manggester

Saturday, April 30, 2011

pisang itu bukan pisang goreng

aku curi gambar ini~

disuatu petang yang hening.

leka aku berfesbukin. deruman enjin motor memasuki ruang garaj rumah kedengaran. salam diberi dan munculnya seorang rakan ku yang baru pulang.

" ni ada pisang ni. makan lah", pelawa beliau.

aku yang masih seronok memicit-micit tikus hanya diam tanpa menghiraukan lawaan itu. tetapi dalam kotak pemikiran aku sudah terbayangkan pisang goreng tepi parit tempat lokasi kegemaran aku.

"eh, makan lah pisang ni", lawanya sekali lagi.

aku memang pantang kalau orang memperlawa dua kali. lagipun kesedapan pisang goreng itu mula terasa dalam mulutku. terus aku bangun dari bangku keras aku. ke-esaited-an aku itu terbantut apabila imej pisang goreng tiba-tiba lenyap dari kotak pemikiran aku.

" lah. aku ingatkan pisang goreng. rupanya pisang belum goreng", keluh aku.
" memanglah. siapa pula cakap pisang goreng", balas rakan ku itu.

aku pun mencapai sebiji pisang itu dan mengupasnya. pisang pun pisang lah. asalkan boleh dikunyah.

pertama kali ada pisang mentah dirumah sewaku.


:: bukan semua pisang itu pisang goreng.
:: bersyukur dengan apa yang ada.
:: pisang goreng memang sedap dimakan diwaktu petang. tambahan pula dicicah dengan sambal kicap.

4 comments:

cik fara @ fanadz said...

org johor salu makan pisang goreng ngan sambal kicap.hehe.

d_tieah said...

Apelah susah sangat.. Kau amik je tepun adabi pisang goreng, celup dan goreng.. Taruh air ek.. Jgn lupa.. Huhuhu.. Tetiba aku rasa cam nak makan pisang goreng nanti.. Demmmm..

Entry Terbaru : Osama Bin Laden Meninggal Dunia ; Hanya Rekaan Tipu Helah Amerika Syarikat???

manggosteen said...

@cik fara @ fanadz: aah..mmg best mkn ngan sambal kicap..

manggosteen said...

@tieah: nak amek tepung adabi tu yang payah tu..nak kena amek kat kedai la pulak..kekekee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails