manggester

Friday, May 7, 2010

Apakah nasihat korang untuk diri korang..??

selamat malam semua..eh!!dah pagi la..skang ni dah kul 3 pagi dah..aku masih tak lelapkan mata lagi..dalam dok berangan-angan depan pc ni aku teringat sesuatu soalan yang pernah aku baca..tapi aku tak ingat kat mana aku baca soklan tu..soklan tu berbunyi begini:

"kalu korang bleh jumpa balik diri korang masa lampau atau masa korang kecik2 dulu la kan..apa pesanan atau nasihat korang untuk korang masa kecik tu?"

hurm..cam berbelit gak kan soalan tu..camni la aku jelaskan..kalu korang diberi peluang untuk memberi nasihat kepada diri korang masa kecik2 dulu, nasihat ape yang korang nak berikan??contohnya kalu korang sekarang ni malas betol nak belajar..korang nasihatkan la diri korang tu soh dia rajin belajar..tak pon korang paksa la dia..haha..

kalu sesiapa nak jawab soalan ni boleh la jawab kat comment tu..atau pon korang gak bley jawab kat blog korang..wat la tajuk yang best2 berkaitan ngan ni..dan kalu boleh jgn lupa tag belog aku ni..haha..

Wednesday, May 5, 2010

aku tak layak menjadi seorang yang digelar 'CIKGU'..

salam cikgu cikgi..haha..cerita pasal cikgu lak le arini...cerita bermula disini..

minggu lepas seorang dak kelas aku ada menghantar khidmat pesanan ringkas aka sms le..citer pasal cikgu kene la skemes sket..hehe..pemberi sms itu bertanyakan aku sapa2 nak join pertandingan roket air sila bagi nama kat beliau..dia soh tanyakan dak2 umah aku skali..lalu dengan pastas aku bertanya kepada semua dak2 umah aku..tapi respon yang aku terima adalah keadaan sunyi sepi..hoh..ape la dak2 umah aku ni..bossssan tol..hehe..amponkan saya dak2 TBR...jadi,aku membalas mesej tadi dengan menyatakan kesediaan aku untuk men'join'nye..aku siap taip nama penuh aku lagi..haha..

aku mula berfikir..kene wat roket air ke??huh..aku mana reti..hehe..aku pon try la tanya kat pakcik google..aku tanya "how to make a water rocket?"..huh..aku main hentam je taip..sebab pakcik google tu sume bende dia tau..banyak tol yang pakcik tu jawab..so aku buka la satu persatu..owh..senang aje..ni aku letak cara nak wat mende alah tu..



aku pon mula la nak mereka2 design roket aku..mana la tau kot2 bley sampe kebulan..haha..then, kelmarin aku dapat mesej dari encik hafizudin (lect. yang uruskan pasal game ni)..dalam mesej tu dia menyatakan aku kene jadi ajk je..bukan kene wat roket..haha..owh..mudah je kejenye..aku just kene g dok tengah padang dan tunggu jet tu jatuh..peserta2nya adalah budak2 skola sekitar batu pahat ni..uThm jadi organizer aje..

hurm..pagi tadi sekitar kul 7.30 aku bersiap la ketempat game roket ni..time tu baru ada ezu ngan yazit je..pas sume sampai encik hafizudin bagi briefing sket..aku ditugaskan untuk menjaga bahagian projectile..peraturannya roket mesti dilancarkan dari garisan permulaan dan mesti men'target' kat bull eye ditengah padang..aku jadi orang yang panggil peserta2 tu la..

tengah aku dok syok2 memanggil nama sekolah yang seterusnya tiba2, (baca dialog)

budak sekolah : cikgu..cikgu..giliran sekolah saya numbe berapa ek?
aku : (terdiam..sambil dalam hati bertanya..budak ni cakap ngan sapa ni?)
budak sekolah : cikgu..
aku : owh..nama sekolah awak ape??(budak ni cakap ngan aku rupenye)
budak sekolah : s.k. seri gading..
aku : sekolah rendah lambat lagi dik..tunggu dulu ye..

lalu budak tu pon berlalu lepas mengucapkan kalimat OK..

yang aku nak highlight kan kat sini adalah..budak tu panggil aku cikgu..ada gaya cikgu ke aku ni??ahahhaa..terasa bangga lak walaupon aku rasa panggilan tu amat tidak sesuai untuk aku..sebab aku ni tak layak langsung untuk mendapat jawatan tu..cikgu merupakan satu gelaran yang amat tinggi martabatnya..cikgu boleh melahirkan seorang jurutera,seorang doktor,seorang arkitek..dan macam2 lagi la..jadi, seorang cikgu haruslah merupakan seorang yang sabar dan yang bertanggungjawab..bagi mereka yang mendapat gelaran cikgu tapi tiada sifat2 seorang cikgu,baeklah korang lepaskan jawatan tu..sebab nanti korang akan melahirkan mereka2 yang bermasalah..bukan mereka yang menyelesaikan masalah..


cikgu2 yang pernah mengajar aku di SKAM JB

sambung balik kat crite roket tu..aku pon jaga la game tu sampe kul 12 lebih...pas tu semua game dah selesai ada acara penyampaian hadiah kat pemenang..dan yang best adalah ada makan tengah hari skali..nasi ayam tu..sedap gilos..haha..dan yang paling beruntung aku join program ni adalah sijil,baju ,makanan dan goodies bag disediakan..haha..best2..

kepada budak sekolah tu..pesanan dari aku adalah.."abang bukan seorang cikgu ye dan abang tak layak untuk itu"..hehe..

adalah tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat semua cikgu2 diseluruh dunia..

FynnJamal - Biar Jiwa



Download

Lirik

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara

Tilu - Ku Bukan Aku



Download

Lirik

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)

Tuesday, May 4, 2010

hanya selangkah lagi untuk pasukan BIRU itu..

chelsea won!!hehe..semalam pasukan chel-laut tu dah pom mengatasi pasukan ayam merah untu kali kedua bagi musim ini..2 kosong..2 gol dijaringkan oleh drogba dan lampard..kesilapan oleh gerrard telah memberikan ruang untuk drogba menjaringkan gol pertama selepas memperdaya keeper team ayam merah tu..hehe..pastu la anelka telah membantu lampard untuk mejaringkan gol peribadinya yang ke-21..


drogba menjaringkan gol ke-26 nya semalam

wat masa sekarang ni chelsea berada diatas mengatasi pasukan setan merah tu dengan kelebihan 1 mata..agak mencabar gak kedudukan tu..tapi harap2 chelsea bley mengekalkan rentak kemenangan untuk minggu hadapan menentang wigan..pada pertemuan pertama ari tu wigan telah mengalahkan chelsea ditempat mereka..maka,chelsea perlu berhati2 untuk menjadi juara..

Monday, May 3, 2010

gAtheRing uNtuK sTudenT AyER MoLEk JB bATch 87


hurm..petang tadi lebih kurang pukul 5.38p.m. aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan lama yang aku save namanya kat k810i aku ni sebagai MRazif..nama dia razif dan M tu adalah kod untuk geng2 sekolah rendah kebangsaan ayer molek johor bahru..kat sekolah tu la aku belajo dari darjah 1 sampe le ke abes upsr..aku benci upsr..sebab ia menjatuhkan imej aku sebagai seorang pelajar yang selalu dapat numbe satu kat sekolah..haha..

ahh..!!dah jauh dah aku mengarut ni..panggilan tadi tu adalah untuk mereka menghantar laporan meeting gathering kitorang..diorang yang meeting..tapi report kene anto kat aku..haha..macam bos lak..diorang dah set tarikh, masa ngan lokasi pertemuan..antara ahli yang hadir meeting tadi adalah razif,hilaleeyah ngan syammil..detail pasal projek tu ada kat bawah ni..

tarikh : 9 mei 2010
masa : 8/9 a.m.

lokasi : teluk danga jay bee

dalam meeting tu juga diorang merancang nak kumpol kul 7 pagi sebenarnya..tapi lepas aku mendapat laporan meeting tu aku minta diorang ubah masa nya..sebab ..maklum la kalu pagi2 ni masing2 liat sket ..haha..lagipon aku jauh dari situ..so,ada la alasan ..lepas berkumpol kat danga bay,diorang bercadang nak g desaru atau tg.balau..nak wat bbq katanya..aku berfikir sejenak..ok la kot..selain tu aktiviti2 laen akan ditentukan pada masa pertemuan tu..

aku amat berharap agar projek ni berjaya le..sebab mengikut kiraan aku..sudah hampir 11 tahun aku tak jumpe geng2 sekolah ayer molek ni..teringin gak nak sembang2 'nestolgia' lama ngan diorang..kompom lawak punye..haha..

ok geng..c u there..

AWAS !! Virus facebook Barack Obama Hillary Clinton - sex scandal

tadi aku jenjalan kat belog orang peatu aku jumpe satu belog ni nama nya milo suam..banyak gak brite terbaru kat situ..tapi ada satu yang menarik perhatian aku..baca kat bawah ni..:


Makluman Bagi semua pengguna Facebook diharap berhati-hati kerana kini terdapat
virus yang akan membuatkan anda menghantar link sebuah video yang tidak wujud kepada semua rakan-rakan anda di dalam senarai rakan anda di facebook. Bagaimana ia beroperasi? Virus ini akan bertindak apabila anda meng 'klik' link yang kononnya video skandal seks Barack Obama dan Hillary Clinton, video tersebut bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal.

Jadi sekiranya anda menerima video tersebut dari mana-mana rakan anda di facebook, kemungkinan besar rakan anda telah meng 'klik' link video tersebut, seterusnya video itu dihantar kepada anda seolah-olah rakan anda itu yang menghantarnya. Namun percayalah rakan anda tak sejahat itu untuk menghantar video tidak senonoh tetapi mungkin kerana semangat ingin tahu kawan anda itu menyebabkan dia menekan link video tersebut. Berikut contoh virus Facebook yang dimaksudkan. Harap dapat disebarkan kepada semua rakan-rakan di Facebook!

Bagaimana cara untuk mengelakkan dari virus ini bertindak kepada anda? Mudah sahaja, sekiranya anda menerima video seperti yang ditunjukkan di atas janganlah klik, sebaliknya delete (padam) sahaja bagi mengelakkan anda atau sesiapa yang terlihat video itu dari ter 'klik' dan seterusnya dihantar kepada rakan-rakan mereka. Ingat, bila anda menemui video bertajuk Barack Obama Hillary Clinton - Sex Scandal, jangan gatal-gatal nak klik, tiada video semacam itu, sebaliknya itu hanyalah virus! Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda semua.....

Sunday, May 2, 2010

Solat duha sebagai roh rezeki


salam ilmu..hari ni aku nak kongsi sket pasal solat dhuha..harap2 korang boleh baca dan ambik pengajarannya..

REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.


kik sini untuk solat duha,doa serta cara melaksanakannya..


credit kepada http://www.ipislam.edu.my dan blog2 yang terlibat..

dAku seOrang anak bOngsu yang berunTung..

4 lima hari yang lepas aku mendapat mesej dari kak yong ku sayam..mesej nya berbunyi begini..

"salam..wat pe weh..chat??
bila abes pekse??
jol..kitorang cadang nak beli
hadiah hari ibu ni..hargenya
2 rat lebih..kita bahagi 4 orang le..
yang lebih tu kawan tambah..
tapi kamu tak yah le bayo..
sbb kamu kan student lagi..hehe..
hari ibu kan dah dekat.."

lebih kurang camtu la mesej kak yong aku tuh..maksud dia bahagi 4 tu,kira bahagi kitorang adek beradik la..kakyong,angah,ijad ngan aku..kak yong ni kalu anto mesej mesti berpage2.. kengkadang sampai kluar *some text missing* lagi..haha..ini pon aku tak buh abes..kalu tak banyak lagi ceghitenya..berbalik kepada mesej tu..aku membacanya sambil tersenyum..cam tau2 je kakak ku ini..aku pon menaip mesej dengan niat untuk membalasnya..mesej ku berbunyi begini (aku guna ayat pancing sket):

"hurm..kalu nak jol tambah
dalam sepuloh 2 tu boleh lagi..
kawan ada lagi duit ni.."

begitu lah ayat pancing aku..walaupon aku sudah kekeringan ni..tapi kalis2 sket..segan lah..lalu aku pon tekan button send kat k810i aku tuh..tetiba..tut...hp ku berbunyi lak..dia tulis mesej aku tak bley anto..aku mula nak maki maxis tu..dudok tengah2 bandaraya parit raja pon tak de line..huh..tapi aku cube lak check kredit..rupa2nya sudah '0' sen ar..harharhar..

maknenya aku tak balas pon mesej kakak ku itu..sebab ari pon dah tengah malam..malas aku nak g kedai beli topup..topup pon 5hengget aje..esoknye tengahari aku membeli topup dan send mesej aku yang semalam..aku tunggu kak yong reply mesej..tapi tak de gak..pastu petang baru dia reply..

"sory lambat balas..
kawan tak perasan mesejmu..
balik sekolah kawan terus wat
keje sket kat umah..
petang ni baru prasan..
ish..kamu tak yah le bayo..
kawan support mu..
mu student lagi.."

lepas aku baca mesej tu aku mereply balik.."ok..thanks" sambil dalam hati aku menyebut yes..haha..tapi aku lupa nak tanya ape hadiah yang diorang cadang nak beli tu..??nak anto mesej balik, malas lak..aku kurungkan aje niatku itu..



angah n kak yong


ijad

2 hari pastu angah aku call lak..sembang punya sembang dia tanya kak yong ada ckp pasal prezen hari ibu tak??aku "ckp ada..tapi dia cakap tak yah bayo"..angah balas"memang le..kamukan student lagi..hehe"..aku tanya pe hadiah yang depa nak beli tu??angah cakap nak beli set pinggan mangkok..owhh..baru aku tau..ibu aku nak sangat pinggan yang tebal tu..nama ape ntah..aku bukan tau pon..haha..tapi yang aku tau ibu aku memang ada minat kat satu set pinggan tu..canthek katanya..

hurm..hari ibu minggu depan..9hb..tapi aku ada kat jb lak..rasa serba salah lak ngan ibu ku sayaang..tak pe..nanti aku akan call ibuku..ibu maafkan daku ye..

Saturday, May 1, 2010

RoKErs dARi mAlaYsia, bANd JiwAng DaRi IndOn aTau hOTel kAt jEpoN daRI gErMAn..??

Tarikh : 1 Mei 2010
Perkara : 3 konsert pada 1 masa

huh..hari buruh di malaysia tahun ni diraikan dengan 3 consert yang agak gempak la..konsert yang terlibat adalah :
  1. Konsert Double Trouble 2 Wings&Search
  2. Konsert Mega Ungu
  3. Konsert Tokio Hotel (everyone connets TM)
hurm kat sini aku nak review sket la pasal ketiga-3 konsert ni..

  • Konsert Double Trouble 2 Wings&Search


konsert ni akan berlangsung kat Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Damansara pada jam 8.45 malam..seperti yang tertera diatas 2 band lagenda rock Malaysia yang terlibat..pada jangkaan aku,ini semestinya konsert yang hebat..sebab apabila 2 otai bergabung ia akan menghasilkan otai kuasa 2..fuhh..yang pastinya, wings akan mendendangkan lagu2 rock popular mereka sepanjang zaman manakala, search dengan vokalisnya iaitu amy pasti akan mem'peeeiiwwwiiiit'kan peminat2 mereka..huh..tak dapat aku rasakan bagaimana kehangatan yang akan berlansung nanti..

  • Konsert Mega Ungu


ni satu lagi band feberet aku..lagu2 diorang memang banyak yang besh2 dan sedap didengar..tapi kalu konsert band2 dari indon ni pasti akan dibanjiri oleh mat2 serta minah2 endon yang bermastautin kat mesia ni..tak kira la yang masuk mesia ni ikot pintu ataupon yang masuk ikot bawah rumah..ungu mesti akan melagukan lagu2 hits diorang seperti kekasih gelapku,surgamu,tercipta untukku dan macam2 lagi le..ha ..konsert ni dijadualkan berlangsung kat Stadium Nasional Bukit Jalil kul 8 mlm..

  • Konsert Tokio Hotel (everyone connets TM)

konsert ni aku dengar free je..tapi kene dapatkan tiket dengan TM..camne ntah ..aku pon tak tau..tapi konsert ni berlangsung kat Central Park Avenue, 1 Utama pada kul 8 gak kot..yang kurang sket publisitinya..sebab free kan..band ni dari german sebenarnya bukan dari jepon (tokyo) seperti namanya..tapi mekap diorang memang ada gaya ala nippon la..dengan style rambut terpacak..conteng2 muka..memang persis jepon..album terbaru diorang yang berjudul humanoid direleasekan pada tahun lepas..tapi lagu diorang aku tak berapa layan sangat la..tapi yang aku tau opening act dia ada bunkface ngan pop shuvit..

tapi..buat pengetahuan korang..3,3 konsert ni aku tak pegi..haha..sebab aku tak de kat KL pon..time aku update post ni jam sudah menunjukkan kul 7.41 malam..dan aku masih lagi di "bandaraya" parit raja..tak sempat pon kalu aku nak pegi..tapi kalu aku diberi pilihan aku nak sangat pegi tengok wings ngan search..go malaysia go..

IP man 2 + Iron man 2 = IP-Ron Man 2 ???





apakah??betol kah ip man ngan ironman telah bergabung??haha..tak de la..gambo ni aku jumpe kat fb kawan aku..ntah rajin betol dia edit..tapi kalu tengok balik cam betol la pulok..hehe..

hurmm..kat sini biar aku kasi crite sket pasal muvi ironman 2 ni..lepas satu duni tau pasal tony stark ni adalah iron man,kerajaan tempat diorang tu mula la nak korek pasal teknologi hero dia ni..diorang nak wat duplicate suit tu cam duplicate kunci kat kedai apek tu la..dalam masa yang sama gak ada sorang mamat ni (jahat le)namanya ivan vanko telah membuat macam senjata la yang diberi nama whiplash..ala2 cemeti tu..tapi ada karen..dia ni nak balas dendam kat tony tu la..aku pon tak brape tahu nape dia nak balas dendam tu..pastu ada pulak watak spy dari rusia kot(awek cun, scarlett johansson) nak risik gak pasal baju besi tu..jadi mamat hero ni kene la mempertahankan diri dan mempertahankan rahsia baju besi beliau dari terjatuh ketangan pihak yang tak bertangungjawab..


scarlett johansson

abes pasal citer iron man kita sambung pasal citer ip-man lak..aku dah tengok ip man yang dulu..awal2 dulu aku panggil nama dia I.P man..macam inspektor polis la..lepas aku tengok baru la aku tau rupa2nya nama beliau adalah yip man..haha..yang 1st dulu aku dah tak berapa hengat sangat..tp macam hero dia mati kene tembak..tapi nape ada yang kedua lak..aku search sinopsis kat pak cik google ada la aku jumpe ..tapi tak brape paham..sebab bahasa inggeris..aku ni BI lemah sket..haha..tapi papepon aku cite la sket ..kalu salah korang betolkan la..sebab aku pon lom tengok lagi yang ke2 ni..




selepas yip man menewaskan jeneral jepon tu dia balik ke hong kong..then,dia wat la sekola pondok untuk ngajo kungfu dia tu..biasa la kungfu ni ada banyak jenis gak..cam silat la..ada silat gayung,silat helang ,silat hanafi,silat orang kawin dan macam2 la...kungfu pon ada..jadi satu hari yipman dicabar oleh master kungfu laen namanya sifu hung..diorang lawan la..tapi diorang seri lak..pastu satu hong kong anggap dia sifu bersama la..dalam masa yang sama ada seorang mamat ni benci yang amat kat kungfu china..dia ni boxer la..dia ni dah bunuh lak sifu hung tu..pastu dia ajak lak yipman tu bergadoh lak..yipman pon setuju je la sbb nak balas dendam utk sifu hung..pastu diorang pon gadoh..tapi aku tak dapat abeskan citer ni..sebab kene pegi tengok dulu baru tau..kebanyakan sinopsis kat tenet ni tak citer pon sampe abes..haha..kalu korang nak tau gak,g la tgk kat wayang..tak pon tunggu je sampe kluar kat tenet dan donlod aje..kehkeh..

1 Mei, pekerja serta kaitannya dengan aku..




salam 1 mei..sepanjang hidupku ini aku tak pernah menyambut perayaan 1 mei..perayaan ke??hurm..1 mei biasanya dikaitkan dengan pekerja la..yang tak keje tu jangan la sebok2 nak sambut 1 mei walaupon korang cuti..tambah-tambah lagi bagi mereka yang penanam anggur profesional..diorang lagi la hari-hari cuti..aku tak pernah menyambut 1 mei kerana aku tidak pernah bekerja dan dalam maksud yang sama aku tidak pernah menjadi pekerja..yang aku pernah adalah dikerjakan..haha..

kenapa 1 mei dinamakan hari pekerja atau hari buruh??mesti ramai yang tak tau kan..sejarah satu mei ni amat la panjang..tapi aku ceritakan serba sedikit la..pada awalnya ia bermula dari perjuangan pekerja-pekerja menuntut keadilan tentang hak-hak pekerja..dia awal abad ke-19 mereka menuntut hak masa bekerja mereka, gaji serta persekitaran bekerja mereka..ini dilakukan oleh pekerja-pekerja di eropah dan di amerika syarikat..

sejak itu banyak desakan dari pekerja-pekerja menuntut hak-hak mereka..rentetan perjuangan mereka berlaku agak lama sehingga pada 1 mei 1890 diistiharkan bahawa tarikh untuk memperingati pekerja-pekerja di pelbagai negara..sekarang ni di malaysia pon hari pekerja disambut pada setiap tahun..tapi bukan semua pekerja dapat bercuti..macam pejabat2 boleh la bercuti..tapi kalau cam warden penjara,abam polis,ahli bomba,nurse2 cantik kat spital,abang sojar, pekerja kedai kat supermarket,pakcik guard kedai emas atau pak guard uThm dan bla..bla..bla.. diorang mana la ada cuti pada 1 mei..kalu yang cuti pon tak ramai..sian kat diorang..


ape-ape pon dikesempatan 1 mei ni aku mengucapkan selamat menyambut hari pekerja untuk para pekerja di malaysia serta diserata dunia..tanpa korang maka tak ade la ape yang ada sekarang ni..tanpa penoreh getah maka tak ada la getah ikat rambut ibuku dirumah,tanpa petani takde la peluh petani..eh! silap..takde la sayur2 ,beras yang aku hari2 makan..tanpa minah karen maka takde la takde la tv 19inchi kat umah aku ni walaupon kadang kalu siarannya terganggu..dan yang paling penting ,tanpa aku siapa lah mereka..kerana aku la pengguna barang2 yang mereka hasilkan..haha..

p/s errr..gambo awek nurse tu aku rembat kat tenet je..tapi kalu korang pandai2 nak gosipkan dia ngan aku pon takpe...aku memang suke nurse2 ni..senang nak rawat aku kalu aku sakit nanti..oh!!nurse..

selisih malaikat 44 ??

salam kenyang lepas makan..hehe..malam ni aku makan malam pukul 12 lebih..sebab ape??sebab konspirasi budak-budak rumah aku..ntah hape-hape ntah diorang tu..hehe..sanggup tahan lapar kerana konspirasi makan nasi..aku pegi makan kat kedai sebelah esso tu..memang sedapla air bandung dia pergh..Eh!!aku ni kalu bab melalut ni memang hebat la..slalu je lari tajuk..

air bandung kedai tu..

hurm..pasal tajuk tu ea..petang tadi aku menonton filem dolu2..citer p.ramlee (3 abdul)..dalam dok syok-syok layankan pak aji tu(s.samsudin) aku dengar satu ungkapan yang selalu diungkapkan oleh orang zaman skang ni..iaitu 'selisih malaikat 44'..kengkadang aku pon ada sebot gak ayat selisih malaikat 44 ni gak.."pon macam pak aji jugak",kata pak aji citer 3 abdul tuh..persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan selisih malaikat 44 tu??..malaikat tu ada 44 je ke? tapi setahu aku malaikat yang wajib kita tahu ada 10 je..yang lagi 34 tu datang dari mana?

kalu kita dok sembang-sembang pasal bende buruk kadang kala ada yang menyebutkan ungkapan ni..dalam pemahaman kita ini adalah salah satu ungkapan untuk menunjukkan bahawa minta dijauhkan perkara tersebut kat kita..tapi kenapa malaikat? dan kenapa 44?apa kaitannya?adakah malaikat yang seramai 44 boleh menghalang perkara tu terjadi kat kita??hurm..kau fikirlah (lagu aizat sekali)hehe..

tapi aku pernah terbaca la kan..pasal selisih malaikat 44 ni memang tak da larangan kita menyebutnya..itu pon jika tiada niat untuk mensyirikkan Allah..sebab dalam masyarakat melayu kita ni memang dah jadi cam satu peribahasa kowt..jadi kita perlulah yakin kepada Allah jika kita menyebutkan ayat ni..

kalu korang penah tengok kartun atau cerita omputih lak diorang akan sebut 'touch wood' atau 'knock on wood' untuk melahirkan rasa tidak mahu terjadi keatas diri mereka sesuatu yang buruk tu..jadi hal ini merupakan adat atau satu budaya untuk sesebuah masyarakat tu..

jadi renung-renungkan lah..dan kalu korang tau kenapa ia disebut selisih malaikat 44 tolong gtau kat aku ea..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails