manggester

Friday, April 22, 2011

bala..bala..


hati aku rasa betul-betul tak tenteram. kebelakang kedepan. 'huh',keluh aku sendirian. slide presentation untuk sesi seminar pembentangan projek tahun akhir aku biarkan sahaja terbuka di komputer peribadiku.

waktu pembentangan aku adalah pada jam dua belas tengah hari. pada 11.15 aku pun bersiap-siap. kelam kelibut aku mencari seluar hiamku. 'mana pula seluar ni. bala ni?', rungut aku sendirian. ku mencari ku mencari. akhirnya aku sebat saja seluar hitam yang lusuh kerana seluar yang aku cari-cari tak muncul-muncul.

setelah siap bertali leher pemberian kak yong aku bergerak keluar rumah dengan langkah kanan. gementar masih lagi terasa. Rizal Zambrie Yahya (bukan nama sebenar) membonceng dibelakangku. dia adalah pembentang yang pertama.

sesampainya aku di bilik pembentangn seminar, satu lagi bala datang menimpa. laptop tidak disediakan untuk pembentang kerana laptop sebelum ini telah dijangkiti virus malaria mungkin. ini bermakna pembentang harus menyediakan laptop sendiri. 'ni bala ni. saya ada seminar ni', keluh aku kepada rakanku dan dialog aku tiru sikit-sikit dari filem HKLBR.

setelah tiba giliran aku untuk membentangkan projek aku, aku pun dengan kekonfidenannya menyampaikannya dalam bahasa inggeris. itu lah pentingnya english education kata usop wilcha. tetapi bahasa inggeris aku memang betul-betul broken la. setibanya sesi soal jawab aku kembali gementar. ya, inilah masa untuk aku diserang dari segenap sudut oleh para panel.

betul jangkaan aku. aku diserang seperti amerika menyerang iraq. hanya satu dua seragan yang dapat aku patahkan. selebihnya aku terpaksa terima tanpa membalas. memang serius 'bala' hari ini. akhirnya sesi pebentangan aku berakhir setelah para panel berjaya menjadikan aku sebagai tawanan mereka. senyuman puas terukir dibibir mereka.

aku melangkah lesu menuju ketempat duduk. apakah nasibku nanti. terpaksa aku tunggu sehingga keputusan dikeluarkan nanti. harap-harap para panel hanya menjadikan aku tawanan buat sementara waktu sahaja. kerana aku benar-benar mahu keluar dari kehidupan seorang mahasiswa ini.

setibanya aku dirumah, aku segera melupakan kisah 'bala' itu tadi. sekarang tiba masanya untuk aku ber'enjoy' sebelum peperiksaan akhir nanti. sambil melayan lagu let's dance together dari BBB aku begitu lega dengan beban itu.


2 comments:

eqbalzack said...

salam..
selamat berhujung minggu tuan!

manggosteen said...

@eqbalzack: salam..selamat hujung minggu juga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails