manggester

Friday, October 21, 2011

letup


aku lihat iklan di-televisyen. sekali dia gigit habis meletup semua cili. habis bergelimpangan semua limau, rempah ratus dan segala macam lagi digolek-golek bersama ayam kriuk-kriuk rangup.

aku tak puas hati. aku mahu mencuba. berdebar di depan kaunter pesanan. aku pesan set 'pinggan makan malam'. ada tiga ketul ayam. aku bahagi satu setengah seorang bersama abang aku.

gigitan pertama. aku menanti letupan cili. satu minit, masih tiada juga. aku menggigit untuk kali kedua. satu minit enam puluh saat aku menanti, masih tiada gelimpangan rempah ratus bersama-sama ayam kriuk-kriuk rangup. aku sabar.

aku gigit bersama-sama dengan abang aku dengan harapan bumbung restoren itu akan terangkat beserta dengan bunyi letupan yang maha dasyat. tiga minit dua belas saat tujuh detik aku menunggu. masih tiada apa-apa yang terjadi.

aku rasa teraniaya. ditipu hidup-hidup oleh iklan berbayar di-televisyen. ingin saja aku adu-kan kepada biro pengaduan Gerakan. tetapi aku sedar bahawa televisyen adalah salah satu medium penipuan dunia.

aku pulang hampa. biarpun perut ini sudah terisi, tetapi tiada satu letupan pun yang berlaku. yang aku rasa adalah hati yang mahu meletup menahan kesabaran. siap kau iklan televisyen. aku sudah tidak percaya padamu lagi.

Wednesday, October 19, 2011

manis ke langit ke-7


"manis pokok tu", ujar ayahku ketika dia, abangku serta aku melawat hari perladangan semalam.

aku koyakkan sedikit daunnya dan aku letakkan diatas lidah. aku kemam. manis. seperti keawangan manisnya.

"manis giler", reflek-ku ghairah.

itu baru sedikit aku rasa. belum sepokok. mahunya langit ketujuh akibatnya.

...............................

aku cerita tentang pokok stevia. pokoknya kecil tetapi manisnya terbaik. mahu tahu lebih lanjut sila klik sini. aku malas nak ulas lebih-lebih. saja aku mahu kongsikan sedikit ilmu tentang pertanian hari ini.



:: semalam aku dapat kad ucapan dari orang amerika. tq beb! aku baca kat blog tu, orang amerika pon pakai daun tu gak.

Monday, October 17, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa | komenku

semalam aku menonton sebuah rancangan kejar glamer yang terbaru. vokal bukan sekadar rupa. bukan aku nak sangat menonton rancangan itu, tapi disebabkan ayah aku yang mahu menonton aku layankan saja. walaupun baru selepas dua peserta menyanyi ayah aku dah mula menghidupkan enjin bahteranya. perkara biasa bagi ayah aku apabila menonton televisyen.

aku teruskan menonton rancangan itu walaupun dalam hati mahu tukar saja saluran televisyen itu kepada saluran bola sepak. tapi risau pula kalau-kalau ayah aku terjaga dan mahu menonton rancangan itu semula. dari awal rancangan itu aku sudah mula meluat apabila melihat salah seorang juri rancangan tersebut memakai siput ala-ala 'gary the snail' diatas kepala. macam harem.

bertambah meluat apabila mendengar sembangan-sembangan bangang dari pengacara dan juri mengenai istilah untuk membahasakan diri. aku, saya, gua, ana. sungguh tidak menghiburkan. perkara-perkara seperti itu tak perlu diselitkan dalam rancangan nyanyian seperti ini.

ditambah-tambah lagi meluat apabila komen juri lebih bersifat seperti lalang. tiada pendirian dan mudah terpengaruh dengan juri lain. sebagai seorang penyanyi yang profesional, tak sepatutnya dia mudah terpengaruh dengan juri lain. sikap berbelah-belah-belah bahagi seperti itu adalah menunjukkan mereka tidak layak untuk menjadi juri.

bagi aku, ada beberapa peserta yang tidak sepatutnya terpilih malam ini. walaupun aku tiada pengalaman dalam industri muzik ini, tapi para penonton seperti aku juga bijak memilih. satu-satunya peserta yang aku rasa memang layak adalah peserta terakhir tetapi salah seorang juri menyatakan suaranya bagus tapi terlalu 'common'.

come on lah. janganlah jadikan rancangan itu seperti suatu drama yang dirancang. juri pertama berbincang dengan juri kedua kemudian memberikan jawapan yang berlainan. sedangkan mereka yakin bahawa juri ketiga pasti memberikan jawapan positif kepada peserta itu kerana peserta itu memang layak berdasarkan kepada persembahannya.

aku cadangkan agar setiap keputusan juri tidak diketahui oleh juri-juri yang lain. barulah tiada rasa berbelah-belah-belah bahagi seperti malam ini. selain itu lalang juga dapat ditebas dengan sebaik-baiknya.


:: harap-harap mingu hadapan ayah aku tak mahu menonton rancangan ini. kerana kalau ayah aku mahu menontonnya, maka aku terpaksa menonton juga. juteru itu, aku bertambah meluat dengan rancangan itu. sekaligus akan menyebabkan aku akan mengkomen lagi minggu hadapan.

Friday, October 14, 2011

yakin?


"jika kita tidak dipercayai, tidak perlu berusaha untuk meyakinkanya. kita hanya perlu berlalu pergi dan pasti dia akan yakin dengan keadaan itu. kerana keyakinan hadir dari dalam diri bukan dari orang lain." - muzul

Thursday, October 13, 2011

menakutkan orang


suatu tengah malam yang sunyi:

aku klik satu blog dengan tajuk entry-nya 'TERJUMPA BENDA AJAIB DI GOOGLE SEARCH'. aku amat tertarik. penulis blog itu ada berkongsi satu ilmu yang menarik. disebabkan terlalu tertarik dengan entry itu, aku pun segera mengikut langkah-langkahnya. (anda dinasihatkan supaya tidak mencuba)

Langkah-langkah:
1. Pergi ke google search.
2. Taip perkataan : mov0001.swf
3. Klik search.
4. Klik link yang paling atas sekali dan lihatlah keajaiban di google.

secara tiba-tiba selepas semua langkah-langkah aku turuti, keluarlah satu imej hodoh seperti hantu (gambar diatas) menjelma di skrin komputer ditambah dengan bunyi jeritan yang amat kuat. sebab ini aku nasihatkan anda semua supaya tidak mencuba.

aku agak terkejut juga. kerana disuasana sunyi sepi malam itu dikejutkan dengan suatu imej sebegitu. segera aku menutup imej itu. aku terfikir, jika aku terkejut, mungkin orang lain juga menerima nasib yang sama. dalam hati aku amat menyumpah-nyumpah penulis blog itu. mungkin dia merasa seronok kerana dapat menakut-nakutkan orang lain. tetapi dia tidak sedar ada dikalangan orang yang terkena amat marah dah menyumpah seranahnya.

kepada mereka yang suka mengenakan orang lain dengan cara menakut-nakutkan ini, aku jumpa satu ilmu hendak dikongsi:

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)


:: fikir-fikirkan dan selamat beramal!
:: aku mula sedar yang mana menakut-nakutkan orang ini adalah sesuatu perkara yang amat keji.

Wednesday, October 12, 2011

bola sepak dahulu

masihkan anda ingat iklan bola sepak tajaan Dunhill suatu ketika dahulu?

aku masih ingat. ianya berbunyi " lontaran kedalam oleh Ramli. kepada Ali menggelecek, terjatuh pula Ali. Saiful cuba membantah. pengadil tegas dengan keputusannya. Chee Keong meluru pantas masuk kedalam kotak penalti. keadaan cemas dengan Raviden menanduk. bola sampai kepada Alfred rembatan daripada Alfred..dan goooolll...."

:: satu-satunya iklan yang aku hafal keseluruhan dialognya.
:: kembalikan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.

Monday, October 10, 2011

bola tak berkat


suatu ketika dizaman rambutku masih disikat oleh ibu.

sekumpulan kanak-kanak bermain bola. Saiful membawa bola hampir keluar kawasan permainan. zaman itu bermain bola dipadang sekangkang kera tanpa garisan pemisah kawasan permainan memang menyeronokkan.

" out..out..", jerit salah seorang pemain lawan.

" mana ada out. tak keluar lagi ni", balas Saiful menegakkan tindakkannya.

" out dah la", pemain lawan tegas dengan pendiriannya.

Saiful merelakan pihak lawan mendapat lontaran kedalam oleh Ramli. kepada Ali yang menggelecek, terjatuh pula Ali kerana tersadung kaki sendiri. bola kembali keluar dari kawasan permainan.

" itulah 'bola tak berkat'. kan dah out balik", tegur Saiful kerana masih tidak puas hati dengan keputusan tadi.

pihak lawan akur dengan keadaan.

anda faham apa itu bola tak berkat? pada zaman itu bola tak berkat merujuk kepada sesuatu keputusan yang samar-samar, tetapi disahkan dengan tanpa persetujuan kedua-dua belah pasukan. apabila permainan dimulakan semula, sesuatu keadaan dimana pihak yang tertindas mendapat kelebihan semula. itulah dinamakan bola tak berkat.



Friday, October 7, 2011

Jangan Menjadi Gelas, Apabila Anda Mampu Menjadi Danau

Seorang guru mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu nampak murung.

Kenapa kau selalu murung, nak?

Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini?

Ke mana perginya wajah bersyukurmu? sang guru bertanya.

Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, jawab si murid.

Sang guru terkekeh. ? Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.

Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu, kata sang guru. Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini menyeringai kerana meminum air masin.

Bagaimana rasanya? Tanya sang guru.

Masin, dan perutku jadi mual, jawab si murid dengan wajah yang masih menyeringai.

Sang guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan.

Sekarang kau ikut aku. Sang Guru membawa muridnya ke danau dekat tempat mereka. Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.?

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.

Sekarang, cuba kau minum air danau itu, kata sang guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, sang guru bertanya kepadanya, Bagaimana rasanya??

Segar, segar sekali, kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana . Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.

Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.

Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi??

Tidak sama sekali, kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sehingga puas.

Nak, kata sang guru setelah muridnya selesai minum. Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Tuhan, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.?

Si murid terdiam, mendengarkan.

Tapi Nak, rasa masin dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu itu jadi sebesar danau….

Dan selalulah dapat mempunyai hati yang selalu dapat mengucap syukur untuk segala perkara yang terjadi dalam hidup kita.




seribu laman maya hanya ada satu cerita


aku lihat laman sana 'berehat dengan aman'. aku lihat laman sana steve 'pekerjaan' meninggalkan dunia. aku lihat semua orang mati akal untuk menulis. semua orang hanya salin dan tampal coretan berita warta perdana. sungguh bosan hal itu. aku mahukan sesuatu kelainan. aku perlukan satu laman maya dengan seribu cerita menarik. bukan seribu laman maya memaparkan satu cerita sama yang sungguh memualkan.


TERIMA KASIH ALLAH

Monday, October 3, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa


"aku rasa nak join la vokal bukan sekadar rupa tu, jom pergi ujibakat", usul Karim setelah melihat sesi ujibakat di rancangan melaga-lagakan artis malaysia (melodi).

"kita tak layak masuk la. baru nak daftar mesti dah kena reject", balas Samsul dengan yakinnya.

"apehal lak. vokal aku mantap pitching memang tiptop!", Karim berusaha meyakinkan Samsul supaya Samsul setuju dengan pendapat beliau.

"memang lah vokal kita mantap, pitching kita tiptop. cuma masalahnya kita ni ada rupa. rancangan tu hanya untuk orang yang tiada rupa. kau faham?", Samsul dengan tegasnya bersuara.

"oh. ye tak ye juga", Karim mengangguk faham.


:: ada dua kemungkinan objetif utama rancangan ini. pertama untuk mencari penyanyi yang tiada rupa(hodoh atau tak kacak atau tak cun) atau mencari penyanyi yang memang tiada rupa (manusia pelik). kah kah kah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails