manggester

Friday, September 30, 2011

murtabak mee segera masterchef penganggur


ditengah keterikan matahari aku keluar. tujuan utama adalah untuk menghantar resume kebeberapa buah kilang disekitar subang jaya. setibanya aku disebuah kilang pemprosesan besi aku berhenti. 'jaga' warga indonesia sedia menunggu dipintu pagar. 'selamat petang', aku menegurnya. aku keluarkan sampul surat berisi resume dan serahkan kepadanya. 'mau diapaan ini?' , soalnya tanpa sempat aku berkata. 'tolong pass pada human resources department', balas aku. 'abang hanter sendiri di opisnya. sana tu', arahnya sambil menunjukkan arah pejabat. 'ok', jawapku ringkas.

seorang gadis penyambut tetamu yang manis senyumnya berada dimeja penyambut tetamu. aku berikan sampul surat tadi kepadanya selepas bertegur sapa. 'resume ke?', soalnya. 'aah', jawabku sambil mengangguk. 'ok, nanti saya pass pada HR', jelas penyambut tetamu itu. 'ok terima kasih', balasku. inilah kerja sementara aku setelah menjadikan diri ini sebagai salah seorang penganggur di Malaysia ini.

pulang kerumah masih terasa bahang mentari. perut juga terasa bahangnya. aku capai sebungkus mee segera. dua biji telur dan meracik-racik bawang merah serta bawang putih. aku tambah beberapa tangkai cili padi kerana tanpa kepedasan, tiada kepuasan. aku celur mee segera terlebih dahulu. dan kemudian mencampurkanya bersama-sama telur serta perencahnya. kuali telahpun dipanaskan bersama-sama dengan minyak. tuang mee segera tadi bersama telur. 'murtabak mee segera' telah pun siap. aku rasa aku sesuai untuk menjadi seorang chef berbanding mencari kerja sebagai seorang pekerja teknikal. juga tidak salah untuk aku menyertai masterchef yang amat popular ditelevisyen sekarang ini.



:: giat mencari kerja

Bruno Mars – It Will Rain







Twilight Saga Breaking Dawn Part 1




:: filem kesinambungan yang dinanti.

hari penghulu


hari jumaat. seperti biasa perkara sunat yang dilakukan adalah memotong kuku. dan mandi sunat jumaat. dan yang paling penting pergi masjid untuk mendengar khutbah jumaat dengan teliti dan penuh tawaduk. kemudian solat jumaat kerana Allah taala.

aku sedang potong kuku. hampir empat jari tanganku sudah selesai. tiba-tiba lengan kanan tersentuh tetikus komputer. dan secara tiba-tiba update news feed facebook berubah. 'ah. sudah! salah la pulak!', getus hatiku. tidak mengapa. untuk kaki nanti aku ikut sunnah.




:: semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Illahi.


TERIMA KASIH ALLAH

puisi murni~


satu dua seribu aku memburu
menunggu-nunggu aku kaku
dan.. dan.. dan..

[terhenti menaip selama beberapa minit]

lega...


idea mula hilang selepas aku ke kamar renungan. 'bangkai' baru rasa hendak berpuisi dimalam hari. inilah padahnya makan malam di murni. mee raja chicken chop, masih aku terasa!




:: aku tidak dapat menghabiskan puisi itu kerana mata tidak mampu melawan penangan mee raja chicken chop. terima kasih Farid Suradi kerana mengeluarkan secebis gaji anda untuk rakan-rakan. TERIMA KASIH ALLAH~

sumber gambar dari: sit bao mang dan food spoting

Thursday, September 29, 2011

Maher Zain - For The Rest Of My Life | Official Music Video




:: panas lagi. baru keluar kelmarin~

Wednesday, September 28, 2011

Theyab Awana bersemadi dengan gemilang



masihkah anda ingat perihal seorang pemain bola sepak pasukan UAE yang mengambil sepakan penalti dengan gaya 'back-heel'? Theyab Awana, telah pun meninggal dunia akibat kemalangan ketika baru pulang dari latihan kelmarin.

semasa majlis pengkebumian beliau, ribuan peminat, sahabat serta ahli keluarga hadir untuk memberi penghormatan terakhir. ramai yang hadir, menunggu hampir satu jam sambil berlutut ditanah dan menadah tangan berdoa untuk beliau.

peminat diseluruh dunia memberikan tribute kepadanya di video youtube dibawah. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNYA.


Friday, September 23, 2011

Misi Nabi Isa di akhir zaman





Masih ramai umat Islam yang tidak tahu bahawa salah satu ajaran Islam ialah meyakini bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam menjelang datangnya Hari Kiamat di akhir zaman. Malah ada yang mengingkarinya dengan alasan bahawa ini merupakan ajaran kaum Nasrani yang telah disusupkan ke dalam ajaran Islam.

Padahal terdapat cukup banyak hadis sahih dari Nabi Muhammad saw yang membenarkan bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam. Apa yang akan beliau lakukan ketika beliau kembali ke dunia turun dari langit? Apakah misi beliau kelak di akhir zaman nanti?

Suatu perkara yang pasti, kedatangan kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam kelak bukanlah untuk membawa ajaran baru, apalagi membenarkan ajaran Nasrani alias Kristian. Justeru kehadiran beliau kelak adalah untuk membenarkan dan mengukuhkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu ajaran dienullah Al-Islam.

Nabi Isa ‘alaihis-salam malah akan mengajak kaum Yahudi dan Nasrani (baca: Ahli Kitab) untuk masuk Islam. Dan ajakan beliau ini akan menjadi KESEMPATAN TERAKHIR bagi Ahli Kitab untuk bertaubat.

Bila mereka menyambut baik ajakan beliau, maka mereka bakal diperlakukan sebagai saudara seiman Nabi Isa ‘alaihis-salam dan segenap kaum muslimin. Namun bila mereka menolak, maka Isa ‘alaihis-salam berhak untuk membunuh mereka.

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada Nabi antara aku dan dia -maksudnya Isa-. Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang laki-laki yang sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah keputih-putihan, mengenakan kain berwarna kekuningan. Seakan rambut kepala berair walaupun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin menshalatinya.” (ABUDAUD – 3766)


MEMERANGI MANUSIA DAJJAL

Di samping itu, Nabi Isa ‘alaihis-salam juga ditugaskan untuk membantu Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam di Akhir Zaman) untuk memerangi puncak fitnah (ujian), iaitu Fitnah Ad-Dajjal. Malah berdasarkan hadis sahih di atas Nabi Isa ‘alaihis salam bakal memerangi segenap manusia demi tegaknya ajaran Al-Islam. Sehingga dengan izin Allah swt segenap manusia bakal memeluk agama Islam sehingga dihapuskannya kewajiban membayar jizyah (pajak yang dikenakan khusus kepada kaum bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam).

MENGHANCURKAN SALIB

Selain itu Nabi Isa ‘alaihis-salam juga bertugas memecahkan salib. Mengapa? Kerana salib telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakini bahawa Isa telah mati disalib, padahal sejak lima belas abad yang lalu Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam tidaklah mati di tiang salib. Tetapi ada seorang lelaki yang diserupakan wajahnya dengan beliau yang telah mati di tiang salib tersebut. (QS An-Nisa 157)

Lalu kemana perginya Nabiyullah Isa ‘alaihi-salam pada masa kejadian itu? Kembali Al-Qur’an menjelaskan dengan jelas: “Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa 158)

Jadi, apa yang telah dialami Nabiyullah Isa ‘alahis-salam mirip dengan apa yang telah dialami Nabiyullah Muhammad pada masa malam Isra wal-Mi’raj. Perbezaannya hanyalah bahawa pada malam itu Nabi Muhammad di-Mi’raj-kan oleh Allah hanya satu malam, berangkat lepas Isya dan kembali menjelang Fajar. Sedangkan Nabi Isa ‘alahis-salam di-Mi’rajkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu dan hingga sekarang belum diturunkan kembali ke bumi ini.

Beliau hanya akan turun ketika Allah taqdirkan beliau turun, iaitu pada masa terjadinya huru-hara akhir zaman ketika sudah diutusnya Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam) ke tengah-tengah umat manusia dan keluarnya Ad-Dajjal (puncak fitnah pembawa kekacauan, kesesatan dan kerosakan). Apakah perkara seperti ini mustahil dilakukan oleh Allah ? Sudah tentu tidak. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

MEMBUNUH SEMUA BABI

Selain itu Nabi Muhammad saw juga mengatakan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam bakal turun kelak untuk membunuh babi. Mengapa demikian? Kerana babi telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakni bahawa babi merupakan haiwan yang halal dimakan, sedangkan Islam telah mengharamkannya malah memandangnya sebagai haiwan menjijikkan yang mengandungi najis berat.

Namun di bawah peradaban moden -yang dipimpin oleh peradaban barat yang didominasi oleh nilai-nilai masyarakat Kristian- maka sekarang ini babi bukan sahaja dipandang halal, tetapi ia telah dianggap sebagai haiwan yang lucu dan oleh kerananya manusia sangat akrabdengannya. Cuba lihat berbagai filem kartun barat bagaimana mereka menjadikan babi sebagai binatang yang cute, friendly and kind (manis, bersahabat dan baik hati). Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

“Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor.” (AL-An’aam145)
Sesudah memenuhi segenap tugasnya, maka damailah dunia dengan tegaknya keadilan berdasarkan dienullah Al-Islam dan kesejahteraan dinikmati segenap manusia hingga tidak ada lagi yang boleh bersedekah kerana tidak ada orang yang perlu dengan sedekah. Semua orang telah mencapai kekayaan hatinya.

Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya”.(BUKHARI – 2070)

“Bersedakahlah kalian, kerana akan datang masa di mana seorang membawa sedekahnya namun tidak menemui orang yang mahu menerimanya. Orang yang akan diberikan berkata: ”Seandainya kamu datang kemarin, niscaya aku mahu menerimanya, sekarang aku sudah tidak perlu lagi.” (HR Bukhary)

Kemudian Nabi Isa ‘alahis-salam akan tinggal di dunia sehingga tibalah masa ajalnya dimana beliau kemudian disolatkan oleh kaum muslimin.
Ya Allah, limpahkanlah salawat dan salam-Mu kepada Nabi Muhammad dan segenap Nabi-Nabi-Mu yang lainnya, khususnya Nabiyullah Isa ‘alaihis-salam. Dan kumpulkanlah kami kelak bersama mereka di akhirat di dalam jannah-Mu. Amiin ya Rabbal ‘aalamiin.

Wednesday, September 21, 2011

siap siaga


samurai biru harus ditumpaskan.



:: TV2 dan Astro Arena

Saturday, September 17, 2011

20x Spiderman3



aku sedang menonton filem spiderman 3. rasanya sudah lebih dari dua puluh kali aku menonton filem ini. tanpa rasa jemu. tanpa rasa bosan. sehinggakan aku mampu menghafal serba sedikit dialog-dialognya biarpun bahasa inggeris aku agak kucar-kacir. dua puluh kali spiderman3, apa ada hal.



Friday, September 16, 2011

idam


mengimbanu kembali zaman sekolah~




Ku ingin terbang ke awan
Mengapai bintang-bintang
Dalam kegelapan malam

Ku idamkan satu taman
Dan juga mahligai
Yang indah tak ternilai

Tapi semua hanya khayalan
Yang bermain dalam fikiran
Tak mungkin dapat ku bertahan
Yang tinggal hanyalah impian

Namun ku masih mencuba
Untuk punya segalanya
Walaupun bertahun lama
Semogakan terlaksana




:: aku baru balik dari karnival kerjaya di mid valley. misi utama mahu cari peluang kerja. misi kedua adalah untuk mendapatkan goodies bag banyak-banyak. maka misi kedua terlaksana. misi utama kena tunggu panggilan dari syarikat-syarikat yang aku hantar resume.

Thursday, September 15, 2011

wajah dikau dimana-mana


aku buka televisyen. tekan punat 1, wajah dikau. tekan punat 2, wajah dikau juga. tekan punat 3, sekali lagi wajah dikau. aku malas mahu tekan punat-punat yang lain, kerna jawapannya pasti wajah dikau menjelma.

wajah dikau di semua saluran kaca televisyen malam ini

:: inilah masalahnya jika televisyen tanpa piring diluar rumah.

Wednesday, September 14, 2011

bukan niatku


bunyi telefon berdering. memang tugas aku untuk melayan segala panggilan disini. pangkat sebagai penghantar surat, pembayar bill, peng-kalukulet material, penjaga pintu pejabat, penaip surat rasmi, dan banyak lagi tugas aku disini sebagai 'Despatch' Engineer. deringan telefon untuk kitaran yang kedua. aku tarik perlahan telefon itu.

"gua tak de!", suara nyaring dari penjuru kiri berhadapan dengan tandas kedengaran sebelum aku sempat mengangkat ganggang telefon yang kembali menjerit. aku mengangguk faham. "gud monin, ai em XXX prom YYY sindilian belhad. ZZZ ada?", suara dihujung talian menerjah masuk ke liang utama telinga dan melalui koklea sehingga ia diproses oleh otak aku. " setelah bunyi itu diproses di otak, ia salurkan semula jawapan kepada mulut aku.

"ZZZ tak de. dia pergi melawat anak kucing jiran dia eksiden pagi tadi. ada apa-apa pesanan?", jawapan ini sebenarnya sudah pun di set kan di otak aku setelah sekian lamanya. "bila ZZZ balik?", suara di hujung talian kembali melantun-lantun dalam telinga aku. "wa tak tau ar. ZZZ macam biskut cokfat lo. sikijap ada, sikijap tak ada", balas wa dengan bukan jawapan ini tetapi mempunyai maksud yang sama.

"ok ok. nanti wa telepon lu balik", beliau menyuarakan isi hatinya kembali. "ha..ok ok. tenkiu ar", aku berbahasa semula kepadanya.

aku menjengah ZZZ dipenjuru itu. aku cakap "ada orang telefon tadi, nanti dia call balik". ZZZ tersenyum."ok", balas nya ringkas.

kepada si penelefon tadi, aku tak berniat mahu menipu, tetapi otak aku sudah di programkan untuk menghantar maklumat kepada mulut dengan skrip jawapan yang sebegitu.



:: lina@jobstreet, tolong carikan aku kerja!

Tuesday, September 13, 2011

Papa I Love U




:: biar video menerangkan segalanya. oh Lisa!

Selamat Kembali Ballack



Chelsea vs Bayern Leverkuesen
14th Sep 2011, 2:45 Pagi - Malaysia (Pagi Rabu)
Uefa Champion League

Saturday, September 10, 2011

EVERYDAY IM SHUFFLING 



layan lagu ini walaupun aku tidak tahu menari shuffle!

Friday, September 9, 2011

baju raya kuning


satu hari sebelum raya.

aku buka almari baju dibilikku. aku tarik perlahan-lahan sepasang baju melayu kuning dari lipatan-lipatan baju yang lain. baju-baju lain turut tertarik keluar. ah! malas betul aku nak masukkan semula baju-baju lain yang terkeluar itu. aku gumpal-gumpalkannya dan perosokkan semula baju itu ke dalam almari.

aku cuba mengenakan baju melayu kuning itu. muat. cuma lengannya sedikit labuh. aku tunjukkan keadaan itu kepada ibu ku yang sudah berkali-kali berpesan kepadaku supaya mencuba baju raya itu. "mengapakah warna baju kamu ini lain macam sahaja?", soal ibu ku yang bersleng perak tengah tetapi aku ubah ayat soalannya disini.

aku kembali merenung baju yang aku kenakan itu. "entah!", jawab aku ringkas. "cuba kamu hubungi abang kamu, tanyakan warna baju melayu beliau.", arah ibuku. aku hubungi abangku yang tidak dapat balik beraya bersama tahun ini lalu bertanyakan tentang permasalahan ini. aku khabarkan kepadanya supaya menghantar gambar baju melayu beliau melalui khidmat pesanan ringkas bergambar. aku hendak bandingkan warna baju melayu aku dan warna baju melayu beliau. kerana warna baju kami memang serupa untuk tahun ini. juga saiz baju kami lebih kurang sama.

tidak lama kemudian ayah aku menjengah. aku sampaikan kesulitan yang berlaku. ayah aku hampir untuk menghubungi tukang jahit yang menyiapkan baju raya aku ini. "sebentar! dimanakah kamu mengambil baju ini?", soal ibu ku secara mengejut. "dalam almari lah" balas aku. "almari yang mana satu?", soal ibu lagi. "almari saya lah", jawab aku kembali.

ibu berjalan keluar dari kamarnya. menuju ke kamar hadapan dan membuka gerobok bedaun pintu dua. "ini baju kamu!",tegas ibu. "yang itu baju abang kamu 3 tahun yang lepas", sambungnya lagi. "oh. salah baju rupanya!", keluh aku sendirian.

"nasib baik ayah tidak menghubungi si tukang jahit, jika tidak, malu sendiri." kata ayah sambil menghelakan sedikit tawa kecil. lima minit kemudian khidmat pesanan ringkas bergambar dari abangku pun tiba. sudah terlewat. kekusutan sudah pun terlerai.

Salam Aidilfitri



pengajaran : kenali baju raya anda sendiri, juga kenali baju raya orang lain juga.

Thursday, September 8, 2011

pinjaman peribadi PAMA


semalam hari terakhir aku bercuti raya. sayu rasanya hendak tinggalkan ibu dan ayah dikampung. setelah seminggu rumah mereka riuh-rendah dek anak-anak dan cucu-cucu, semalam kembali sepi.

ibu dan ayah menghantar aku ke stesen bas. memang sudah menjadi kebiasaan aku dihantar ke stesen bas oleh mereka. sebelum aku naik bas sempat aku menghulurkan duit raya untuk ibu dan ayah aku. pertama kali dalam hidup aku bagi duit raya kepada ibu dan ayah. lalu ibu aku bertanya.

"buat apa bagi duit raya, kamu pun nak guna buat belanja", soal ibu ku yang biasa membahasakan aku dan adik beradik dengan perkataan kamu.

sambil tersenyum aku pun menjawab, "ibu ambil dulu duit ini, nanti bila hujung bulan, bila dah sesak nanti, ada lah orang telefon ibu nak buat pinjaman peribadi. ahahaha".

"huh. macam itu ka?", balas ibu.



:: buat pinjaman peribadi dari PAMA memang mudah. kah kah kah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails