manggester

Sunday, April 3, 2011

Ultras UTHM memang True!


sekarang ini nama Ultras semakin popular digunakan oleh setiap penyokong kelab bola sepak di Malaysia ini. jadi hari ini aku menggelarkan penyokong-penyokong pasukan bola sepak UTHM sebagai Ultras UTHM. walaupun Ultras UTHM belum sehebat Ultras Malaya tetapi sudah cukup "TRUE" untuk turun ke stadium menyokong pasukan bola sepak UTHM.

semalam 2 April 2011 Ultras UTHM sekali lagi turun ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan UTHM ketika menentang pasukan Kolej Komuniti Pulau Pinang. stadium UTHM yang baru 2 kali digunakan setelah baru ditambah baik hampir penuh dengan kebanjiran Ultras UTHM.

perlawanan yang bermula pada jam 5 petang itu menunjukkan petanda baik apabila pasukan UTHM telah pun mendahului pada awal permainan separuh masa pertama. tetapi permainan sedikit terganggu apabila berlaku kekasaran terhadap kapten pasukan UTHM dan kemudian berlaku sedikit pergaduhan. pengadil perlawanan bertindak dengan melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain. bagi aku tidak sepatutnya kapten pasukan UTHM bertindak balas terhadap pemain pihak lawan kerana dia perlu menjaga reputasinya sebagai ketua pasukan.

kebanjiran Ultras UTHM di stadium

separuh masa kedua UTHM sekali lagi menggandakan jaringan. jaringan itu membuatkan pasukan KKPP terpaksa bekerja dengan lebih keras. tidak lama selepas itu pasukan KKPP berjaya menjaringkan gol saguhati daripada tendangan percuma. selepas itu permainan agak lembab tetapi kasar ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan. akibatnya dua lagi kad merah dilayangkan kepada kedua-dua pasukan. maka kedua-dua belah pihak bermain dengan sembilan pemain.

keghairahan Ultras UTHM agak sedikit meresahkan pengurusan perlawanan kerana penyokong agak marah dengan permainan kasar yang ditonjolkan dalam perlawanan ini. pegawai keselamatan UTHM terpaksa berkawal ditepi padang untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku. nasihat aku kepada Ultras UTHM agar dapat menjaga tatasusila kita sebagai warga universiti.

keghairahan Ultras UTHM

keputusan penuh perlawanan itu berkesudahan dengan kejayaan pasukan UTHM membenam pasukan KKPP dengan jaringan 2 berbalas 1.

4 comments:

Azroy Bin Kassim said...

taniah UTHM!!

manggosteen said...

@Azroy Bin Kassim:yeah..harap2 terus maju la..

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

manggosteen said...

@BLADE EDGE:ok2..thanks sbb bw sini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails