manggester

Showing posts with label filemku. Show all posts
Showing posts with label filemku. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Azura







awak tipu saya, jangan berlagak baik macam malaikat! - zack

Friday, August 12, 2011

Geisha Melayu Terakhir

aku nak share trailer filem atau drama Geisha Melayu Terakhir lakonan Scha Alyahya dan Tiz Zaqyah. tarikh filem atau drama ini keluar aku tak tahu. aku jumpa video ini pon di facebook.















korang layan saja trailer ini. macam best gak ceritanya.

Wednesday, May 25, 2011

Filem KL Hamster


lu orang sebok nak tengok abang long KL Gangster. ni gua jumpa video kat youtube cerita abang long gak. hamster abang long sudah mampos. lu orang layan dulu. gelak kemudian. gua dah gelak dah.


:: gua guna 'gua' 'lu' 'gua' 'lu' sebab pengaruh movie KL Gangster.
:: walaupun gua tak suka samsol usop berlakon, tapi gua nak tengok gak sebab ada aron ajis.

Sunday, May 15, 2011

lu langsi. wa biasa-biasa saja.


kelmarin aku menonton filem kongsi. bagi aku filem itu biasa-biasa saja beserta dengan plot yang tidak berkesinambungan dan jalan cerita yang agak berterabur. lakonan yang berlebih-lebihan serta dialog-dialog yang berulang-ulang.

aku tulis sikit sahaja kerana aku tiada mood untuk menaip. harap-harap filem malaysia akan bertambah maju. ini bukan kutukan tapi ini adalah kritikan membina. aku sudah berada di taiping. bercuti dahulu sebelum berpraktikal.


:: nurkasih 19 mei
:: pirates of the caribbean 19 mei

Saturday, April 16, 2011

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Edisi Sambungan HKLBR


filem hantu kak limah balik rumah akan ada kesinambungannya selepas ini. dengan tajuk Husin, Mon dan Jin pakai Toncit, Mamat Khalid bakal memberikan satu lagi fenomena filem hantu komedi kepada penggemar filemnya.

sebelum ini filem HKLBR memberikan fenomena yang amat menakjubkan kepada rakyatMalaysia. dengan dialog-dialog yang kian bermain dibibir rakyat dinegara ini. dengan watak usop wilcha yang semakin popular dikatakan bakal memenangi anugerah bintang paling popular 2011. kah kah kah.

jom kita layan dulu teaser filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ini:



baru lihat sedikit sahaja teaser filem ini telah membuatkan aku tertarik nak pergi menontonnya nanti.

:: filem permulaan teaser filem ini mengingatkan aku tentang filem kala malam bulan mengambang. kool~

Sunday, March 27, 2011

Merong Mahawangsa juga menyambut Earth Hour!


tengah hari yang tenang bertemankan tilam yang empuk juga beralaskan bantal 'jebek' aku merehatkan diri. tak lama kemudian telefon tanganku berbunyi. rakan kelasku mengajak aku menonton filem hikayat merong mahawangsa malam ini. "jom ! pukul bape?" balas aku. sekali lagi telefon itu berbunyi lagi dan isinya aku ringkaskan jam 8.

jam 8.15 malam aku beserta 3 lagi rakan ku bergerak menuju ke batu pahat untuk menonton filem epik itu. sengaja kami melewatkan 15 minit supaya istilah janji melayu itu masih relevan digunapakai dizaman moden ini. sempat berjemaah dimasjid batu pahat kerana sebelum bertolak aku sudah memeriksa waktu tayangan filem itu yang paling awal adalah pada jam 10.30 malam. disebabkan masjid itu tidak menyambut kempen Earth Hour, maka mudah untuk aku menunaikan tanggungjawab aku kepada Maha Pencipta dan bukan kepada Mahawangsa.

jam 9 kami tiba di square one batu pahat. sempat kutoleh kearah McD. gelap dan hanya lampu-lampu kecil dinyalakan. segera aku dan ditemani salah seorang rakan ku menuju ke panggung MBO untuk membeli tiket filem itu. jam 9.15 aku lihat seluruh square one terang benderang. ini bermakna pusat komersial itu tidak menyambut kempen yang memakan masa satu jam itu. mungkini mereka mempersetankan kempen itu kerana tidak mungkin akan ada televisyen atau media lain yang akan membuat liputan disitu.

kemudian aku turun semula dari pusat komersial itu untuk pergi ke McD untuk menjamu selera. jam 9.35malam McD sudahpun cerah seperti sedia kala. sempat aku menjawab panggilan dari abang polisku dari sabah dan sengaja aku memprovoke beliau untuk makan diMcD. disebabkan abang polisku tinggal disandakan, beliau tidak dapat memakan makanan pakcik berambut mmerah ini.kah kah kah.

selesai makan di McD dengan langkah selaju satu kilometer per jam kami segera ke panggung kerana jam sudahpun tepat pada 10.30 malam. suasana gelap didalam panggung menyebabkan aku merasa bahawa Merong juga menyambut Earth Hour. lambat sedikit dari waktu sebenar kerana mungkin diGoa baru menunjukkan jam 8.30 malam.ha ha.!

grafik filem yang agak kabur sedikit kerana hendak menunjukkan bahawa ini merupakan filem epik menguatkan teori aku bahawa Merong juga menyambut kempen Earth Hour. filem ini aku kategorikan sebagai boleh diterima kerana usaha menghidupkan suasana zaman purbakala dengan grafik yang menarik. cuma sedikit yang membuatkan aku merasa agak rungsing adalah kerana terlalu banyak dialog yang meleret-leret. selain dari itu aku labelkan filem sebagai 'baik pekerjaan' (istilah yang sengaja aku taip di google translate).

baiklah. ini sahaja yang dapat aku coretkan pada pagi ini (waktu sekarang adalah 1.17 pagi mengikut waktu Parit Raja Utara). dan penulisan ini aku terbitkan pada jam 10.30 pagi pada tarikh ini juga supaya aku tidak perlu mencuri masa untuk menulis pada siang esok. kerana aku perlu menyambung tugasan projek aku pada siang ini.



:: aku perlu rajin untuk berjaya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails