manggester

Tuesday, August 31, 2010

Anak Kecil Main Api




pokok tumbang kerana hulu kapak asalnya dari pokok..
kalau mengharapkan mata kapak sahaja pokok tidak akan tumbang..

sepeti juga melayu tumbang kerana melayu..
kerana kita yang menyokong tajamnya musuh kita..

sedarlah melayu..
jangan kita salahkan sesama sendiri..
kerana orang lain bertepuk tangan bila kita berpecah..
melayu gagah dinusantara kini hanya tinggal kata-kata..
kita umpama boneka..
telunjuk kita adalah telunjuk yang diikat dibawah telunjuk orang lain..

Apa Erti Kemerdekaan Jika Minda Terus Dibelenggu ..


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

salam kemerdekaan buat semua..apa yang kita faham tentang merdeka?alau tanya aku pasti pasti aku akan jawab sama dengan budak-budak sekolah kat luar tu..tapi setelah aku berfikir secara masak-masaknya, merdeka ini adalah suatu keadaan dimana kita boleh berfikir sendiri secara rasional, membuat keputusan diatas asas yang kukuh dan melaksanakan sesuatu berdasarkan kebenaran..

tetapi,adakah kita sudah pun merdeka? merdeka minda dan juga fizikal? jika diimbas saat bapa kemerdekaan kita melaungkan kalimat merdeka 53 tahun dahulu, memang kita rasakan kita sudah merdeka..akan tetapi,pada masa kini kita sudah pun seakan-akan kembali kepada zaman penjajahan..dimana walaupun secara luaranya kita kelihatan bebas tapi dalam minda kita sudah pun dijajah oleh sentimen-sentimen serta pengaruh-pengaruh negatif..

perdana menteri kita yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan bahawa beliau mahu mewujudkan masyarakat Malaysia dengan MINDA KELAS PETAMA..adakah ia akan berjaya? pada pandangan aku, sasaran ini tidak akan berjaya jika masyarakat kita tidak mahu mengubah pemikiran mereka sendiri..

selagi pejalan kaki di Malaysia ini masih tidak mahu melintas menggunakan jejantas..selagi pemandu kereta masih memintas kenderaan lain dilaluan kiri..selagi penunggang motosikal masih lagi mahu berkongsi jalan dengan kenderaan besar di lebuh raya..maka objektif ini "TIDAK AKAN" tercapai..

itu baru kita lihat dijalan raya..cuba kita perhatikan disekeliling kita..selagi mana kita dapat melihat cebisan-cebisan kertas berselerakan selagi itu lah kita tidak akan berjaya..wawasan 2020 yang pernah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mungkin akan hanya menjadi silibus didalam buku teks sekolah..kerana kita akan mencapai tahun 2020 tanpa mencapai wawasan yang telah dipahatkan..

maka, dalam konteks ini kita sebagai rakyat malaysia yang mempunyai fikiran yang waras serta mampu membuat keputusan dengan cermat..kita haruslah melaksanakan sesuatu perkara terbaik demi menjamin kemerdekaan negara kita bukan hanya untuk 50 tahun akan datang malah untuk selama mana bumi ini masih berbentuk sfera..




:: sambut kemerdekaan bukan hanya dengan menjerit merdeka! sambil melihat bunga api..tetapi fikirkan lah apa yang terbaik untuk Malaysia..lakukan apa yang terbaik untuk tanah air tercinta dan bersyukur lah kepada yang Maha Esa atas kurniaan ini..



Monday, August 30, 2010

Pabila cintaku ditolak..aku nangis guling-guling..

terimalah kuntuman bunga dariku..



huhu..kenapa kau tolak lamaranku ini?




::bunga bukan sekuntum..kumbang bukan seekor..
tapi kumbang boleh hinggap 4 kuntum bunga ye..

Saya menyesal ! saya tak nak masuk penjara!

luahan hati seorang budak yang kantoi mandi dalam tangki air..






:: kesian pun ada..lawak memang tak boleh blah la..pecah perut aku layan dak ni..

Bapak asyik main fesbuk ja..bila nak tukaq sarung kusyen raya?

aku berjalan-jalan kebelog orang..
tersinggah pula di tubelawak,
bapaknya sazali memang lah garang,
marah anak sebab tak boh minyak..

cet..mangges berpantun pulak,
berpantun pula ditengahari,
korang layan la video ni jugak,
kalau nak komen biar berpantun camni..hihi..






::haha..siyes lawak giler video ni..


Berbuka puasa bersama artis AF11?

Tajuk : Majlis Berbuka Puasa Bersama U-cent AF11
Tarikh : 29 Ogos 2010
Masa : Sejam sebelum berbuka - pertukaran kasut [tua-ucent]
Tempat : Restoren Saba, Cyberjaya

Kehadiran : Tuan belog, U-CENT AF11, Kutub tak makan penguin, Lan Kerek(kechik kata), Lelaki berumur (tua/syafiq bell), Amad/Zack/Remy/Farid kamil(terlalu banyak nama sehingga tidak dapat dinyatakan tapi nama sebenar adalah Izuan), Izzat/bilas awam2, MakSayeSuperb, dendang Perantau (geng kemaruk raya) dan Su (kawan kepada Izuan)

*ada ke AF11?*


gambarajah 1 : MU-cent dan MU-tob


gambarajah 2 : Lagu raya P-ramlee dan seorang datin yang gambarnya kabur akibat pergerakannya yang terlalu laju

gambarajah 3 : paling tua diantara kami

gambarajah 4 : Tokey Ranhill

gambarajah 5 : Nasi yang tidak takut kerana dia amat berani

gambarajah 6 : Farid Kamil wanabe

gambarajah 7 : Amad (nama manja) dan seeorang yang mungkin akan menukar namanya pabila tahun baru cina nanti

gambarajah 8 : Kami kerek!!apa kami peduli!

gambarajah 9 : Su dan izzat (kenalan baru aku) serta si pembaling kulit durian (sejarah TiJB)

gambarajah 11 : dialog
maher : erbb..kenyang..
azyan : ukuran pipi saya adalah sejengkal..
ucent : bila makan je ngantuk..bila ngantuk je makan

gambarajah 12 :
ucent lempoyang : siyes! aku memang ngantuk time makan..
si-tak makan penguin : kepala aku disinari cahaya..adakah ini malam lailatuqadar?

gambarajah 13 : pergerakan tangan yan terlalu laju sekali lagi dan maher gagal dalam cubaan menangkap tangan tersebut..

gambarajah 14 : kasut yang begitu mendapat perhatian kami..




:: terima kasih kepada mereka yang menjayakan program..
jom pegi camping lak pasni!!

Sunday, August 29, 2010

Saya dah beli baju raya!!

yiiehaa..baju raya dah beli..puas aku tawaf bp mall tadi cari baju raya..pusing-pusing kat pasific jumpa banyak pilihan..tak tau nak pilih yang mana..pilih punya pilih last-last aku decided nak amek baju ngan seluar ni..


gambarajah 1 : t-shirt edwin


gambarajah 2 : khakis jenama apa ntah (amek je sebab cantik)

pastu pusing-pusing sekali lagi cari baju untuk ijad lak..siap order kat semenanjung lagi..nak kena post baju dia minggu depan..sekali ngan kerepek..ni baju dia :

gambarajah 3 : baju renoma ijad



:: baju raya tu akan dirasmikan esok sebab aku tak da baju nak g KL..baju habis aku basuh dan tak kering lagi.g KL berbuka puasa ngan dak2 TiJB..dan kepada ijad baju kamu tu joule dah rasmikan dulu ye masa dalam fitting room tu..ahahaha..

::baju melayu dah lama siap kat rumah tu bewarna ijou (hijau)..

Saturday, August 28, 2010

Perbezaan lembu dan tuan lembu


assalamualaikum..apa projek cuti ni geng?kalau ada projek best-best ajak la aku sekali..aku pun hari ni baru bangun tido kul 11 tadi..lepas suboh baru nak tido..tu yang lajak tu..ni pun rasa cam nak tido je lagi..skang ni ngah lepak2 dengar lagu raya..saja-saja buka belog ni..pastu teringat satu entry yang blum aku post lagi ..aku draft je hari tu..sebab tak da mood nak taip..

ok..kalau korang ada baca entry aku yang lepas ~klik~aku ada tanya apa perbezaan lembu dan tuan lembu..ada kawan aku sorang ni tupak nama glamernya telah pun menjawabkan soalan tu kat fesbuk aku..sebenarnya soalan ni diberikan oleh lecturer fluid mechanic aku..lecturer tu suka sangat bercerita..memang best layan dia bercerita..sedar-sedar dah habis masa kuliah pun..

gambarajah 1 : ini adalah lembu

korang nak tau apa beza lembu ngan tuan lembu?baca kat gambar dibawah..klik gamba untuk melihat pembesaran berlaku..haha..

gambarajah 1 : jawapan beza lembu dan tuan lembu

boleh baca tak? tak pe la biar aku yang terangkan..

beza lembu dan tuan lembu:
  1. tuan lembu boleh menjual lembu tersebut..tapi lembu tu tak boleh nak jual tuannya..
  2. otak tuan lembu berada diatas punggungnya..manakala otak lembu berada sama tinggi dengan punggung nya..
paham tak? maksudnya tuannya lembu sepatutnya lebih pandai dari lembu..sebab,otak manusa kan lebih tinggi..dan manusia ada akal yag dikurniakan oleh Allah untuk berfikir..jadi gunakanlah akal dan kewarasan kita sebagai manusia dalam mengharungi kehidupan kita ini..


:: padan la orang cakap "bodoh macam lembu" sebab otak lembu setaraf dengan bontotnya..
kepada "tupak" / nama dalam ic lebih kurang camni "fakrulizcar" : jom makan burger..aku dengar ko dapat duit raya dari menteri besar sabah..




ralat : ejaan nama sebenar tupak adalah fakruliczar bukan fakrulizcar seperti yang tercatat diatas (setelah ditegur oleh tuan nama).

Friday, August 27, 2010

errk!!apa tajuk ni?

yeah!!tinggal satu lagi ujian sebelum aku pulang ketanah air..tanah air?hoh!!cam duk kat obersea lak..aku akan balik ke-taiping pada 6 september 2010..dari johor bahru direct ke taiping..tak sabo rasanya..

hari ni aku tak da post entry baru pun..yang ni 1st untuk hari ni..sebab aku ada test petang tadi..jadi dok fokus study la kononnya..test tadi tak la susah sangat..cuma aku agak konfius dan teralpa je..banyak teori-teori yang aku lupa..

sebelum penutup,jom kita layan lagu ni..best!!




:: aku tak tau nak letak tajuk apa ni..
esok aku nak pegi shoping baju raya..

Thursday, August 26, 2010

Kejamnya manusia..

gambarajah 1 : Mohamad Adam Mus-zahffar yang comel


gambarajah 2 : Mohamad Adam Mus-zahffar yang bernasib malang

assalamualaikum..haish..apa la nak jadi dengan manusia sekarang.dulu kita baca anak sembelih bapa sekali ngan family nya..tapi kelmarin kita dapat berita bahawa bapa sembelih anak..dimana letaknya akal fikiran yang waras..kalau lah dikatakan bapa nya tidak waras tapi kenapa pula lepas dia sembelih anak dia tu dia cuba nak bunuh diri sendiri pulak..fikir-fikirkan lah..



Kerongsang dari korea utuk dijual..




salam..entry ni aku nak promote bisnes membe aku..dia jual kerongsang..dia amek kerongsang tu dari korea.kira import export punya bisness la..kalu korang nak usha2 atau nak beli boleh contect beliau..kalu segan korang tny aku..nanti aku tanya dia..aku tak ambil komisen poun...saja-saja nak tolong promote..sebab tak kena bayar pun aku promote kat belog ni..ok..


kalau nak tau lebih lanjut korang boleh tengok kat sini..
atau

Dah dapat duit raya..!!

oyeah!!semalam aku dapat panggilan telepon daripada kekanda aku yang berada nun jauh di sabah..dia cakap dia dah bank in duit kat akaun bank angah sebanyak rm 100 sebagai duit raya aku..minggu depan nak pegi umah angah ambil duit raya tersebut..wah!best2..bley g shoping minggu depan..macam-macam nak beli..

kehadapan ijad aka abang pulis..

selipo buaya (crocs) pemberian anda telah pun putus tangkainya..saya begitu sedih atas putusnya tangkai tersebut..saya juga begitu marah kpada pintu yang me-nye-tersangkutkan tangkai tersebut..dan buat pengetahuan anda juga..saya dah beli lagi satu selipo buaya dengan harga rm10 hengget untuk buat selipo raya..sory sebab putuskan buaya yang asal tu..

gambarajah 1 : buaya asal (tangkai dah putus)


gambarajah 2 : buaya baru (striking lagi kale nye..)







:: list barang-barang nak shoping telah pun ada dalam pale otak ni..termasuk la cornflakes untuk buat kueh raya kat rumah nanti bersama ibunda ter-chenta (tak reti pun nak buat..mungkin nak soh ibu je buat..den tolong sebok je kat dapur nanti)..sapa2 yang nak makan biskut cornflakes madu datang la raya kat rumah nanti..dan kepada ijad..mungkin tak dapat nak pos kueh tu sebab takut hancur..sory ye.tapi minggu dpn joule pos kerepek kat kamu..kamu nak order kerepek ape?/hehe..

Sekitar majlis berbuka puasa di uThm

assalamualaikum..hari ni aku nak kongsi story pasal majlis berbuka puasa pelajar-pelajar tanpa asrama uThm semalam ( 25 ogos 2010)..ini mungkin tahun last aku berpuasa diuThm..*sob3x..sebab tahun depan aku akan pergi..err..pergi tempat lain ye..sebab aku dah abes blajo kat sini la..itu pun kalau panjang umur untuk bertemu ramadhan lagi.haha..skema aje ayat..

okeh..korang layan je gambar kat bawah ni..tak banyak gambar pun.sebab malas nak posing dikhalayak ramai tu..

gambarajah 1 : Kurma percuma

gambarajah 2 : NC dan TNC uThm sedang beramah-mesra ngan student (gambar gegar sebab menggigil lapar..haha)

gambarajah 3 : sabar menanti waktu berbuka

gambarajah 4 : membaca doa sebelum berbuka (aku seperti gaya imam masjid negara..akakakaa)

gambarajah 5 : juadah berbuka (nasi minyak,apam comel,bingke/bengkang,buah duku 4ketul,aiskrim dan air oren)




:: minggu ni aku ada banyak jemputan berbuka puasa..
28/8 - din ajak geng2 bersamamu join program berbuka dia..
29/8 - berbuka puasa bersama geng2 TiJb di kay el (jauh betul nak berbuka)
31/8 - berbka puasa bersama geng2 kelas uThm (kat kedai wan manap "TiJB)
4/9 - berbuka bersama geng2 ayer molek kat jay bee (geng2 zaman kecil molek)

Wednesday, August 25, 2010

Merempit (siap wiley) dalam lokap polis. [18 SG]

gambarajah 1 : mat rempit dewasa

gambarajah 2 : mat rempit cilik

sekarang ni dekat fesbuk banyak betol orang post video..lawak ada..tentang islam ada..cinta..ilmu..macam-macam lagi la..tadi aku g tengok video kat wall abang aku (ijad)..ada video mat rempit ngah merempit dalam lokap polis..memang lawak giler..jom layan..






:: kepada mat rempit : kalau berani pergi rempit kat lokap la...

TM & Sony Merdeka Photo Contest




semalam masa di lab komputer time kelas finite element kawanku ehsan ,telah terjumpa satu laman web contest TM n Sony Merdeka Photo Contest ni..dia pun tunjuk kat aku..katanya dia nak join..aku pun bagi galakkan kat dia..*hehe..poyo je ayat disitu..

aku pun sama-sama belek-belek web tu..antara syarat-syarat penyertaannya adalah mesti pengguna TM/sony..da gambar yang dihantar mesti ada logo TM dan Sony..selain tu peserta perlu membeli kad i-talk sebagai bukti pembelian..

hadiah-hadiahnya apa pula?tada!!seperti gambar dibawah ni..sony dslr tu yang menjadi pendorong utama ehsan nak join contest ni..c'mon ehsan..join la..kalau menang nanti boleh snap gambar aku selalu..haha..


tarikh tutup contest ni adalah pada 9 September 2010..
siapa-siapa yang nak join boleh la tengok kat sini : TM n Sony

berniaga biar jujur.


habis sudah satu test aku..salah satu subjek yang aku tak paham dan soalannya begitu syusyah..di kelasnya aku langsung tak faham..begitu juga dengan kawan aku (sambil menulis ayat kat gambar dibawah semasa lect ngah mengajar)..katanya "aku tak paham subjek ni..susah"..minta jasa baik En. No Rihan supaya menanda kertas saya dengan murah hati..

gambarajah 1 : hasil tulisan fatah

ok..hari ini adalah hari kedua aku pergi kebazar ramadhan sepanjang bulan puasa ni..sebab selalunya aku pergi berbuka puasa di masjid aje..free..hehe.jimat kos..tapi hari ini aku pergi kebazar sebab tak mahu kelam-kelibut untuk bersiap pergi ke-test tadi..

mulanya aku tawaf bazar tu sampai kehujung..memang biasa aku buat camni..supaya boleh buat pilihan yang lebih tepat semasa jalan balik ke motor aku..tapi hari ini pilihan aku memang agak tidak tepat dan juga meleset..

aku berenti digerai yang menjual mee,bihun kueytiau dan nasi goreng..macam kat pasar malam tu..then,aku order nasi goreng tu sebungkus..aku tengok tanda harga disitu bagi mee,bihun dan kueytiau adalah rm1.50..maka aku yakin bahawa nasi goreng juga sama harganya..sebab tiada sebarang tanda harga diletakkan..

disaat aku hendak bayar kepada brader jurujual tu dia cakap rm2.50..aku terpinga jap..bukan la terkejut sangat pun..tapi sebab time tu aku dah hulur kat dia rm2..pastu dia sound aku.."nasi goreng takde diskaun la"..ingat aku ni lekeh sangat ke?aku tak mintak pun diskaun..ingat aku hadap sangat nak diskaun kau..kalau setakat 2,3 hengget tu aku tak penah mintak diskaun la..mampu lagi aku bayar..tapi,kalau nak berniaga tu biar betul caranya..tanda harga letak la..bahasa tu jaga la sikit..

aku pun sound la dia balik..aku cakap " letak la tanda harga betul-betul kalau nak niaga",sambil aku hulur lagi lima kupang kat dia..pastu aku terus blah..malas aku nak hadap muka brader tu..sumpah aku taknak beli lagi kat kedai kau..walaupun kau tak akan rugi kalau aku tak beli kat gerai kau..tapi kau pasti akan rasa suatu hari nanti..



::aku suka kedai jual air tadi..ramah dan mesra pelanggan..

Tuesday, August 24, 2010

Iklan best : Keropok Mony

aiyyokk mangges!!..malam ni ada test..tapi tak ready lagi ni..dok baca-baca blog orang..dok buka fesbuk.. tengok fesbuk kawan ada video best..kelakar abes.. jom layan..



::ntah apa la rasa keropok mony tu..siap ada iklan kat tv lagi..mesti sedap kot..arghh..fokus study la..

maxis mengong..


salam..semalam aku dapat satu mms dari angah ku..tapi gambar tu tak boleh download kat henset..nape ntah..last-last maxis anta mesej soh aku buka guna internaet..seb baek umah aku ada strimix..lalu aku buka..dan ada gambar anak saudara ku ini..

tapi aku heran ngan maxis seminggu dua ni..apsal ntah..asal aku call je mesti tak dapat..nyusahkan tol la..aku tengok kat status fesbuk orang pun dok maki-maki maxis..mengong tol la..

gambarajah 1 : icha n naniel



::nampak macam baik je naniel dalam gambar ni..
selalunya asyik dok cepuk icha je..haha..

Monday, August 23, 2010

Kembali ke-zaman perang Jepun..

Cerita ini adalah berkaitan dengan Hari Kemerdakaan Malaysia


hari ni aku nak bawa korang semua kembali mengenang pengorbanan pejuang-pejuang kita ketika zaman pemerintahan jepun dulu..perit, getir,susah, payah..dan macam-macam lagi..

bagaimana mereka berjuang demi mendapatkan kemerdekaan dan melepaskan diri daripada cengkaman pemerintahan jepun dulu..disaat perhubungan semua terputus (waktu tu masih tak ada fesbuk dll utk share maklumat)..radio-radio kena sorok dalam tong beras..susah betul hidup mereka..


err..tapi sebenarnya aku nak selitkan citer tentang gambar kat bawah ni..ubi kayu..haha..ia sebenarnya salah satu makanan orang kita masa zaman jepun dulu..jadi, tadi satu rumah aku telah menyelami bagaimana rasa makan ubi kayu seperti pejuang-pejuang kemerdekaa kita..

ubi kayu ni adalah pemberian kawan aku namanya Adam.J..dah lama dia bagi tapi tak rebus-rebus jugak.last-last aku rebus tadi..memang sedap dimakan waktu cuaca sejuk tadi..tapi pada zaman dahulu nenek moyang kita perit nak dapatkan makanan seperti ini..terima kasih Adam.J..

maka, demi mengekalkan keamanan negara kita ini kita haruslah bersatu menentang segala anasir-anasir jahat yang cuba menggugat kesejahteraan negara ini..

Sunday, August 22, 2010

Superman dan Spiderwomen bergabung

gambarajah 1 : gabungan ideal


pernahkah kita terfikir bagaimana kalau superman dan spiderwomen bergabung?
yeah!!mesti akan menjadi satu kuasa besar yang mampu menewaskan semua penjahat-penjahat..
jom kita tengok aksi mereka..




kalau penjahat tengok diorang langsung tak takut..
buat bahan gelak bley la..



::aku cukup minat tengok citer spiderman 3..filem spiderman terbaik bagi aku setakat ni..tak sabar nak tunggu spierman 4 2011@2012 nanti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails