manggester

Monday, May 30, 2011

Sean Kingston eksiden?



penyanyi lagu Beautiful Girls iaini Sean Kingston dikatakan berada dalam keadaan kritikal apabila berlaku kemalangan semasa bermain jetski. aku tahu pun bila aku buka twitter tadi. semua orang sibuk duk ' #prayforseankingston '. gambar dibawah ada sedikit beritanya.


makcik india salah kereta


suatu malam yang sedikit renyai-renyai. aku bersama tiga lagi kawanku keluar untuk membeli sedikit barang-barang keperluan. setelah semua berada dalam kereta, secara tiba-tiba ada makcik india datang menghampiri. dia seolah-olah ingin membuka pintu hadapan ditempat duduk shahrul. kami semua terpinga-pinga. dan perbuatan makcik itu terhenti apabila melihat kami sudah memenuhi ruang dalam kereta. rupa-rupanya dia salah kereta. kereta suaminya terletak dibelakng kereta kami. serius kami berdekah. gelakkan makcik tu.

disebalik gelak tawa kami itu, aku teringat pengalaman silam yang aku juga pernah tersalah naik kereta. ini semua gara-gara model kereta yang sama dan kebelagakkan aku tak mahu memakai cermin mata biarpun sudah tahu rabun.

aku dalam perjalanan balik ke taiping. sesampainya di tol taiping utara aku memesej abang aku untuk mengambil aku distesen bas. abang aku pun membalas ok. setibanya aku distesen bas aku turun seperti perantau-perantau lain yang menggalas beg dibelakang bahu. sambil melihat kekiri kanan seperti orang yang sudah 10 tahun tak balik kampung. kagum melihat stesen bas kemunting yang dipenuhi dengan tahi-tahi burung.

aku terus ketepi jalan raya untuk menunggu abang aku. kemudian tiba sebuah proton wira bewarna maroon menghampiri aku. dengan yakinnya aku pun mengangkat beg dan pergi kearah kereta itu. dengan selamba aku membuka pintu belakang dan meletakkan beg aku. kemudian membuka pitu hadapan dan terus masuk.

secara tiba-tiba aku terdengar suara yang agak asing sambil berkata "eh! apahal ni? apahal ni?". "erk", aku terkedu sambil membuat muka terkejut juga. dan dengan rasa yang sekelumit bersalah aku berkata "sori la bang. salah kereta". aku rasa seperti muka aku mengembang kepada lebih dari 10inci sebab malu. dengan laju-laju aku ambil beg aku semula dan kembali ketepi jalan. memang aku tak toleh dah kat brader tu.

tak lama selepas itu aku nampak sebuah lagi proton wira. setelah aku memeriksa nombor plat kereta itu aku terus masuk. mulanya aku hanya diamkan diri, tak mahu cerita peristiwa tadi. tapi aku memang tak boleh tahan nak gelak aku cerita juga kepada abang aku. memang berdekah abang aku masa itu. aku pun gelak sekali lah. pertama gelakkan diri sendiri sebab malu. kedua gelakkan brader tu yang mukanya agak terkejut beruk bila tengok aku masuk kereta dia.

selepas kejadian itu aku lebih berhati-hati untuk naik kereta. dan peristiwa makcik india itu kembali membuatkan aku teringat kisah silam. bangkai betul. memang malu gila. nasib baik dalam kereta itu ada brader tu sorang saja.


:: kalau rabun pakailah cermin mata. jangan jadi berlagak macam aku.

Sunday, May 29, 2011

susah dapat bola


aku menonton perlawanan akhir piala liga juara-juara sebentar tadi. barcelona bermain baik dengan kelincahan messi serta kelicikan pemain-pemain barcelona yang lain. seperti yang sudah dijangka manchester united akan menjadi kucing mengejar bola. malah lebih daripada itu apabila kita dapat lihat pemain-pemain manchester united sudah hilang semangat apabila mereka sukar untuk mendapatkan bola. apabila anda langsung tidak memegang bola ini bermakna anda tidak bermain bola.

tahniah buat barcelona juga tahniah kepada manchester united.

Saturday, May 28, 2011

selamat hari lahir ibu

ibuku disamping ayahku

28 mei lahirlah seorang wanita yang telah melahir aku. puan Sharifah binti Abd Manaf nama diberi. tegas, garang, kadang kala menggerunkan. tetapi beliau tetap penyayang, pemaaf, serta ada sifat-sifat ibu mithali biarpun tak pernah memenangi anugerah ibu mithali tahunan.

dalam hati aku, kak yong, angah dan ijad, ibu kami adalah ibu terbaik. selamat hari lahir ibu.



:: aku lambat buat entry ini kerana pagi tadi aku tergolong dalam sejuta belia yang berhimpun di Putrajaya. gila ramai. letih aku jalan. jauh berjalan.

DB7 kembali ke United




minggu lepas David Beckham telah kembali ke Manchester United untuk bermain bersama-sama pasukan itu menentang Juventus dalam perlawanan sempena persaraan Gary Neville. turut sama kembali adalah Nicky Butt dan Phil Neville yang pernah bermain bersama-sama beberapa tahun lepas.


walaupun tewas 2-1 kepada Juventus, tetapi aku tengok highlight hantaran-hataran Beckham masih berbisa seperti dulu. esok MU akan menentang Barcelona dalam final Liga Juara-juara. tapi Beckham tak main lah.


:: aku pernah minat MU kerana DB7.

Friday, May 27, 2011

cilok-cilok macam orang 'key ell'


:: dalam kereta otw ke mydin.

''aku tak cekap lagi bawa motor kat sini. nak cilok-cilok macam orang 'key ell' time jem'', jelas shahrul (bukan nama sebenar) setelah melihat orang key ell cilok-cilok bawa motor.

''jangan cilok-cilok. bahaya. nanti eksiden aku malas nak melawat kau kat hospital'', ulas soffi kepada shahrul.

aku hanya senyum. pandu cermat, jiwa selamat. tambahan lagi bila berada ditempat orang.


Thursday, May 26, 2011

aku dilucahkan! fuck-karudin betul!


pagi ini aku bangun subuh dikejutkan oleh abang chempiang, bukan dikejutkan oleh rozie tiger seperti yang diwar-warkan oleh fuckaruddin. aku bangun subuh dan masih belum sarapan lagi sehingga kini. fuckaruddin kata aku sarap cekodok pisang dan kopi arabica. semuanya bohong belaka.

9 biji kereta aku tarik hari ini. fuckaruddin ternyata berbohong lagi. aku tarik pakai tangan saja. sebab aku memang kuat dan gagah. tak payah pakai minum kopi arabica pun dah memang kuat. fuckaruddin cakap aku kalau nak settlekan satu RO makan masa berminggu-minggu? hoh. air RO tu biasanya aku boleh habiskan sekali teguk je la.

aku balik kerja sunyi sepi rumah. nak tenung rozie tiger memang tak dapat lah. sebab abang dia dah datang ambil tadi. itu pun sebab dia marahkan aku tarik juga kereta yang dia baru bayar duit muka tu. sengal punya abang ipar. dia ingat aku tak berani nak tarik kereta dia. ini mail lambong la.

rozie, jaga-jaga sikit pisau tu. tersalah tikam nanti.

hari ini aku tak dapat nak tikam rozie tiger. jadi sambil menyanyi lagu justin bieber, aku asah pisau. rasanya macam nak pergi cari fuckaruddin. nak tikam dia pula. siap kau fuckaruddin. kau siapkan lah lubang kubur kau sendiri. tak kan nak suruh aku galikan pula. aku ni penarik kereta, bukan penggali kubur.


:: kau memang siot azroy kassim.
:: korang, tolong aku terjah fuckaruddin tu.

Wednesday, May 25, 2011

Filem KL Hamster


lu orang sebok nak tengok abang long KL Gangster. ni gua jumpa video kat youtube cerita abang long gak. hamster abang long sudah mampos. lu orang layan dulu. gelak kemudian. gua dah gelak dah.


:: gua guna 'gua' 'lu' 'gua' 'lu' sebab pengaruh movie KL Gangster.
:: walaupun gua tak suka samsol usop berlakon, tapi gua nak tengok gak sebab ada aron ajis.

ini shah alam gua pegang.



semalam pertama kali aku melakukan penjelajahan disekitar kawasan praktikal aku. dari puchong sampai shah alam sampai glenmarie aku dah takluk. semuanya dah dalam genggaman dah. tapi kena berpandukan signboard lah.

aku sampai glenmarie pun sebab aku nak ambil motor aku kat pejabat pos laju shah alam tu. boleh aku mereempit kat shah alam pula. mula-mula kawan aku cakap pejabat pos di seksyen 2. aku pun dengan bantuan co-pilot (yazit xpde) pun menjelajah sampai ke seksyen 2. sesampainya di seksyen 2 ternyata memang ada pejabat pos. tapi bukan pos laju. maka sekali lagi aku bingung bersama co-pilot. lepas tu aku dengan rajinnya bertanya kepada pakcik teksi.

'assalamualaikum, nak tumpang tanya, pakcik pejabat pos laju kat mana eh?',soal aku dengan penuh sopan santun.

'waalaikumussalam, itu kat glenmarie dik. kau tau tempat tu?', balas pakcik tu dengan sopan juga.

'alamak, tak tau la pakcik. saya pun baru saja kat sini', memang baru pun. baru satu hari aku di shah alam ini.

'macam ni. kau ikut sini. kau masuk sini. jumpa concord. jumpa bulatan. jumpa stadium. jumpa tesco extra. jumpa bla bla bla. pastu kat situ la pos laju', tunjuk pakcik tu.

' huish. jauh gak tu', getuk aku dalam hati.

'aku bagitahu sekali saja ni. kalau dua kali kau bayar rm20. aku hantar kau naik teksi', sambung pakcik itu lagi sambil mengukirkan senyuman Mr.Krab nampak duit.

'erk. tak pe la pakcik. saya cari lah sendiri', balas aku terpaksa. rela aku sesat.

yazit dibelakang aku hanya membatukan diri. dengan selambanya dia berkata kepada aku selepas aku mengucapkan terima kasih kepada pakcik itu 'aku tak tau pun apa yang pakcik tu cakap. concord tu apa?. sebab tu aku diam je.', kata yazit.

'hoh. tak boleh pakai punya co-pilot. concord tu hotel la',balas aku. aku tahu pun sebab aku pernah lalu dekat situ tak lama dulu.

dengan hanya berbekalkan sedikit GPS dari pakcik tadi beserta keazaman yang tinggi. akhirnya aku sampai juga di pejabat pos laju itu. dengan kereknya aku berkata kepada yazit. sekarang ni shah alam dalam tangan dah. haha. bak kata dialog dalam filem kl gangster 'INI SHAH ALAM GUA PEGANG'.



Tuesday, May 24, 2011

Malaysia vs Chelsea


pasukan kebangsaan kita akan menentang pasukan chelsea di stadium bukit jalil pada 21 julai nanti. mari kita sama-sama menyokong pasukan negara kita walaupun kita adalah penyokong tegar pasukan chelsea. kalau aku jadi datang aku akan membawa bendera malaysia dan tidak memakai baju berunsurkan chelsea kerana aku rakyat malaysia walaupun aku penyokong tegar chelsea. tapi aku tengah kumpul duit nak beli tiket yang paling murah berharga rm58. harap-harap dapat lah. haha. dulu kita kalah 2-0. tapi tahun ini aku harap malaysia boleh tibai chelsea balik.



Monday, May 23, 2011

selamat tinggal king carlo


terima kasih untuk apa yang anda telah usahakan
selamat tinggal untuk anda

kiiiiiiiing carloooooooooo!



:: semoga chelsea terus maju jaya bersama pengurus yang bakal menggantikan pengurus ini.

Sunday, May 22, 2011

semoga berbahagia mereka disana



semalam aku tengok berita. sedih melihat rumah anak-anak yatim di hulu langat kena tanah runtuh. sudah lah ibu ayah tiada. bencana pula menimpa. semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNYA. insyaAllah.


::aku kat cc lagi. ada rm2.30je. sejam saja la duk sini.
::rabu ni aku start praktikal kat shahalam. risau betul nak duk kat tempat org.

Saturday, May 21, 2011

malas betul nak pergi pizza hut~


aku melabuhkan punggung dihadapan tv 29 inci. kunyalakannya dengan niat untuk menonton span kuning berbentuk petak di tv9. ternyata lagu temanya baru habis. tak sempat hendak ku nyanyikan bersama. belum pun sempat habis satu episod ada suara dari bilik kedengaran.

" makan piza jom jol. ibu dengar ada diskaun 50%", jelas ibu ku yang sudah mengidam gamaknya.
" hah! piza?" balas aku.

cukup malas aku nak pergi pizza hut tu. bukan sebab apa. sebab ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan aku malas nak pergi kedai ala-ala itali tu. tapi aku turutkan saja kehendak ibuku itu. tak mahu jadi anak durhaka katakan.

setelah bersiap aku naik kereta milik ayahku. aku duduk dibelakang ibarat seorang bos. bukannya saja-saja nak jadi bos. sebab aku ni hanya ada lesen terbang saja. biarlah ayah aku yang memandu. kalau aku memandu silap-silap terbang semuanya.

sesampainya dikedai piza aku dijemput masuk oleh penyambut tetamu kedai itu. manis senyumannya. kemudian dia menjemput aku dan kedua ibu bapaku kemeja kosong. setelah memberikan buku menu dia cakap " kalau nak order nanti tekan butang 'call' kat meja tu". aku angguk tanda faham.

disini bermulanya sebab kenapa aku malas nak datang kedai piza ni. pertama sekali ibu dan ayah ku betul-betul akan meletakkan segala tugasan mengorder kepada aku. kerana ibu dan ayah aku mana reti nak order makanan fast food ni. aku dengan yakinnya membuat muka konfiden buat-buat tahu. padahal aku pun tak reti sangat. setelah memilih dengan cara menunjuk-nunjuk gambar piza oleh ibu dan ayah aku, aku segera menekan butang 'call'.

seorang pelayan wanita yang begitu cun datang. ''hi I'm Fara. may I take your order please" pelayan itu pun memulakan bicara. terkedu aku sebentar. "alamak nak kena order dalam bahasa inggeris ke?" getuk hati ku. "hurm..bagi yang ni 2 pastu yang ni satu", aku balas dalam bahasa melayu saja sebab kalau aku order dalam bahasa inggeris nanti terbelit-belit pula lidah aku. pastu aku malas nak order nama piza tu sebab lagi la berbelit lidah aku. mozarella chesse la..chicken supream la.. macam-macam la..baik aku tunjuk saja.

lepas tu aku nak mintak sos dengan cheese powder. sekali lagi terbelit lidah aku nak sebut cheese powder tu. tapi aku cover-cover lah. lagi satu bila nak cakap ngan awek cun ni rasa macam kelam kabut pula jadinya. itu sebab la aku malas nak pergi makan kat kedai pizza hut ni. tapi disebabkan ibu aku mengidam, aku layankan saja. nanti disumpahnya aku jadi pizza lagi la payah.

bab nak meng-order memang aku fail lah kat pizza ni. tapi bab makan memang aku lulus seratus peratus. sehingga menjilat jari. tambah-tambah bila ada cheese yang lekat-lekat kat jari. pergh..


:: baru lepas layan movie 'the next 3 days' serius best giler.
:: aku kat cc ni. habis 3@4 ringgit la jap lagi.

Monday, May 16, 2011

enam_belas_mei

gambar cikgu aku curi

'selamat hari guru' buat semua insan yang pernah mengajar, mendidik, membimbing dan membentuk aku sehingga menjadi seperti sekarang. setiap insan yang pernah memberi ilmu kepada aku, adalah seorang guru.

:: hormati orang yang memberi tunjuk ajar kepada kita.

Sunday, May 15, 2011

lu langsi. wa biasa-biasa saja.


kelmarin aku menonton filem kongsi. bagi aku filem itu biasa-biasa saja beserta dengan plot yang tidak berkesinambungan dan jalan cerita yang agak berterabur. lakonan yang berlebih-lebihan serta dialog-dialog yang berulang-ulang.

aku tulis sikit sahaja kerana aku tiada mood untuk menaip. harap-harap filem malaysia akan bertambah maju. ini bukan kutukan tapi ini adalah kritikan membina. aku sudah berada di taiping. bercuti dahulu sebelum berpraktikal.


:: nurkasih 19 mei
:: pirates of the caribbean 19 mei

Saturday, May 14, 2011

selamat tinggal kawanku


dua tiga hari lepas aku banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan seperjuangan. kerana inilah hari-har terakhir aku dapat bersama mereka. selepas ini semua akan membawa haluan masing-masing.

hari-hari terakhir yang indah, kami berkongsi kisah suka duka. tiada apa yang mampu aku ungkapkan hanya perasaan gembira sedih bercampur baur. apa-apa pun aku doakan semoga rakan-rakanku berjaya didunia dan diakhirat. insyAllah.





setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
setiap perpisahan pasti ada kenangan.
setiap kenangan pasti akan menemukan kita kembali.
terima kasih ya Allah untuk kawan-kawanku ini
♥ selamat tinggal kawanku ♥



Thursday, May 12, 2011

monday tuesday wednesday thursday


wa ngah layan lagu pulanglah dari awi rafael. kalau korang suka korang boleh layan juga.


:: aku akan kembali ke taiping sabtu ini.
:: aku akan lama akan tidak berblogwalking mulai esok.

Wednesday, May 11, 2011

pesakit penyakit kencing manis semakin berkurang di negara Manggesia


aku kagum dengan pemimpin-pemimpin yang berjaya membawa satu angin perubahan kepada seluruh rakyat negara Manggesia. mulai beberapa hari lepas, statistik menunjukkan bahawa jumlah pesakit penyakit kencing manis di Manggesia semakin berkurangan. ini adalah impak dari penaikan harga gula dipasaran.

bersama-sama menaikkan harga gula

pemimpin negara ini begitu mengambil berat tetang masalah kesihatan yang sering membelenggu rakyat. penyakit kencing manis sering dikaitkan dengan masalah ini bakal menemui jalan penyelesaian setelah para pemimpin berusaha sedaya upaya untuk menaikan harga gula. sekali gus dapat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman rakyat negara ini.

nasi lemak punca kanak-kanak gemuk

sebelum ini, ada pemimpin negara ini mengaitkan nasi lemak adalah punca obesiti dan masalah kegemukan golongan kanak-kanak. ini adalah salah satu kajian yang amat tepat sekali kerana semua kanak-kanak di negara Manggesia memang menyukai nasi lemak. kanak-kanak di negara ini memang tidak gemar memakan makanan segera seperti KFG, McDonest dan pelbagai lagi makanan segera terkemuka di negara ini. kalau mereka makan pun, makanan segera bukanlah punca masalah kegemukan kerana nasi lemak adalah punca utama kegemukan.

oleh itu, saya sebagai salah seorang penyokong tegar pemimpin negara Manggesia amat bersyukur dengan segala tindakan yang telah dilakukan oleh seluruh pemimpin-pemimpin negara ini. dengan kenaikan harga gula, petrol serta kajian mengenai punca sebenar kegemukan dapat memberi kesedaran kepada seluruh rakyat betapa pentingya menjaga kesihatan.

selain itu rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana negara Manggesia masih menanggung subsidi-subsidi petrol, gula serta barangan lain demi menjaga kebajikan rakyat. para pemimpin negara Manggesia juga turut menanggung beban sama dengan rakyat di negara ini kerana mereka terpaksa melancong keluar negara supaya mereka dapat membawa ole-ole untuk seluruh rakyat.

di samping itu saya amat berharap agar pemimpin-pemimpin dapat menaikkan juga harga gula-gula kerana sekarang ini sudah ada satu kumpulan Manggesia-Pop (M-Pop) yang sudah bertapak di industri hiburan negara ini. kumpulan yang jelas dapat mempergula-gulakan seluruh rakyat negara ini dengan betis dan paha seperti gula-gula lolly-pop dan wajah yang semanis gula. selain itu, gula-gula ini juga dilengkapi dengan nasi lemak yang boleh menggemukkan.

gula-gula yang dilengkapi dengan nasi lemak

:: disebabkan negara Manggesia tidak mempunyai tanaman tebu, maka pihak kerajaan Manggesia akan menanam tebu ditepi bibir bagi menaikkan lagi harga gula sebagai manifesto pilihanraya ketiga belas juta.

:: kepada rakyat Manggesia yang suka membantah, tak payah lah nak buat demonstrasi kerana baru naik sikit saja. itu pun nak bising. nanti kita naikkan harga semua barang supaya kita kurus sebab tak payah makan.

Malaysia's Next Top Female Blogger 2011


di sini aku sebagai seorang lelaki tulen yang tidak boleh menyertai peraduan ini ingin mempromosikan peraduan 'Malaysia's Next Top Female Blogger 2011' kepada semua blogger-blogger wanita untuk menyertainya. blogger-blogger wanita perlu menyertai peraduan ini kerana peraduan ini agak unik. selain itu hadiah yang ditawarkan juga begitu menarik.

peraduan ini ada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan peserta juga perlu menjawab beberapa soalan yang boleh mempengaruhi sandra azwan untuk anda mereka sebagai pemenang. cakap banyak pun tak guna. kalau anda rasa anda adalah blogger wanita, anda diminta untuk menyertai peraduan ini. tekan ini untuk sertai.


:: aku suka lepak blog sandraazwan sebab aku suka tengok fesyen-fesyen rekaannya.

Hari Tua Angah~


tanggal 11 mei hampir 30 tahun lepas lahirlah seorang bayi yang merupakan kakak yang tengah bagi aku. ketika kelahirannya aku turut menyambutnya dialam lain walaupun aku pun tak tahu bahawa itu adalah kakak aku. tapi aku masih keliru macam mana aku menyambut kelahiran itu. tetapi ibu dan ayah aku memang menyambut kelahiran bayi tersebut.mungkin ibuku baru lepas mengerahkan seluruh tenaganya dan ayahku dengan resahnya menunggu macam drama melayu. maka lahirlah bayi tersebut.

hari ini tarikh 11 mei muncul kembali. dan angah aku akan meraikan tarikh ini sekali lagi bersama ibu dan ayah aku yang sedang berada di rumahnya. aku nak hantar mesej selamat hari lahir tadi. tapi tak sempat pula kerana sibuk bermain membelasah orang dalam permainan game bola sepak. bila lihat jam sudah pun menunjukkan pukul 1.23 pagi maka aku fikir esok saja aku ucapkan.

daniel arissa dan angah

disini aku nak mengucapkan selamat hari lahir buat beliau yang sentiasa memberi sokongan kepada belog aku ini dan sentiasa menyokong aku dalam kehidupan ini. semoga angah berbahagia selalu, dimurahkan rezeki dan tabah mengharungi kehidupan. kirim salam sama daniel dan arissa ye.


Tuesday, May 10, 2011

Tidak ada apa-apa

malas betul aku nak taip entry pagi ini. kerna aku masih mengantuk dan rasa mahu tidur. sedangkan banyak kerja perlu disiapkan. tapi aku nak tidur sekejap. dalam masa 5 minit. layan lagu tidur kat bawah saja ok. saja-saja mahu kongsi lagu tidur.


sebelum itu aku nak pesan ni. cuaca sekarang panas betul-betull kerana bukan panas main-main. jadi anda semua diminta kuragkan aktiviti luar. banyakkan minum air. jangan pakai baju bewarna gelap. dan jangan suka-suka nak bakor macam usop wilcha.

:: jika mengantuk kita tidur.

Monday, May 9, 2011

selamat hari ibu mertua ku


semalam kita ramai-ramai telah pun menyambut hari ibu sebagai menghargai ibu kita yang telah banyak bekorban dan melahirkan kita. walaupun ada yang menyatakan bahawa menyambut hari ibu juga haram kerana ia ada kaitan dengan upacara agama kristian. tetapi ada juga yang menyatakan bahawa kita masih boleh meyambutnya tetapi jangan terlalu berlebih-lebihan dan terikut-ikut budaya mereka. sekurang-kurangnya hari itu memberi kita peringatan tentang kasih-sayang dan pengorbanan yang telah banyak ibu korbankan.

tetapi semalam aku ada geledah-geledah internet ni dan aku ada menjumpai satu tarikh untuk meraikan ibu mertua kita. atau dalam bahasa inggerisnya adalah 'mother-in-laws day'. sambutan itu jatuh pada ahad minggu ke-4 pada bulan oktober. maknanya pada tahun 2011 ini kita akan menyambut hari ibu mertua pada 23 oktober 2011.

sambutan ini hanya boleh disambut oleh mereka-mereka yang sudah berkahwin dan mempuyai ibu mertua sahaja. bagi mereka-mereka yang belum berkahwin jangan mengada-ngada pergi rumah mak awek-awek korang untuk menyambut hari ibu mertua pula. silap-silap kena maki secara terang-terangan saja. tetapi tidak untu aku dan bakal ibu merta ku. nanti kita sambut sama-sama ye cik Lisa. you boleh datang rumah ibu I juga. Ibu I tak akan maki you lah.

bakal ibu mertua ku

dibawah ini adalah video bakal isteri dan bakal ibu mertua ku. korang layan saja dulu. jangan nak usha lebih-lebih pula. aku cepuk nanti.




:: selamat hari ibu lagi untuk Pn. Sharifah
:: juga selamat hari ibu untuk Pn. Siti Amirah

Sunday, May 8, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?


artikel ini aku jumpa di facebook. bagus juga artikelnya. ia menerangkan bagaimana hendak menjawab persoalan mengenai solat menghadap kaabah. jika ada yang bertanya mengapa solat menghadap kaabah dan tidak menghadap Allah? dibawah ini ada jawapannya.


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


:: aku 'select all' aku 'right click' dan aku tekan 'copy' disini.

RatuHatiSaya


pertama-tamanya aku nak ucapkan selamat hari ibu buat ibu tercinta, Pn. Sharifah serta semua ibu-ibu yang merasakan mereka itu ibu. tetapi bukan ibu-ibu ayam. haha.

ibu sejahtera, kebanggan semua. tema sambutan hari ibu untuk tahu dua ribu sebelas ini. kerana ibu yang sejahtera boleh membawa kesejahteraan kepada keluarganya. ibu mempunyai tugas yang begitu berat sejak dari kita dimengandungkan sehingga kita besar. jadi hargailah jasa dan pengorbanan ibu kita.

  • terima kasih ibu kerana membenarkan aku beradu didalam perutmu.
  • terima kasih ibu kerana melenguhkan tanganmu untuk menghayun buaianku.
  • terima kasih ibu kerana menggunakan bahumu untuk menggalas bebanan aku.
  • terima kasih ibu kerana meminjamkan kakimu sehingga aku boleh berdiri diatas kaki sendiri.
  • terima kasih ibu kerana menyakitkan kepalamu atas kedegilan aku.
  • terima kasih ibu atas segalanya.


:: IbuSayaGarangTapiKiut.
:: SayaSayangIbuSaya.

Saturday, May 7, 2011

Aku sokong Amir RL | Ada aku kesah


maharaja lawak sudah pun memasuki minggu ke-enam minggu ini. aku berkesempatan menonton program itu di youtube semalam. bagi aku persembahan peserta-peserta pada minggu ini biasa-biasa sahaja. cuma ada sedikit lawak-lawak yang ditonjolkan melekat dikepala aku ini.

semalam tiada penyingkiran yang dilakukan. ini bermakna Amir sekali lagi terselamat dar penyingkiran. ramai betul yang kecewa kerana Amir masih lagi boleh meneruskan persembahannya pada minggu hadapan. tetapi aku amat berpuas hati dengan keputusan ini.

ok. biar aku bagi alasan kenapa amir sepatutnya dikekalkan dalam rancangan ini. pertama sekali, bagi aku lawak Amir boleh dikatakan boleh diterima akal dan memang lawak yang benar-benar lawak. idea-idea yang dikeluarkan sepatutnya boleh menjadi bahan jenaka yang lawak. tetapi mungkin kerana penyampaian Amir yang tersekat-sekat membuatkan orang tidak faham dengan lawak beliau.

kedua, lawak Amir merupakan lawak yang memberi input. bukan lawak kosong yang seperti sembang-sembang tepi jalan yang ditonjolkan oleh beberapa peserta lain. contohnya lawak Amir pada minggu ini berkaitan dengan pembuangan bayi. walaupun kita rasakan perkara itu sudah banyak diketengahkan, tetapi ia dibawakan dari sudut pandangan yang lain.

ketiga, lawak Amir boleh dikatakan mengikut arus semasa. seperti minggu ini Amir mengaitkan lawak beliau dengan sambutan hari ibu. minggu ini seluruh dunia akan menyambut hari ibu pada hujung minggu ini. berbanding dengan peserta-peserta lain yang menceduk lawak-lawak internet yang sudah basi sepuluh tahun lepas.

keempat, lawak Amir tiada unsur-unsur lucah dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. kalau kita lihat lawak-lawak peserta lain banyak mengaitkan idea-idea lucah untuk membuatkan orang ketawa. mungkin sekali-dua kita boleh terima. tetapi sudah hampir seluruh persembahan dikaitkan dengan idea-ida lucah, meluat juga menontonnya.

pada pandangan aku, Amir perlu memantapkan lagi cara penyampaian ketika dipentas. banyakkan berlatih dan mempelajari cara-cara bercakap tanpa tersekat-sekat. jangan mudah lupa idea untuk meneruskan ayat yang seterusnya. dan jangan terlalu terkongkong dengan punchline yang ingin disampaikan. Amir sepatutnya kurangkan daripada melayan jeritan-jeritan penonton kerana ia boleh mengganggu persembahannya. selain itu Amir perlu mengelakkan daripada bercakap sesuatu perkataan berulang kali jika terlupa idea yang hendak disampaikan.

mungkin akan ada yang menyatakan kalau masih belajar jangan masuk maharaja lawak. tetapi sedarlah bahawa Amir sebenarnya pemenang tempat ketiga raja lawak yang lalu. sudah banyak dia belajar dari miggu pertama sehingga final tetapi mungkin disebabkan oleh kemahiran berkomunikasi yang kurang menyebabkan dia tidak mampu menyampaikan persembahan yang baik.

mungkin kalau lawak-lawak Amir itu disampaikan oleh peserta-peserta lain yang lebih petah bercakap, mungkin kita rasakan ia benar-benar lawak dan boleh terguling-guling menontonnya. tetapi bila kita sudah menetapkan pemikiran kita tentang rasa benci kepada orangnya, maka kita rasakan ia langsung tidak lawak. sedangkan lawak-lawak peserta lain bukannya lawak sangat pun tetapi kita akan ketawa kerana kita benar-benar minat dengan peserta itu. ini lah yang dikatan 'kalau dah suka cium tahi pun bau bunga'.

jika anda perasan, lawak amir akan difahami jika kita tengok berulang kali. aku mula sedar ketika minggu yang bertemakan muzikal yang lepas. memang serius lawak. sehingga kini aku boleh tergelak bila menonton persembahan bliau.


aku suka tagline dan ayat-ayat Amir sebab ada pengajaran dan sindiran yang terselit. contohnya 'kepada semua gadis-gadis. dengarlah kata-kata ibu bapa. tidur awal. tidurlah kamu sebelum kamu ditiduri' dan satu lagi 'kalau dah jodoh tak kemana. kalau dah bodoh pun tak kemana '.

:: Amir, walaupun aku tak undi kau aku harap kau boleh meneruskan perjuangan lawak ilmiah kau.
:: kepada semua pembenci-pembenci Amir, jangan terlalu mengkritik kerana Amir tak pernah pun mengkritik korang. haha.

Hari ibu yang keliru


sebenarnya dari siang semalam aku sudah keliru dengan tarikh sambutan hari ibu yang sebenarnya. aku buka facebook, ramai juga yang beria-ia mengucapkan selamat hari ibu buat ibu-ibu mereka. aku buka blog banyak juga entry-entry yang berkaitan dengan hari ibu.

yang menjadi kekeliruan di sini adalah bilakah tarikh sebenar sambutan hari ibu di Malaysia ini? setahu aku, sabutan hari ibu jatuh pada ahad minggu kedua setiap bulan Mei. ini bermakna ia telah ditetapkan oleh pemegang mohor-mohor besar diraja tarikh sambutan hari ibu untuk penduduk seluruh negeri di Malaysia jatuh pada 8 Mei 2011. iaitu pada hari ahad ini. tetapi mengapa ada yang sudah menyambutnya sejak hari jumaat lepas. aku betul-betul keliru.

tetapi apa ada hal. ikut suka korang lah nak sambut hari ibu bila-bila pun kan. korang peduli apa kan. kalau boleh tiap-tiap hari kita sepatutnya menyambut hari ibu. hari-hari kita perlu menghargai ibu-ibu kita. tidak lupa juga ayah-ayah kita kan. kerana dirimu begitu beharga.

tak kira lah bila-bila pun hari ibu. aku nak ucapkan selamat hari ibu juga lah buat semua ibu-ibu diseluruh dunia. untuk ibu ku tersayang, entry rasmi ucapan hari ibu akan disiarkan pada 8 Mei nanti. biarpun ibu tak pandai berblogwalking mahupun berinternet, anakmu ini tetap nak siarkan entry tersebut. saya sayang ibu saya.


mAngGester ke duaratus


selamat awal pagi aku ucapkan kepada semua rakan dan taulan. disini saya ingin mengumumkan 'mAngGester' yang kedua ratus untuk belog mangges jatuh kepada neddy nadia. terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada semua mAngGester-mAngGester lain yang telah men-mAngGester-kan diri anda di belog ini sehingga ia mencapai angka dua ratus. sesungguhnya tanpa mAngGester-mAngGester semua, siapalah mangges ini.

gelaran mAngGester ini baru aku wujudkan setelah follower aku genap 200. ini kerana aku baru terfikir gelaran apa yang patut aku berikan kepada pengikut-pengikut aku ini. yang pastikan aku juga akan menjadi pengikut mereka setelah mereka menjadi pengikut aku. tetapi, aku tidak akan menjadi pengikut anda jika anda tidak meletakkan link anda pada profile itu. jadi bagi mereka yang tidak meletakkan link pada profile anda dibahagian follower di atas, sila beruat demikian supaya saya boleh mengikut anda pula. segala kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.


:: aku benci betul entry ini di blog neddy nadia kerana aku jeles betul tengok cekelat itu.
:: teringin nak review semua blog mAngGester-mAngGester lain. tetapi masa membataskan.
:: sila ambil perhatian bahawa mAnGester tiada kaitan secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan manchester .

Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

gua bosan giler petang ni, semua dak2 umah g pekse. last2 gua join segmen ni untuk mengisi masa lapang.

jom join

RasaSayangUTHM | Edisi Selamat Tinggal


entry ini adalah sambungan daripada episod lepas. parit ini tempatku | Edisi Pertama.

tinggal dua tiga hari sahaja aku tinggal diparit ini. maka tinggal dua tiga hari sahajalah aku akan meninggalkan universti yang banyak memberi garam kepada aku. bukan garam untuk masak tu. tapi garam sebagai pengalaman dan pengajaran kepada aku.

RasaSayangUTHM. itulah yang mampu aku ucapkan diakhir-akhir ini. walaupun kadang kala aku tiada rasa untuk menyayangi universiti ini kerana masalah-masalah dan tekanan-tekanan yang aku alami sepanjang menuntut ilmu disini. tetapi perkara ini berubah menjadi sayang apabila aku memikirkan tentang perkara-perkara berharga yang aku perolehi dari sini.

kelihatan digambar itu adalah asno, eddy dan aku.

gambar diatas menunjukkan baju yang kami pakai semasa hendak meninggalkan universiti ini pada diploma dahulu. tapi sekarang tiada baju seperti itu kerana baju itu akan membuatkan aku sedih bila memakainya. *poyo gila mamat ni*


Dalam Mihrab Cinta | Edisi Bukan Jiwangan



semalam aku ada membaca blog Aku & Pencinta. dan salah satu entry yang menarik minat aku adalah entry 'Dalam Mihrab Cinta'. ceritanya perihal satu filem Indonesia yang berunsurkan islamik. macam filem 'Ketika Cinta Bertasbih' juga lah.

dan disitu ada menyediakan link untuk mendownload filem itu. aku dengan laju-lajunya mengkelik link yang telah disediakan. aku kelik laju-laju kerana aku agak tertarik dengan 'pumpangan' pemilik blog itu. berdasarkan kepada sinopsis yang diberikan aku dapat merasakan filem ini amat sesuai ditonton untuk mereka-meraka yang mencari filem-filem keagamaan.

setelah menonton filem itu aku boleh me'rating'kan filem itu sebagai 3.5 daripada 5. jalan cerita yang menarik dan konflik tidak terlalu berat untuk aku menyesakkan kepala memikirkan jalan keluar. aku kalau menonton filem yang terlalu berat konfliknya, aku akan terus menekan butang pangkah. kerana tidak mahu terbeban dengan sesuatu yang aku anggap tidak penting. nasib baik filem ini ringan-ringan saja. tetapi kesudahan filem ini sudah dapat aku jangkakan ketika timbulnya persimpangan untuk seorang lelaki memilih satu diantara dua wanita. aku sudah dapat meneka bahawa salah seorang daripada wanita itu akan mati. dan tekaan aku memang tepat.

dalam filem ini baru aku tahu bahawa pelakon iklan Axe-effect yang jual sandwich itu adalah pelakon dari indonesia iaitu Asmirandah. memang kiut lah. haha. tapi sayang dia lah yang mati. kesian dia.


:: Nur Kasih The Movie keluar 19 Mei ini.
:: aku follower pertama blog aku&pencipta.
:: pumpangan bermaksud gebangan.

Thursday, May 5, 2011

parit ini tempatku | Edisi Pertama


masih aku terbayang ketika pertama kali aku melangkah ke ruang lingkup ini. bersama kerabat aku mendaftarkan diri sebagai seorang penuntut di sebuah universiti yang letaknya di parit. Parit Raja, kurasakan aku sebati dengan mu. kata ibu, main main dalam parit. kotor katanya. tapi dia sendiri yang hantar aku kesini.

sekejap saja aku rasakan. kerabat aku mula pergi meninggalkan aku kesepian di pinggir parit ini. hampir bergenang air mata ku. tiada siapa yang aku kenal di parit ini. hari pertama aku rasakan begitu panjang. salah tingkah aku berada ditempat ini.

habis minggu suai kenal aku mula bergelumang dengan parit ini. rakan-rakan pun mula berkubang bersama. aku semakin gembira disini. biarpun kadang-kala aku rasa lekit-lekit rindu pada kerabat.

perit maung dalam parit ini membuatkan aku semakin tabah. dikala kontang parit ini aku berlari-lari didalamnya. dikala melimpah airnya, aku berenang-renang kegirangan. ini semua ujian buat penghuni parit ini.

tiga tahun berlalu diparit ini, tiba masanya aku keluar darinya. ujian dan cubaan semua aku lepasi dengan jayanya. segulung kertas aku terima sebagai tanda kejayaan aku disini. kemana arah aku seterusnya. kembali ke parit ini untuk mengejar segulung lagi lembaran kertas atau merantau ketempat lain?

parit ini tempatku | Edisi Kedua bakal menyusul~

Puduraya tidak seperti dulu | Edisi Kagum Giler


hampir seminggu juga aku 'update'kan blog ini secara auto publish. kerana aku dengan rasa penuh kegembiraan pulang ke taiping untuk merehatkan minda setelah menjalani peperiksaan. dan semalam aku baru dapat online semula setelah pulang ke parit raja.

semalam aku dari taiping menaiki bas Transnasional dan tiba di stesen bas Pudu Raya pada jam 12 tengahari. sebelum ini memang aku dah tahu bahawa stesen Pudu Raya telah dinaik taraf. tetapi hanya dengar khabar sahaja. setibanya aku disitu aku pun dengan penuh yakinnya melangkah masuk ke stesen itu. langkah pertama telahpun membuatkan aku terkaget sebentar disitu apabila melihat transfomasi yang begitu mengkagumkan. stesen Pudu Raya yang sebelum ini umpama pasar basah yang menjual ikan-ikan dan ayam-ayam berubah menjadi seperti sebuah supermarket yang menjual pakaian-pakaian berjenama.

walaupun aku terasa seperti jakun sedikit, tetapi aku tetap cover seperti Pudu Raya itu seperti rumah aku. aku pun berjalan menuju ketengah-tengah stesen tersebut untuk mencari tiket bas menuju ke Batu Pahat. tetapi sekali lagi aku terbingungan apabila tiada satu pun kaunter tiket disitu. malah ulat-ulat tiket yang biasanya buat-buat ramah bertanyakan destinasi aku pun tiada. aku buat muka cool sambil mencari papan tanda. sambil mengecil-kecilkan anak mata kerana aku adalah penghidap rabun jauh, aku melihat papan tersebut. oh! kaunter tiket diatas rupanya.

setelah membeli tiket diatas aku mendapat tahu bahawa destinasi ke selatan memerlukan aku untuk menunggu di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan. dengan sedkit pengalaman menaiki LRT maka aku pun terus sahaja ke TBS itu.


setibanya aku di TBS sekali lagi perasaan jakun aku wujud. sekali lagi aku tertegun dengan suasana dalaman TBS yang umpama KLIA. kelihatan disitu peumpang-penumpang menolak troli yang terisi beg-beg besar serta papan tanda pelepasan yang amat besar. selain itu kelihatan abang-abang dan kakak-kakak polis berjaga disetiap platform bagi memastikan bahawa hanya penumpang-penumpang yang memiliki tiket sahaja boleh turun ketempat menaiki bas.


:: penyambut tetamu diTBS boleh tahan hot juga.
:: Puduraya dan TBS sepenuhnya berhawa dingin.
:: ulat-ulat tiket langsung tiada.
:: toilet diTBS percuma.
:: kenangan lalu banyak mengajar aku cara menaiki LRT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails