manggester

Showing posts with label hari tua. Show all posts
Showing posts with label hari tua. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

selamat hari lahir ibu

ibuku disamping ayahku

28 mei lahirlah seorang wanita yang telah melahir aku. puan Sharifah binti Abd Manaf nama diberi. tegas, garang, kadang kala menggerunkan. tetapi beliau tetap penyayang, pemaaf, serta ada sifat-sifat ibu mithali biarpun tak pernah memenangi anugerah ibu mithali tahunan.

dalam hati aku, kak yong, angah dan ijad, ibu kami adalah ibu terbaik. selamat hari lahir ibu.



:: aku lambat buat entry ini kerana pagi tadi aku tergolong dalam sejuta belia yang berhimpun di Putrajaya. gila ramai. letih aku jalan. jauh berjalan.

Wednesday, May 11, 2011

Hari Tua Angah~


tanggal 11 mei hampir 30 tahun lepas lahirlah seorang bayi yang merupakan kakak yang tengah bagi aku. ketika kelahirannya aku turut menyambutnya dialam lain walaupun aku pun tak tahu bahawa itu adalah kakak aku. tapi aku masih keliru macam mana aku menyambut kelahiran itu. tetapi ibu dan ayah aku memang menyambut kelahiran bayi tersebut.mungkin ibuku baru lepas mengerahkan seluruh tenaganya dan ayahku dengan resahnya menunggu macam drama melayu. maka lahirlah bayi tersebut.

hari ini tarikh 11 mei muncul kembali. dan angah aku akan meraikan tarikh ini sekali lagi bersama ibu dan ayah aku yang sedang berada di rumahnya. aku nak hantar mesej selamat hari lahir tadi. tapi tak sempat pula kerana sibuk bermain membelasah orang dalam permainan game bola sepak. bila lihat jam sudah pun menunjukkan pukul 1.23 pagi maka aku fikir esok saja aku ucapkan.

daniel arissa dan angah

disini aku nak mengucapkan selamat hari lahir buat beliau yang sentiasa memberi sokongan kepada belog aku ini dan sentiasa menyokong aku dalam kehidupan ini. semoga angah berbahagia selalu, dimurahkan rezeki dan tabah mengharungi kehidupan. kirim salam sama daniel dan arissa ye.


Monday, April 25, 2011

Hari Tua maksayasuperb~



maksayasuperb a.k.a. azyan khairiah (gambar) merupakan salah seorang rakan sesekolah aku dahulu. beliau dikhabarkan telah diperberanakkkan oleh maknya yang superb pada dua puluh lima April berpuluh-puluh tahun yang lepas. disebabkan oleh tarikh itu jatuh pada hari ini maka aku pun dengan rasa penuh tawaduknya ingin mengucapkan selamat hari keberanakan buat beliau.

dengan ini dengarlah alunan lagu hari jadi teristimewa buat kau:



sebenarnya aku nak taip entry ini pada malam semalam tetapi disebabkan terlalu memikirkan strategi terbaru untuk menundukkan pasukan kegemaran beliau iaitu si setan merah aku telah pun tertidur. hanya Singa Biru dari London sahaja mampu menggalas bebanan ini kerana pasukan meriam buluh sememangnya tiada naluri juara.


pesanan aku kepada emaksayasuperb yang juga merangkap penjaga kepada kembar aku iaitu budakpendekberambutkerinting, sila jaga-jaga dengan singa biru. kerana dia akan mengunyah setan merah sehingga lumat.

pesanan tambahan|
:: aku tengok blog HAAR dah bersawang.
:: aku praktikal kat shah alam. nanti aku roger-roger kalau nak lepak.
:: aku rembat gambar dari blog kau tanpa kebenaran.
:: aku tengok muka awie lebih kurang sama dengan muka HAAR.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails