manggester

Friday, December 31, 2010

Ku tinggalkan dikau dengan kenangan, Ku datangi dikau dengan harapan




Hanya tinggal beberapa minit lagi kita akan melangkah ketahun 2011 yang bakal membawa cabaran baru serta harapan baru. Azam baru perlu disematkan sebagai penunjuk ke jalan yang lurus. Tapi kebiasaannya azam ini hanya sebagai omong-omongan diawal tahun. Kerana bila masuk bulan kedua nanti, semua akan lupa tentang azam itu.

Bagi aku, azam tahun lepas telah pun aku lupa. Langsung tak ada sedikit pun yang terlekat dibanakku ini. Tak tahu sama ada tercapai atau tidak. Tapi yang semestinya azam bagi semua setiap tahun adalah untuk lebih baik dari tahun lepas.

Azam aku pada tahun ini mungkin sama sahaja dengan azam orang lain. Azam yang secara puratanya adalah ingin berjaya di dunia dan di akhirat. Masalahnya adakah aku mampu menggalas azam ini sehingga tahun hadapan? Adakah ia mampu tercapai?

Hurm. Bagi korang, apa pula azam tahun ini? Walau apa pun azam korang aku berharap agar apa yang korang idamkan akan tercapai. Sama-sama kita berdoa kepadaNya disamping usaha tanpa kenal putus asa.



:: azam tahun baru hanyalah
soalan-soalan zaman sekolah

Thursday, December 30, 2010

Blogger Boy

bukan kisah drama blogger boy

setiap hari, bangunnya dari tidur pasti aku akan log in akaun google untuk mengemaskinikan blog.blog aku iaitu belog mangges. tidak ada perasaan bosan pun. walaupun kadang-kala menunggu orang komen entry, tapi tak ada juga. merenung ke dashboard, kalau ada entry-entry menarik dari blog-blog yang aku ikut pasti aku baca.

dulu-dulu aku sering menggelarkan kawanku sebagai blogger boy. kerana setiap hari blog itu menjadi seperti perkara wajib dalam dirinya. tapi kini aku juga layak digelar blogger boy. kerana tanpa belog mangges ini aku seperti hilang tempat untuk mengadu.

tidak seperti facebook. mengharapkan orang komen status. sedangkan orang bosan membaca status kita. kalau di blog, jika bosan orang tak akan buka blog kita. biarpun kosong kotak komen tetapi semangat tetap ada untuk mengarang.

aku tegaskan kembali aku semakin ketagih berbelog!





:: nuffnang dah boleh tebus
tapi cukup-cukup makan je
simpan saja dulu!

Tuesday, December 28, 2010

bunuh pembunuh


sedar dari lena lantas ke kamar mandi. semburan air paip membasahi tubuhku. dengan lekas menyarung busana ringkas. capai kunci tunggangan dan ku kaut dua naskah buku gtaran dan kebisingan milik pusat sumber. sudah lebih dua minggu rasanya buku itu bertapa di situ. baru ku ingat untuk menghantarnya kembali ke perpustakaan.

angin pagi menusuk daging hingga ketulang. tanpa penebat aku gagahkan diri melangkah ke banggunan yang kupikir pendingin hawanya bersuhu di bawah paras sifar. rumah tak ada pendingin hawa. sejuk sedikit sudah menggigil.

ringgit malaysia lapan dan sen lapan puluh. hutang naskah yang lewat dikembalikan. berlalu tanpa menghulurkan not-not kertas dan syiling. 'hutang dulu', celahku. mahu melangkah keluar tertahan dek pembunuh bersuara nyaring. bukan pontianak mahupun kuntilanak. jauh sekali drakula berwajah kacak. cuma model pembunuh terletak di atas meja. darah manusia menjadi hidangannya. nyawa manusia pertaruhannya.

aedes. gigitan maut! wajah ikon kanak-kanak, Pak Nil terpampang di poster Jom Ganyang Aedes. teringat kisah lapan hari di hospital gara-gara si penghisap darah ini. sejuknya badan ketika itu lebih daripada pendingin hawa bangunan ini. derita tak lalu makan serangan denggi.

pesanan Pak Nil sebagai ikon anti denggi:
  1. luangkan masa sekali seminggu dan laksanakan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes.
  2. sertai gotong-royong yang dijalankan dikawasan perumahan anda.
  3. masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas-bekas simpanan air.
  4. sekiranya ahli keluarga demam, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.

Kitaran hidup nyamuk aedes:
1 minggu / 7 hari

anda boleh memutuskan kitaran hidup nyamuk aedes
dengan menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik




pesanan paling penting : Sekiranya terdapat pembiakan nyamuk Aedes di dalam atau di luar rumah, anda boleh didenda sehingga RM50,000 mengikut akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (pindaan) 2000.




:: rumah aku banyak nyamuk
rasa nak buat operasi esok!

Monday, December 27, 2010

Tapak pembinaan lengang


Malaysia : Kebanyakan tapak pembinaan di negara ini dilaporkan lengang dan sunyi sejak pagi tadi. Belog mangges dilaporkan bahawa buruh-buruh binaan yang kebanyakannya berasal dari Indonesia melakukan mogok pada hari ini. Kontraktor-kontraktor dari pelbagai kelas terutamanya dari kelas A berasa amat runsing dengan keadaan ini.

Bingung. Kontraktor kelas A di tapak pembinaan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, hal ini berlaku kerana kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ditangan pasukan Malaysia. Dua jaringan Safie Sali dan satu jaringan Asaari Shamsudin. Penyokong-penyokong pasukan Indonesia begitu kecewa dengan keputusan ini yang mana sebelum ini mereka amat gembira meraikan kejayaan pasukan merekan menewaskan Malaysia di peringkat kumpulan.

Gembira. Pemain-pemain pasukan Malaysia.

Satu badan penyiasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat serta menyelesaikan masalah yang membelenggu pihak yang terlibat. Mogok yang berlaku akan lebih teruk jika pasukan Malaysia berjaya merangkul kejuaraan AFF Suzuki 2010 pada rabu ini. Badan penyiasatan ini perlu bertindak segera agar perkara ini tidak berlarutan.


Berita 'auta' ini dibawakan oleh Burnama!




:: Tahniah Harimau Malaya.
Jom tawan Jakarta pula.

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG !


dah lama rasanya tak join segmen anjuran blogger terkenal iaitu Ben Ashaari. kali ini nak join segmen terbaru iaitu 500 blogger. kenapa 500? sebab ben nak kumpul 500 blogger untuk buat acara mencari harta karun.

ok. caranya mudah saja. pertama kenalkan diri. kedua cerita tentang kenapa berblogging. dan ketiga linkkan entry ini kat sini. lepas tu tunggu aktiviti seterunya yang akan diumumkan oleh encik ben.

sesi memperkenalkan diri:

nama sebenar adalah zulfadhli. nama glamer pula mangges. mendapat gelaran ni sejak bersekolah di sekolah teknik johor bahru.

sesi kenapa berblogging:

terpengaruh dengan rakan sebaya. suka membuat cerita walaupun tak suka menaip. dan lain-lain rasanya sama dengan orang lain.

Ayuh Harimau Malaya!


mainkan lagu ini dulu untuk seru semangat!



tiada harapan lain yang aku dan seluruh rakyat Malaysia letakkan. hanya satu. AYUH HARIMAU MALAYA! gegak gempita-kan penyokongmu. tutupkan mulut pencemuhmu. gelora kuning hitam akan menenggelamkan tongkang-tongkang merah putih.

walaupun pada hakikatnya kejayaan yang kami mahukan, jika tidak berdaya jangan biarkan tongkang-tongkang itu dapat membina bahtera sehebat bahtera nabi nuh. jangan biarkan tongkang-tongkang itu berubah menjadi semewah kapal titanic.

Pastikan ngauman Harimau Malaya lebih kuat dari suara singa Aslan Narnia! biarkan Garuda terhempas !

Friday, December 24, 2010

jom gantung stokin!





ku bayangkan salji putih turun melitupi bumi. terasa mahu keluar bangunkan orang ais. cucuk ranting sebagai tangan. sumbat carrot sebagai hidung. letakkan topi ala-ala van helsing untuk nampak lebih kacak.

terasa sejuk tangan ini. seperti baru lepas menggumpal salji bermain perang-perang. baju tebal ini lembab rasanya selepas salji melekat di atasnya..

tersedar dari lamunan. aku berada di atas kerusi plastik keras bewarna hitam. memakai seluar katok dan berbaju tipis. suam-suam kuku mengalir ke tapak tangan. tiada gumpalan salji cuma ada angin sepoi-sepoi bahasa.

indahnya Malaysia. walaupun tiada turunnya salji tetapi masih ada sambutan untuk mereka. ucapan dariku 'Selamat Hari Natal'..



nak gantung stokin kat mana ni? pokok krismas tak ada. yang ada hanya ampaian diluar rumah. serombong asap juga tak ada untuk pakcik santa turun. jadi aku gantung stokin di luar rumah je la. pakcik santa, tolong masukkan hadiah aku ye..



:: jangan percaya cerita
karut pakcik santa ni
tahyul semuanya!

Thursday, December 23, 2010

Contest Cari Ayam


masa kecik-kecik dulu, kalau arwah nenek aku nak masak lauk ayam dia mesti tak akan lepaskan ayam yang nak kena sembelih tu dari reban..sebab kalau dah lepas dari reban, kompom susah nak cari balik..selalunya ayam ni akan balik reban dia time maghrib je..sebab dia takut kena sorok ngan hantu kopek cerita hantu mak limah..

tapi yang jadi masalahnya sekarang ni, si ayeem dah lepaskan ayam dia awal-awal..so, susah la nak cari balik ayam tu..sebab ayam dia ni tak reti nak balik time maghrib..mungkin ayam dia dah jumpa rumah banglo lain yang lebih selesa..sebab tu dia tak balik..

disebabkan si ayeem ni sangat sayangkan ayam dia,dia nak bagi upah kat blogger yang dapat cari ayam dia tu..ada 4 ekor semuanya..klu yang telah tersedia, ayam beliau menyorok kat belakang huruf-huruf ..

jadi Detektif Mangges mendapati bahawa ayam-ayam ayeem tersebut berada di:

kelabu : P
ungu : I
oren : C
hijau : L

ayam-ayam ayeem menghilang kerana memprotes ayeem yang tidak membayar royalti atas penggunaan nama mereka secara berleluasa serta mereka disuruh memegang papan tanda tanpa upah..

perhatian kepada eiysya tolong carikan ayam ayeem tersebut..kalau jumpa kita nak suruh ainzulaikha sembelih..kemudian elfiraRahim akan masak gulai kari ayam ayeem..

kepada korang yang nak tolong gak sila klik disini : ayeem



:: aku tag orang macam tu boleh tak?

Tiramisu ganti 1000 Kali Cinta



cuaca mendung diluar membuatkan aku ingin terus berbaring di atas tilam..tetapi aku bangun sekejap untuk menyelak buku yang selalu bermuka-muka di komputer..sambil merenung kembali ke tilam aku perasan ada lekuk dalam di atas tilam tersebut..aku sedar bahawa terasa berat pula badan ini walaupun sebelum ini memang sudah berat pun..

melirik kearah jam baru pukul 5.30 petang..lebih kurang 1 jam lagi untuk aku menonton episod akhir drama slot akasia : 1000 kali cinta..bukannya aku ni jiwang sangat sebab tengok cerita cintan-cintun ni..tapi setiap petang tak ada aktiviti lain yang aku suka buat disamping berbaring dihadapan telivisyen yang siarannya kadang kala seperti zaman 60-an saja..

drama 1000 kali cinta akan melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan drama lakonan pierre andre dan sharifah amani yang bertajuk tiramisu..aku cuba cari di youtube video drama tiramisu ni..tapi tak jumpa lak..yang ada kebanyakannya adalah resepi tiramisu..nampak sedap je..kemudian aku cari guna uncle google dan aku bertemu dengan blog ezany kun ..kat situ ada video drama tu..mohon izin tuan blog untuk meng-plagiat sedikit sinopsis dan mencilok video tersebut..


sinopsis

drama ini mengisahkan tentang persahabatan melur (amani) dan dani (pierre) yang sangat akrab..tetapi berpisah kerana dani mahu belajar di luar negara..mereka membuat perjanjian yang berbunyi jika pada usia 28 tahun mereka masih bujang lagi,maka mereka akan berkahwin..mereka selalu berhubung melalui email dan pada suautu masa mereka telah terputus hubungan..mungkin disebabkan mereka tak reti menggunakan facebook (ini adalah pandangan aku saja) sebab tu lah mereka terputus hubungan..

tiba-tiba mereka dipertemukan semula..dan mereka masih bujang..adakah masih wujud perasaan sayang dalam diri mereka? jadi saksikanlah drama tiramisu bermula pada 27 Disember 2010 jam 6.30petang..

video


Rujukan : Ezany Kun




:: drama yang agak cute!

Wednesday, December 22, 2010

Keputusan Pertandingan Debat DiRaja IPTA 2010



Pertandingan Debat DiRaja IPTA 2010 kategori Bahasa Melayu Utama telah menemukan 2 pasukan yang tidak pernah menjadi juara sebelum ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Dengan usul yang dibawakan oleh pasukan UiTM sebagai pihak kerajaan bertajuk "2020 : Malaysiaku Tak Akan Menangis". D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut mencemar duli bagi menyaksikan pertandingan akhir tersebut.

Selepas tamat sesi perdebatan dewan dengan sebulat suara telah menerima usul yang dibawa oleh pihak pencadang. Ini bermaksud pasukan UiTM telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut dengan mengetepikan saingan pasukan UTHM. Walaubagaimanapun Ketua Pembangkang dari UTHM telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Rangkuman Keputusan Pertandingan Debat DiRaja 2010:

Kategori Bahasa Melayu Utama

Johan : Universiti Teknologi Mara (UiTM)
N. Johan : Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Kategori Bahasa Inggeris Utama

Johan : Universiti Malaya (UM)
N.Johan : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kategori Bahasa Arab Utama

Johan : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
N.Johan : Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)


Tuesday, December 21, 2010

biar ku rawat luka ku sendiri

pasukan futsal campuran telah membuat sedikit latihan semalam bagi memastikan stamina boleh dikekalkan sementara cuti ini..pada kebiasaannya, bila waktu cuti sem perut-perut ahli pasukan akan meningkat beberapa inci kerana tiada pengawalan pemakanan yang di lakukan oleh setiap ahli pasukan..ini kerana masakan terbaik adalah masakan dari air tangan ibu..

akan tetapi sesi latihan semalam lebih kepada sesi memecahkan perut..kerana dengan beberapa aksi menarik yang ditunjukkan oleh striker baru iaini pokbo atau nama sebenarnya adalah Amri Yahyah..aksi silang kaki sambil tangan membuat gaya anak burung baru dapat sayap menjadi bualan setiap ahli pasukan..

topik tersebut langsung sahaja berterusan sehingga sesi rehat-merehat di kedai makmak sambil melihat siaran ulangan 'si dubuk liar' gagal menyudahkan penalti sewaktu menentang pasukan ayam biru yang semakin gah..

sehabisnya sesi rehat sambil memecahkan perut kerana jenaka-jenaka sialan ahli pasukan, aku segera menunggang kuda hitam tinggalan soleh untuk kembali kerumah..tungganganku meluncur laju di jalan raya kosong pada jam 1.30 pagi..

setibanya di suatu tempat yang agak keras tiba-tiba legguard aku seperti ditiup angin yang kencang..dengan serta merta tangan kiri ku menahan legguard tersebut..sambil tangan kanan terus memulas throttle dengan bergayanya..

mata turut menahan legguard tersebut kerana mahu menindihnya dengan kasut..tidak sampai beberapa saat aku terasa seperti ada kuasa magnet menarik motorku ke kiri jalan..sempat melihat motor menuju ke divider jalan aku cuba memegang handle kiri semula..sayang semuanya sudah terlambat ( lagu nyanyian shidee) ..tayar depan sudah pun menggapai divider tersebut..

maka dengan segala hormatnya aku pun menyembah tar yang ku katakan tempat keras sebentar tadi..dengan gaya gulingan maut aku berguling diatas tar tersebut..tangan kiri dan kanan mendapat gigitan cinta jalan raya..manakala dagu pula mendapat cubitan sayang yang amat manis..

bingkas aku bangun sambil cuba mengangkat motor yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan..terdengar bunyi bisikan angin yang keluar dari tayar hadapan..belum sempat motor tegak berdiri, ia pun menghembuskan nafas yang terakhir..

aku cuba hendak menghidupkannya kembali..hendakku buat rawatan kecemasan seperti CPR tetapi tiada pengalaman mencium motor..ku tunggu kawa-kawan ku yang masih berada dibelakang..setibanya mereka disitu, terus mereka melontarkan beberapa soalan yang sebenarnya aku malas nak menjawab..bisa didagu dan ditangan berdenyut-denyut rasanya..

mereka membantu aku untuk pulang kerumah..tupak menunggang motorku sambil ditunda oleh poknik..aku membonceng wak chem sehingga sampai di rumah..aku terus masuk kerumah dan cuba untuk mandi..tetapi apabila titisan air yang pertama menyentuh gigitan cinta itu,aku terasa hendak mengalirkan air mata..pedihnya tuhan saja yang tahu..

seusai aku mandi, aku terus tidur selepas menyapu sedikit minyak angin..cadangku untuk pergi ke Pusat Kesihatan Universiti esok..

tengah hari tadi selepas menyaksikan debat antara pasukan uThm utama dengan pasukan ukm (kot..aku dah lupa) aku terus ke PKU atas bantuan taufik..setelah berjumpa doktor aku dijemput untuk melakukan dressing..aku pun tak tau apa maksud istilah dressing tu..bila aku masuk ke bilik rawatan itu seorang nurse telah menyuruh aku berbaring diatas katil..

sambil menyiapkan perkakasan yang diperlukan nurse tersebut berbual-bual dengan ak tentang bagaimana boleh jatuh..aku pun cerita je la..kemudian dia menarik tangan kanan aku dan menekan-nekan gigitan cinta jalan raya tersebut dengan kapas yang dicicah dengan cecair apa ntah..perghhh..serius pedih siut!sekali lagi rasanya hendak menangis..tapi aku buat wajah kental dan cool didepan jururawat tersebut..

kata jururawat itu aku bernasib baik kerana luka tak dalam..tapi balas aku,walaupun tak dalam tapi tetap sakit nurse..haha..dan jururawat tersebut memesan kepada aku untuk menyapu ubat kuning selepas mandi dirumah nanti..

jadi malam ini selepas mandi aku cuba untuk menyapu ubat tersebut..huh..sekali lagi keperitannya masih terasa..dah la sapu sendiri..di bahagian-bahagian sukar tu memang aku toucj up sikit-sikit je..kalau ada jururawat kat rumah ni ok la juga..tapi apa kan daya..seperti tajuk yang telah aku berikan diatas : biar ku rawat luka ku sendiri..





:: baru kali ke-3 jatuh motor..
sungguh aku tidak suka!


Sunday, December 19, 2010

Hijaucantik Giveaway

join lagi! kali ini GA dari hijaucantik lak..ada masa terluang aku join je..kalau korang nak join boleh la klik link ini ( auni's journal )

selain tu aku nak tag juga : butterflyana | moon | norfa

Saturday, December 18, 2010

Debat DiRaja IPT 2010

Pada 17 hingga 22 Disember 2010 uThm telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan Debat DiRaja IPT 2010..3 kategori dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab..Setiap kategori di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu Senior dan Junior..

Dalam penganjuran ini, aku telah melibatkan diri sebagai 'runner' merangkap sebagai 'speaker dewan' bagi debat tersebut..kerjanya mudah..sebagai runner aku perlu mengambil berat tentang peserta-peserta yang diletakkan di bawah jagaan aku..manakala sebagai speaker dewan pula aku perlu menjadi juru acara dalam sesuatu debat..

Di sini aku sertakan sedikit suasana pertandingan yang baru masuk hari kedua..
tag aku sebagai urusetia

antara urusetia yang agak kacak(tapi yang snap gambar lebih kacak)

pembahagian tajuk pendebatan

penonton yang turut hadir

suasana debat (awek tu cun!)

Dalam aku mengikuti pertandingan ini dapat juga aku mencari pengalaman bagaimana kaedah serta cara-cara orang berdebat..bukan senang untuk bercakap dalam keadaan stress mempertahankan usul..dan bukan senang nak menjawab persoalan yang ditimbulkan..


:: kalau aku yang berdebat
kompom tergagap-gagap la..

GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh



yeah! join GA lagi..kan aku cakap minggu ni aku sangat rajin untuk menjoin contest serta apa-apa saja yang berbentuk contest atau GA..kali ini setelah di-tag oleh mat_din di dalam Give Away Terbang Jauh-Jauh anjuran blogger EDY..

GA ini mudah saja..korang perlu buat entry bertajuk macam kat atas tu..kemudian tag kawan-kawan ikut suka korang..yang penting mesti jadi pengikut blog edy ni..yang bestnya..hadiahnya banyak..ada 30 hadiah..boleh pilih kowt..hehehehe..kalau boleh la kan aku nak fridge magnet dari beijing tu..haha..

ok..aku nak tag secara rambang..mereka yang bertuah adalah : alynzs atie fyna

Friday, December 17, 2010

Tribute untuk Pak Cik Din Kuih (Taman Kuning Sari,Taiping)





semacam semalam aku masih mendengar sapaan mu
semacam semalam aku terbakar dek seruan semangat dari mu
semacam semalam aku membalas jenaka mu
semacam semalam aku mengukir senyum untuk mu
salam kedamaian untukmu di sana

kelmarin 10 Muharram 1432H aku mendapat pesanan ringkas dari ayahku yang menyatakan bahawa salah seorang daripada penduduk taman perumahan aku telah pergi menghadap Ilahi..Seseorang yang aku hanya kenali sebagai Pak Cik Din Kuih telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang..Pak Cik Din Kuih yang aku kenali 5 tahun lepas merupakan seorang yang paling rajin menyapa aku..walaupun dia kadang kala terkeliru antara aku dan abang aku kerana susuktubuh yang agak sama..tapi kini beliau telah tiada..

aku menggelarnya Pak Cik Din Kuih kerana beliau ada membuka gerai kecil menjual kuih dan nasi lemak setiap hari..di situ masih terdapatnya nasi lemak daun pisang berharga 50sen..da di situlah masih adanya pelbagai jenis kuih berharga 20sen seketul..jika aku melalui gerainya pasti ada teguran dan senyuman yang beliau lemparkan kepadaku..ramahnya..mesranya.. membuatkan aku senang dengannya..

'laju lagi bulat', jeritnya jika aku jogging di depan gerainya..membakar semangat untuk aku terus berlari untuk menghilangkan gelaran bulat tersebut..dan ketika aku berjalan pulang dari surau pasti ada sapaannya yang menjemput aku naik motor bersamanya..aku menolak pelawaannya kerana rumahku hanya beberapa tapak saja dari surau walaupun aku sedar bahawa dia hanya bergurau..

tapi kini, pasti tiada gurauannya..akan tiada sapaannya..tak kan ada sorakan semangat darinya..aku sedar setiap yang hidup pasti akan mati..setiap permulaan pasti ada pengakhirnya..

Al-fatihah

My Facebook Status History


dalam suatu perjalanan blog yang agak singkat, aku terserempak dengan blog yang bertajuk 'contengan cik bella'..aku belek-belek la contengan beliau tersebut..dan sesuatu yang menarik minat aku adalah entry beliau yang ini > Your first status at facebook

apa yang menarik di sini adalah dia ada berkongsi satu application kat facebook tentang status-status yang pernah kita post di wall kita..aku pun try la..dan status pertama aku di facebook adalah : nk g cari kelapa lagih petang nih.. jom dak2 taman K..(Thu, 30 Jul 2009 05:29:04 GMT) siap dengan tarikh dan jam lagi..

gambar ihsan dari eddy housemate ku

status ni aku post time aku dan beberapa orang kawan aku buat bisnes jual jelly kelapa..ala..yang macam dadih tu..tapi warna jernih macam agar-agar laici..dan dalam jelly tu ada isi kelapa..pergh..memang sedap mende alah tu..tambah-tambah bila letak dalam peti ais..setiap petag kitorang akan pergi cari kelapa muda untuk membuat jelly ni..akhirnya kitorang dapat supplier dari satu pejabat apa ntah..sekeliling pejabat tu banyak pokok kelapa..jadi kitorang beli dari bos pejabat tu la..

jelly kelapa dan beberapa ramuannya

kitorang buat sendiri tu..simpan dalam box ais..dan esoknya pergi letak kat bus stand..tak ada orang jaga pun..harapkan kejujuran orang yang membeli untuk bayar..harganya rm1 je..laku juga..ada la dalam rm 2/3 shot sehari..tapi ok lah..balik modal..

tapi kitorang berniaga seminggu je..sebab masing-masing malas nak teruskan..sebab banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan..akhirnya aku tengok ada juga orang lain meniaga jelly kelapa itu di bus stand tersebut..tak pe la..rezeki orang rajin..

ok..berbalik kepada status facebook tu..kalau korang nak tengok kembali status korang zaman dulu-dulu punya boleh check kat sini..> klik




:: time tu dapat untuk sebanyak rm300
300 / 9 ahli lembaga pengarah = rm30++
ok la berniaga selama seminggu je..

Thursday, December 16, 2010

Kontest Blog Terkemas


Yeah! Hari ini aku nak join contest lagi..Sekarang ni aku rajin join contest-contest ni sebab sempat untuk berblogwalking buat entry contest tersebut..

Maka dengan ini saya mengumumkan untuk menyertai 'Kontest Blog Terkemas' anjuran 'Me and My Blog'..Caranya mudah saja iaitu..Follow blog tersebut..Buat entry berkaitan dan hantar link di blognya..Semudah ABC..Dan satu lagi perlu tag 3 orang..mereka yang terpilih adalah :

ok..yang di tag tu harap-harap dapat join la..mengimarahkan contest katakan..ahahaha..

aku, wang, keluarga dan sahabat


perut mula merasa lapar..ajak kawan pergi makan tapi semuanya tak nak..mereka kata dah makan dah..jadi aku mengambil keputusan untuk pergi makan seorang diri..pusing-pusing dan berhenti di kedai makan yang berdekatan dengan laut..indah sungguh pemandangan disitu..angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipiku..

aku labuhkan punggungku diatas kerusi sambil menunggu pelayan datang..tiba-tiba terasa nak check duit dalam wallet..dan apabila menyelak wallet nike bewarna merah hitam milikku itu, hanya ada rm2 dan di poket ada 50sen..ini bermakna ada rm2.50..erk..nak order apa ni?makan tengah hari di restoren tepi laut yang agak exclusive ini mesti lah sekurang-kurangnya mencecah rm3/4..itu pun nasib-nasib la..

jadi aku mengambil keputusan untuk order sesuatu yang aku anggap murah..tapi aku tak pasti apa yang aku order..dalam fikiran sedang memikirkan mana nak dapat duit ni..nak cucuk kad bank kat dinding pun rasanya tiada helaian wang kertas yang akan menjulur keluar dari dinding itu.."haish..apalah nasibku hari ini",ngomelku dalam hati..

lalu aku ternampak seorang kawan yang aku rasa boleh menyelamatkan aku..u-cent..entah dari mana datangnya pun aku tak tahu..belum sempat aku memanggilnya tiba-tiba dia hilang..dan tak semena-mena dia ada disebelahku..heh..ada 'can' nak tambah order ni..order makanan berat sikit..minta tolong dia bayarkan dulu..lalu aku pun menambah order setelah u-cent membuat pesanan pada pelayan tersebut..

tengah makan tiba-tiba u-cent hilang lagi.."mana pulak perginya budak ni?",kesah ku di dalam hati.."sapa lak nak bayar semua ni? mampos aku",sekali aku mengeluh kesah..tiba-tiba aku mendengar bunyi seakan-akan syiling jatuh..ini menandakan ada pesanan ringkas di henpon k810i aku..capai henpon itu dan membuka kekuncinya..

setelah aku membuka pesanan ringkas tersebut..dan...isi pesanan ringkas ini bersambung sedikit di sini sikit..

dan setelah selesai membaca pesanan ringkas itu baru aku sedar bahawa aku sedang dibuai MIMPI rupanya..mimpi tentang wang..baru ku sedar bagaimana rasanya jika wang tiada disisi..bagaimana perasaan orang yang tidak ber-wang..pentingnya wang dalam hidup..

aku bangun dari tilam lantas menghidupkan komputer peribadi milik solleh di depanku..log in fesbuk dan melihat 2 notifications dan 1 message..aku buka mesej dulu..dan sesuatu yang menggembirakan hati ku ada disitu..datangnya dari angah yang amat aku sayangi..gambar di bawah menerangkan segalanya..


tapi aku masih tertanya-tanya..kedai mana yang aku berhenti makan tu? apa makanan yang aku pesan dalam mimpi itu?semuanya seperti menonton movie yang di-foward-foward..tiba-tiba kat sini..tiba-tiba kat sana..

serta dari mana datang dan perginya u-cent dalam mimpiku itu..belum sempat aku menge'pau' duitnya langsung hilang entah kemana..dan pengajaran yang aku terima hari ini adalah jangan terlalu mengharap pada orang lain selain keluarga kita..keluarga adalah utama!

walaupun ini sekadar mimpi!



:: mimpi ini kadang-kala
membawa sesuatu petunjuk!

Wednesday, December 15, 2010

good lads!



titisan air hujan malam ini seperti tidak diendahkan oleh penyokong-penyokong pasukan bola sepak Malaysia di Parit Raja untuk turun ke kedai makmak bagi memberi sokongan kepada pejuang-pejuang negara .Dan ianya berbaloi apabila pasukan negara kita berjaya menewaskan pasukan Vietnam di Bukit Jalil..

2 gol jaringan Mohd Safee Sali pada babak kedua memadamkan sisa perjuangan pasukan Vietnam pada malam ini..Di awal babak Safee Sali seperti tenggelam di lautan pertahanan Vietnam berdasarkan kepada berat badan yang agak terlebih..tetapi sebaik sepak mula separuh masa kedua pasukan Malaysia cuba memperbaiki jentera serangan..pada minit ke 60 dia berjaya mengatasi masalah berat badannya dengan melonjak sambil menanduk bola ke arah gawang Vietnam..Bola itu gagal di tangkap kemas oleh penjaga gol Vietnam dan menerjah jaring..

Selang 20 minit kemudian dia sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring gol selepas tanpanan tidak kemas penjaga gol Vietnam dapat disudahi olehnya..Sorakan gegak gempita hampir 30 orang di kedai makmak itu menenggelamkan bunyi deras hujan di luar..

Perlawanan timbal balik di Vietnam nanti akan berlangsung pada 18 Disember 2010..Semoga pasukan Malaysia akan berjaya melayakan diri ke peringkat akhir dan menjulang piala berprestig itu..

Akhir kata, quote terbaik untuk pasukan Malaysia pada malam ini adalah "Good Lads" yang diambil dari kata-kata Brian Clough semasa zaman kegemilangannya dulu!




:: corak penulisan ala-ala
berita sukan di surat khabar!

Selit-selit!


kling ting..ting..ting..bunyi ringtone mesej k810i aku..bunyi seakan-akan bunyi duit syiling jatuh itu mengejutkan tidurku..pesanan ringkas dari itu datangnya dari ketua ajk debat diraja..katanya ada perjumpaan dekat bangunan G3..aku yakin perjumpaan itu untuk mengankat barang-barang yang sepatutnya kerja unit teknikal..

ras malas menyelubungi..tapi secara tiba-tiba bunyi duit syiling berbunyi lagi..datangnya dari farid atau nama panggilannya 'chem'..katanya dia dah tunggu at G3..dengan rasa serba salah aku balas sat lagi aku sampai..kesian lak kat chem g tolong sengsorang..

keadaan sesak di parit raja

aku delay-delay sampai dekat kul 12 tengah hari..naik motor bersama mat_din aku menuju ke uThm..setibanya di simpang keluar parit haji rasipan aku tengok jalan besar parit raja bersesak-sesak dengan kenderaan.."ada road block ke?",fikirku..terus keluar untuk melihat apa yang terjadi..rupa-rupanya ada eksiden..teruk gak..sebuah motorsikal terselit dibawah lori ..sadis betul kalau tengok keadaan motor tu..

aku berhenti berdekatan dengan seorang budak ditepi jalan tu..aku tanya keadaan penunggang motor tu..katanya ,orang lain kat situ kata yang penunggang motor itu tak de pape..tapi dah dibawa pergi oleh ambulan untuk rawatan ringan kowt..lalu aku teruskan perjalanan dengan mencilok kenderaan dengan aksi seorang mat rempit kelas atasan..

besarkan gambar untuk melihat motor tersebut

sesampainya aku di bangunan G3 aku melihat keadaan tenang sekali..seorang pun tak ada kecuali seorang pensyarah aku yang sedang makan tengahhari di kafe G3..sambil mengangkan tangan kepada pensyarah tersebut aku menelipon chem untuk kepastian..dengan rasa tak bersalah chem menjawab panggilan dengan ucapan "aku dah balik dah..ada kat rumah ko ni",..ceh..dah balik rupanya..penat je aku datang..

jadi aku pulang kerumah dengan rasa suka hatinya kerana tak payah tolong diorang angkat barang..di jalan besar keadaan masih sesak..tetapi lori dan motor tersebut telah pun dialihkan..dan aku sekali lagi menbuat aksi cilok-mencilok kali ini dengan gaya farid kamil dalam filem V3..




:: hari ini besday kak yong ku..
selamat hari besday kak yong..
semoga dimurahkan rezeki..
dan mendapat rahmat ariNYA..

Tuesday, December 14, 2010

ummu hani!



play lagu cinta matiku dari 6ixth sense ni dulu baru baca cerita selanjutnya!





tadi aku menonton drama melayu kat tv3..cerita HANI..sambil menguyah helaian-helaian megi ayam yang dicampur dengan kobis dan telur..minggu lepas aku tengok gak..tapi tengok sekejap-sekejap sebab aku ada final exam..tapi minggu ni aku tak lepaskan peluang untuk menonton drama yang agak best itu..

sinopsis ceritanya sikit-sikit macam ni la..hani merupakan seorang pelajar yang aktif disekolah..dan dia menaruh perasaan pada seorang pelajar baru yang bernama irfan..tapi irfan ni seorang yang pendiam kerana masalah bersama bapanya..ini kerana irfan marah kepada bapanya yang tidak dapat menyelamatkan abangnya yang mengidap leukimia..

setelah hani berjaya mendekati irfan,dia disahkan meenghidap barah otak sebelum peperiksaan spm..lebih menyedihkan lagi apabila hani akan menjadi buta tidak lama lagi..selepas itu irfan amat mengambil berat tehadap hani..tetapi bapa irfan amat bimbangkan tentang pelajaran irfan dan menyuruh aliah untuk meng-usha irfan supaya irfan melupakan hani..

dan selepas keputusan spm diumumkan, irfan dan aliah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mereka berkahwin..bagaimana dengan perasaan hani apabila mendapat tahu irfan dan rakan baiknya aliah sudah berkahwin? jom tonton drama ini sehingga episod ke-13 nanti..


daripada sinopsis ini aku mendapati ada sedikit persamaan dengan drama one liter of tears..dimana dalam drama itu seorang pelajar perempuan (ikuechi aya) yang aktif mendapat penyakit yang boleh menghilangkan segala keupayaan beliau..dan pada masa yang sama ada seorang budak lelaki (haruto aso) yang begitu mengambil berat tentangnya..tapi endingnya aku tak pasti sama atau tidak sebab drama hani ni tak habis lagi..



:: menitis air mata tonton 1 liter of tears..
sedih betul-betul tak bohong!

belog mangges dengan header baru!



yeah! pada hari ini belog mangges telah berubah lagi..header belog mangges kali ini telah di-design oleh qhairul anuar dari qhairul studio..qhairul ni adalah housemate aku..dengan jasa baik beliau maka terlahirlah header baru yang agak menggiurkan ini..

buah mangges itu melambangkan belog ini yang memang diberi nama mangges kerana tuan belog nya bergelaran mangges..dan seorang yang seakan-akan membuat posing tough tu adalah melambangkan mangges berkuasa keatas belog ini..

erm..berbalik kepada pen-design header belog mangges tu..dia adalah seorang yang boleh tahan dalam bidang menggodeh-godeh software-software design ni..( subjek design kalau grup ngan dia paling senang..sebab dia sorang pon boleh buat.. ) jadi dengan kepakaran beliau aku telah membuat permohonan dari beliau supaya membuat header ni..

jadi, kepada sesiapa yang berminat sila lah usha-usha qhairul studio..





:: header baru tapi idea entry baru belum muncul!

Monday, December 13, 2010

Toilet habis!



dubuk liar nombor 11

hari isnin kali ini di mulakan dengan perasaan yang agak mendukacitakan kerana pasukan kesayangan aku seri sekali lagi..ini semua salah 'dubuk liar nombor 11' yang gagal menyempurnakan sepakan penalti..haish..

tadi aku tengok bola kat kedai makmak azhar taman U parit raja..sambil tengok bola teringat lak kisah 2 hari lepas di kedai makmak kat carrefour batu pahat..hari tu kan aku ada cerita pasal aku lepak kedai makmak sebelum tengok muvi hantu kak limah balik rumah..cerita ni berkait la..malam tu cuaca agak sejuk kerana dari siang awan mendung meliputi langit batu pahat..dan sedikit titisan hujan merenjis kebumi..jadi bila suasana sejuk mulalah air dalam badan ni terkumpul dalam pundi kencing..masa aku ngah sedap melayan kapten jack sparrow tetiba rasa nak terkucil sesangat..

lalu aku pun bergegas masuk kedalam kedai makmak itu untuk mencari toilet..toleh kekiri..toleh kekanan tapi tak jumpa toilet lak..lalu aku bertanya kepada seorang makmak yang berkerja sebagai pengelap meja kedai tersebut.." toilet kat mana eh?",soal aku..dengan wajah dengan penuh yakin dan konfidennye makmak tu menjawab "toilet HABES!"..erk!!aku membuat muka sedikit pelik dan menyengetkan sedikit mulut..tanpa sempat aku berfikir panjang tiba-tiba ada seorang lagi makmak menyampuk orang tua-tua berbual..katanya "toilet tade bang", yang menbahasakan aku seperti abang ipar telah mengahwini kakaknya..lalu dengan pantas aku membalas 'ok'..lalu beredar..

rasa nak terkucil tadi bertambah teruk dengan lawak selamba makmak tu..cecair najis tu seperti berada dihujung-hujung je..satu-satunya toilet yang paling hampir adalah toilet pawagam yang terletak ditingkat 4 square one bp tu..huh..aku tanamkan tekad untuk melepaskan hajat aku dengan mendaki banggunan ini melalui tangga..kerana square one juga dah tutup..pintu yang buka hanya untuk ke pawagam saja..aku membayangkan seperti seorang pembawa jalur gemilang mendaki gunung everest..akhirnya aku berjaya melepaskan hajat aku dipuncak tersebut..fuhh..lega..kalau tak abes basah seluar aku macam budak-budak kecil ngompol semasa tidur..

ngompol?

tapi aku memang tak boleh blah la dengan jawapan makmak tadi..ada ke katanya toilet habes..dia ingat toilet tu makanan kot..haha..








::ada lagi cerita dikedai makmak..
nanti la aku cerita..haha..

Sunday, December 12, 2010

Free Domain by BroFramestone.com


kali ini aku di'tag' oleh mat din untuk contest best ni..dapat free domain kalau menang..aku pun tak berapa reti domain-domain ni..kalau menang baru la aku tanya pada yang pakar..tu pun kalau menang la..kahkahkah..

kalau korang nak join,korang boleh tengok kat sini > http://www.broframestone.com/2010/11/contest-free-domain-dari-broframestone/
sebelum 12 December 2010 selewat-lewatnya 11.59 tengah malam

jumlah yang mangges teka RM515.30

Mangges nak tag:






:: siap keluarkan kalkulator nak kira duit tu!

Saturday, December 11, 2010

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI




assalamualaikum..aku hari ni terjalan-jalan ke blog-blog orang..dan secara tiba-tiba aku terbaca satu blog yang menganjurkan satu contest yang agak menarik..iaitu feel free to fly..ia dianjurkan oleh blog feel free to fly gak..

contest ni meminta peserta untuk membuat satu entry tentang gambar korang yang sedang melompat..kan trend sekarang memang suka gambar melompat..termasuk lah aku..jadi kat sini aku pon mem'paste'kan gambar lompat aku tu..letak caption best kat bawah gambar tu sekali!

Daniel terbangkan aku!


hadiahnya yang paling penting..iaitu:

1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00

huh..memang best pon hadiahnya..biasanya aku beli perfume dewberry ngan apple bodyshop yang tiruan je..kalau menang contest ni,boleh la merasa pakai yang ori..ahaks!

ok..contest ni memerlukan aku untuk men'tag' at least 3 kawan-kawan blogger lain untuk join sekali..jadi aku nak tag lebih dari 3 :


harap-harap korang join..sebab kalau korang menang,kita share2 ye!





:: sebenarnya banyak lagi gambar lompat..
tapi owner contest bagi letak satu je..
nanti aku buat entry lain pasal gambar lompat saja!

rumah 'kak limah' ramai orang!



huh..ramai betul orang kat rumah kak limah tadi..tunggu 2 jam baru tiba turn aku untuk masuk rumah dia..sementara tunggu nak masuk rumah kak limah tadi, sempat gak layan pirate of caribbean kat hamid corner carrefour batu pahat..

sebenarnya memang dah lama aku teringin betul nak pergi rumah kak limah tu..tengok trailernye kat youtube memang macam best je rumah tu..maka dengan kesepakatan aku dan beberapa orang ahli rumah bersiap sedia untuk kerumah kak limah malam ini..sejurus selepas isyak kami terus mengisi perut dahulu..takut-takut rumah kak limah tu tak sediakan makanan lak..

cadangnye nak masuk rumah tu pada jam 10.45 malam...tapi disebabkan oleh keramaian sangat orang kat rumah tu,terpaksa lah aku menanti selama 2 jam diluar..tepat pada jam 12.45 pagi,kami seramai tujuh orang serta beberapa lagi rombongan lain berbondong-bondong memasuki rumah tersebut..

dan disaat aksi kak limah bermula, maka bermula lah gelak ketawa kami di dalam rumah tersebut..tak kering gusi kami dengan lawak-lawak seram oleh kak limah serta penduduk kampungnya..BUSIT! aku sakit perut gelak bila ada ayat-ayat sengal yang dikeluarkan oleh husin sebagai watak utama..

errr..korang faham ke apa yang aku cerita ni? sebenarnya aku nak cerita kat korang pasal movie terbaru lakonan penduduk kampong pisang iaitu 'hantu kak limah balik rumah'..serius best cerita ni..walaupun jalan cerita yang agak kelam-kelibut tetapi lawak-lawak tak masuk akal tu dapat meng'cover'kannya..

bagi aku, movie ini layak diberi rating 3.8/5 berdasarkan kepada keriuhan pengunjung-pengunjung rumah kak limah tu..memang gamat satu panggung dari awal hingga habis..kalau korang ada masa terluang pergi lah tengok filem ni..


sebelum berpisah dengarkan lagu cinta kristal (nyanyian asal rahim maarof) yang dinyanyi semula oleh awie di dalam filem ini..MEMANCOR!






:: teringat 'zomba' kampung pisang!
lawak yang penuh nasihat dan teguran!

Friday, December 10, 2010

Count On Me


lagu untuk kawan-kawan semua!




If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooh, Wooooh
yeah Yeah

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song
beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will
remind you

Ohh
Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
You'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooh, Wooooh
Yeah Yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go
Never say goodbye

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
You'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooh, Wooooh
you can count on me cos' I can count on you

Thursday, December 9, 2010

lunturnya ego sang mentari..

dipagi subuh hanya tinggal sisa aku menyelak selimut hadiah ibuku..sewaktu mentari masih lagi berselindung dibalik gunung-bukit di parit raja ini aku telah pun menghirup segelas kopi susu air batu beserta roti tampalan telur..ketika itu matahari masih segan dan hanya menjulurkan lidahnya yang bercabang..

sehabis cebisan terakhir roti bertampal telur itu, titisan air secara tiba-tiba menyentuh bumi..matahari semakin malu-malu untuk menonjolkan dirinya yang gah itu..kepulan-kepulan awan hitam mula menguasai langit biru..merampas kuasa mentari dipagi hari..

mentari seakan-akan hilang taringnya ketika jarum panjang dan pendek bergabung di angka 12..awan gelap semakin menunjukkan egonya menghalang cahaya mentari menjilat bumi..

sehingga kini ,sewaktu matahari sepatutnya perlu kembali menyorok dibalik bukit awan-awan jahat masih seperti tidak mahu berganjak dari dada langit..

apakah khabar rembulan malam ini?adakah menerima nasib yang sama dengan sang mentari..pungguk akan merinduimu wahai bulan..




:: mengharap senyuman mentari esok!

rasa tak boleh tido malam ni? sediakan buah pala di tepi katil..




selalu aku tengok kat fesbuk ramai yang dok post status tak boleh tido malam-malam..jadi sebagai penyelesaian korang sediakanlah buah pala disebelah katil sebelum tidur..ini kerana menurut National Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant yang aku baca dalam kosmo ada menyatakan bahawa..buah pala dapat mengatasi masalah sukar tidur atau bahasa saintifiknya adalah insomnia!

buah pala (ihsan google)




:: kalau ada buah sebelah katil
lagi la tak boleh tidur..akakaka..

Tuesday, December 7, 2010

Kota Bharu adalah tanah jajahan Perak!


betul kah Kota Bharu terletak di Kelantan?
jika ia benar..apa pula yang berlaku disini?



haha..menurut feedjit yang terletak
di bahagian tepi belog mangges ini,
kota bharu terletak dinegeri perak..



:: dimana sebenarnya kota bharu?
kah kah kah..

air masuk telinga!

pada suatu hari..mangges, eddy, wan, esan, rizal, mat, ikram, topek dan nuar telah merancang untuk pergi berkelah..mereka telah memutuskan untuk pergi ke air terjun bekok berdekatan dengan segamat..selepas makan tengah hari ala-ala bersarapan di kedai mak jah..mereka semua bertolak kesana dengan menaiki 2 buah kenderaan..




semasa mengisi minyak di shell yang ketika itu telahpun menaikkan harga minyak mengikut penyelarasan harga minyak yang diselaraskan oleh 'tok ajib', wan telah pun membantu seorang makcik skuter untuk mengepam tayar skuternya yang agak kempis..dengan rasa penuh tanggungjawab dan tawadu'nya wan membantu makcik tersebut dengan harapan dapat meng'usha' anak makcik tersebut (duduk di seat belakang)




perjalanan mengambil masa hampir 2jam..sesampainya mereka di sana,mereka terus menyalin pakaian mandi untuk membuat terjunan tiruk..akan tetapi ianya tidak berhasil kerana air sungai itu tidak mampu menenggelamkan perut 'buncit' eddy..akhirnya mereka semua hanya mampu membuat gaya ala-ala terjunan setinggi tin sardin..



sebelum puas bermandi-manda mereka berasa amat lapar..lalu mereka mengeluarkan keropok corntos yang dibeli di-shell tadi..dengan rasa yang amat gelojohnya keropok itu telah habis dimakan tanpa meninggalkan serdak sedikit pun..



setelah agak bosan berenang gaya buaya tembaga 'bujang senang', mereka mula lah membuat gaya-gaya sengal untuk dimuatkan didalam muka buku sebagai tatapan dimasa hadapan..gaya lemas di atas telah dilakonkan dengan penuh keinsafan oleh mangges dan ikram..dan tangan yang agak kasar walaupun bukan tangan seorang penyawit tersohor tersebut adalah tangan esan..


tanpa pengetahuan mereka, keseronokan mereka bermandi-manda rupa-rupanya telah mengganggu seorang pendeta yang sedang bertapa disitu (lihat gambar sebelum gambar kaki)..ini telahpun menimbulkan kemarahan pendeta tersebut dan juga penjaga sungai itu..sebagai balasannya, mangges telahpun menerima padah..3 garis seakan-akan line adidas telah pun terlukis dikakinya..padan dengan muka mangges!

pada jam 4 petang mereka telahpun berangkat pulang kerumah sewa masing-masing..walaupun mereka berasa penat tetapi mereka cukup gembira dengan kenangan ini..



err..tajuk diatas langsung tidak diceritakan didalam karangan ini..jadi mangges hendak bertanya kepada anda semua bagaimana hendak mengeluarkan air yang masuk kedalam telinga..walaupun air yang dalam telinga mangges ini telah pun keluar dengan sendirinya..akan tetapi ia mengambil masa yang agak lama untu air tersebut mencari jalan keluar kedunia yang luas terbentang..siapa-siapa yang tahu sila lah bagitahu ye!




:: berehat seketika ketika
final exam masih berjalan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails