manggester

Monday, April 11, 2011

Memualkan sungguh perbuatan itu~


jam 3.03 pagi. aku masih bersama fluent, gambit dan excel. berpinar mata melihat nombor-nombor beserta graf yang entahkan betul entahkan tidak. projek tahun akhir aku masih dalam perjalanan yang berliku.

seketika mata aku meliar melihat rakanku. seorang sedang meyembur rikset kerana nyamuk masih belum melelapkan mata. seorang lagi sedang menonton maharaja lawak di laptopnya. sedangkan seorang rakanku lagi sedang mengetuk-ngetuk 'acrylic' jernih sambil memandang kearah sliding door. sungguh memualkan perbuatanya itu.

Wat de hek! aku masih bertungkus-lumus membuat projek sedangkan dia sedang melakukan perbuatan yang tidak memberi sebarang makna disebaliknya. "ko buat apa?", tegur aku serius. "erk. saja..", balasnya sambil menyambung bermain FIFA Manager 11 di komputer peribadinya.

bahan permainan jika projek sudah siap.

baru aku sedar, jika aku buat projek aku lebih awal dan tanpa tertangguh, maka aku boleh juga bermain mengetuk acrylic sambil melihat sliding door. bersamaan dengan itu aku boleh memimpin pasukan impianku di FIFA Manager 11 juga.

::sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
::terus berusaha menyiapkan kerja.

4 comments:

SANDRA AZWAN said...

semoga berjaya..;-)

manggosteen said...

@SANDRA AZWAN: tq bro~

ainzoo said...

chaiyok2... Demi Masa, Sesungguhnhya manusia itu dalam kerugian... Masa tu macam pedang...

Aku pun sama jugak..terkadang last minute br ble complete seme kja ..sbb setelkan hal2 lain dlu...


kita kna pandai bezakan yang mana Important, Urgent, dll (ni pesan bos aku x lama dulu)...


Gud lak ye...

manggosteen said...

@ainzoo:tq atas khidmat nasihat anda..tq gak utk bos anda..hehhe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails