manggester

Monday, January 31, 2011

Lompat Si Arnab Lompat!


Dua hari lagi seluruh penganut agama Buddha akan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Perayaan ini sering dikaitkan dengan 'kemakmuran'. Dan pada tahun ini zodiak cina menunjukkan arnab sebagai tema. arnab merupakan haiwan ke-empat didalam kitaran dua belas haiwan yang tergolong dalam zodiak tersebut.

Arnab juga terbahagi kepada lima jenis iaitu arnab air, arnab kayu, arnab api, arnab tanah dan arnab logam. Tahun ini adalah tahun arnab logam. Kebiasaannya mereka yang lahir dalam tahun arnab merpakan seorang uang mudah mesra dan mudah hidup bermasyarakat.

Karektor-karektor yang terdapat pada individu-individu yang lahir ditahun arnab adalah peka, bijaksana , berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik serta berjiwa seni. Kadang kala mereka juga suka berahsia, tidak tegas, mudah tersinggung, suka mengumpat serta lain-lain lagi.




Bagi kita yang beragama Islam tidak sepatutnya mempercayai zidiak-zodiak ini kerana ia seakan-akan menyekutukan Allah. Tapi aku cerita hari ini sebagai sedikit ilmu yang boleh dikongsi. Kehidupan kita semuanya ditentukan oleh qada' dan qadar Allah.

Walaubagaimanapun aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut agama Buddha diseluruh dunia.




::aku lahir tahun 1987
aku juga bertahun arnab!


Friday, January 28, 2011

penipuan si pembohong

Dalam satu hari berapa kali kita berbohong? Kehidupan aku setiap hari sentiasa bergelumang dengan penipuan. Kerana aku suka bergurau dengan menipu. Contohnya aku sering menjawab persoalan yang dikemukan oleh rakan-rakanku dengan jawapan berlawanan. Walaupun rakan-rakan aku sudah pun memahami sifat ku ini.

Lepas aku mendengar ceramah Ustaz Kazim dibawah ini aku mula sedar tentang perkara ini. Aku setiap hari paling kurang berbohong pun sudah sepuluh kali. Nabi Ibrahim hanya menipu sebanyak tiga kali dalam seratus tahun. Tapi Nabi Ibrahim berbohong hanya kerana Allah. Dengarkan ceramah ini:



sedarlah!




:: tipulah kalau tak menipu!

Thursday, January 27, 2011

Kuala Lumpur, Aku Okay


Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Semua okay? Hari ini aku nak review tentang suatu idea penghasilan filem oleh Sufian Abas, Mohd Jayzuan, Aidil Rusli, Fazleena Hishamuddin dan Razaisyam Rashid. Filem ini tidak mempunyai dana sebagaimana filem-filem lain. Jadi mereka mewujudkan teaser (dibawah) bagi mempromosikan dan mengumpul dana bagi menjayakannya.






Sedikit petikan dari fanpage diatas:

"Kuala Lumpur, Aku Okay" adalah satu kolektif daripada orang-orang biasa yang tiba-tiba mendapat idea untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan perspektif mereka sendiri dalam melihat cinta. Lalu bergerak perlahan-lahan pada malam itu mereka merakamkan kisah cinta yang tidak selalunya kita fahami.

Kolektif ini cuba meyelongkar erti cinta dari mata dan hati mereka sendiri. Filem yang tidak mempunyai bajet ini akan dijangka siap bila mereka cukup kumpul duit.

Sebarang pertolongan dalam bentuk tenaga kerja, duit, nasi, mee goreng, air pepsi, bateri AAA dan sebagainya sangatlah dialukan.



:: parit raja, aku okay!

Artikel Terbaik Aku Untuk Pertandingan Artikel Junko



Ok! contest ini mudah sahaja. Buat artikel dalam belog kita yang memang seratus peratus asli penulisan kita. Dan ulangan artikel lama-lama juga boleh digunakan. Jadi aku nak letakkan artikel lama aku yang bertajuk 'sujud sajjadah'. Artikel ini ditulis pada bulan puasa lepas.

sedikit petikan dari artikel itu:
..selalunya sebelum sujud kami(geng budak-budak) suka jatuhkan songkok terlebih dahulu secara terbalik ..kemudian masa sujud cuba pakai balik songkok tu tanpa menggunakan tangan..terus je masuk kat kepala..hehe..

::

Wednesday, January 26, 2011

Hati berbunga-bunga luruh satu-persatu


Hatiku berbunga-bunga apabila mendapat tahu bahawa kuliah pada hari jumaat ini dibatalkan. Sudah merancang perjalanan bersama tuan punya kerta untuk pulang kekampung pada esok hari. hasrat untuk bertemu ibunda dan ayahanda tercinta lebih awal hampir terlaksana.

Persiapan terakhir adalah bertemu dengan penyelia projek sarjana muda iaitu dR.Don. Dengan matlamat untuk menunjukkan sedikit perkembangan projek walaupun hampir tidak ubah seperti perkembangan minggu lepas.

Secara tiba-tiba seperti kaca terhempas kelantai hatiku dibuatnya. Katanya esok aku harus berbincang dengan pelajar arab untuk melakukan tugasan bersama-sama. Oh! wat de fox! hasrat untuk pulang kekampung tertunda sehingga hari sabtu. Dan yang paling melukakan adalah cutiku seperti dirampas dengan rela hati kerana dipendekkan kepada empat hari.

Tapi, apa kan daya. Projek dengan empat kredit itu harus aku lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan pengajian aku di uThm ini. Aku perlu berkorban untuk mengurangkan beban belajar yang sudah lama mengenakan daya yang amat besar dibahuku ini.



::buat sehabis baik!

Tuesday, January 25, 2011

Sang Juara Belum Mengaku Kalah

Jaringan cantik dari Drogba

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Chelsea masih belum mahu mengaku kalah dalam persaingan merebut kejuaraan itu pada musim ini. Chelsea yang ketinggalan 10 mata sebelum perlawanan menentang Bolton awal pagi tadi merapatkan jurang kepada 7 mata dibelakang pendahulu, Manchester United.

Ramires menjaringkan gol pertamanya bersama Chelsea

Gol-gol jaringan Didier Drogba, Florent Malouda, Nicolas Anelka dan jaringan pertama musim ini oleh Ramires menunjukkan bahawa Chelsea sudah kembali bersaing selepas dirundung siri kekalahan sebelum ini.



:: harap-harap Chelsea
terus memberi saingan

Monday, January 24, 2011

Nazmi Raja Lawak 5

Sekarang ni Raja Lawak telah memasuki musim kelima. Sejak dari minggu pertama aku dah tertarik kepada persembahan Nazmi. Aku tertarik dengan suara yang agak meneran dan bersemangat. Selain tu aku juga minat lawak-lawak yang dipersembahkan kerana setiap minggu dia akan menimbulkan trademark dia sendiri. Harap-harap dia mampu bertahan sehingga minggu terakhir.

Kepada siapa-siapa yang tak pernah menonton persembahan Nazmi RJ5 jom kita tengok video dibawah ini.

Minggu Pertama



Minggu kedua



Minggu ketiga





::tapi Zizan dan Johan
adalah terbaik

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !


Contest lagi..
klik banner untuk join!

Klik sini



Disebabkan contest kali ini adalah tentang gambar hitam putih yang paling cool. Jadi,aku mempertaruhkan gambar peti aiskrim yang COOL disamping jejaka kacak yang HOT!



Kepada kawan-kawan yang cool, sila libatkan diri dalam contest ini. Kerana ia menawarkan hadiah bernilai RM100. Tapi kita kena beritahu hadiah apa yang kita mahukan. Kalau aku menang RM100 aku nak:

  1. Ais krim Walls gold siries '3 perasa' yang COOL bernilai RM30 (aku mampu habiskannya).
  2. Kasut baru untuk kekuliah dan praktikal nanti supaya aku yang HOT ini kelihatan lebih COOL bila memakainya +-RM70 (kasut abang aku yang aku rembat 4tahun lepas dah nak punah).


aku nak tarik d_tieah, adamxis, hakim, mimie dan cuna untuk join contest ini!


:: 2,3 hari ni banyak
cerita tentang 100

Sunday, January 23, 2011

If I Have RM100~

Jika aku ada RM100, apa yang aku nak?


Klik sini

Contest begini merupakan contest yang begitu mengujakan aku. Kerana aku berhak untuk memilih hadiah untuk diri aku sendiri. Itu pun kalau berjaya memikat hati panel juri yang menilai penyertaan aku la. Kali ini aku nak join contest yang di anjurkan oleh blog 'kotak hati Saya'.

Caranya mudah sahaja iaitu nyatakan apa yang kita mahu jika kita ada RM100. Kemudian link kan penyertaan kita kat blog penganjur. Dan yang paling penting adalah menjadi pengikut blog penganjur supaya lebih senang mendapat maklumat terbaru dari penganjur.

Maka, disini aku nak mengumumkan apa yang aku nak jika ada RM100. Aku nak kan kasut kulit yang lebih kurang macam gambar kat bawah ni. Harganya aku tak berapa pasti. Tapi [+-] RM100 la. Bukannya aku nak ang betul-betul sama dengan gambar dibawah ni. Tapi lebih kurang la.


yeah! ini lah yang aku mahukan jika ada RM100. Bukan aku nak Frank Lampard tu, tapi aku nak pakaian yang dia kenakan tu. Aku nak tempah 'tuxedo' untuk persiapan majlis konvokasyen aku pada bulan oktober nanti. Walaupun aku masih bergelut untuk menghabiskan pengajian aku selama lebih krang empat bulan lagi, tetapi tidak bermaksud aku tidak boleh berangan-angan untuk memakainya sewaktu majlis bersejarah itu nanti.

Harga untuk pakaian ini aku tidak pasti, tapi insyaAllah boleh dirunding dengan tukang jahit tu nanti..ahahaha..Kalau tak boleh tempah pun aku boleh sewa tuxedo itu. Kalau masih tidak cukup untuk menyewanya aku boleh usha-usha di bundle-bundle berdekatan.

p/s : junko,sahrom dan jajan jom join contest ni!


::tak sabar nak
habis belajar!

blog ke-belog | faraHusna

Ini adalah entry kedua di dalam kategori blog ke-belog:



Blog yang diterjah adalah blog faraHusna yang merupakan follower belog mangges yang ke-100. Nama blog ini diambil khas sempena nama tuan blog tersebut iaitu Farah Husna. Apabila digabungkan dua nama tersebut terjadi lah faraHusna. Farah Husna yang lebih mesra dengan panggilan Cuna diblognya merupakan seorang pelajar Universiti Malaya dan bakal bergelar guru suatu masa nanti.

Blognya berkisarkan tentang kehidupan seharian beliau dan ada juga menceritakan tentang aktiviti kegemarannya. Disamping itu terdapat juga info-info serta pengajaran yang diselitkan di dalam setiap entry beliau.

Bagi sesiapa yang mahu berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan Cuna, sila lah terjah ke blog beliau.



:: ada entry berkaitan
100 juga selepas ini

Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG

aku join!
korang nak join?
meh sini: ben ashaari

Wednesday, January 19, 2011

Aku rabun bukan sombong!

Dari jauh dia mengukir senyuman terhadap aku. Aku buat tak tahu saja. Agak bengang kerana senyumannya tidak berbalas, dia melmbai-lambai terhadap aku. Aku nampak lambaian itu dan mengangkat tangan sebagai balasan. Dalam hati masih tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka berbadan sasa itu?

Aku berjalan menghampirinya. Semakin hampir semakin jelas raut wajah lelaki tersebut. Rupa-rupanya salah seorang dari rakanku yang sudah lama tidak ku temui. Wajah tidak berubah, cuma badan sedikit sasa.

"oi..sombong gila..aku senyum kau buat bodoh je",marahnya kepada aku. "haha..sory la..aku rabun bukan sombong..", balasku memohon maaf.


kucing pun rabun juga!

Disebabkan aku tak suka memakai kaca mata, maka aku sering tidak menghiraukan sesiapa saja yang senyum kepada ku pada jarak jauh. Maaf la ya kerana "Aku rabun bukan sombong"





:: nak try pakai kanta lekap
tapi masih ragu-ragu

Tuesday, January 18, 2011

Najwa Latif


Siapa najwa latif ni? gadis mana lak ni? adakah dia kekasih mangges?

jom kita terjah!

Najwa latif adalah seorang gadis comel berasal dari Batu Pahat dan berusia 16 tahun..kot..
aku first time dengar nama dia dari blog mana ntah aku tak ingat..
suara dia boleh tahan gak..main gitar pun boleh..
muka..market gak..kalau aku komposer aku amek dia jadi artis lak..
mana tau kot-kot boleh lawan ana raffali untuk AJL26 nanti..

ini adalah lagu beliau sendiri



dan ini lagu nyanyian beliau yang paling aku suka..



layan~



::erm..dia bukan
kekasih mangges!

Sunday, January 16, 2011

Padah Main Cinta Dengan Singa Betina ( Buaya Darat Dibaham Kekasih)


Berita Bohong : Tiga madu kepada Aslan (singa Narnia) telah membelasah si Buaya Darat setelah mengetahui bahawa buaya tersebut mempermainkan cinta mereka bertiga sebelum Aslan mengambil mereka sebagai isteri. Buaya tersebut dipercayai telah menodai kepercayaan ketiga-tiga singa betina tersebut sehingga salah seekor dari singa betina tersebut telah melahirkan anak hasil dari kerja terkutuk buaya tersebut.

Marah kerana buaya tersebut tidak mahu bertanggungjawab keatas anak tersebut, singa betina itu telah memanggil sekumpulan rakan singanya untuk membalas dendam terhadap perbuatan buaya itu. Riwayat hidup buaya itu juga turut berakhir dimulut anaknya sendiri.










Berita Sebenar : Seorang jurukamera (Tony Goldman) sempat merakamkan detik-detik cemas dimana seekor buaya dimamah rakus oleh tiga ekor singa betina. Buaya tersebut dilaporkan telah menganggu anak singa tersebut. Demi mempertahankan anak serta jagoan mereka sebagai 'Raja Rimba' di darat, ketiga-tiga singa tersebut bertungkus lumus menentang 'Sang Bedal' itu. Akhirnya buaya tersebut menjadi hidangan tengahhari bagi singa-singa tersebut.


Rujukan : Sott.net



:: kepada buaya darat sekalian
jangan bermain cinta dengan
singa betina. punah hidupmu.

Wednesday, January 12, 2011

Ana Raffali..anda memang layak..



Kau orang pertikai apa lagi? Cukup-cukup lah tu. Kalau dapat anugerah yang ana dapat tu boleh ditarik balik pun apa yang kau orang dapat? walaupun aku ni bukan seorang yang arif dalam industri muzik ini tapi aku cukup yakin bahawa Ana raffali memang layak untuk mengungguli anugerah tersebut.

Pada aku, lagi Tolong Ingatkan Aku merupakan lagu yang mudah dan mempunyai lirik yang senang difahami. Walaupun kalau sekali dua mendengarnya pasti kita sukar untuk menangkap apa yang disebut oleh penyanyi tersebut. Tetapi jika diulang kita dapat memahaminya serta mudah untuk menghafalnya.

Aku rasa individu-individu yang membangkang keputusan ini adalah kerana penyanyi pujaan mereka kecundang di tangan gadis berbaju kurung ini. Mungkin jika penyanyi kesukaan mereka yang menyanyikan lagu TIA ini pasti mereka mengatakan lagu itu layak menjadi juara.

Perlu diingat AJL merupakan pertandingan yang mempertandingkan karya lagu tersebut bukan dinilai dari populariti atau kemerduan vokal penyanyi. Vokal memang dinilai dalam pertandingan ini, sebab itu diwujudkan anugerah vokal terbaik. Ia diasingkan supaya penyanyi yang mempunyai vokal terbaik juga dihargai.

Jika anugerah hendak dinilai dari populariti, tidak cukupkah Anuerah Bintang Popular untuk setiap tahun dan juga Shout Award yang sudah dua kali diadakan. Anugerah juara lagu memang dinilai dari sudut lagu tersebut.

Pada pandangan aku keputusan Ajl25 adalah keputusan terbaik yang pernah dinilai oleh juri-juri.Persembahan Ana pada malam itu turut dijayakan oleh pelakon Zahiril Adzim sepertimana dalam vedio clip lagu tersebut.

ulasan M.Nasir sebagai ketua juri dalam Berita Harian ini yang paling menarik untuk dibaca:

"Mungkin lagu ini tidak popular tetapi ia ada kekuatan yang melayakkannya untuk menang," tegas Nasir sekali gus menolak elemen yang sinonim dengan lagu yang diangkat menjadi juara.


Jadi aku berharap individu-individu yang masih mempertikaikan keputusan itu anda harus menerima hakikat bahawa lagu ini adalah juara. Bukan kerana lagu lain tidak bagus,semua lagu adalah baik dan lagu T.I.A adalah yang terbaik.


::terima hakikat adalah yang terbaik

Tuesday, January 11, 2011

Pusat Pakaian Hari Hari Ada Jual Nasi Beryani



Lagi beberapa bulan aku akan menjalani latihan industri sebelum aku menghabiskan riwayat pembelajaran aku di uThm ni. Dalam duduk memikirkan tempat praktikal ni teringat aku pada kenangan sewaktu berpraktikal di sutu syarikat kontraktor di Taiping empat tahun lepas.

sebagai seorang lulusan kursus mekanikal yang berlatihan industri di pejabat kontraktor adalah suatu hal yang agak pelik. Kerana sudah la berkhidmat di bidang kejuruteraan awam pulak tu hanya duduk di pejabat saja. Jadi, tugas aku di pejabat itu tak ubah seperti menjadi seorang 'piun' atau lebih dikenali dengan nama 'office boy'. Setiap hari aku akan dibuli dengan kerja memasukkan duit di bank-bank berkaitan, menjawap telefon seperti operator panggilan, membeli milo ais di kedai mamak berdekatan dan menjadi fotokopi boy sebagai tugas utama. Kau orang ingat bos-bos besar kat opis tu pandai sangat ke guna mesin fotostat tu. (ayat adnan dalam filem adnan sempit). Senang cerita time tu aku jadi 'Mangges Sempit' la.

adnan sempit = mangges sempit

Tapi kali ini aku nak cerita tentang kisah membeli milo ais dan roti canai di kedai mamak berdekatan. "Fadhli..!!",nama panggilan aku di pejabat tersebut.."ang tolong p beli milo ais dua ngan bihun goreng dua..mintak sambai lebih..belen tu ang beli la apa-apa ang nak",ara kak faezah dengan loghat utaranya."ok!",balas ku ringkas sambil mengambil not merah dari nya.

Ku kangkangkan motor yamaha sukan milik ku dan terus ke kedai itu tanpa memakai pelindung kepala. Kerana di situ pakcik berbaju putih suci murni berseluar hitam sendat jalur putih serta berkasut potongan tinggi itu jarang ada. Sesampainya di kedai mamak itu aku terus memesan pesanan kak faezah tadi dan tambahan roti kosong dua ngan milo ais satu makan sini.

Dalam ketermenungan aku di situ aku memerhatikan keadaan sekeliling kedai yang masih kosong kekurangan pelanggan. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang ku tebak berusia empat puluhan. Berseluar gelap dan berkemeja tanpa tali leher. "aney!" lontaran suara seolah-olah dia juga dari golongan mamak tersebut." nasi buryani ada ka?" soalnya penuh semangat.

" Hari Hari ada nasi buryani", jawabnya sambil tangan kanan menunjuk kearah belakang dan tangan kiri mengenggam kain lap meja yang sudah lusuh dan lembab itu. Lelaki tadi kelihatan terpinga-pinga seperti tidak faham dengan penjelasan mamak tadi. Aku seperti sefahaman dengan lelaki itu. "Sini ada?", soal lelaki itu lagi. "Hari-hari ada jual",jelas mamak itu pula.

Aku masih nampak tanda soal di atas kepala lelaki tadi. "Hari Hari ada jual?",lelaki itu bertanya lagi. "Hari-hari sini ada jual nasi buryani", tegas mamak itu. "oh..hari-hari ada jual nasi buryani..aku ingat kedai kain Hari Hari tu ada jual nasi buryani..ok ok..bagi nasi buryani dua lauk kambing satu ayam satu",pesan lelaki tadi sambil ketawa."ok!",jawab mamak tadi sambil mengulang semula pesanan lelaki itu dan tersenyum.

Hari Hari yang menimbulkan kontroversi

Lelaki itu duduk di kerusi berdekatan dengan aku. sambil ketawa dia mengulang ayat "aku ingat dia cakap kedai Hari Hari tu ada jual nasi buryani". Aku turut ketawa kerana fahamku juga sama dengan lelaki itu. Kerana aksi tangan mamak itu menunjuk ke arah belakang seperti menunjukkan arah kedai Hari Hari yang terletak di belakang kedai mamak itu. Rupa-rupanya dia menunjukkan papan menu yang tertulis nasi buryani.

sambil menunggu pesanan aku dan lelaki tersebut siap aku berbual-bual dengan lelaki itu. Kononnya macam peramah la sangat aku ni. Dan selepas habis ku sental roti kosong dua, segera kubayar dan berlalu. Kerana pesanan kak faezah itu perlu ku sampaikan dengan segera.


:: siapa-siapa ada
tempat praktikal
untuk mekanikal
yang best tolong
inform kat aku

Monday, January 10, 2011

Kerjaya Membunuh

~Kisah pengajaran tiga atau empat tahun lepas.

Kalau anda bakal seorang jurutera, sila baca sehingga habis.

Muhamad Zulfadhli.. Namaku disebut oleh pensyarah lelaki berjambang halus yang mengajar subek mekanik bendalir itu. Melangkah penuh semangat untuk mengambil kertas ujian. Terasa yakin aku dapat keputusan yang baik kerana firasat menyatakan bahawa semua jawapan aku betul.

Tangan kanan kuhulur menggamit naskah berkulit jingga tersebut. Mata melirik ke atas kertas di sudut kanan. Melotot mataku kerana markah yang aku perolehi hanya separuh daripada jumlah keseluruhan. Kecewa sambil langkah longlai kuhanyunkan.

Segera kududuk dan memeriksa hasil pemeriksaan pensyarahku itu. Ku minta kertas jawapan sahabatku yang berjaya mendapat markah hampir penuh. Ku teliti satu persatu. Semuanya sama cuma jawapan akhirku yang berbeza.

"Siapa yang tidak puas hati dengan markah sila angakat tangan", umum pensyarah itu. Segera ku arahkan telunjukku keatas. "Ya,kamu..kenapa?",balasnya dari jauh. Ku mulakan bicara," encik, jalan kerja saya betul. tetapi jawapan akhir yang salah. mungkin tersalah tekan kalkulator" kalkulator Casio 570ms maksudku. Dengan harapan pensyarah tersebut akan bersimpati denganku dan akan memeriksa semula kertas jawapanku.

"ok. kejap", jelasnya sambil meletakkan kertas ujian pelajar yang tidak hadir. "Kamu semua rasa, kerja apa yang paling susah dan berat?", sambungnya bernada soalan. Banyak jawapan yang diberikan oleh rakan-rakanku. Aku membisu kerana masih membelek-belek kertas jawapanku. Antara jawapan-jawapan yang terlintas adalah doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Soalan dan jawapan umpama untuk pelajar-pelajar sekolah menengah rendah.

"Bagi saya kerja yang paling susah dan besar tanggugjawabnya adalah jurutera. sebab apa?",pensyarah itu memberikan jawapannya. Semua pelajar termangu dan tertunggu-tunggu penjelasannya. " Cuba awak bayangkan. Seorang yang mengambil kursus kedoktoran akan menjadi seorang doktor. "Seorang doktor akan merawat hanya seorang pesakit dalam satu masa. Jika dia gagal merawat pesakit itu dan pesakit itu meninggal dunia, hanya dia seorang sahaja yang mati. Dan doktor itu akan mengesahkannya dan akan membuat kaji selidik kematian itu", cerita pensyarah itu dengan penuh semangat.

Doktor hanya membunuh seorang pesakit jika dia gagal

"Kalau jurutera pula encik?", soal rakan sekelasku. "Kalau jurutera pula, dia akan merangka sesuatu projek dan dia juga meluluskan projek tersebut. Ini bermakna dia bertanggungjawab dengan keselamatan projek tersebut walaupun rekaan yang diluluskan itu adalah tidak selamat untuk dibangunkan. Cuba awak bayangkan seorang jurutera meluluskan suatu bangunan dan bangunan itu diduduki oleh ramai penghuni. Secara tiba-tiba bangunan itu gagal dan runtuh. Ramai akan mati disebabkan oleh kesilapan jurutera itu", terang pensyarah tersebut.

jurutera boleh menbunuh ramai orang jika dia gagal

" Jadi, kalau seseorang jurutera itu membuat jalan kerja pengiraan yang baik tetapi salah pada jawapan akhir kerana kesilapan menekan kalkulator maka, dia akan membunuh ramai manusia diatas kesilapan tersebut", sambungnnya lagi. Aku tertunduk lemah dan aku yakin bahawa tiada simpati dari beliau dan markah aku tidak akan berubah. Pensyarah tersebut meneruskan sesi pembelajaran pada hari itu tanpa bertanyakan lagi tntang pemarkahannya. Dan mulai saat itu aku mula faham apa yang tersirat dari kisah yang diceritakan oleh pensyarah tersebut.

Dan sehingga kini aku tidak akan meminta pensyarah melakukan semakan semula keatas kertas jawapan aku walaupun itu adalah kesalahan pensyarah tersebut. Cuma kadang-kala ada juga aku berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan dengan markah tersebut.




:: bakal jurutera perlu bersiap
sedia dengan semua keadaan

Sunday, January 9, 2011

Tak ada berita lebih penting ke?


pagi-pagi camni surat khabar metro dah buatkan aku rasa nak gelak dengan sikap penerbit akhbar arus perdana. pensyarah aku dulu pernah cakap, surat khabar pro kerajaan ni lebih mementingkan perkara-perkara remeh sebagai muka depan. paling kerap adalah janda di tangkap basah, artis kantoi, video lucah tersebar. hadoih.. cari la berita yang lebih penting . jangan la ambil cerita-cerita macam ni sebagai pelaris surat khabar.


korang baca la metro hari ni..tajuknya kekal menawan pikat suami. berita macam ni untuk majalah wanita atau midi ke ok la. paling aku tak boleh blah bila baca ayat ni:

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
adakah berita seperti ini yang rakyat Malaysia sepatutnya tahu. atau rakyat Malaysia perlu tahu tentang rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin..ekonomi negara atau kemajuan yang sepatutnya kita kecapi?

berubah la akhbar arus perdana. jangan jadi seperti akhbar tabloid murahan yang menyiarkan berita-berita berunsur lucah.



::apa nak jadi?

Siti Nurhaliza satu sekolah dengan anak saudara aku!

minggu lepas aku berkesempatan melepak di rumah kakak sulong ku di Tapah. lagi dua atau tiga hari lagi anak saudara sulong aku akan memulakan sesi persekolahan semula. dengan rajinnya aku sebagai pak su yang baik hati membalutkan buku-buku sekolah beliau.

secara tiba-tiba aku membuka buku teks pinjaman yang dipinjam oleh anak saudara ku itu. tujuan ku hanya untuk menampal nama anak saudara ku di tempat nama itu. dan aku terperasan satu anam di atas nama anak saudara aku tu. dan nama itu adalah nama penyanyi nombor satu Malaysia ,Siti Nurhaliza.



baru ku tau bahawa Siti Nurhaliza itu tua setahun je dari anak saudara ku. dan ini bermakna dia baru berusia 11 tahun atau berada di darjah lima. haha..



::pak su yang baik adalah
pak su seperti aku

suatu malam di lebuh raya

Dua tiga hari yang lepas aku telah pun melepak di tepi lebuh raya air itam di bawah jambatan konkrit yang agak kukuh. Bukan sekadar membudayakan budaya lepak tetapi melepak sambil membantu sahabat membuat projek sarjana muda.

Seorang sahabatku ditugaskan untuk mengambil bacaan bunyi di lebuh raya diwaktu malam. Semestinya di tepi lebuh raya tidak ditengah lebuh raya. Kerana itu akan menempah maut.


Dalam kebosanan menunggu bacaan diambil oleh alat pengambil data, aku cuba menghasilkan beberapa hasil seni buruk yang diambil menggunakan teknologi sederhana canggih. Hasil yang hanya boleh dianggap 'cemerlang' jika ditunjukkan ketika zaman awal kemerdekaan. haha..

scene yang aku suka!

mencapab di belog sendiri!




:: projek aku tak siap lagi
supervisor dah mencari

Saturday, January 8, 2011

Aku Benci McD

kenapa aku benci McD?

sebab dia hantar email ni kat aku:




kenapa aku benci email ni?

sebab buatkan aku teringin nak makan benda ni:




kenapa aku tak dapat makan benda ni?

sebab ini tak masuk lagi:


dengan sebab-sebab yang aku nyatakan ini menyebabkan aku terasa amat membenci McD walaupun dulu-dulu '' i'm lovin' it ":





::kau tunggu la loan
aku masuk nanti

Friday, January 7, 2011

[Video] Mesin Latihan Senyuman

maaf kerana video berbahasa Markus Haris Maulana



senyum..tak perlu kata apa-apa..

Thursday, January 6, 2011

Nadya Bubble Give-Away !


jom join!


sebelum 23Jan2010

Remi Gaillard






anda kenal Remi Gaillard? aku pun tak kenal. tapi lepas usha-usha youtube semalam terjumpa lak beberapa video dari dia ni. Remi adalah seorang yang membuat video-video lawak yang tak boleh blah. berasal dari Perancis dan mula popular selepas tersiarnya video-video prank dia ni.

video di atas 'Saving Private Remi' ditiru dari filem 'Saving Private Ryan'. memang serupa dia buat. tapi tak boleh blah bila dia jenis tak peduli apa pandangan dan cakap orang lain. dari pantai sampai padang golf dia buat.

Ada satu video menunjukkan dia menyepak bola. memang style sebab sepakannya tepat dan lepas sepak dia akan berjalan ala-ala kerek. dan dia juga merupakan salah seorang penyokong bola sepak kelab Perancis.

banyak lagi video dia kat youtube. kalau korang rasa nak bosan dan perlukan sedikit hiburan pergi cari kat youtube.


Wednesday, January 5, 2011

GiveAway EdY : Awak Busuk!


lagi sekali EDY wat GA..mesti join..walaupun yang lepas tidak bernasib baik..

jom kita join reramai : klik ni

aku nak tag:






Peraduan Teka Gambar




peraduan lagi..aku nak join..

jawapannya adalah :

JATA NEGARA




Sedikit penerangan tentang gambar tersebut (di plagiat dari wiki):

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalamPersekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan danTerengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


Warna
kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawidi sebelah kanan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails