manggester

Monday, February 28, 2011

bukan niatku..tetapi keadaan yang memaksa..


mata tercelik ketika jarum panjang jam menunjukkan nombor 11 disaat jarum pendek hampir tepat kepada 10. nak bangun mandi tapi niat itu terbantut dek kerana bilik air telah di'book' orang. sambung berbaring atas katil empukku. sambil menyanyi lagu maroon 5 'never gonna leave this bed'.

orang dalam bilik air sudah pun keluar. tapi belum sempat aku mencapai tuala seorang lagi rakanku telah pun memotong disaat akhir. sekali lagi aku berbaring sambil menyanyi lagu selamat malam walaupun hari sudah meningkat.

keluarnya rakanku itu jam telah menunjukkan pukul 10.20 pagi. rasa seperti badan ini sudah sebati dengan tilam tersebut. maka dengan penuh keyakinan aku menyampaikan pesanan kepada soleh supaya dia menandatangankan kehadiran aku dikelas (jangan tiru aksi ini kerana tiada kejujuran).

5 minit selepas tiba-tiba ada aura yang merasuki diri ini untuk pergi kekelas biarpun jam sudah pun pukul 10.30 pagi. segera aku membersihkan diri secepat yang mungkin. kemas beg dan kucapai apa yang patut. berlari aku keluar rumah.

lebih kurang macam ni la helmet aku yang hilang tu

sempat kukunci rumah dan secara tiba-tiba aku baru mendapat tahu bahawa helmet ms88 ku telah pun hilang.hadoi.."camne nak g kelas ni",getuk hatiku. aku buka semula kunci rumah dan masuk dengan perasaan hampa.

duduk kembali dihadapan pc untuk membuat psm ku yang dari semalam belum siap. buka fesbuk dan mengadu nasib disana. taip sedikit entry disini sebelum klik publish post dibawah.



kepada pensyarah yang amat aku sayangi : bukan niatku untuk memonteng, tetapi keadaan yang memaksa..

Kenapa Perlawanan Bola Sepak 45 Minit Setiap Separuh Masa

45 biji bola

Kenapa masa perlawanan bola sepak adalah 45minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Didalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.Dia menjawab....

"Sebab mengapa bola sepak dimainkan dalam 45 minit ialah...Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain di dalam padang.Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bola sepak yang digunakan di dalam perlawanan.Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

:: artikel diatas aku copy dari sini tanpa kebenaran..aku peduli apa?suka hati aku la nak copy!

tambahan: kalau ada tambahan masa selama 5 minit adalah kerana terdapatnya linesman seramai 2 orang. 2x2=4..lagi sebijik tu apabila manager yang terlalu emosi (kerana pasukannya tewas) memasukkan sebelah kaki kedalam padang..akakaka

Saturday, February 26, 2011

Hormati Orang Lain Melalui 3 Perkara


Berkobar-kobar rasanya aku hendak pergi ke kelas semalam. setelah 2 minggu berturut-turut aku tidak ke kelas a.k.a memonteng, akhirnya aku berjaya juga melangkahkan kaki aku masuk kelas jurutera dan masyarakat. 2 minggu lepas aku memonteng bukan kerana niat 'sahaja aku ponteng kelas kerana sengaja' tetapi secara tidak sengaja aku telah terponteng. ahahaha. disebabkan kelas tersebut tak kena sain atenden maka aku terselamat daripada dikenakan tindakan.

sesampainya aku di kelas, aku nampak pensyarah aku yang cukup kacak tapi pailang telah pun duduk dikerusi hadapan. aku berjalan slow-slow tetapi tidak terjengket-jengket seperti pussy cat tengah cuba menangkap twiity the bird, aku duduk disebelah rakanku. nasib baik pensyarah yang pailang itu cool saja walaupun ramai yang datang lewat.

pensyarah tersebut memulakan pengajarannya, dan point yang paling menarik untuk aku kongsikan disini adalah seperti tajuk diatas. dia cakap perkara ini paling penting dalam kehidupan kita seharian disamping kita hidup dalam berorganisasi.


Hormati Orang Lain Melalui 3 Perkara:

1. Pangkat
Kita perlu menghormati mereka-mereka yang berpangkat lebih besar dari kita kerana mereka berhak keatasnya. Contohnya kita perlulah menghormati bos-bos kita kerana dia bos kita lah.

2.Usia
Kita sebagai orang yang lebih muda perlulah menghormati mereka-mereka yang lebih berusia. Sama lah seperti kita menghormati ibu bapa kita. Biarpun pangkat kita lebih besar daripada mereka, kita perlu menghormatinya.

3.Pengalaman
Dalam berorganisasi pengalaman memainkan peranan penting. Oleh itu kita patut menghormati mereka-mereka yang lebih berpengalaman kerana mereka lebih arif dari kita. Bak kata pepatah 'mereka lebih makan garam dari kita'.


Daripada ketiga-tiga perkara tersebut, ia menjelaskan bahawa kita perlu menghormati semua orang disekililing kita walau apa pun kedudukannya. Saling hormat-menghormati akan membuatkan kehidupan kita lebih mudah kerana tiada rasa meninggi diri dan tiada rasa terlalu merendah diri.


:: aku berazam tak
nak ponteng lagi!

Lepak-lepak cerita hantu!


jam 3 pagi mata aku masih tak terpejam kerana sengaja aku jegilkan mata untuk bermain game bola..macam biasa la..esok kan hari sabtu..lepak sampai pagi,lepas subuh baru tidoq..

kriuuk..perut pulak seperti mula melentur menandakan ianya kosong..jengah kedapur dan goreng telur..kat depan ada roti benggali sapa ntah..aku amek dua keping ye..

puas aku makan telur goreng dihimpit roti, housemate aku pulak mula merebus megi ayam..baunya memang menusuk hidung..setelah siap merebus meginya, aku pun mula la menyemak kat dapur dengan niat untuk mengepau megi ayam tersebut..

rumah sewa berhantu di shah alam
tapi tak tau sejauh mana kebenarannya
(gambar dicuri dari blog lain tanpa kebenran)

kendian kitorang lepak bilik belakang sambil mengeluarkan topik untuk dibahaskan..dan mula la keluar cerita rumah sewa berhantu kat shah alam..seram sejuk rasanya.terbayang lambaian-lambaian yang akan menghantui tidur malammu..(betul ke cerita hantu rumah sewa tu?)

disamping itu, cerita-cerita hantu zaman sekolah mula dicungkil semula..hantu lompat almari..hantu kira seorang-seorang yang bangun tidur..eeeiii..memang terasa meremang bulu hidung ni..

dari lembaga berbaju putih sampai ke bola api tuju-tuju semua telah diutarakan..dan pada jam 5 ini aku masih belum melelapkan mata..bukan kerana dek kerana kisah macam hantu ceplos itu..tapi sebab dah nak subuh ni..kalau aku tidur,kompom-kompomlah tak akan subuh la pagi ni..qada kat zohor la jawabnya..sebagai langkah selamat,baik aku berjaga sehingga subuh..



::rindu zaman asrama dulu
terasa macam nak masuk
asrama sekolah balik je

New Goblin Dan Puteri Mia Thermopolis Jadi Host Oscar Award





James Franco dan Anne Hathaway akan menjadi host untuk Academy Award 2011. James Franco juga tercalon untuk anugerah tersebut bagi filem 127 Hours. Manakala Anne pula merupakan host termuda untuk anugerah tersebut.

Kedua-dua pasangan tersebut giat berlatih sebelum hari bersejarah tersebut pada 27 Februari ini. James yang pernah berlakon untuk filem Spiderman 1 sehingga 3 tercalon untuk pertama kalinya dalam Oscar.

Anne merupakan pelakon wanita yang paling aku minat dalam filem Princess Diaries dan The Devil Wear Prada. Berulang-ulang kali aku menonton filem itu.

Thursday, February 24, 2011

Mentor ke?


Idea ahad lepas tapi baru rasa nak menaip!



Ahad lepas aku berkesempatan menonton rancangan realiti nyanyi-nyanyi diTV3 iaitu Mentor. memang seronok aku tengok malam tu..penuh gelak ketawa dan penuh rasa nak guling-guling..mengalir air mata menahan ketawa menonton mentor kali ni..kalau tengok raja lawak pon tak rasa nak guling-guling macam ni..

sekali sekali aku tengok peserta yang datang tu macam peserta yang nak ujibakat nak masuk rancangan bersamamu pon ada..bukan apa, siap ada yang membawa kisah kesempitan hidup..ada yang bawa cerita sedih tidur kat kaki lima semata-mata nak masuk mentor..ada yang datang ke ujibakat itu untuk mengubah kehidupan diri..tapi apakan daya suara tak sedap maka tak berjaya juga mengubah..

contohnya seorang lelaki dari Segamat yang mengatakan kesusahan hidupnya, tetapi dirumah ada PS (Playstation) yang digadaikan untuk tiket bas ke Kuala Lumpur. tapi tiada duit pula untuk tambang balik ke Segamat setelah ditolak dari menjadi protege Noh Hujan..nasib baik la Ajai bagi duit sikit..boleh la balik kampong..

selain tu ada seorang yang nak ubah kehidupan yang sering diejek kerana kerjayanya sebagai penternak lembu..yang peliknya apa yang hendak dibuktikan dengan menyertai mentor? sepatutnya dia teruskan berusaha menternak lembu sehingga beroleh pendapat yang lebih lumayan dari orang-orang yang mengejeknya..

ujibakat mentor kali ni juga tempat menunjukkan sikap derhaka seorang anak kepada ibu bapanya. seorang remaja perempuan yang menceritakan kisah sedihnya kepada Datuk Sharifah Aini yang mana ibu bapanya tidak suka melihat dia menyanyi. tetapi remaja terbabit tetap pergi keujibakat tersebut tanpa pengetahuan keluarganya. dan dia juga tidak berjaya menjadi protege kepada Kak Pah. dan sesuatu yang terbukti adalah, ibu bapanya tidak suka melihat dia menyanyi kerana....suaranya memang tak sedap..aku pun tak suka tengok kau menyanyi...akakakaka

ada satu lagi yang aku perasan dalam mentor ini..bukan sahaja mentor la..banyak lagi rancangan realiti yang lain memaparkan mereka-mereka yang perasan suara mereka sedap..padahal suara bukan setakat kelaut..malah kedasar laut mungkin..akakaka..ada seorang lelaki macho bersama isteri tercintanya yang berambut perang ala-ala Paris Hilton cuba membuat provokasi kepada Noh..katanya Noh lebih berhak menilai bakatnya berbanding Ajai..akan tetapi Noh juga menolaknya dari diterima sebagai protege..ahahaha..ayat paling tak boleh blah dari lelaki itu adalah "kalau yuna boleh buat, tak kan aku tak boleh" (merujuk kapada mengupload video kat youtube) baik aku layan video cikgu shida daripada dengar suara kau..kah..kah..kah..




:: aku sedar suara aku tak best
sebab tu aku nyanyi kat jamban je
kepada yang tak sedar diri tu
tolong la sedar-sedarkan..

kan aku dah cakap..RM20 untuk 2 gol saja la..


Tadi pasukan Malaysia B-23 kita berjaya menewaskan Pakistan dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Olimpik London dengan jaringan 2 berbalas kosong..dalam post sebelum-sebelum ini aku ada bagitahu kalau kita bayar Rm 20,Malaysia akan score 2 gol..kalau kita bayar Rm30 maka diorang akan score 3 gol la..jadi tiket untuk masuk menonton perlawanan tadi adalah RM20 maka, kita score 2 je la..jangan mintak lebih-lebih lak walaupun Pakistan main 10 orang je..

apa-apa pun good game dari pasukan kita ..dan harap-harap di Pakistan nanti kita dapat menambah lagi jaringan kita itu..Malaysia boleh!!

Tuesday, February 22, 2011

hendaklah kita turun mengundi dihari mengundi!


Hari ini seluruh mahasiswa dan mahasiswi uThm akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam memilih pemimpin yang mereka mahukan. Pilihanraya kampus kali ini lebih hangat dan panas setelah berlakunya beberapa insiden-insiden provokasi yang dilakukan oleh dua buah parti yang bertanding.

Pro-Aspirasi yang sebelum ini memegang tampuk pemerintahan akan dicabar hebat oleh Pro-Mahasiswa yang sedang cuba merampas tampuk pemerintahan. Khabar berita dari beberapa IPTA yang lain ada mengatakan bahawa terdapat dua atau tiga IPTA telah dimengani oleh Pro-M. Bagaimana dengan uThm pula? kita nantikan keputusannya petang nanti.

p/s tajuk entry ini aku copy khas dari sedutan filem man laksa diatas..


:: undi yang terbaik

Sunday, February 20, 2011

Saturday, February 19, 2011

Mereka tembak saya dalam CSI (video disediakan)


Justin Bieber yang popular dengan lagu Baby..Baby..Baby tu telah ditembak mati dalam drama bersiri CSI musim ke 11. Bieber yang memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann telah ditembak didalam aksi tembak menembak dalam drama tersebut. Akan tetapi rambut ala-ala jambunya itu masih tetap jambu walaupun hampir 4 butir peluru menembusinya.

Aksi tembak-menembak JB:

video


::bila la aku nak jadi
kaya macam dia ni?

Segmen senyum tak nampak gigi


Dipagi sabtu yang indah ini aku sengsaja tengok blog-blog yang aku follow..kendian aku terjumpa satu segmen best yang disertai oleh amy syaquena tuan kepada blog sinar raudah. sebenarnya segmen ini adalah anjuran muazatul adawiyyah.

cara nya kita perlu letakkan gambar senyum tak nampak gigi sebagai gambar penyertaan. kemudian post link kat blog dia la..macam biasa..tarikh tutupnya adalah 27/2 ni..



jadi inilah gambar senyum tak nampak gigi yang aku pertaruhkan.. dengan senyuman penuuh godaan beserta kopiah haji..haji..haji..mustapha aku membakar sotong dengan jayanya pada raya 2 tahun lepas..


pesanan khidmat masyarakat: aku bukan imam muda yang dicari-cari oleh ustaz hassan mahmud al-hafiz tu..ahhahaha

Terima Kasih Lagenda!




Pernah sekali aku berasa begitu hampa dengan seorang lagenda yang dikagumi dunia. Dan pada ketika itulah aku mula beralih arah dari menyanjungi negara yang diwakilinya. Walaupun begitu aku tidak pernah melupakan zaman kegemilangan beliau yang sebati dengan gelaran 'Ronaldo Gemuk'.Suatu ketika aku amat mengkagumi kehebatan beliau menggelecek dan menjaringkan gol. Dan sehingga kini aku masih teringat aksi beliau ketika final Piala Dunia 2002.

Ronaldo atau nama sebenar beliau adalah 'Ronaldo Luiz Nazario de Lima' dilahirkan 18 September 1976 di Rio de Janiero. Memulakan kariernya di kelab Cruzeiro dan menamatkan aksinya sebagai penyerang berbisa di Corinthians. Pada usia 34 tahun beliau menggantungkan kasutnya serta jersinya kerana masalah mengatasi berat badan selain masalah kecederaan.

Pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak tiga kali ini pernah menyarung jersi kelab-kelab ternama eropah seperti PSV Eindhoven, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan. Dengan penglibatan beliau dalam kelab-kelab ini menambahkan lagi bilangan peminat-peminatnya.

Dengan 400 jaringannya termasuk 15 gol dalam kejohanan Piala Dunia beliau layak mendapat penghargaan 'Pemain Terbaik Sedekad' oleh oleh Goal.com pada tahun 2010. Pada final Piala Dunia 2002 beliau berjaya menjaringkan 2 gol untuk Brazil.




selamat tinggal lagenda!



:: rambut 'pekan'
kau tetap cool

Friday, February 18, 2011

SAYA MAHU DI REVIEW

kali ini aku nak buat permohonan untuk blog aku di review oleh blog shahazrin.com. bukan apa..saja-saja aje nak promote-promote belog mangges ni..kepada sesiapa yang nak review belog aku ni boleh juga..beri la pendapat atau kritikan tentang belog aku ni. supaya aku boleh memperbaiki belog ini..

kepada yang nak join pon boleh..
sila klik sini
shahazrin

Thursday, February 17, 2011

10 perkara diluar jangkaan tentang sms

kita memang selalu menggunakan sms untuk menghubungi sesiapa sahaja. tapi tahu kah kta bahawa sms juga ada perkara yang diluar jangkaan.

1. Seorang lelaki telah membuat rekod dengan menghantar lebih daripada 180,000 sms dalam sebulan

Deepak Sharma adalah pemegang Guinness Book dengan menghantar sms sebanyak 182,689

2. 2 lelaki mendapat bill sebanyak $26K untuk membuat rekod sms terbanyak

Nick Andes dan Doug Klinger dari Philadelphia berjaya mengatasi Deepak dengan
menghantar sms sebanyak 217,033 setiap seorang.

3. Seorang wanita berjaya menaip sms terpantas di dunia

Melissa thompson berjaya membuat rekod menaip
26 perkataan didalam masa 25.94 saat

4. Seorang doktor berjaya membuat pembedahan di Afrika dengan bantuan sms dari rakannya di London

David Nott berjaya menyelamatkan nyawa remaja Congo dengan bantuan
rakannya diLondon dengan menggunakan sms

5. Remaja perempuan terjatuh didalam lubang pembentungan kerana sms

Alexa Longueira terjatuh didalam lubang pembentungan kerana bersms. lubang itu tidak bertutup kerana pekerja sedang mengambil lori traknya dalam beberapa ketika

6. Remaja perempuan memenangi $50k dalam kejohanan sms

Kate Moore berjaya mengalahkan 200 peserta lain
dalam kejohanan itu untuk memenangi $50K

7. Berjaya menyiapkan buku dengan menggunakan sms

seorang lelaki berjaya menyiapkan novel 332 muka surat dengan hanya menaip dengan sms

8. Pemandu trak terhumban dalam kolam kerana sms

Nicholas Sparks telah mengalami kecelakaan terhumban
didalam kolam kerana menghantar sms

9. Gadis menghantar 200 sms membantu rakyat Haiti tanpa mengetahui bahawa dia terpaksa membayar smsnya itu

Gadis perempuan itu telah menghantar sms sebanyak 188 untuk
membantu rakyat Haiti. Tetapi selepas membuat status difesbuk
kawan-kawannya memberitahu tentang hal sebenar.

10. Syarikat telifon bimbit menghantar sms semasa melakukan terjunan bebas

10 orang penerjun bebas dari Samsung Mobile melakukan
terjunan bebas sambil menaip sms




::macam hal sms!

Wednesday, February 16, 2011

Peringatan kepada Ahli Kelab Sorak (Pom Pom Girl)

Perhatian kepada ahli-ahli kelab sorak seluruh dunia, jika ada seekor raksasa menghampiri anda ketika anda sedang berpom-pom sila jauhkan diri anda darinya. kerana terdapat beberapa kes yang mana pom-pom girl ini telah dimakan oleh raksasa tersebut.

terutamanya gadis pom-pom ini!





raksasa ni pun pandai makan awek cheerleader je.mentang-mentang la diorang tu hot!



::kah..kah..kah..

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS


Hari ni BA ada buat segmen untuk blogger yang ada follower 100-500 orang. aku tergolong dalam golongan itu dan dengan segala hormatnya aku nak join juga. kalau sesiapa nak join juga boleh la usha-usha kat sini .

Tuesday, February 15, 2011

Dua Muhammad terhebat!



Assalamualaikum w.b.t.



Dipagi maulidur rasul ini aku ingin berkongsi tentang dua orang Muhammad yang terhebat didalam sejarah islam serta dunia. dua orang muhammad ini adalah Muhammad bin Abdullah dan Muhammad al-Fateh.

Muhammad bin Abdullah

Hari ini 12 rabiulawal bersamaan dengan 15 februari merupakan tarikh penting bagi umat islam seluruh dunia. tarikh ini adalah tarikh keputeraan nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiulawal / 20 April tahun gajah. baginda merupakan putera kepada Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah binti Wahb.

Baginda telah dilantik menjadi rasul oleh Allah ketika baginda bertakafur di Gua Hira'. Setelah kerasulannya, baginda telah berusaha menyebarkan agama Allah ini dengan penuh rintangan dan tentangan dari kafir quraisy. Baginda juga mendapat tentangan dari kaum kerabatnya sendiri.

berkat kesabaran dan kesungguhan Baginda, agama islam masih kekal sehingga kini dan akan kekal sehingga hari kiamat. Kehebatan Rasullah ini terbukti didalam semua hal. termasuklah sifat peribadinya, kejujuran baginda dalam perniagaan, kebijaksanaan baginda dalam meminpin dan pelbagai lagi. Kehebatan Rasullah tak perlu diceritakan disini kerana terlalu banyak yang telah baginda buktikan. baginda adalah insan yang sepatutnya dijadi idola dan contoh untuk seluruh umat manusia.

Muhammad al-Fateh

Muhammad al-Fateh adalah seorang raja yang telah menakluk kota Constantinople. Baginda dilahirkan di Adrianapolis pada 29 Mac 1432. Sejarah hidup baginda telah disebut sejak zaman Rasullah lagi di dalam hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sejarah kehebatan baginda terbukti di dalam penaklukan kota Constantinople yang telah menjadi impian seluruh pemimpin islam kerana hadis Rasullah tersebut. Bapa kepada Muhammad al-Fateh juga turut telah berusaha untuk menakluk kota tersebut tetapi gagal.

proses penaklukan kota tersebut bukanlah satu proses yang mudah. setelah beberapa kali gagal untuk menembusi kota tersebut, akhirnya dengan kebijaksanaan baginda, kota itu berjaya ditakluk. Baginda telah membuat pemilihan tenteranya dari golongan yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan solat tahajjud. Baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solah fardhu dan solat tahajjud sejak akil baligh.

dan ketika penaklukan kota tersebut,baginda telah merangka strategi ketenteraan yang diakui terbaik oleh seluruh dunia. baginda telah mengaturkan strategi dengan menyuruh bala tenteranya menolak kapal laut keatas bukit dan kemudia menggelungsurkan kapal itu melepasi rantai besi yang direntangkan ditengah laut oleh musuh.



dan selepas melepasi halangan tersebut, tenteranya telah berjaya membedil kota itu dan menaklukinya. Baginda adalah sebaik-baik raja yang memiliki sebaik-baik tentera.



Rujukan :




:: kehebatan mereka bukan hanya untuk dikenang,
kehebatan mereka perlu kita perjuangkan.

berita kematian rakan belum tiba, kau juga dijemput olehNYA


Jam 4.30 pagi aku sudah mencelikkan mata untuk menonton permainan bosan daripada pasukan BIRU dari London. dan keputusannya adalah biru berseri-seri dengan pasukan dari 'pondok pengecut'. ceh! rugi masa tidurku walaupun hari ini aku masih banyak masa untuk tidur.

sekembalinya aku dari kedai mamak yang mempunyai satu jam lebih dari kitaran jam normal bumi, aku terus menyalakan komputer peribadi yang tak berapa peribadi. kerana komputer dirumah aku semuanya adalah hak bersama.

kubuka youtube sambil melayan lagu kegemaranku sewaktu ditingkat lima iaitu 'everytime' dari britney spears. kemudian teringat pula aku pada rancangan raja lawak. aku taip raja lawak 5 'nazmi'. memang lawak la mamat ni. sedang aku asyik bergelak ketawa seorang diri, tiba-tiba hadir dua binatang terbang-terbang yang suka menyedut darah. nyamuk! bermain-main di layar komputer dan sekali-sekala dia cuba mencuri darah aku.



aku perhatikan saja tingkah lakunya. setelah tahap kesabaran aku melebihi 'boiling point' aku mula menjalankan misi pembunuhan kejam. nyamuk pertama tewas ketika cuba mencuri darah dilengan kiriku. dan selang beberapa saat, nyamuk kedua terputus sayap kerana dijentik olehku di layar komputer.

puas hati aku. setelah habis menonton lawak nazmi di youtube, aku segera ke bilik air untuk mengambil wudhu solat subuh. dan disitu lah seekor lagi nyamuk tiruk dilempang kedinding tandas. mungkin nyamuk tersebut belum sempat menerima berita kematian dua ekor rakannya diluar tadi. dan dia juga turut menerima nasib yang sama.

kepada nyamuk-nyamuk lain, awas dengan tindak-tanduk anda. kerana anda sedang diperhatikan. dan kepada yang membaca, cerita ini tiada kaitan dengan manusia yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.




::banyak betul nyamuk!

Friday, February 11, 2011

Tips untuk memutuskan perhubungan korang dengan kekasih.Paling berkesan!!

Tips untuk memutuskan perhubungan korang dengan kekasih.







:: try la..
akakaka..

secangkir kopi hitam pekat bersama roti bakar. oh! jumaat yang indah.



السلام عليكم

dengan rajinnya pagi ini aku membancuh secawan kopi hitam pekat (ala-ala minuman atok-atok) dan membakar dua keping roti bersalut planta. pergh. nikmat dipagi jumaat. ditemani halim osman membebel dan dj perempuan yang merepek di suria fm aku menaip entry ini.

sempat menjelajah laman sesawang youtube dan berjumpa dengan zikir amalan Tok Guru Nik Aziz pada hari jumaat. jom dengar dan amalkan bersama-sama.





:: cuaca indah untuk ke kelas

Penggemar Makanan Berlemak





Pagi-pagi ini datang satu idea untuk menulis tentang kegemaranku ini. hak hak. memang tak boleh blah la bila aku cakap kegemaran aku adalah memakan makanan berlemak. diatas adalah contoh-contoh makanan berlemak yang sungguh menyanyat hati jika dibiarkan terlepas begitu sahaja bila berkeadaan ber'wang'.

Tapi, sesungguhnya bila berkta tentang berlemak semestinya keburukan yang bakal menjelma begitu bertimpa-timpa. jadi diatas kesedaran itu aku mula untuk melakukan senaman-senaman tambahan selain bermain futsal pada setiap minggu.

Biarpun berat badan aku maintain berat. haha. aku masih suka memakan makanan ini. erm. petang ni ada cadangan dari rakan-rakan ku untuk pergi ber-steamboat di JB. rm18 dan makan sampai muntah. dan aku pernah melakukannya iaitu makan sampai muntah. memang giler time tu. makan tak ingat tentang arah putaran bumi dan aku muntah bersama putaran kepala yang serius.



:: makan berpada
senaman berkala

Wednesday, February 9, 2011

kalau nak banyak goal, kena bayar tiket lagi mahal!


Baru sebentar tadi pasukan bola sepak kita berjaya menewaskan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan. Dua gol sumbangan Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal Abidin. Dalam perlawanan Piala AFF sebelum ini pasukan Malaysia berjaya mengalahkan Vietnam dengan jaringan dua gol juga dengan harga tiket sebanyak RM20. Dan pada final pula Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 3-0 dengan harga tiket sebanyak RM30. Ini bermakna RM10 untuk setiap gol yang dijaringkan oleh pasukan Malaysia. Pada perlawanan persahabatan ini pula Malaysia menjaringkan 2 gol untuk tiket berharga RM20. Kesimpulannya jika Malaysia mahu menjaringkan lebih banyak gol, maka penonton perlu membayar tiket lebih mahal dari ini.

::Dengar khabar pasukan Chelsea akan bertandang ke Malaysia Julai nanti. Kalau Malaysia nak kalahkan Chelsea sebanyak 5-0, kita perlu jual tiket pada harga Rm50.



:: gambar safiq rahim lama tu
sekarang dia pakai number 8

Safee Sali lepak Restoren Pelita


Safee Sali telah mengumumkan keputusan beliau untuk berpindah ke sebuah kelab yang agak corot di Indonesia iaitu Pelita Jaya FC. Safee yang sudah sekian lama berkelana di Selangor mendapat banyak tawaran dari kelab-kelab luar untuk mendapatkan tandatangannya. Dan Selangor telah bersepakat untuk melepaskan ayam tambatan itu ke pasukan seberang laut itu.


Mungkin Safee boleh membawa fenomena baru apabila ramai pemain tempatan kita akan berhijrah ke kelab luar. Dan ini akan membawa kebaikan kepada pasukan negara kita. Semoga Safee berjaya dan 'selamat' di sana.



:: kenapa pilih kelab corot?

Thursday, February 3, 2011

I wanna be an engineer so freaking bad!

rembat dari google!!

Dicorong-corong radio kita selalu mendengar lagu I wanna be a billionaire dari Travie Mccoy dan Bruno Mars. Memang sedap lagu itu. Tapi pernah tak korang dengar lagu tu yang telah diubah suai kepada 'I wanna Be An Engineer'? Kalau belum jom kita layan!


video


:: video yang style!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails