manggester

Wednesday, April 27, 2011

ibu pesan tulis bulat-bulat~


petang nanti aku akan memulakan peperiksaan kertas pertama aku untuk semester ini. subjek pengurusan dan penjimatan tennaga. bunyi macam senang saja. tutup lampu tutup kipas kalau tidak digunakan itu lah penjimatan tenaga. tapi ianya tidak seperti yang disangka. tenaga adalah sesuatu yang agak rumit untuk diperjelaskan.

'energy is the single most important problem facing humanity today' kata pemenang anugerah nobel 1996, Richard Smalley. betul kata-kata dia itu. tenaga merupakan sesuatu yang amat penting. kerana tanpa tenaga dalam badan maka kita tidak mampu membuat apa-apa. selain itu tanpa tenaga juga kereta tidak boleh bergerak. tenaga ini umpama duit. atau money is energy. konsep yang mudah. dengan adanya duit semua boleh jadi.

jadi sempena nak menghadapi peperiksaan ini aku pun menelefon ibunda dan ayahanda aku yang jauh dimata dekat dihati. haha. dan pesanan yang sudah menjadi trademark ibu aku adalah 'tulis bulat-bulat dan banyakkan baca ayat seribu dinar'. maksudnya kalau menulis jawapan nanti biarlah kemas dan bulat-bulat supaya pemeriksa boleh nampak. dan baca ayat seribu dinar banyak-banyak supaya dipermudahkan oleh Allah.

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)



:: doakan aku berjaya menjawab peperiksaan petang ini dengan jayanya.
:: lepas paper ini tinggal satu lagi paper pada hari jumaat.

' when the last tree has died and the last river has been poisoned and the last fish has been caught, will we realize that we cannot eat money'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails