manggester

Friday, April 30, 2010

jimatkan sumber utiliti untuk generasi akan datang..

hari ni hari jumaat..??agak mengejutkan kerana aku boleh lupa hari ni hari jumaat..mana tak nya aku bangun tidoq pukul 1.05 petang..apelagi,kelam kelibut la aku p mandi..seb baek tak de orang dalam bilik air (walaupon sebenarnya aku memotong Q orang yang tengah bersiap-siap nak mandi)..hehe..tu la sapa soh lambat sangat nak pakai tuala..aku mandi rasa macam kejap aje..tapi bila aku keluar bilik air aku tengok jam sudah menunjukkan pukul 1.17 petang..dengan lincah aku memakai baju melayu ungu serta kain pelikat dan menyetat moto..

setibanya aku dimasjid jamek UTHM khutbah sudah pon melepasi garisan permulaan..aku p basoh kaki dan segera mencari tempat duduk..aku ingat nak masok kat tempat ekon..tapi ramai pulak yang ngah semayang sunat kat depan pintu tu..aku pon membatalkan niat itu dan dudok diluar..aku salam orang belah kanan (orang yang aku tak kenali) aku salam orang yang belah kiri rupanya fatah lak..

aku berniat tahyatul masjid dan dudok sambil mendengar dengan tekun..ches ..poyo aje ayat..haha..setelah mendengar dengan teliti aku dapat menangkap bahawa khutbah ari ni berkaitan dengan kempen kesedaran menjimatkan sumber utiliti kat uThm ni..ape tu utiliti?aku pon tak brape paham..tapi yang aku tau adalah ia berkaitan dengan elektrik air dan minyak petrol yang sering digunakan di U aku ni..

hari ni aku baru tahu bahawa rakyat mesia ni merupakan pengguna air terbanyak kat asia tenggara ni..ntah berapa ntah statistiknya aku tak hengat..tapi satu lagi yang aku baru tau padang golf merupakan suatu tempat yang paling banyak melakukan pembaziran air..iaitu untuk padang golf yang bersaez sederhana ia memerlukan hampir 3000meter padu air setiap hari..ia bersamaan dengan penggunaan 15,000 penduduk malaysia ni..ini berdasarkan kajian bahawa seorang penduduk malaysia menggunakan 300liter air setiap hari..maknanya aku menggunakan 600 botol air mineral yang 500ml tu..banyak giler..



huh..satu lagi pesanan untuk semua rakyat uThm tu adalah..tutop lampu ngan ekon/kipas bilik kuliah,bilik lecturer serta asrama bila tak digunakan..selain itu khatib tu juga cakap jangan biarkan air mengalir ketika memberus gigi,memberus pakaian dan memberus badan..haha..menyabun badan la.. khatib tu juga berpesan agar kita menjimatkan sumber utiliti ini untuk generasi akan datang..



hurm..berjaya gak aku mengulas sedikit sebanyak pasal khutbah jumaat hari ni..mari la kita sama merenungkan nya..

Thursday, April 29, 2010

kanak-kanak ku..

dalam dok lepak-lepak aku teringat anak-anak buah aku ni..tu yang saja up cite pasal diorang ni..haha..aku ceritakan serba sedikit pasal diorang..


nursyazwani nama diberi..ini adalah anak saudara aku paling sulong..anak kak yong aku..umoq dia dah 8tahun dah..tapi beliau merupakan anak sedara aku paling manja skali..maklumla..sebelom ada yang laen, ibu ngan ayah aku memang suka sangat manjakan dia..sampe skarang pom manja lagi..satu sifat utama dia adalah kuat nangis..ahahaha..sampe adik dia pon selalu kutuk dia,'asyik2 nangis',kata zatie..tengok gambo tu pon macam nak nangis gak..ahahha..


yang ni pulak nurizatti..dia ni adik wanie tu..umur dia berapa ek??aku tak ingat..tapi dalam 3 atau 4 tahun la..hurm..zatie ni memang suke control cun..kekeke..tak abes abes dok maen rambut..haha..kadang-kadang dia ni anak sedara aku yang paling kelakar..ada ke dalam dok lepak2 tetiba dia boleh wat2 gaya amek air semayang pastu terus semayang..kengkadang cara dia cakap pon kelakar,cam orang tua pon ada..akakaka..


mohd daniel khaidir..anak sedara yang paling otai..sebab ape..?sebab dia ni la satu-satunya hero dalam 5 orang ni..perangai yang sukar diramal..secara tiba2 dia boleh bertindak agresive..selambe aje dia cepok muka orang..muka adik dia lagi la slalu kene cepuk..tapi itu dulu..sekarang ni dia dah mula bersifat penyayang..haha..dia ni pon kelakar gak kengkadang..dok maen-maen kan kak ngah aku ikot suke hati aje..dia cakap dia buang robot transfomer kat luar tingkap..melilau akak aku cari..pas akak aku naek umah balik,saje je dia g amek robot tu dalam freezer..pergh..memang hangin akak aku..akakaka..padan muka angah..


nursabrina..anak bungsu kak yong aku (buat masa skang ni la)..haha..muka dia ni cam anak patung yang bleh tutop-tutop mata tu..akakaka..dulu muka dia bulat..tapi skang ni dah makin menguncup pulak..huh..kalu dia balik umah ibu aku kene ada masa tiga pat ari baru bleh nak dukong dia..payah sket dia nih..

ini icha..atau nama saintifiknya adalah arissa qaisara..nama paling moden sekali dalam keluarga kitorang..haha..dia ni adik daniel tu..perangai dia?aku tak tau nak habaq mai lagi..bukan sebab apa..dia ni yang paling muda skali..dan dia ni la yang paling kurang aku dok maen2..sebab icha ni kecik,aku pon takut nak maen2 sangat ngan dia dulu..cuti ni bley la aku maen2 ngan dia kat jb..




antara semua ni aku paling suka amek gambaq tang depa 2 ni..depa ni sebaya..pastu slalu dok wat cam2 perangai..yang ni gambaq paling aku suka ..dok makan aiskrim sambil berbogel..opss..tak de la..hehe

sampai sini saja crite pasai depa..nanti kalu ada gambaq baru aku kasi cerita lagi..ish awat yang aku dok taip sleng utagha nih??haha..sebenaqnya aku baru lepas dok tengok crita rempit v3..pelak punya ceghita..cam hampeh..banyak yang tak logik..huh..

Pasukan "TERBAIK" dunia kecundang ditangan "The Special One"



you are the special one..ungkapan yang serius sesuai untuk Jose Mourinho..corak permainan bertahan yang amat baik..10 menentang 11 selepas Thiago Motta dilayangkan kad kuning kedua kerana menolak muka Sergio Busquets..8 orang defender, 1 orang midfielder.. ahahhaa..walaupon Barcelona berjaya menjaringkan gol 'offside' tapi itu tidak menunjukkan kelemahan pertahanan Intermilan..itu adalah kelemahan teknologi dalam bola sepak..



Intermilan sebelom ni berjaya mengalahkan barca ditempat sendiri dengan jaringan 3-1 sudah cukup untuk menempah tiket ke final UCL..Bayern Munich semalam telah menanti di pentas final selepas mengalahkan Lyon dengan aggregate 4-0..

perlawanan akhir dijadualkan berlansung pada 22 May 2010 di Santiago Bernebeu Stadium, Real Madrid..

Ada Apa Dengan Cokelat

huh..ramai antara kita yang suka makan cokelat..tak kira la cokelat ape pon..cokelat bar ke..air cokelat ke..'nini cokolat celup' ke..haha..kat sini aku nak share sket la bende ape ntah pasal kaitan personaliti kita ngan cekelat..hehe..sebenarnya aku copy aje mende ni kat blog orang..orang tu pon dok copy gak..haha..sama2 la kita share..tapi jangan la percaya sangat..kalu sama tu mungkin secara kebetulan aje..tapi aku memang suka kalu bab2 cekelat ni..


Jenis Cokelat



*Coklat warna putih*
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang
kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu
tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.



*Coklat susu*
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi
kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah
sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.



*Coklat hitam (Dark Chocolate)*
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan
selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari
yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian
orang.



*Coklat campuran (semua rasa)
*Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya
dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak
ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.


BENTUK COKLAT

*Bulat*

Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari
kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki
ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain
itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang
menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana
terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam
masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu
sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara
individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar
"cuci mata".

*Bujur*

Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan
kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja
walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu
memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan
tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan
pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia
dirasakan agak membosankan.

*Kotak*

Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap
romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di
sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan
sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi
sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya
kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada
inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.


KANDUNGAN COKLAT

*Almond

*Keperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah
matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara
individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga
mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati
memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana
dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.

*Karamel cair*

Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara,
semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan
dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar
berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu
juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika
membeli belah.

*Karamel keras*

Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang
berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam
kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja,
semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering
tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh
diterima pakai.

*Hazelnut*

Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan
fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam
membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu
sering dikata pemalu oleh teman-teman.

*Kacang tanah*

Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu
sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu
akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah
sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu
akan menjadi lebih bermakna.

*Pudina*

Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin
dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah
ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan
peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.


APA KAMU BUAT PADA PEMBUNGKUS COKLAT

*Diramas*
Jika kamu makan coklat dan kemudian gemar meramas-ramas kertas
pembalutnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bererti kamu tergolong
antara individu yang tidak suka terlibat dalam masalah cinta. Fikiran
kamu yang sering berkecamuk membuatkan kamu sukar memberikan konsentrasi
terhadap sesuatu perkara. Tidak hairanlah jika pasangan kamu sering
mengeluh dengan sikap kamu itu.

*Dilipat
*Jika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang
yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan
pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak
baiklah macam tu! Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu itu.

*Dibentuk bola*
Jika anda membuat pembalut coklat itu menjadi bola dan memainkannya di
meja, mungkin kamu sedang bosan dengan kehidupan cinta kamu bersama
pasangan. Ada baiknya kamu berbincang dengan pasangan kamu itu mengenai
perhubungan kalian berdua. Kalian perlu lebih berfikiran terbuka untuk
menerima teguran dan kekurangan diri masing-masing bagi tujuan kebaikan
dalam perhubungan.

*Dikoyak-koyak*
Kamu seorang yang romantis terhadap pasangan. Kamu suka membelai kerana
pada kamu, belaian jemari kamu itu mampu memperlihatkan rasa cinta dan
kasih terhadap pasangan. Kamu mementingkan keromantisan dalam perhubungan.

*Digulung
*Kamu boleh digelar sebagai penyelamat cinta! Suka mencampuri urusan
percintaan orang lain. Bagi kamu, perhubungan cinta kamu sudah cukup
bahagia! Kamu tidak boleh berfikiran sedemikian. Hakikatnya kamu perlu
menumpukan perhatian terhadap hubungan cinta kamu sendiri agar lebih
subur dan mekar berpanjangan!

hurm..aku saje up skali ngan gambo2 cekelat ni..biar korang terliur skali..aku pon dah meleleh-leleh dah air liur ni..aku sebenarnya memang addict ngan cekelat2 ni..tapi disebabkan kewangan sewaktu student ni asyik shot aje..terpakse la aku hadkan pengambilan cekelat ni..kalu bli pon aku beli yang murah-murah aje..kalu balik kampong baru la aku mengepow Ibu aku..ahahaha

Wednesday, April 28, 2010

Berat Segelas Air



Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para pelajarnya:

“Berapa berat menurut anda segelas air ini?”

Para pelajar menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.

“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.


“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.”

“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.” Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut.”

“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.

Bayern munchen dan robben ke final UCL



bayern munich berjaya kefinaL UCL pagi tadi seLepas menumpaskan Lyon dengan aggregate 4-0..minggu Lepas munich menang 1-0 kat tempat sendiri dengan jaringan dari arjen robben..hari ni mereka menang di tempat Lyon dengan hatrick oleh ivica olic..

esok kita menanti keputusan diantara barcelona dan inter milan..minggu lepas inter menang 3-1 ditempat sendiri..esok apekah keputusannya..harap2 'the special one' boleh buat yang terbaek..

kisah tempayan retak - di dalam kelemahan terdapatnya kekuatan..



Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar; masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya. Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air.

"Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.

Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Pengajaran:

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Tuhan maha bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.

Tuesday, April 27, 2010

Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

11 jenis manusia didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "



10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."



11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

dietik dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1021/11-jenis-manusia-didoa-Malaikat-

Waving Flag - David Bisbal Feat. K-naan (Lagu Tema FIFA Wc 2010)






Download

sempena nk dekat world cup ni aku share la lagu tema nyer..
lagu bagi naik sket semangat wc..
walaupon malaysia tak dpt pegi wc tahun nih..
err..penah ke kita masuk wc sebelom2 nih..
haha..
kita ikot je la org sorak..
kita sokong aje team2 pilihan kita..
aku sokong England tahun nih..
tapi dulu2 aku sokong Italy..
tapi skang beralih angin lak..
haha..
papepon kita layan aje lagu nih..

Rubisa AF7 - Ratu Penipu mp3 download n lirik



Rubisa AF7 - Ratu Penipu

kau buat semua percaya
segala kata mu
kau anggap hebatnya dirimu

kau sering mengada-ngada
reka semua cerita
drama queen tak putus air mata
mengharap perhatian dari semua

kerna ku tahu kaulah ratu penipu
kini aku tahu siapa sebenarnya dirimu
ratu penipu semua palsu

tapi ada aku kesah?
yang pasti aku bukan begitu
itulah kamu
ratu penipu
itulah kamu
ratu penipu

shalala..

kau sering mengada-ngada
reka semua cerita
drama queen tak putus air mata
gaya tak seperti sebelumnya

kerna ku tahu kaulah ratu penipu
kini aku tahu siapa sebenarnya dirimu 2x
ratu penipu semua palsu
itulah kamu
ratu penipu

tapi ada aku kesah?
yang pasti aku bukan begitu
itulah kamu
ratu penipu
itulah kamu
ratu penipu

semua palsu

selamat datang kerumah baru..

yea..yes..
aku berjaya berpindah ke blogspot dengan jayanya..
sebelom ni aku menetap di wordpress..
tetapi keadaan jerih perih aku disana menyebabkan aku ingin berpindah kesini..
dan..ianya terlaksana..

kita yang BUAT dia..bukan dia yang BUAT kita..

berdasarkan kepada tajuk diatas kita sepatutnya sedar bahawa tiada ape yang kita tak boleh BUAT..sume boleh..tp dengan usaha la..kalu dok melepak aje,camne nk bley BUAT..haha..dan sebenarnya tajuk tu adalah pesanan yang slalu ayah aku (En.Mohd Osman) beri kepada anak2 nya..


sebenarnya aku post ni sbb aku baru lepas amek exam tenologi pemBUATan..sangat la 'senang' soalan nye td..tapi aku nk menjawab la agak susyah sikit..penangan meniru essemen..study tips sangat..dan baca 4 helai notes aje..hahaha..'hambek hang',kata soleh..

tapi nak BUAT camne..'nasib badan' (taip dengan nada filem dolu2..)kehkeh..pape pon sume dah selesai..
tinggal 1 lagi paper aje..pemindahan kepala (head transfer) je tinggal..ahahhaa..heat transfer la..ini pon satu lagi masalah..carry mark dah la tak kuar lagi..test 1..hancurs..test 3..lagi la hancurs..'Ya Allah bantu lah hambamu ini'..huh..time ni la baru nak ingat Allah..time senang lupa semua..hurm..sikap manusia lalai (aku le tu)..

akhir kata..MANGGIS!!ko mesti boleh BUAT sume bende..ingat pesan ayah 'kita yang BUAT dia..bukan dia yang BUAT kita..'

Pesanan Ibu Beribu-ribu

aku penah dengar sajak ni kat tv1 dulu..
memberi pelbagai makna..
tp bila terkenangkan semula..
mmg banyak pesanan dr ibu kita..
dari ibu untuk aku..



1…
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu

Setiap langkah kita
diiringi pesanan ibu
buat begini, jangan begitu

Rajinlah membaca buku
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan yang pementing diri,
pilihlah kawan yang punya
petunjuk,
tolaklah kawan yang asyik
merokok.

Ibu yang satu menyekat kita di depan pintu
bertanya ke mana arah tuju,
di jalan mungkin bencana
menunggu.

Kita menerima pesanan
sesekali kita jujur
penuh fahaman
lebih kerap hanya pengakuan
pesanan tertinggal di luar ingatan
kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu.

Tapi ibu adalah ibu
pesanan bertambah satu dan satu
buat begini, jangan begitu:
jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu.


2…
Satu senja
seorang temanku merintik
kerana kehilangan kekasih.

“Kejam jantan itu,
penipu…
ditinggalkan aku
setelah aku kehilangan madu.”

Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa.
Ibunya berpesan sejak dulu:
“Pilihlah kawan yang bermutu
jangan pilih kawan berhantu!”

Mengenangkan nasib kawanku itu
aku merindui pesanan ibu
ya,pesanan ibu…

Ibu, ku percayai kau mengenali
yang mana permata
yang mana kaca
yang mana budaya
yang mana buaya.

Berikan pesanan kepadaku
beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku,
ibu.

Sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.

ROHMAN SHAARY

OSt Filem 2 Alam (Filem Dr.Rozmey)

lagu : Andaiku Tahu
Penyanyi asal : Ungu
Penyanyi utk filem ni: Ramli Sarip,RS (otai rock)

dengarkan lagu ni..penuh penghayatan oleh RS..sedih..takut..



filem 2 Alam yg ditaja oleh Dr Rozmey (jus mate 5)..hurm..aku teringin nk amek jus mate 5 ni..mana lah tau bley kuruih..kawanku (john lektrek) ajak amek mende ni..tp mahal siot..nnt dulu la..ahahaha..

sedikit sinopsis filem ni..tp dlm BI la..aku copy aje..haha..

"2 Alam" is about a transsexual named Amy, previously known as Adam bin Zainal, who commits suicide and whose body is brought back to his village for burial. While prepping his body for burial according to Islamic customs, strange incidents begin to arise.

Mr.President..Mr.President..my name is khan..and im not a terrorist..



nama saya khan..dan saya bukan seorang pengganas..

salah satu dialog dlm citer my name is khan..mmg menyayat hati serta nurani ku ini..naluri keras seorang lelaki ku ini ku letakkan jauh2..biarkan taman menyelinap masuk kehatiku..sedih..pilu..kelakar..perasaan bercampur aduk didalam..

jalan cerita digarap dgn amat baek..sehingga 2 jam lebih tidak terasa olehku..tiada masa utk aku berganjak dari tempat dudukku walaupon kengkadang aku baring serta membuat aksi akrobatik yang laen..tanpa tarian2 bollywood ..tanpa guling2 ditepi lereng bukit..aku menghayati kisah ini..

SRK menjiwai watak sehingga mempengaruhi jiwa para penonton..kejelitaan Kajol mencuri hatiku ini..owh..alangkah ruginya jika tidak menonton filem penuh perasaan ini..aku ni bukan seorang peminat citer hindustan..tp filem ni mengubah persepsi aku terhadap filem hindustan..5 satrs utk MY NAME IS KHAN..



ini adalah satu lagi cerita hindustan yg sgt best..iaitu 3 IDIOTS..cerita ni mengisahkan pasal dak mechy tuh..best giler..4.8 star..

kassim bawal atau hantu serta nyanyian nya..

lokasi: Al-Azhar Parit Raja
masa: time chelsea lawan stoke
pelakon: Kassim Bawal @ Hantu serta (pakcik yg agak mental sket) para penonton game bola nih

huhu..ni ada satu cite lawak antarabangsa time aku g tgk game chelsea td..ahahaha..belom cite lagi aku dah gelak sengsorang..citenye camni..kassim bawal (KB) ni mmg slalu merayau kat kedai mamak tu..slalunya dia akan mintak rokok dan jenjalan aje..tp ntah nape arini beliau sgt active bersembang dan menyanyi..ni antara dialog beliau serta customer (C) kedai mamak tuh..

KB : adekk,nama aku sapa?
C : ntah..(jawapan ringkas beserta agak gugup)
KB : kassim bawal..
C : owh..(mungkin dia suka mkn ikan bawal)
KB : dulu aku keje ape?
C : askar..(mungkin sbb KB pakai seluar celoreng maka customer ni pikir dia askar dulu)
KB : salah!!aku peniaga..

keadaan hening seketika...

KB : aku meniaga ape?
C : ntah..
KB : kueh..

C tersenyum sinis sambil berdoa org tua ni cpt2 la blah..

KB: dulu aku suka sedekah kueh kat surau..
C : ....?(ada lagi..!!cemuh dlm hati)
KB : aku buat jahat tak?
C : tak..baek je..
KB : baek kan..?ngee....adekk!!nk dengar lagu?
C : (membisu)
customer laen termasuk aku : gooool...(disaat gol malouda)
KB : ~~~ (menyanyi lagu keroncong)


lagu yang dinyanyikan oleh KB..tak brape jelas sbb pakai camera hp K810i aku je..dan sory gambo senget..hehe..

KB : nak dengar lagi??
C : ok..
KB : nyanyi lagi..(tapi aku tak sempat rakam..)

prrriitt,prritt.prrriiiiiitt..wisel penamat..aku bergegas membayar air neslo ais aku kat kaunter..
kendian aku lalu sebelah KB dan C yg laen lak...ada lagi perbualan mereka..


neslo ais

KB : nama aku sapa?
C : kassim bawal..
KB : salah..aku hantu..
C : owh..(dlm fikiran ,sah org gile)
KB : aku keje ape?
C : peniaga..
KB : salah..pemintak sedekah..

ada lagi perbualan mereka..tp aku terus berlalu pergi..malas aku nk dengar lagi mereka bersembang..sakit perot aku tahan gelak..atas moto aku masih ketawa sendirian..kekekeke..

kepada C..tahniah kerana anda seorg yg penyabar kerana dapat bertahan melayan kerenah pakcik tu..kalu aku la,mesti dah blah dah..1.sbb takut sket ngan org kureng sket ni..2.sbb aku malas nk melayan..

aku dapat 'B' design...

yeah...aku begitu teruja arini..rakanku fatah telah menulis kat fb beliau bahawa result design ngan lab dah kuar..kat smap online..aku pon bergegas menyemak keputusan aku..aku masukkan username ngan paswed..then tgu 2,3 saat..kluar la pagenye..aku klik kat audit penganugerahan..aku scroll tetikus aku kebawah..

jeng..jeng..jeng..aku tgk lab dulu..B+..owh..ok la..walaupon agak kuciwa bila tgk result kawan2 yg laen dpt A-..anak mata aku mula menyorot keatas..aku mencari rekabentuk kejuruteraan atau design..disitu terpampang la aku dapat B..wooo..suatu keputusan diluar jangkaan aku..aku ingatkan dapat C..tp dapat B..yea..yea..gembira tidak terkata..sbb dulu masa dip aku dapat D aje..akakakaka(gelak puas)

kepada fatah..
jgn la keciwa sgt..
result kita mmg standard tu aje..
wakakakaka..

kenduri kawin rakan yg pertama aku hadiri

errr..nape aku rasa cam tonggang terbalik aje tajuk aku tuh..haha..lantak ko la..saja je aku post mende ni..kenduri tu dah lama dah..baru arini aku rasa cam nk letak kat sini..

kenduri kawen adhli J1 TiJB sebenarnya..bulan mac lepas..ntah bape hb ntah..aku mmg sgt nk pegi sebenarnya..akan tetapi tak de kenderaan..so,aku pon mula la mencari2 sapa2 dr UtHm ni yg nk pegi..aku msj wan mantap..dia ckp ok je kalu dia free..huh..gembira sedikit aku..tgu punya tgu..wan tak gtau lagi dia free ke tidak..

hari sebelom nk g tu aku msj dia lg..katanya OK..Yeah..aku bersemangat nk g..aku mesej ucent kata aku g ..dia soh tgu kat stesen bas segamat..pastu kitorg pon gerak g umah ardth..secara tiba2 aku ngan wan tersesat..huh..susah gak jalan segamat ni...haha..tp kami balik kepangkal jalan setelah ditunjukkan jalan yg lurus oleh kawan2 yg laen..

sampe kat sana aku dah tak sabo2 nk mkn..tp diorg bley maen amek2 gambo lak..mentang2 la si gepeng ada dslr..sume dok berposing..bestnye kalu ada "Duit Sejuta Lebih Ribu"(dslr)..bley aku bley kamera tu byk2..hehe..




ni gambo masa kawen ardth tu..aku rembat kat gepeng punya blog..kehkeh..

yg turut memeriahkan..wan mantap,ucent,yan,kutub,kalok,dong,nas,paen gepeng dan ramai dak2 kelas J1 aje..aku,kutob,wan ngan yan aje yg kelas laen menyemak kat situ..ahahaha..

cite lawak pasal PES10..

hahaha..ni ada satu citer lawak pasal pes10..bg aku lawak la..kalu korang tak tau la..tp sebelom tu aku nk citer pasal game tu..aku start maen gem ni sejak dari pes06 lagi..lepas diperkenalkan oleh dah umah sewa aku,aku terus jd addict kat game ni..tiap2 season aku nk maen..aku ni kira hebat gak maen la..kalu stakat maen ngan dak2 U aku ni kira bley masok top 10 la..kehkehkeh..masok bakol angkat sendiri lak..rival utama aku adalah ikram..aku slalu kitai la dak tu..tp td ptg dia bg aku sebelah tangan..aku ok je..walaubagaimanapon mamat tu dgn kerek gile dia mengutuk aku..haish..siap post kat FB lg dia kitai aku..dia lupa sebelom tu aku kasi sebelah tgn org yg ada 6 jari kat dia..haha..takpe ikram..minggu dpn kita fight lg..

citer lawak nye kat sini adalah masa aku lepak kat kedai mamak AZHAR 25jam Parit Raja tgk 22 org player maen lari2 atas padang td..mmg bohsan gile tgk Arsengal lawan Dumbchester Shitty td..maen cam harem..letih aku tgu..tp tak de gowl pon...haha..berbalik pada citer lawak td..aku ni suka melalut la..ahaha..ni perbualan antara 2 org mamat blakang aku td..



mamat A:aku mmg suke la maen PES..ko maen tak PES yg "BARU" tu??PES10??
mamat B:owh..aku maen gak la..kadang2 je..tp aku slalu maen legend je..
mamat A:haah..sama la aku..best betol..

sikit tu je yg aku nk highlightkan dan aku edit sikit2 dialog dia tu sbb aku lupa gaya dia sembang..haha..bukan sbb ape..aku rasa nk tergelak..ada ke dia kata pes baru??season 2010 dah nk abes dah..dia bley kata baru lg..mesti baru maen minggu lepas..wakakaka..tak uptodate lansung..kehkehkeh..maju la sikit cik abang oi..tinggal lagi 2 game je lagi..bukan baru namanya tuh..hehe..
itu pon aku rasa maen yg standard je tu..update transfer january mesti tak de..akakaka..abam ni mmg lawak la..

snuker n karaoke..

    ~Keindahan pelangi adalah
    Keindahan wajahmu sayang
    Yang sering bermain di mata
    Hatiku ini~


lalalaa..itu antara bait2 lagu yg aku karok jap td..mmg best giler..aku melontarkan sume suara aku..org kata all out la..haha..tp sebelom g karok kitorg g maen snuker dulu..aku ikot je..bukannya tak nk maen...tapi..err..err..aku ni tangan bangku...akakakaka..ni dak2 yg maen td la..konon2 ada gaya Joe Davis la..tapi skali maen berejam aku nunggu..huh..









ahahaha..muka aje serius..tp bola sume dok berlegar2 aje kat atas meja..pastu ingat nk terus g mkn kat pojok..tetiba,ada lak yg ngajak kekarok..aku juin aje..sbb aku tau suara aku best....akakaka..wa tarik cam mus may la td..kehkeh..tp gambo kat kotak kecik tu tak byk la..ada pon tp tak cantik..mlas aku nk letak kat sini..tp ada video baek punya..

kat fb esan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails