manggester

Wednesday, April 6, 2011

Twitter berwajah baru~


pagi ini awal-awal lagi aku dah buka akau twitter aku. bukan sebab apa, sebab tak tau nak buka laman web apa. surat khabar online pun aku dah baca. jadi buka la twitter ni. setelah aku membukanya aku lihat kelainan pada akaun twitter aku.Home sudah jadi sedikit kemas kerana timeline dah jadi sedikit luas.


kemudian aku lihat profile juga sudah berubah. aku dah lupa macam mana bentuk asal profile twitter lama. tapi memang aku dapat rasakan ada perubahan. dan seperti yang aku katakan tadi, twitter kali ini lebih kemas.


aku jarang pun bertwit-twit ni. kadang-kadang kalau bosan saja baru aku buka twitter. sebab aku lebih suka menggunakan facebook atau blog untuk bersosial. jadi, kalau siapa-siapa nak follow twitter aku sila angkat tangan macam saya. haha..tak de lah. siapa-siapa yang nak follow twitter aku sila search @ZulfadhliOsman. nanti aku boleh follow korang balik. ceh promote lak

update : erk! secara tiba-tiba twitter dah kembali kebentuk asal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails