manggester

Wednesday, August 31, 2011

wordless wednesday!


Tuesday, August 23, 2011

dunia kita sungguh jelik!


artis pegang anjing heboh satu Malaysia. sedangkan anjing bukannya haram jika ianya kering. kalau basah pun hanya perlu disamak sahaja. tidak susah pun untuk menyamak.

Dari Ibn Mughaffal, ia berkata:
“Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan membunuh anjing,kemudian bersabda: “Mengapa mereka mengangap penting anjing-anjing itu?” Kemudian Rasul memberi keringanan dalam hal berkaitan anjing pemburu dan anjing penjaga kambing lalu bersabda : “Apabila ada anjing minum di dalam bekas, basuhlah bekas tersebut tujuh kali dan gosoklah dengan tanah pada basuhan kelapan..”

tapi jika artis kita pegang sesuatu benda yang haram sehinggakan tidak boleh disamak, tidak boleh disucikan, masing-masing tidak peduli pun. artis wanita pegang tangan artis lelaki, siapa peduli? artis lelaki cium pipi artis wanita, biasa saja? artis-artis berlakon bertindih-tindih, oh menyeronokkan.

dunia kita sungguh jelik!



Monday, August 22, 2011

aku dah agak dah!


menunggu bas berseorangan ditengah hari cukup membuatkan aku rasa bosan. tambahan pula dibulan puasa. tak dapat aku nak menjilat aiskrim mekdi ataupun melambung-lambungkan kacang kedalam mulut. sempat aku beri RM1 kepada mamak tepi jalan tadi sebagai balasan untuk surat khabar Kosmo ditangan aku ini.

aku selak-selak surat khabar itu. bosan juga isi kandungannya. terus sahaja aku ke halaman belakang. Sukan, memang tidak membosankan. aku baca dengan penuh teliti. satu per satu berita aku hayati.

tiba-tiba ada seorang lelaki bertopi lusuh melabuhkan punggungnya disebelah aku. senyum yang dia lemparkan membuatkan aku mengukirkan sedikit senyuman kerana dia mengganggu konsentrasi aku menelaah surat khabar itu.

tak lama kemudian, lelaki itu membetulkan kedudukan punggungnya. aku menoleh kearahnya kerana kaki dia sedikit tertolak beg aku yang terletak ditepi. "panas" katanya. memang dari tadi aku sedari tempat duduk aku itu memang panas. tapi aku pedulikan kerana tiada kerusi lain untuk aku duduk. lantas aku aku menjawab "cuaca sekarang ini memang panas", saja aku buat-buat ramah. lelaki itu masih senyum kearah aku. mulutnya seolah-olah mahu membicarakan sesuatu kepada aku. tapi mata aku kembali menikam surat khabar.

selang beberapa minit, ada titisan-titisan halus menitik. "hujan pula", kata lelaki itu sambil menoleh kepada aku. aku perasan jelingan dia itu seolah-olah mahu aku berbicara bersamanya. lantas aku menjawab lebih kurang sama dengan ayat pertama aku kepadanya. cuma ada sedikit perubahan. "cuaca sekarang memang tak menentu", balas aku. aku enggan meneruskan perbualan bersamanya. aku dapat rasakan ada agenda tersembunyi yang dirancang oleh lelaki tersebut.

....................................................................

aku letakkan surat khabar disamping aku. lelaki tersebut kembali menoleh. dan memohon untuk meminjam surat khabar itu. aku anggukkan saja tanda setuju. tak lama dia membaca. mungkin kerana berita tentang anuar vs najib, selangor vs kelantan dan pemberontak vs gadafi tidak menarik minat beliau. sambil dia meletakkan kembali surat khabar itu, dia bertanya destinasi aku. "KL", jawab aku ringkas. "buat apa di KL?", soalnya lagi. "kerja", balas aku.

sekilas dia memandang bas yang baru masuk di stesen itu. "nama apa", kembali dia menyoal. huh, makin menjadi-jadi pula lelaki ini buat soal siasat. "zul", jawab aku tanpa memberi nama penuh kerana aku yakin dia bukan polis untuk aku menjawab secara skema. "oh zul, erm. boleh tolong abang tak?", dia mula nak menunjukkan wajah yang sebenar. "tolong apa bang?", aku membalikkan soalan kepadanya walaupun aku tahu lelaki ini cuba untuk mengecek duit aku.

"abang nak balik kampung ni, duit tak ada. gaji pun tak masuk lagi", jelas beliau. aku hanya senyum. "bos abang tu la. tak nak bayar gaji pula", dia mengadu kepada aku seperti aku ini presiden persatuan pekerja-pekerja Malaysia pula. aku kembali senyum. "macam ni lah bang", aku memulakan ayat. " saya ni pun tak ada duit. gaji bulan lepas pun bos belum bayar. saya datang johor ni pun sebab nak cari kerja lah ni", sambung aku.

lelaki itu terkedu. umpan tak menjadi mungkin. "erm. kalau macam tu adik bagi lima ringgit pun cukup lah. abang nak buat berbuka nanti", pohonnya lagi. "tak boleh bang, saya kejap lagi ni sampai KL, saya nak kena naik LRT lagi. komuter lagi.", saja aku bohong dia walaupun sampai di KL nanti kawan aku akan menjemput aku. lelaki itu mencabut topinya. mengeluh dia disitu kerana tidak berjaya memperoleh hasil dari aku. tapi serius dalam dompet aku cuma ada beberapa helai wang seringgit dan sehelai wang lima ringgit.

aku dan lelaki tersebut hanya berdiam diri. mungkin dia sedang memikirkan strategi berikutnya untuk mendapatkan walaupun seringgit daripada aku.

......................................................................

tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. kawan aku telefon rupanya. aku berbual-bual dan membiarkan lelaki tersebut bersama masalahnya. tak lama selepas itu dia beredar dengan wajah hampa. memang tepat sekali sangkaan aku. mesti lelaki itu ada agenda tersembunyi. termasuk lelaki itu, sudah hampir lima kali aku jumpa orang yang seumpamanya. dengan ayat-ayat permulaan untuk bersembang dan diakhiri dengan meminta wang. aku dah agak dah la.



:: orang lain penat bekerja, kau orang senang-senang saja nak minta wang!

Sunday, August 21, 2011

Anak Pak Haji main judi


Tergesa-gesa Mat berlari ke rumah Pak Haji Semeon. ada berita tidak menyenangkan yang hendak disampaikan. setibanya Mat dihadapan rumah Pak Haji Semeon, kelihatan Pak Haji Semeon sedang menyangkul di tepi rumah kayu beliau. Mat terus menerpa tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"Pak Haji!", jerkah Mat.

"Ada apa Mat?", soal Pak Haji sambil menyandarkan cangkul di pohon pisang.

"Anak Pak Haji main judi", jelas Mat bersungguh-sungguh.

"Astagfirullah", ucap Pak Haji sambil membetulkan kupiahnya.

"tapi menang", sambung Mat kembali.

"Hah! Alhamdulillah", jawab Pak Haji sambil menggenggam tangan kanannya.

"Erk! apakah?", Mat terpinga-pinga kehairanan.




:: Jangan main judi. haram!
:: Lawak aku copy dari status Facebook rakan-rakan.

Saturday, August 20, 2011

Makan vs Kereta



serius lawak!

mak benci adik


Disuatu petang yang aman damai. kelihatan seorang ibu dan anaknya sedang berbual-bual dipangkin bawah pohon rambutan. rancak perbualannya.

Anak: mak,ape dalam perut mak tue??

Mak: adik kamu laa..

Anak: mak benci adik ke??

Mak: ehh!!!mak x pernah benci anak mak...

Anak: dah tue,kenapa mak telan adik??

Mak: bertuah betul budak nie,nak kena hempuk ke...

Anak: mak, mak x pose ke??

Mak: haah..mmg mak x pose,meh sini mak nak telan ngko pulak!!



:: Lawak aku copy dari facebook rakan-rakan.

Friday, August 19, 2011

MAK BUAT HO..HO...HOLICK ERK ?


Di suatu pagi yang hening ketika orang lain masih diulit mimpi, seorang ibu awal-awal lagi sudah pun menyiapkan juadah bersahur untuk keluarganya. tanpa ada keluh kesah, si ibu sanggup mengorban masa tidurnya demi menjamin suami dan anaknya dapat bersahur untuk menunaikan ibadah puasa.

setelah semua juadah terhidang diatas meja, si ibu pun segera mengejutkan suami tercinta serta anaknya yang sentiasa menjadi pengarang hati si ibu. sayu si ibu melihat anaknya yang masih mengalir air liur basinya.

Ibu : Alim bangun lim. makan sahur ni.

Alim yang masih menarik selimut lalu bertanye pada ibu nya.''MAK BUAT HO. HO. HOLICK ERK ?''

dengan mesranya si ibu pun menjawab, "HO. HO. HOTAK engkau. bangun cepat!


:: aku edit dari status facebook kawan aku.

Thursday, August 18, 2011

Tarian Ketam khas untuk surirumah yang mahu memasak gulai ketam masak lemak cili padi


serius hari ini membuatkan aku merasa loya seperti ibu-ibu mengandung 2 bulan selepas aku menonton video clip Tarian Ketam dari sebuah kumpulan ala-ala K-Pop iaitu Max 24:7. nasib baik perasaan loya itu dapat dibendung selepas aku membaca komen-komen peminat di bawah video tersebut di youtube.

komen-komen yang sungguh menghiburkan hati dengan pujian-pujian mantap dari peminat. pujian-pujian melambung itu menyebabkan klip video ini mendapat rating likes yang begitu banyak tetapi masih mendapat rating dislikes yang lebih banyak-banyak-banyak. ketika aku menaip entry ini, rating dislike sudah pun mencapai angka 2,034.

kalau anda rasa kebosanan dihari ini, anda bolehlah membuka link youtube dibawah. tetapi atas nasihat pakar, anda diminta jangan menonton klip video ini ketika siang hari. dikhuatiri akan membatalkan puasa anda kerana muntah secara sengaja. terus membaca komen-komen dibawah klip video untuk mendapat hiburan yang lebih baik.



gambar dan resepi penuh di sini

:: tarian ketam yang dipersembahkan adalah lebih baik ditonton ketika anda sedang memasak lauk ketam masak lemak cili padi!


Spontaneous Thursday

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaranMu, dengan cahayaMu wahai penerang hati orang yang bijak."

adakah jam anda tepat pada waktu nya?


Adakah jam anda semua tepat pada waktunya? kalau tidak tepat anda boleh betulkan jam anda mengikut waktu standard Malaysia di sini : The Malaysian Standard Time

Saturday, August 13, 2011

iklan rare Lisa Surihani

Pagi ini saja aku buka youtube dan apa saja video-video menarik disana. dan secara tiba-tiba iklan ayam goreng McDonald Lisa Surihani ada ditepi. aku pun terus mainkan video itu. sudah lama aku tak lihat iklan ini ditelevisyen. dan kemudian ada satu lagi video Lisa untuk iklan bedak apa entah. aku layankan saja sebab Lisa memang cute. ahahaha.







:: kalau korang ada jumpa video rare Lisa lagi, tolong bagitahu aku ye!

Friday, August 12, 2011

Geisha Melayu Terakhir

aku nak share trailer filem atau drama Geisha Melayu Terakhir lakonan Scha Alyahya dan Tiz Zaqyah. tarikh filem atau drama ini keluar aku tak tahu. aku jumpa video ini pon di facebook.















korang layan saja trailer ini. macam best gak ceritanya.

Cara-cara untuk mengelak dari berpuasa

Muslims in world's tallest tower have to fast longer

Muslims living in the world's tallest tower will have to wait even longer to break their fast during the holy month of Ramadan.

Mohammed al-Qubaisi, Dubai's top Muslim cleric, said Sunday that Burj Khalifa residents living above the 80th floor should wait two additional minutes to break their dawn-to-dusk fast while those above the 150th floor must wait three extra minutes because they will be able to see the sun longer than those on the ground.

The half-mile high tower has 160 habitable floors.

Al-Qubaisi said the decree is similar to those relating to Muslims traveling on airplanes, and harkens back to a time when people living in the mountains broke their fast after those at lower elevations. -



berdasarkan kepada artikel diatas, orang yang tinggal ditempat tinggi lebih lewat berbuka. manakala orang yang tinggal ditempat rendah lebih cepat berbuka. ini kerana orang yang tinggal ditempat tinggi boleh melihat matahari lebih lama dari orang yang berada dibawah.

jadi, kepada mereka yang malas untuk berpuasa, aku ada cara-cara untuk mengelak dari berpuasa. cara-caranya adalah, anda boleh tinggal di dalam tanah. ini kerana didalam tanah anda langsung tidak nampak matahari. atau dengan ayat yang lebih manis, anda yang malas untuk berpuasa lebih baik mati dan ditanam didalam tanah!

Thursday, August 11, 2011

kuih muih di Malaysia

Lambat lagi nak berbuka puasa ni, tapi aku nak kongsi dengan korang nama-nama kuih yang wujud kat negara kita ini. macam-macam nama kuih yang menarik.

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling seksi= Puteri Mandi
Kuih paling kotor= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri= kuih bangkit
kuih org x mandi= BAU-LU
kuih paling tenteram= kuih makmur
kuih paling lembap= kuih siput


:: aku copy paste dari facebook orang lain. sumber asal masih belum dikenal pasti.

Pokok semalu | Edisi buat malu


pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica merupakan pokok liar yang sering kita jumpa dipadang-padang rumput. apabila disentuh, daunnya akan menguncup dan akan mengembang semula selepas beberapa ketika.

bagi kita di Malaysia ini, pokok ini langsung tidak diendahkan kecuali apabila terpijak jika tidak memakai kasut. kerana ada diantaranya berduri. tetapi bagi mereka yang di luar negara, pokok ini adalah sesuatu pokok yang agak asing. kerana ada diantara mereka yang tidak pernah melihat pokok ini. dan pokok ini juga dijual dengan harga yang agak mahal. sedangkan di Malaysia kita boleh mengutip pokok ini di tepi-tepi jalan.


video diatas adalah video promosi pokok semalu ini. ia dijual dengan harga $19.99 berserta 6 pasu kecil dan bekas penyimpan. mungkin orang disana akan membeli pokok ini. kerana mungkin di negara yang bukan beriklim khatulistiwa tiada pokok ini.

kalau sesiapa yang hendak beli pokok ini, boleh order dengan aku juga. aku bagi satu pasu besar pokok semalu ini. kah kah kah!

Wednesday, August 10, 2011

hantu hilang selepas terkena mercun


hantu milik seorang kanak-kanak 4 tahun hilang apabila terkena mercun bola yang dicucuhnya sendiri. kehilangan hantu itu akan menyebabkan hantu itu tidak akan kembali selepas berakhirnya ramadhan nanti biarpun semua hantu-hantu lain terlepas dari penjara ketika ramadhan ini. - HArian Main2-TRO

pesanan khidmat masyarakat - jangan main mercun. ingatlah anggota badan yang tersayang!

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, hilang satu jari hantu tangan kirinya dan melecur di tangan apabila mercun bola yang dicucuhnya meletup di dalam tangan dalam kejadian di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, semalam.

Syahir Saifullah Jefri merupakan mangsa keenam yang cedera akibat mercun bola di negeri ini bulan ini. Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semalam ketika mangsa, anak bongsu daripada empat beradik itu sedang bermain bunga api bersama salah seorang abangnya.

Wati berkata, ketika kejadian, beliau sedang menjahit pakaian raya untuk anak-anaknya manakala Boy (nama panggilan Syahir Saifullah) berada di luar rumah bermain bunga api bersama abangnya, Anwar, 6.

"Beberapa minit selepas Boy bermain bunga api, dia masuk ke rumah dan mengambil mercun bola yang disimpan abang sulungnya, Syahmi Faiq, 10, di dalam laci di ruang tamu dan membawanya keluar.

"Anwar cuba menegah adiknya supaya tidak mencucuh bunga api itu tetapi Boy tidak mengendahkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian meletakkan bunga api yang masih menyala di atas meja lalu mengambil mercun bola dan mencucuhnya dengan bunga api, menyebabkan mercun itu meletup sebelum sempat dilemparkan.
"Saya yang terdengar letupan dan jeritan Boy segera keluar sebelum melihat Boy menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawa dia ke Klinik Desa Rantau Panjang," katanya.

Wati berkata, anaknya yang hilang satu jari serta melecur di kedua-dua tangan kanan dan kiri itu kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke HRPZ II berikutan kecederaan serius.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata Syahir Saifullah merupakan mangsa keenam akibat mercun bola di negeri ini dengan kes pertama berlaku pada 1 Ogos lalu membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja berkenaan hanya cedera ringan. - BERNAMA

sumber - Berita Harian

WordLess Wednesday


Safee Sali dirisik kelab Bundesliga Jerman



Penyerang kebangsaan negara Safee Sali dikhabarkan mendapat tawaran dari kelab bundesliga Jerman. katanya tawaran itu masih tidak rasmi dan dia tidak boleh mengulas panjang tentang nya. jika benar berita ini baguslah. sekurang-kurangnya Malaysia sudah pun mendapat tempat diluar sana.






:: kalau dapat tawaran kelab bawahan pun ok saja. boleh timba pengalaman.

Saturday, August 6, 2011

Lebih ikhlas, Lagi best


sampaikan salam aidilfitri anda di facebook perodua dan perodua akan hantar anda pulang kekampung berhari raya. cara-caranya mudah saja. like facebook perodua dan ikut arahan digambar ini:



Do'a


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."



Friday, August 5, 2011

Berita gembira buat para muslimat yg TIDAK SUKA BERTUDUNG!

Assalamualaikum..

Ada sumber mengatakan bahawa Islam tidak mewajibkan pun anda untuk bertudung. Wohaa! Ini bukan ajaran sesat!. dan ini buka cobaan. ini betul-betul.

Tapi Islam mewajibkan semua wanita untuk menutup aurat. jadi kepada mereka-mereka yang tidak suka memakai tudung, tak kesah lah anda hendak memakai langsir , selimut , karpet atau tudung saji sekalipun. Janji rambut tertutup dan dilabuhkan ke dada dan semua aurat perlulah ditutup dengan elok.

aku cilok gambar tudung alien ini dari google.



aku copy, edit dan paste dari : timun's blog

iKLan Gangster


boleh tahan lawak juga!





Wednesday, August 3, 2011

kepala dan kelapa


berita tentang kepala manusia di pelepah kelapa sawit hari ini mengingatkan aku kepala filem Adnan Sempit dimana kepala mat rempit yang meragut beg tangan Wawa telah tersangkut diatas pokok kelapa. tapi berita itu bukan lah tentang kepala mat rempit Adnan Sempit tu. cuma lebih kurang serupa pula.

layan video ini:



Rujukan: Berita Harian

cerita jepun best!


ketika aku sedang menonton televisyen dizaman kecil dahulu.

aku : angah, cepat-cepat ada cerita jepun best.

segera angah berlari kearah televisyen kerana kegilaan beliau menonton drama jepun suatu ketika dahulu.

angah : mana-mana?

aku : itu. cerita ultraman. cerita jepun lah tu.

angah : hampagas!




WORDLESS WEDNESDAY



aku dah dapat!

Tuesday, August 2, 2011

misi lompat dan tikam di bazar ramadhan!

jam hampir menunjukkan angka 5. aku akan menjalankan misi tak mustahil aku dibazar ramadhan pada petang ini. objektif utama adalah untuk mendapatkan lompat tikam tanpa perlu melompat dan tanpa perlu menikam.

kemanisan dan kelemakan lompat tikam betul-betul membuatkan aku ketagih. lagi-lagi setelah dimasukkan kedalam peti sejuk. namanya yang agak merbahaya ini jelas tidak menakutkan aku untuk menjamahnya.




sebagai seorang orang bujang yang tinggal bersama orang bujang maka aku hanya beli sahaja di bazar ramadhan. dan bagi sesiapa yang mahu membuat sendiri juadah lompat tikam ini boleh ikut resepi yang aku salin dan tampal ini. selamat mencuba dan selamat beramal.




Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur

*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam

*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul


Cara-cara

  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
  4. Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.

aku kopi dan pasta dari : My Resepi

MOHOR BESAR RAJA-RAJA


Tahukah kita apa sebenarnya Mohor Besar Raja-Raja? setiap kali pengumuman tarikh puasa dan raya pasti akan terdengar perkataan ini. aku ada membaca di blog serius tentang hal ini. baru lah aku tahu apa sebenarnya Mohor Besar Raja-Raja.

Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.



Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.




Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.

sumber asal dari : Blog Kelab UMNO Yogyakarta



::pakcik pengumum tarikh puasa yang lama dah pencen. jadi pengumum tarikh puasa yang baru lepas ini telah digantikan. lebih pantas dari pakcik yang lama itu. mungkin gugup kerana baru pertama kali agaknya.

Monday, August 1, 2011

Dengan nafasmu aku bersyukur masih bertemu lagi Ramadhan


Assalamualaikum.

hari ini hari pertama seluruh umat islam berpuasa. menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini. seharusnya kita bersyukur kerana kita masih bernafas dan dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini. bulan yang mempunyai keberkatan yang amat besar. bulan yang ada malam yang lebih baik dari seribu malam. semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan peluang ini. insyaAllah!






Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-Mu

Chorus:
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku...

Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris doaku untuk-Mu

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku



:: hari pertama aku berpuasa sebagai seorang pekerja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails