi nescafe tarik gelas ", saleh (bukan nama sebenar) membuat pesanan kepada seorang mamak pengambil pesanan. kemudian mamak itu memandang aku untuk mendengar pula pesanan aku. aku yang malas untuk berfikir tentang air apa yang hendak diminum terus aku ucapkan perkataan "sama" sambil jari telunjuk menuding kearah saleh. "makan", soal mamak tadi sambil menulis sesuatu dikertas order tadi. aku gelengkan saja kerana tiada selera nak menjamah makanan pada jam 3 pagi ini.

tidak lama selepas itu, nescafe tarik gelas yang tak seberapa besar pun tiba. aku capai gelas itu dan meneliti bibir gelas tersebut. "comot" detik hatiku. aku gosok-gosok sedikit tetapi kecomotan itu masih tidak berganjak. aku biarkan saja dan terus menghirup buih-buih halus air itu selepas ucapan memuji Allah aku lafazkan perlahan.

mata aku terus memandang tv plasma 42 inci restoran itu. perlawanan antara AC Milan dan Intermilan sedang berlangsung. menarik juga perlawanan ini walaupun permainan agak kasar. ramai juga yang menonton perlawanan ini termasuk beberapa orang pelajar asing yang aku tebak berasal dari Somalia. fokus mata aku di skrin tv terganggu sedikit apabila tibanya 3 pasangan mungkin kekasih duduk berhampiran dengan tempat duduk aku.

semua mata tertumpu pada skrin tv kecuali 3 pasangan tersebut. mereka sibuk bersembang dan juga berjenaka. mataku meliar melihat gelagat mereka. awek-awek itu boleh tahan juga kondisinya. sekejap-sekejap aku kembali memerhatikan mereka. kerana suara hilai tawa mereka begitu menganggu konsentrasi aku.

pelajar-pelajar asing itu pun turut sama terganggu dengan suasana ini. sekali-sekali mereka menjeling seperti melihat sesuatu yang menjengkelkan. aku juga turut merasakannya. agak tidak sopan juga pasangan-pasangan itu. bergurau-senda tanpa memperdulikan suasana tempat awam. selain itu penampilan yang agak mencolok mata juga menyebabkan mata-mata lelaki disitu tidak lepas dari mengumpul bekalan dosa diakhirat. dan yang membuatkan aku terfikir adalah kenapa awek-awek seperti itu masih berada diluar rumah dikala embun jantan sedang menitik.

sepatutnya awek-awek yang masih muda ini duduk tidur dirumah sewaktu ini. kelibat mereka mengalahkan pontianak-pontianak yang menghilai untuk menakut-nakutkan manusia. sedangkan pontianak juga bijak memakai baju yang agak labuh untuk menutup aurat biarpun rambutnya masih mengerbang. dan pontianak juga mempunyai had masa dia keluar dari persembunyian dia. aku rasa pontianak tidak akan keluar pada jam 3 atau 4 pagi kerana mereka akan keluar pada jam 12 tengah malam saja.

sedarlah wahai awek-awek diluar sana. tolonglah jangan cuba untuk membekalkan kami sebagai lelaki ini dengan simpanan dosa. kalau anda tidak tunjuk, kami tidak melihatnya. maaf jika ada yang terasa, tetapi kita sebagai manusia memang tidak lepas dari melakukan dosa. maka, sama-samalah kita saling ingat-mengingati. anggaplah pesanan kita ini seperti melontar bola ke dinding. kerana apabila bola terkena dinding maka ia akn kembali kepada kita. begitu juga konsep menyampaikan disini. kita menegur sesuatu adalah sebagai pesanan kepada diri kita sendiri. renung-renungkan dan selamat beramal.

::kejadian ini terjadi pada 2/3 hari lepas.

10 comments:

ainzoo said...

cenggitu la generasi jaman sekarang... dunia akhir zaman... mungkin kurang kesedaran? mungkin tak tau? mungkin saje wat tak tau?
atau mmg saje jelmaan setan jam 3pagi untuk menduga jejaka2 encem yang tengok tv kat mamak di kala ituh? ehehehe

kurang manis & tak elok awek kuor memalam&pagi2 bute camtu. tp, nape kalo jejaka kuor memalam & pepagi bute orang xmngata ek? ;)

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

tegok pic tu wat aku takot babe..

manggosteen said...

@ainzoo:ahahaha..lelaki tak pe kuar pagi2 camtu..sbb mmg ada embun jantan time tu..embun betina tak de..sbb tu tak ley kuar..ekkeke

manggosteen said...

@Siti Nur Fatimah Mohamad Ali :ahahha..sbb tu aku publish entry ni pagi2..kalu publish mlm2 kang ada yang terkujat lak..

Jeely jelly said...

same situasi.. tp bkn kol 3 pg lah.. kol 8 mlm.. die dok mkn ngn bf dye.. tp baju pendek sgt,, belkang dye 1 group lelaki tgh mkn. straight terus blakang pompuan tu.. hadoiii =.=

manggosteen said...

@Jeely jelly: hurm..kesian tgk diorg..tapi kalau tak tgk rugi la pulak..akakakaka..

d_tieah said...

Sekarang kain mahal.. Hahaha.. Gadis free hair ni banyak duit woo.. Buat rambut kat kedai.. Yang guna tudung pakai syampu biase je.. Ngee :)
Kira double standard lah perempuan sebegitu.. Tettttttt..

*Aku tak ek.. Hahaha..


Entry Terbaru : Alamak! Video 'Panas' Dah Tersebar..

manggosteen said...

@d_tieah :kkekekeke..diorg pakai syampu biasa gak la..pakai jari pon boleh..kekekeke..tu la pasal..skrg ni sume mahal..sbb tu diorg beli kain sikit2 je..pastu yg nipis2..murah sket..

Amalina dan Benda Kecil said...
This comment has been removed by the author.
manggosteen said...

@Amalina dan Benda Kecil:aih..marah betul cik akak ni..haha..terkena batang idung sendiri ke?kalau terasa aku minta maaf. tapi aku tulis berdasarkan pemerhatian aku..ahahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails