manggester

Thursday, November 29, 2012

bolo


semalam aku tengok bolo.malaysia lawan sama laos.aku minta-minta malaysia kalah.tiba-tiba tanpa diduga malaysia menang.aku tak ada mood ni.

lepas tu aku bangun pukul 3.45 pagi.ingat nak tengok bolo chelsea lawan sama fulham.aku ceroboh rumah matjan.tapi chelsea seri lagi.aku tak ada mood ni.
 
jangan ada siapa-siapa sembang pasal bolo dengan aku hari ni.aku tak ada mood ni.aku terajang kang.

sampai aku ada mood balik nanti aku kasi tahu.kau orang jangan gusar.

Wednesday, November 28, 2012

maghrib


gua nak update blog lagi ni.

tapi dah maghrib.

kbai!

buat apa?


sebenarnya aku ni jenis malas nak main mesej dekat facebook. tapi tadi aku terasa nak mesej la member lama masa time belajar dulu. nak juga tahu perkembangan dia sekarang lepas bergraduasi bulan lepas.

"oi. kau ada mana?", aku mulakan mesej.
"buat apa sekarang?", sambung mesej aku.

aku memang selesa mesej guna ayat skema macam tu.ejaan penuh melambangkan aku ni memang pengguna bahasa melayu yang baik.

tak lama selepas itu member aku itu pun balas mesej aku.

"aku kat mekdi ni.",
"ngah makan", balas dia ringkas.

aku malas cerita panjang,terus aku log out.
tak hormat orang palestine betul member aku ni.


tapi aku dengar prosperity dah ada eh kat mekdi?
aku nak usha kejap esok lusa.
kau orang jangan makan mekdi,biar aku sorang je makan.

Saturday, November 17, 2012

Du'a

ya ALLAH, jika dia adalah jodoh ku, dekatkan lah dia pada ku.
Tetapi jika dia bukan jodoh ku, jauhkan lah dia dari diri ku.
Sesungguhnya Tuhan yg mengetahui segalanya.

aku tak tahu tupak copy dari mana.
aku cilok jee.
tapi ada yang tersirat.

Saturday, September 8, 2012

durian runtuh


hari ini zainal bakal mendapat lesen memandu.dia berjanji dalam hatinya,kalau dia berjaya,dia nak sedekahkan durian kepada orang ramai.

Maka dengan tenang,zainal berjaya mendapatkan lesen tersebut.tanpa menunggu matahari terbenam,zainal terus menghubungi ibunya untuk menyampaikan berita sensasi ini.

Tanpa basa-basi ibu zainal telah pun memberitahu seluruh penduduk bandar.berita ini tersebar lebih cepat dari berita perdana menteri menyampaikan bantuan rakyat 1 Manggesia (BR1M).

maka berbondong-bondonglah penduduk negara Manggesia nak melihat zainal memandu.yang berlari,yang merangkak,berkerusi roda,berbasikal roda 3 turut berkejar-kejar kearah padang dihujung bandar.

Setibanya di padang,semua penduduk bandar tercari-cari zainal.'hey,dia dapat lesen kapal terbang lah,'jerit ibu zainal sambil menghalakan jari telunjuk keudara.

tak semena-mena zainal melepaskan buah durian yang diniatkan untuk bersedekah.besar hati zainal bila mendengar mereka menjerit kegembiraan.tercapai niatnya untuk menabur durian kepada orang ramai.bak kata rais, 'janji ditepati'.

Dengan perasaan berbunga-bunga Zainal berlalu pergi dan membiarkan seluruh penduduk Manggesia lemas bersama 'durian runtuh' mereka.

Tuesday, August 14, 2012

bahang

bahang mentari menceroboh tembok rumahku
perlahan-lahan ia mejamah tubuhku yang sedang terlentang
semakin lama,
semakin perit kulit ini
tak rela rasanya bahang ini terus membakar lemak dibawah kulit
tak sanggup membiarkan satu badan dihangatkan

aku mencari punca air
petang ramadan yang hangat harus diredakan dengan sapuan air di empat anggota.

offday


termenung aku di beranda rumah.sekali-sekali aku kuis kuku yang terjatuh di tangga lepas aku potong tadi.

'menung makwe kat tepeng ke cik zul?',suara kak miah sebelah rumah memberhentikan lamunan aku.

'haha.takde la.baru lepas kepit kuku ni',aku jawab sambil melihat kuku sendiri.

'ingatkan teringat buah hati kat kampung.ye la.kan jauh kuantan ngan taiping tu',ayat kak miah ni dia dah guna time pertama kali dia tegur aku lepas aku berpindah ke sini.

'haha',aku hanya ketawa.tak ada jawapan sebenarnya dalam benak fikiran aku tentang hal ini.

Tak lama kemudian kak miah masuk semula ke rumah.mungkin kerana bosan dengan jawapan haha aku tadi.

Lalu aku pun masuk semula kerumah dan menaip entry ini.off day dihari selasa ni bosan juga rasanya.

bangang


kadang-kadang aku rasa bangang aku ni sama bangang macam hafiz dalam awek chuck taylor tu.

ah..bangang lah!!

Monday, August 6, 2012

3benda

'gaji mu berapa rul?', soal Syuk dengan sedikit sleng pantai timurnya.

'sikit je.tak banyak pun', balas Sharul sambil menyuap nugget mekdi ke mulutnya.

'bagitau la.basic mu berapa?', soal Syuk lagi.

Sharul menghabiskan kunyahan nugget dalam mulutnya.

Aku perhatikan saja mereka berbual.

'weh.dalam hidup ni ada 3 benda kau jangan tanya kat orang.3 benda yang agak sensitif', Sharul mulakan bicara.

'mende?'.

'nombor satu, umur perempuan.nombor dua, pointer seorang jurutera dan nombor tiga yang ni la.gaji orang.',jelas Sharul.

'3 benda ni memang perkara yang amat sulit',sambungnya lagi.

Syuk mengangguk faham.lalu mereka kembali mengusha makwe-makwe yang lalu lalang kat mekdi teluk chempedak tu.

Tuesday, July 31, 2012

bungkusan 2

'mana ketupat?',mesej yang hantar kepada ayah aku.

Aku letak telefon bimbit dan aku berlalu pergi untuk mandi sebelum waktu berbuka.

Selesai mandi,aku jenguk telefon bimbit kembali.menanti jawapan dari ayah.

Tetapi masih tiada jawapan.

Tiga hari berlalu.aku musykil mengapa tiada tindakbalas dari ayah.

Aku seluk kocek seluar yang sedikit bocor kerana tertusuk pen minggu lepas.aku mencari mesej yang aku hantar kepada ayah.

Tiada mesej tersebut dalam sent item.tetapi ada dalam outbox.

Cilake,kredit habis.aku malas nak bicara lagi.petang itu aku topup dan telefon ayah.habis cerita.

Sunday, July 29, 2012

profesional

kedai kopi abang amin penuh setiap kali ada siaran langsung bola sepak. tak kira bola sepak tempatan mahupun bola sepak antarabangsa. malam ini perlawanan bola sepak wanita antara Brazil dan New Zealand untuk kejohanan olimpik.

"power betul tino ni main bolo",ulas ujang dengan sedikit.

"kat luo negara, diorang ada liga profesional diorang masing-masing.kalu lawan ngan oghe tino kito, memang kena lauk la.kalau lawan dengan harimau malaya pun silap-silap boleh kena tibai kito ni...bla bla bla..", abang amin membebel sendirian sambil membancuh kopi ais aku.lama dan tak henti-henti.

yang lain masih terpaku melihat aksi wanita bermain bolo sepok.aku tak pasti apa yang sebenarnya yang mereka tengok.

Wednesday, July 25, 2012

bungkusan

aku ambil bungkusan dari abg jie.dari gaya pembungkusan aku yakin bahawa itu hasil kerja ayah.

Sesampai saja dirumah,aku cepat-cepat mahu membuka bungkusan itu.teruja betul rasanya.mesti ayah nak buat seprais sempena hari lahir aku.

Aku merobek dengan kasar biar nampak bersungguh-sungguh.dalam fikiran aku,dalam bungkusan ini ada sampah sarap dan kejutannya ada sebuah kunci kereta ford.

Dalam balutan kertas minyak itu ada kotak tertulis yusof taiyub.tak semena-mena ada bisikan lembut datang,'yusof taiyub...'.aku abaikan bisikan itu.

Kotak itu dibuka.tapi aku hampa.bukan sampah sarap yang disepraiskan dengan kunci kereta.tetapi yang ada hanyalah serunding,kuih almond london dan baju raya.semangat apa yang dah merasuk ayah aku ni?semangat hantu raya ke?baru dua hari puasa dah pos barang-barang raya.

Aku capai telefon bimbit yang sedikit kurang pintar.dan aku taip,
'mana ketupat?'


*bersambung

Saturday, July 21, 2012

kebulan

'helo ni sapa ni',jerkah daniel,anak saudara aku tanpa sempat aku bagi salam.

'ni asu la',jelas aku.asu tu panggilan aku dikalangan anak-anak buah aku.kadang kala kalau yang pelat tu jadi 'acu' terus.

'oh asu.opah takde.pegi surau.ibu ada la',daniel faham benar tujuan aku buat panggilan ini.

Sempat aku berbual dua tiga rangkap dengan angah,ibu aku pun balik.sayup dari jauh aku dengar suara ibu bagi salam.

Seperti biasa konversasi aku dengan ibu berkisar tentang makanan,aktiviti harian, gosip-gosip keluarga sehingga soal puasa dan sahur.

'esok sahor makan apa?',sedikit bunyi sleng perak dalam soalan ibu aku.

'megi la.baru lepas beli megi ni.',memang aku baru balik beli megi pun.

'megi?beli la roti ke..biskut ke..ok la sikit.ada khasiat sikit',ibu sedikit membebel.

Aku hanya ketawa kecil tanpa membantah.

'ibu kalau sahor megi boleh KEBULAN tahu?',aku mendengar sambil mencabut plag charger henpon.

'untung la ibu dapat kebulan.tengok si muzafar tu,susah-susah training pastu naik roket nak pergi ISS.Ibu makan megi je dah boleh sampai kebulan',aku berseloroh.

'hish..kamu ni.tu ayah dah balik surau.nah cakap dengan ayah lak',ibu malas nak layan lawak ilmiah aku.

Last-last aku layan lawak ilmiah ayah lak.

*kebulan adalah merujuk kepada
'muntah'.aku pun pening dengan perumpamaan orang tua-tua ni.langsung tak masuk akal perihal muntah dan bulan.

Friday, July 20, 2012

cerita

ini cerita dua petang yang lepas.

Aku ada satu cerita.aku rasa kau orang patut tahu.ini kisah benar.

Aku baru balik kerja.belum sempat aku tongkat motor,aku teringat perihal pasar malam berhampiran rumah.tapi aku tongkatkan juga motor aku untuk aku tinggalkan helmet seberat celaka kat rumah.bak kata orang kampung 'pejadah pakai helmet kalau dah memang kepala batu'.tapi yang aku perasan,kebanyakan rider-rider malaysia semua tak pakai helmet.aku yakin mereka semua kepala batu.kalau tidak pun keras kepala.

Lupakan hal kepala ini.sesampainya aku dipasar malam,aku terus berjalan dengan gaya mat belia.sempat juga aku angkat tangan kat abang zizan jiran aku.

Aku melewati satu per satu gerai yang ada.ada ketika aku bernyanyi kecil lagu zamani dan sharifah zarina yang berkumandang dari lori jual cendol.

Aku teruskan perjalanan sehingga aku tiba dipersimpangan berhampiran dengan motor aku.lalu aku keluarkan kunci dari kocek seluar dan menghidupkan enjin.

Sesampainya aku dirumah,aku terus baring disofa ready untuk berdating dengan tizakyah kat kinabalu.

Tidak lama kemudian,perut aku terasa lapar.dan aku mula sedar yang aku tak beli apa-apa di pasar malam tadi.

Maka,aku menyesal.nasihat aku kepada kau orang,jangan tak beli apa-apa dipasar malam.kelak kau akan menyesal.

Dikesempatan ini,aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua.kalau kau orang pergi bazar ramadhan pun,aku harap kau orang ikut pesanan aku ini.

Ok.cerita aku dah habis.

Tuesday, July 17, 2012

suka

ini adalah kisah cinta.

'gua kena rejek, gis',begini lah sedikit sebanyak dialog Ejal (bukan nama sebenar) kat gua.

'dah tu camne?',gua soal dengan sedikit rasa tenang walaupun gua tahu dia kena rejek dengan awek yang dah lama dia usha.

'camne apa lagi?kena rejek ar gua', Ejal betul-betul kecewa dengan keadaan sekarang.

'lu tenang.belum jodoh lu',gua bagi nasihat walaupun gua kurang berpengalaman dalam soal cinta ni.kalau letak dalam CV,memang tak laku mana pun experience gua ni.

'lu bagi gua ayat penenang sikit.gua dah tak tentu arah ni',Ejal terus mendesak gua.

'lu tau kenapa gua tak da awek?',gua bagi ayat penenang berbentuk soalan.

'ntah',ringkas ejal reply.

'lu kena tahu.kalau kita suka kat seseorang tu,kita jangan cakap kat dia.',gua berhenti seketika untuk memberi peluang ejal menyoal.

'dah tu nak cakap kat siapa?',soalan yang gua tunggu dari ejal.

'kita cakap kat tuhan.sebab jodoh pertemuan itu semua kerja tuhan.tahulah dia nak setel macam mana nanti',ini ayat penenang paling true gua pernah bagi kat orang.

'okeh.tq bro.gua tenang sekarang',balas ejal lalu ke bilik air untuk berwuduk.

'tak de hal',jawab gua pendek.

........

'eh lu tak bagitahu tuhan lagi ke sapa yang lu suka?', ejal soal gua berkaitan ayat penenang gua.

'gua nak bagitahu..tapi gua pening nak bagi nama yang mana.sebab gua suka lisa,lofa,zalna,maya,zakyah,yana,fazura,nasha...banyak lagi.tu aku kena pilih dulu',gua bagi ayat penenang seterusnya.

Ejal berlalu pergi tanpa memperdulikan ayat penenang gua itu.



Gua sebenarnya malas nak taip soal cinta ni.tapi gua terfeeling lebih lepas tengok dejavu di kinabalu maghrib tadi.

Friday, July 13, 2012

tulis 2

aku masuk bilik awal malam ni. Ini semua gara-gara saluran televisyen arus perdana memaparkan rancangan tak berkualiti. Ada la satu saluran tu tayang tilawah. Bukan aku tak nak dengar orang baca quran. Tapi bagi diri aku,baik aku baca sendiri dari tengok orang baca quran diselang-seli dengan makcik-makcik berjambul tinggi.

Berbalik kepada cerita masuk bilik awal. Lepas aku masuk bilik aku fikir aku perlu menulis. Aku pernah cakap aku ni penulis yang membosankan,tapi aku perlu juga menulis agar segala yang ada dalam kepala otak aku ini dapat dituntaskan.

Aku keluarkan buku ala-ala diari. Memang agak cilaka rasanya bila tengok lelaki urban macam aku menulis diari. Tapi kau orang jangan salah sangka,itu hanya buku contengan aku. Aku tulis semua benda di buku itu termasuk resepi telur dadar mayonis dan sedikit surat cinta untuk bacaan sendiri.

Sebenarnya aku bukan nak cerita apa pun. Lepas aku buka buku itu dan sebatang pensil 2B yang aku beli sebelum temuduga hari itu,aku kembali termenung. Puas aku fikir apa yang hendak aku tulis,tapi ia tak datang-datang. Last-last aku capai telefon yang kurang pintar ni dan aku menaip di blog. Kemudian aku nak main twitter balik.

Ok. Cerita aku dah habis. Tapi suka aku nak mengingatkan bahawa esok jangan lupa tengok tandeket. Satu lagi,aku ada perasan iklan voltron juga. Kau orang usha-usha la kartun tu.

Sebelum berpisah,aku nak cadangkan kau orang layan lagu stacy - pelangi senja dulu sekejap lagi.okbai.

Saturday, June 30, 2012

tandeket

sejak kebelakangan ini,kitaran hidup aku macam ada yang tak kena.aku cuba bersikap normal.tapi perasaan runsing dan sedikit hampa kembali menghantui.

Buat masa ini aku faham bagaimana perasaan housemate aku suatu masa dahulu.aku pernah pesan kepada dia,kau jangan lompat dari tingkat 5 rumah kita ni.tak cukup tinggi tu.aku guna ayat klise kerana nasihat kepada orang berotak tak perlu menggunakan pendekatan terlalu lembut.

Tapi kini perasaan sama aku rasa seperti housemate aku itu.tapi sebagai seorang yang ber-IQ tinggi seperti aku,aku sedang cuba merawat luka di hati.

Walau bagaimanapun,sebenarnya aku dah melalut dan menyimpang jauh.demi mengelakkan diri aku dan diri korang tercebur dalam kisah dongeng aku ini, suka untuk aku mengingatkan bahawa hari ini,hari sabtu pukul 7 kang kat tv3 ada cerita kartun tandeket.atau dalam bahasa mudahnya thundercat.ok?tapi tandeket ni dah versi baru.

Jangan terasa celaka dengan entry ini.tapi aku rasa lebih celaka dengan rasa ini.

Friday, June 29, 2012

kapten

sedang aku sedap-sedap ngetwit, ada sms masuk. Aku usha sipi-sipi. Nombor tak dikenali menerpa.

Aku baca isi kandungannya. Dan aku tahu siapa pengirimnya.

'nak join futsal tak?yuran rm5 sorang',bunyinya sms itu.

Dengan kepantasan jari aku reply 'kau cari orang lain dulu sebab aku bukan power pun',aku berbahasa.

Tak lama smsnya kembali 'penyokong italy mesti cekap macam buffon, kental macam cannavaro, kreatif macam pirlo dan padu macam balo!',dia cuba memancing aku.

Aku malas nak banyak cerita lalu aku reply 'kau letak aku jadi kapten. Tahu lah aku nak atur pasukan',aku dah bercadang nak guna teknik 'tenang,menang'.

'cantek!',dia balas ringkas.
Aku memang lemah betul bila orang puji aku lebih-lebih.

Tuesday, June 26, 2012

tulis

ini sebuah cerita lama.

Lama aku perhatikan komputer itu. Kepala ligat mencari ide. Aku perah-perah sampai rasa nak berak. Tapi aku tahan dulu sebab ide tu dah nak sampai kat hujung rambut.

Aku taip sedikit. Aku termenung lama. Aku taip sedikit. Aku termenung lama. Lalu aku terlelap. Mengantuk betul rasanya bila menulis ini.

Lantas aku terfikir. Sedangkan aku yang menulis pun boleh tertidur, inikan pula orang yang membaca.

Aku tak pernah terfikir kerjaya menulis ini adalah kerja jaya buat aku. Biarlah orang lain bekerja jaya dengan menulis.

Kini aku kurang menulis kerana ide nak datang seperti mencangkung berak batu. Payah!

Friday, May 18, 2012

Biru








Wednesday, May 16, 2012

Fasha

kira-kira 45minit sebelum azan jumaat berkumandang, sempat aku makan tengah hari di sebuah kedai berdekatan dengan masjid. nasi dan sirap limau sudah pun terhidang di depan mata. aku sedut sirap limau itu melalui straw secara perlahan. mata liar memerhati keadaan sekeliling.

"eh. fasha sandha ke tu?", soal aku kepada Anip yang ketika itu sedang menyuap nasi ke mulutnya. aku mengecilkan anak mata untuk lebih fokus.

"mana..mana..?", cepat-cepat Anip berpaling sambil beberapa butir nasi tersembur diatas eja.

matanya melilau mencari fasha sandha yang aku maksudkan.

"tu dalam TV tu", jelas aku tanpa mahu memanjangkan cerita. jarak jauh memang satu kelemahan kepada mata aku ini.

"bongok aku ingat fasha lepak makan kat sini", gerutu Anip kepada aku.

" kau la bongok. aku tak cakap pun dia ada kat kedai ni", aku membidas pernyataan Anip.

Anip malas melayan dan terus mengunyah makannan dalam mulutnya. tapi aku masih belum mendapat jawapan adakah fasha sandha yang berada di televisen itu. sejak dah kahwin ni makin berseri-seri pula wajah fasha ni.

Saturday, May 12, 2012

Demo 2

aku dekat pejabat. ada awek lalu belakang aku. harum semerbak pada jarak 9144meter jauhnya. aku abaikan saja awek itu. sebab aku tengah melayan kerja yang menimbun. umpama gunung krakatao banyaknya.

Salim di sebelah aku mula menegur "amboi..wanginya". awek tadi tersipu-sipu malu. tipikal awek-awek memang laju je mengembang bila dipuji. tapi aku masih tekun dengan kerja aku. awek kat opis ni kalau makin dilayan makin mengembang jadi nya.

"guane DEMO?", soal Salim kepada awek tadi dengan sleng Kelantan yang masih pekat di lidahnya .

"ape? DEMO tu ape?", awek tadi membalikkan soalan kepada Salim.

awek ni orang jati KL memang tak tahu sleng-sleng negeri lain.

"DEMO tu demonstrasi. macam dekat dataran tu.", ini point yang memberi ruang untuk aku mencelah.

"oh ye ke.kite tak pergi lah.", balas dia dengan sedikit gaya manja tapi sikit pun aku tak tergoda.

aku memandang Salim sambil tersenyum. " mu lain kali kalu nak usha awek KL jange gecek dale bahso klate. demo tok pahe", aku bagi nasihat dalam sleng kelantan walaupun aku tahu ada error dalam perbualan aku itu. biar mudah di fahami oleh Salim

Thursday, May 3, 2012

Bahaya


aku nampak tiga orang kanak-kanak bermain lari-lari di tepi jalan. tedetik di hati aku budak-budak memang tak kenal erti bahaya. kecil-kecil dahulu aku juga begitu. main tepi jalan adalah perkara feberet. lagipun rumah di tengah bandar dan dikelilingi bangunan, jalan raya memang tempat untuk bermain.

motor merah aku menghampiri kanak-kanak tersebut. laju tapi berhati-hati. ibu aku selalu kata "budak-budak ni bukan tahu apa. dan-dan je melintas kang". aku ingat pesan itu.

semakin hampir aku kepada mereka, aku tolak visor ke atas. lalu menyergah "jangan main tepi jalan oi! bahaya!". niat baik tapi agak keras suara aku.

ketiga-tiga kanak-kanak tadi berpaling. "oooiii" jerit mereka kembali. aku senyum sambil ketawa kecil. aku anggap itu ucapan terima kasih untuk nasihat aku tadi. harapan aku agar bila kau dah besar nanti kau faham apa itu bahaya bermain dijalan raya. kalau jadi mat rempit pun jadilah mat rempit yang tahu keselamatan diri dan orang lain.

CC


balik kerja aku terus pergi ke cc. perkara yang sudah lebih enam bulan aku tinggalkan selepas aku mendapat kerja. kali ini aku ke cc untuk menyemak sesuatu yang agak penting.

jam telah menunjukkan jam 7malam. aku cakap kat penjaga kaunter, aku nak main tenet sengah jam. lalu dia balas, sengah jam tak boleh. satu jam saja boleh. satu jam rm3.

aku malas nak ambil port sangat. aku terus je bayar rm3. baru 20minit aku main, dah azan maghrib lak. aku tanya ada surau tak? dia balas tak ada.

cilaka! aku bagi kedai cc ni rm1.33 free sebab aku terus blah selepas 40minit. tu pun sebab aku sempat taip entry blog ni.

Wednesday, April 25, 2012

Final



dah lama betul aku tak bercerita tentang bola. bukan pasal apa, aku malas nak mewujudkan rasa kurang selesa penyokong-penyokong team lain selain pasukan biru laut ni. tapi pagi ini biar satu dunia tahu bahawa "in Torres I trust".

siapa messi? siapa iniesta? siapa guardiola? aku hanya kenal Terry, Lampard, Drogba dan lain-lain yang masih berjuang untuk CHELSEA!

Harapan terakhir umat England terletak di bahu Chelsea.

malas nak cerita panjang, KAMI DI FINAL.

Sunday, April 22, 2012

Master

seminggu ini memang aku jarang keluar lepak kedai makan malam-malam. sebab aku ada ada menu baru untuk makan malam di rumah. tapi aku malas nak cerita. nanti korang kata aku nak diet lak. padahal aku aku nak ubah style tekak ni. biar ada gaya mat saleh sikit.

tapi malam semalam sengaja aku lepak kedai belakang uptown puchong minum-minum. uptown puchong ni tak de la gempak sangat pun. ada la dua tiga kedai yang menarik. selebihnya mempergunakan awek-awek seksi yang makan keropok lekor sambil berpeleseran dengan boipren masing-masing. sikit pun aku tak heran.

malam tu aku order kopi 'o' ais, sebagai tanda rindu kepada ibu dan ayah di kampung. kopi ibu aku memang kaw walaupun diminum sejuk-sejuk. sebab tu kot ayah aku terpikat kat ibu aku. tapi yang celakanya kopi 'o' ais kat kedai ni bukannya 'kaw'. tapi 'siaw'. apa tu siaw? aku pun tak tahu. yang penting kopi 'o' ais kedai ni memang tak ada rasa kopi. yang ada hanya rasa gula. elok dua kali sedut, kompom potong kaki.

rasa nak maki juga, tapi malam itu aku buat kool sebab memang kool pun malam tu. ah! lupa aku nak cerita aku lepak dengan siapa. housemate aku la. tak kan dengan awek pulak. aku memang tak layan awek-awek yang ajak lepak lepak ni. (padahal memang tak ada awek yang ajak aku lepak pun)

.................

" sambung master jom!", Riz mengutarakan cadangan.

" jom!", aku balas dengan gaya bersungguh-sungguh sambil mengunyah ais. nak minum kopi tu memang aku dah tak lalu dah.


suasana hening selama 32 saat.


" jom la balik. esok aku kerja", Syaz memberi idea pula.

" celaka betul diorang ni. kalau aku bersungguh-sungguh mesti diorang buat-buat tak tahu.", ngomel aku dalam hati. tapi aku tahu. diorang jadi macam tu sebab mereka tahu kebersunguh-sungguhan aku dalam pembelajaran adalah tidak kemana.

....................

aku bayar duit kopi dengan orang kedai tu lalu pergi. aku tak tahulah apa hukum orang kedai tu terima duit kopi aku.



Friday, April 20, 2012

Lejen

aku dipejabat. kira-kira 1 jam 15 minit lagi nak rehat untuk solat jumaat. "kuatkan radio..kuatkan radio..anda.." irama lagu sleeq dan najwa latif berkumandang dari telefon bimbitku. entah layan betul aku dengan lagu "kuatkan radio" tu sampai aku boleh letak sebagai ringtone henpon aku.

tertera nama rakan seperjuangan aku sewaktu aku belajar dulu. tapi takde la seperjuangan sangat. sebab time aku berjuang pergi kelas, tapi rakan aku ni berjuang di atas katil. aku tak tahu la dia berjuang macam mana sampai boleh dapat three pointer setiap sem.

aku jawabb panggilan itu.

"halo assalamualaikum", memang style jawab telefon aku macam tu.

"waalaikumussalam", gaya jawab salam yang tipikal.

" nggiss..apa habaq", memang ramai rakan-rakan aku panggil aku macam tu konon-kononnya shortform untuk manggis.

dari dulu aku berharap ada orang panggil aku dengan nama "Is". Is ala-ala macam nama Iskandar. aku teringin betul nak nama Iskandar dalam struktur nama aku.

" cane weh?", aku mulakan bicara.

" company tu bodoh ang tau tak. suka ati mak pak dia ja nak buang aku.", balas dia dengan ada tawa kecil di hujungnya. aku tahu disebalik tawa kecil itu, ada nada kecewa di dalamnya.

" sabaq la.", aku dengan gaya memujuk biar pun memujuk lelaki memang rasa macam celaka habaq ang.

" aku puas sabaq dah ni. aku nak balik kampung la. tolong orang kampung", syahdu saja suara di hujung talian.

" ang tau dak? ang ni kira lejen tau.", aku tak tau la ayat macam ni boleh buat orang orang rasa tenang atau tak.

" awat pulak?", dia kurang faham dengan ayat aku itu.

" ye la. ang kira legen la sebab dalam ramai-ramai kawan kita, ang orang first kena buang kerja. seyes ang LEJEN!", aku bagi ayat penenang paling lejen dalam dunia.

" pala otak ang", itu yang aku dapat. aku memang tahu itu yang bakal aku dapat.

panjang lagi perbualan aku dengan rakan seperjuangan aku itu. malas aku nak cerita sebab yang lain-lain tu hanya bual-bual kosong biar pun selama ini aku memang berbual kosong dengan kawan aku ini.

tapi ang memang LEJEN!

Tuesday, April 17, 2012

Demo

masuk hari ini, genap 5 hari Jan Lengai berhutang dengan aku. bukan banyak pun. cuma dua ringgit pat posen saja. tapi semua orang sudah tahu Jan Lengai memang lengai sikit bila bab membayar hutang ini. bukan tak bayar tapi dia agak lengai. slow and steady kata rakan-rakan di pejabatku.

sesuatu yang aku perasan dompet Jan Lengai selalu ditinggalkan di atas meja tanpa dipedulikan. dompetnya tebal, tapi yang ada hanya kad-kad nama kenalan saja. katanya dia malas nak bawa duit banyak-banyak ke pejabat. bukannya ada shopping complex pun kat sini, tambahnya lagi.

tapi baru sekejap tadi aku dapat berita Jan Lengai ada perancangan yang telah diaturnya sejak seminggu lamanya. perancangannya amat rapi. padanlah sejak dua menjak ini aku sering kali melihat Jan Lengai ada mencilok dua atau tiga batang marker pen. sekali-sekali aku lihat dia menyeludup keluar kertas-kertas recycle dari mesin fotostat.

tepat jam 10, Jan Lengai telah bersiap sedia di hadapan meja aku. aku keliru. apa yang dimahukan oleh Jan Lengai kali ini? lantas Jan Lengai mengangkat sepanduk yang tertera ayat "tolong mansuhkan hutang dua hingget pat posen hari tu". dengan tegasnya Jan Lengai menjerit "aku mahukan segalanya percuma!".

aku hilang sabar lalu bangkit untuk memberi lempangan se-das. aku katakan "itu percuma". kot ye pun nak berdemo, pergi la kat dataran merdeka tu. jangan menyemak depan aku.

Jan Lengai faham dengan tindakan aku. segera dia keluarkan RM2.50 dari kocek seluarnya. seposen belen tu kau amek la. aku bayar untuk lempangan kau tadi. Jan Lengai berlalu sambil memegang pipinya yang agak memerah.

Sunday, April 15, 2012

Sivik

Ahad. pagi ini tak seperti hari-hari lain. aku bangun lewat sedikit kerana aku tidak berkerja. ya, bak kata teman ditwitter aku "bangla pun lepak klcc la hari ahad". ahad-ahad lepas memang aku sibuk sikit menguruskan projek yang aku kendalikan. sampaikan keluarga aku datang pun aku terkejar-kejar ke pejabat.

hari ini aku nekad dengan misi memandikan motosikal ku yang telah tertunda sejak tiga minggu lepas. segala persiapan aku siapkan selepas semua kerja-kerja menyidai baju dibereskan. seluar lama aku yang telah koyak di kelengkang aku carik-carikkan untuk membuat kain lap.

ku siram motorku dengan berhati-hati. ku belai dia dengan penuh kelembutan dan ku gosok lingkaran tayarnya dengan penuh rasa cermat. aku melakukan ritual-ritual biasa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang lain ketika membasuh motosikal dengan tertib dan tertil.

disaat aku ingin menjirus bagi membersihkan sabun-sabun di motor datang sekawan makcik cleaner sambil membawa penyapu lidi dan penyodok. "abang minta air", makcik cleaner itu membahasakan aku abang sedangkan dia sedar aku lebih muda darinya. "nah",aku hulurkan paip air tanda faham. mestilah dia minta air paip. tak kan lah dia minta air sirap sedangkan aku langsung tidak membawa air sirap.

sambil dia membasuh penyapu dan penyodoknya, dia dan rakan-rakannya ngobrol mengenai tabiat orang Malaysia. katanya orang-orang Malaysia ini tidak pandai membuang sampah dalam tong sampah. sedangkan tong sampah besar sudah disediakan. aku akui didalam hati. benar kata makcik ini. sering kali aku melihat orang-orang yang membuang sampah di luar tong sampah. kerana mereka sering kali hanya berdiri dari jarak jauh dan membaling plastik sampah dari situ. nasiblah kalau sampah itu masuk. tapi kalau tidak masuk mereka hanya biarkan sahaja.

" Malaysia ini kalu pandai membuang sampah, pasti ianya akan bersih", sepotong ayat dari mereka yang mengobrol. "bersih ini adalah Bersih, Enak, Rapi, Sihat, Indah, Harmoni!", tambahnya lagi. aku hanya senyum bila dia sekali-sekala memandang kearah aku. tapi terdetik dalam hati aku, dekat Indonesia sana semuanya pandai membuang sampah ke? malas aku nak bertanya kerana aku memang berat mulut sikit kalau nak menyampuk dengan makcik-makcik ni.

lama juga makcik itu membasuh penyapunya tadi. aku masih menunggu disamping motor aku yang sedang berlumuran sabun. sengaja aku gosok-gosok sedikit motor aku untuk mengelak dari sabun lebihan dalam baldi tersia-sia.

"nah dik paipnya", tiba-tiba dia mengembalikan paip aku semula dan membahasakan aku adik pula. cepat benar makcik ini menukar tanggapan. "adik buang sampahnya elok-elok ya", sempat dia berpesan kepada aku sebelum pergi bersama rakan-rakannya.

aih, perli aku ke..?

Thursday, April 12, 2012

Kacak 2

aku melangkah ke kedai gunting rambut.ada 2 pelanggan di dalamnya. seorang tua sedang digunting rambutnya. dan seorang muda yang sedang bermain angry bird. diiringan alunan lagu tamil aku melabuhkan punggung di kerusi panjang berhampiran cermin.

aku gosok-gosok sikit rambut aku. rambut yang sudah sebulan aku tak sikat sejak kali terakhir aku sikat di kedai gunting rambut yang sama ini. seingat aku, sudah hampir tujuh tahun aku tak memiliki sikat. sebab bak kata iklan di tv, guna jari pun boleh.

rambut lelaki tua itu telah siap di potong. "kasi shave ini", arah lelaki itu kepada mamak si penggunting. "pakcik ni kalau nak cukur janggut kat rumah pun boleh", bebel aku perlahan. lagu tamil yang diputarkan langsung tidak kena dengan jiwa mainstream aku membuatkan aku lebih merasa bosan.

habis janggut lelaki tua dicukur, giliran lelaki muda itu pula. "slope tepi tapak satu. belakang buat V", lelaki muda itu meminta. style zaman budak-budak getus hati aku. matang la sikit abang oi. tapi bagus juga, tidak sampai lima minit siap sudah giliran dia.

aku berdiri disamping kerusi potong rambut itu. sementara mamak menepuk-nepuk bantal alas punggung atas kerusi tersebut. aku duduk sedang mamak itu memasang tapak pada mesinnya. "potong tepi, atas layer", style potong rambut matang seperti ini sepatutnya dipilih oleh lelaki-lelaki bekerjaya seperti aku. lagipun aku agak Aaron Aziz pun memang potong rambut style ni. cuma dia mungkin potong rambut kat saloon. tapi aku gunting rambut dikedai mamak. tiada bezanya untuk orang kacak seperti aku dan Aaron itu.

memandang wajah kacak sendiri dihadapan cermin juga boleh membuatkan diri ini mengantuk. liuk-liuk tangan si penggunting rambut juga menambahkan lagi rasa kantuk ini. seolah-olah ada ahli silap mata sedang membuaikan sebiji bandul di depan mata aku. sekali sekala dia mengelus-elus lembut rambut aku. lalu, dengan tidak semena-mena aku terlelap.

lam aku terlena. tiba-tiba aku terjaga. rasa bonjolan-bonjolan bergerak seperti aku sedang duduk diatas mesin Ogawa di pusat membeli belah. enak juga rasanya. rupa-rupanya mamak itu sedang memijat belakang bahu aku. agak lama juga aku tidak diurut.

aku menggosok-gosok mata. lalu melihat cermin. Hah! ada sesuatu yang membuatkan aku terperanjat. biar betol mamak ni potong rambut aku. aku benar-benar tak percaya. hampir pitam dibuatnya.

rupa asal aku yang ada iras-iras Aaron Aziz kini telah bertukar menjadi lebih kacak. aku tak tahu seperti wajah siapa. tapi ia benar-benar kacak. kepala otak aku ligat mencari wajah siapa yang sekacak dan setampan ini. tapi aku gagal.

aku tinggalkan kedai itu dengan seribu satu persoalan. berjalan keluar menuju kearah motosikal kesayangan aku. ada dua tiga orang diluar kedai memerhatikan aku. ada yang ternganga dan ada yang berbisik-bisik. aku cuba curi-curi dengar.

Ya! aku dah dapat jawapan setelah seorang awek ranggi berbisik dengan agak kuat kepada teman lelakinya. "Brad Pitt!". Iya, wajah tampan ini ada iras-iras wajah Brad Pitt. segera aku pulang kerumah. kalau lambat nanti ramai pula yang datang nak ambil gambar. aku rimas betul dengan orang-orang ini.




Wednesday, April 11, 2012

Konsisten

aku malas nak cakap banyak. aku layan lagu-lagu ini setiap hari secara konsisten.









Wednesday, April 4, 2012

Kacak


setiap malam sebelum aku tidur, aku berdoa agar bila bangun esok hari aku lebih kacak dari Fahrin Ahmad. dan bila aku bangun keesokkan harinya, segera aku melihat cermin. ternyata aku lebih kacak dari Fahrin Ahmad. Ini berlarutan sehingga 44hari lamanya.

tapi, segala-galanya berubah pada pagi tadi. aku berdoa seperti biasa untuk lebih kacak dari Fahrin Ahmad. akan tetapi setelah aku melihat cermin pada pagi tadi, aku dapat rasakan aku lebih kacak dari Aaron Aziz. ini bermakna aku jaaaauuuuhh lebih kacak dar Fahrin Ahmad.

ok. malam nanti aku nak start berdoa untuk lebih kacak dari Aaron Aziz.

tetapi yang lebih penting, berdoalah supaya diri ini betul-betul baik untuk menghadapi hari kemudian!

Sunday, April 1, 2012

Kuaci


hidup ini umpama makan kuaci dengan sebelah tangan. tak cukup power jangan cuba. nanti kuaci terjatuh, kulit masuk mulut. - muzul osman

Gemuk


"you lagi gumuk dari Salimi", officemate aku berbangsa Nepal sengaja mencari point.

"mana ada ma..saya kurus lagi ma..", balas aku sambil menahan nafas.

"hah. terbukti aku lebih kurus dari mu", Salimi budak kelantan tu memang cari point dengan aku.

ah. aku malas layan mereka berdua. aku tahu mereka memang dari awal lagi cemburu dengan tahap kekacakan aku.

balik petang itu aku ronda-ronda pasar malam. duit dalam dompet ada rm4. cukup nak beli bihun goreng rm1.50 2 bungkus dengan air soya rm1.50 1 bungkus. lepas beli aku usya-usya lagi. apa benda yang boleh aku beli dengan nilai 50sen. siot! cuma karipap saja yang boleh aku beli dengan nilai 50sen.

aku terus berjalan pulang tanpa menghabiskan 50sen itu tadi. aku susun elok-elok barang-barang yang aku beli tadi dalam bakul motosikal aku. sejak ada motor baru ni, baru aku tahu nikmatnya motosikal yang dilengkapi dengan bakul.

" mama..mama..abang gemuk!" seorang budak kecil menjerit kepada ibunya sambil menunjuk-nunjuk kearah aku.

" mana?" soal ibunya.

"tu..", sekali lagi budak kecil itu menunjuk kearah aku.

cilaka. baru aku sedar bahawasanya aku gemuk. kerana budak kecil jarang menipu.
aku kecewa dan bergegas menghidupkan enjin motosikal.

"putri..", tiba-tiba ada seorang lelaki gemuk menghampiri budak kecil tadi.

"abang mok pegi pasha malam ke?", soal budak kecil tadi kepada lelaki gemuk itu.

"iye la. putri beli ape tu?", lelaki gemuk itu aak mesra dengan budak kecil itu.

ternyata ada orang lebih gemuk dari aku. makanya aku bersyukur kerana budak tadi benar-benar jujur kerana dia lebih nampak orang yang lebih gemuk dari aku. "terima kasih adik putri ", ucap aku dalam hati. aku terus beredar kerana perut ini seperti hendak mengunyah baju aku.

Friday, March 30, 2012

Haram


" isap rokok ni haram dowh! ", rungut Ajis bila Hisyam menyalakan rokok dimulutnya.

" mana kau tau? mana fatwa? kalau haram pun ada pak imam tempat aku tu isap rokok gak", Hisyam membalas tanda tak puas hati.

" iye dowh. rokok ni dikira macam dadah. membazir dan memudaratkan", ajis menguatkan fakta.

Hisyam hanya membisu. kepulan asap rokok dilepaskan dari mulutnya sikit demi sedikit. Ajis juga hanya memerhatikan asap yang sesekali hisyam lepaskan dalam bentuk 'o'. kagum juga Ajis dengan kehebatan Hisyam membuat kepulan-kepulan asap sebegitu. sempat juga mata mereka meliar melihat orang lalu lalang direstoren itu.


" apa yang kau tengok?" soal Hisyam kepada Ajis.

" pergh. seksi gile awek tu.",Ajis membalas.

" tengok aurat perempuan pun haram gak dowh. dalam al-Quran pun memang ada tulis" sampuk Hisyam.

Ajis terbungkam. tepat rasanya bidikan Hisyam itu. tapi mata kedua-dua sahabat baik itu masih memerhatikan awek seksi tadi. jelas mereka berpegang kepada prinsip pandang sekali tanpa berkelip adalah tidak mengapa.


: Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, March 27, 2012

Pen


Dia sebatang pen. aku tak tahu dimana dia dilahirkan. di kilang mahupun di hospital, aku tidak peduli kerana yang aku tahu aku beli dia di sebuah supermarket kecil bernama wellward daerah parit raja. au membeli dia ketika tinggal lagi 2 atau tiga hari menjelang peperiksaan akhir aku.

sebelum menjawab soalan peperiksaan akhir sempat juga aku membuat latihan di rumah dengan menggunakan pen itu. sebelum aku terlupa, nama dia adalah stabilo. ya, dia bernama stabilo walaupun dia mungkin sudah tidak stabil ketika ini. kenapa mungkin? aku aku jelaskan.

di peperiksaan akhir, aku menggunakan stabilo dengan penuh kasih sayang. aku tidak menekan dengan kuat mata stabilo di atas kertas. kerana memang style penulisan aku adalah ibarat menarik rambut dalam tepung. sungguh berhati-hati. cuma stabilo sudah tidak stabil ketika ini kerana semasa aku berfikir, aku emar menggigit belakang stabilo. aku tahu dia menjerit kesakitan. namun aku tidak peduli kerana tanpa menggigit, aku tidak mampu berfikir. maka, belakang stabilo sudah pun cacat dan membuatnya menjadi tidak sabil.

seusai peperiksaan akhir aku itu, aku masih lagi membawa stabilo bersama aku kerana aku tahu sewaktu praktikal nanti, pasti aku memerlukan sebatang pen. aku bawa balik stabilo ke perak bersama-sama alat tulis yang lain. kemudian aku bawa stabilo ke shah alam ketika aku berpraktikal.

stabilo betul-betul memberi perkhidmatan terbaik kepada aku. tidak pernah menghampakan aku. setiap kerja yang dilakukan oleh dia aku amat berpuas hati. stabilo juga sempat aku bawa bersama ketika aku menghadiri temuduga pekerjaan. tetapi hampir 5 kali aku gagal temuduga bersama-sama stabilo.

tetapi aku tidak berputus asa malah tidak menyalahkan stabilo atas kegagalan aku ini. dan ketika temuduga yang ke-enam aku masih membawanya bersama. dan aku berjaya mendapat pekerjaan walaupun gaji ditawarkan tidaklah sehebat rakan-rakan sekuliah aku yang lain. aku dapat lihat stabilo turut tersenyum kegirangan ketika aku mendapat berita pekerjaan ini.

tetapi jodoh aku bersama stabilo tidak lama. setelah dua bulan aku ditempat kerja baru, aku dipaksa berpisah dengan stabilo. stabilo telah dibawa lari oleh seorang jepun pulang ke jepun. ini terjadi kerana, disaat si jepun itu memerlukan sebatang pen untuk menulis, aku meminjamkan stabilo kepadanya. tetapi si jepun itu membuat stabilo seperti atoknya walaupun umur stabilo aku jangka jauh lebih muda dari si jepun itu.

dengan pilunya aku terpaksa merelakan stabilo pergi ke jepun bersama si jepun itu. tetapi aku amat berbangga kerana stabilo dapat menaiki kapal terbang terlebih dahulu daripada aku. aku amat berharap agar stabilo dapat menulis sepucuk surat buat kali terakhir kepada aku sebagai tanda perpisahan. dan aku juga berharap agar si jepun itu dapat menjaga stabilo dengan baik biar pun aku dapat melihat stabilo begitu tertekan ketika si jepun ini menggunakannya.

selamat tinggal wahai stabilo si pen biru! aku rindu kamu.

Friday, February 17, 2012

HS Codes


"weh! HS code tu apa?", soal aku sambil merenung pc buruk dihadapanku.

"Hensemnya Salimi", balas salimi sambil tersengeh.

"cilaka!", detik hatiku.

"hanif! HS code tu apa?", soal aku tanpa putus asa kepada hanif.

"Hanif Sama", balas hanif pula.

"apa yang sama?", aku makin keliru.

"Hensemnya Sama!", balasnya lagi.

"cilaka!"


:: k, aku nak cari maksud HS code tu jap!

Saturday, February 11, 2012

malas


aku pernah cerita kepada ibu aku mengenai sebuah cerita lawak. cerita lawak lelaki paling malas dalam dunia. yang mana seorang raja sedang mencari lelaki yang paling malas didunia. dan akhirnya lelaki itu menang kerana tahap kemalasan beliau sehinggakan nak ceritakan kemalasan beliau pun beliau malas.

setelah habis aku cerita kepada ibu aku, seraya dia berkata "sama la macam kamu. cakap pun malas". "kalau orang tanya, kadang-kadang ngangguk je", sambung ibu sambil memotong cili kering untuk dibuat sambal tumis.

aku terkesima. kata-kata ibu itu ada benarnya. tahap kemalasan aku paling maksima adalah sehingga nak bercakap pun malas. aku hanya tertawa kecil bila ada ahli keluarga aku yang lain mengiakan kata-kata ibu. segera aku mengambil gunting untuk menolong ibu menggunting cili kering. biar nampak rajin sikit kononnya.

aku sedang malas bercakap. maka aku menaip!

Sunday, February 5, 2012

Dada


"snekplet 2. cizi wejes 1. fresh oren 1", aku buat pesanan.
"krusher bluberi 1", tambah Farid.
"snekplet 2. cizi wejes 1. air fresh oren ngan krusher bluberi 1", gadis kepsi itu sengaja mengulang kembali apa yang kami minta.

kami hanya mengiakan sambil memerhatikan wajah manis gadis kepsi itu. lupa pula aku nak minta dada semua. memang tabiat aku kalau beli se-bucket pun nak dada semua. tapi kali ini aku lupa tentang hal itu.

"err. nak panggil akak ke adik eh?",soal aku kapada Farid untuk memanggil gadis kepsi itu.
"ntah", jawab Farid mudah.
"aku nak dada semua ar",aku meluahkan perasaan kepada Farid.

aku lihat gadis itu meletakkan 4 ketul dada diatas 2 pinggan.

"uish. power betul gadis kepsi ini. tak payah minta pun dah siap bagi dada", aku kagum dengan gadis itu.



:: aku cerita tentang dada ayam. bukan dada yang lain!

Friday, January 27, 2012

Iya..Bisa!


" bos, kalau ini thickness kita kasi ganti sama itu thickness boleh ka? ", soal wa dengan tahap keteraburan bahasa yang agak kronik.

bos aku usha-usha drawing. sekali-sekali dia menjeling kearah komputer peribadinya kerana ada orang department technical skype dia.

" iya..iya..bisa..bisa..bisa ditukarin", balas bos dengan loghat Indonesia sambil tersenyum bangga.


huh! bos aku ni sejak balik dari Medan udah bisa bicara loghat indonesia pula.


Friday, January 20, 2012

Penolong


“Hasbunallah wa ni’mal wakil”

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung



Thursday, January 19, 2012

Vavi-la Coklat


'' sapa nak ikot aku tengok bola? ", soal aku sebaik saja mencapai kunci motor.

" kau gerak dulu, kang aku folo. aku dah habes pekse ni boleh je nak lepak-lepak", balas faiz satu-satunya ahli rumah ku yang masih menuntut.

" ok, nanti aku dah sampai aku mesej kau lepak mana", ujarku sambil memulas tombol pintu.


aku pun memulakan perjalanan mencari kedai mamak yang menayangkan siaran langsung perlawanan antara Perak dan Negeri Sembilan. Liga Super Malaysia dah start, tak de lah aku terpaksa menonton aksi liga eropah saja.

kedai pertama aku sampai sedang menayangkan berita tv3 yang masih belum habis kerana jam baru menunjukkan pukul 8.45 malam. aku berlalu kekedai yang kedua, tetapi juga hampa kerana kedai itu turut menonton berita-berita yang belum tentu benarnya seperti menonton Melodi.

bergegas aku ke kedai lain. dari jauh kelitan skrin yang bewarna hijau. aku yakin dikedai ini sedang menayangkan siaran langsung bola sepak. akan tetapi moral aku benar-benar merundum kerana skrin hijau tadi adalah siaran ulangan bola sepak inggeris pagi tadi.

jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. sudah tertelat 15 minit ni. aku memacu motosikal kekedai seterusnya. aku matikan enjin motor kerana tv dikedai itu agak terlindung. aku melangkah beberapa langkah tetapi langkah aku termati seketika. "cilaka! kedai mamak pun layan vanila coklat ke?", getus hatiku.

aku kembali kekedai mamak pertama yang aku singgah tadi. dari jauh aku sudah ternampak kelibat pelakon-pelakon bangang yang sedang menghiasi kaca tv kedai itu. sekali lagi cilaka untuk vanila coklat.

mood aku semakin merundum. aku teruskan perjalanan dengan niat mahu pulang sahaja kerumah. tiba-tiba aku teringat tentang sebuah kedai yang diberi nama sempena sebuah nama tempat di Perak. Restoran Seri Bagan Datoh namanya. aku yakin bahawa kedai itu pasti sedang menayangkan siaran langsung Liga Super Malaysia. dan tekaan aku ternyata tepat apabila aku tiba dihadapan kedai itu.

aku terus mengmbil tempat. tetapi sedikit gusar kerana Perak sudahpun ketinggalan 0-1 kepada Negeri Sembialan. namun atas berkat doa seluruh rakyat negeri Perak, akhirnya Skuad Yob berjaya membenam Skuad Jang dengan jaringan 2-1.

sebelum aku menamatkan coretan aku pada kali ini, sekali lagi 'CILAKA' buat vanila coklat kerana menyusahkan aku untuk menonton bola sepak. entah apa yang menariknya tentang drama itu aku pun tak tahu. perempuan yang bercakap dengan nada jeritan serta lelaki yang berlagak terlalu bagus adalah salah satu corak lakonan tidak aku gemari. cilaka juga buat tv3 kerana masih lagi menayangkan drama-drama yang tidak bermutu.

kini aku jarang menulis blog kerana aku rasa bahasa melayu yang aku gunakan agak kelam kabut akibat daripada terlalu bergaul dengan warga asing ditempat kerja. jika terdapat kesalahan dari segi bahasa untuk penulisan ini, harap dapat dimaafkan.

dicilok dari FB Silver state Ultras!

Monday, January 16, 2012

pustaka







Saturday, January 14, 2012

terukir di bintang


Friday, January 6, 2012

Logik


aku tengah menonton komputer lepas balik kerja. usha-usha facebook, jeling-jeling twitter, dan tekan-tekan blog. tapi sejak kebelakangan ni jarang betul aku tenung-tenung email.

Farid (bukan nama sebenar) tiba-tiba bersuara,"kawan aku cikgu. dia cakap ada budak form 2 berak dalam seluar".

aku toleh kearahnya seraya berkata " logik la tu. berak dalam seluar. kalau berak dalam baju ye la tak logik!"

" kau fikir la umur dia tu. dah besar dah", Farid cuba mempertahankan usulnya.

" huh. kat kampung aku ada orang tua berak dalam pampers. pedehal!", aku membidas usulnya.

" ceh!", dia kecewa dengan jawapanku.

Monday, January 2, 2012

Cilaka Bawang!

setelah terlepas menonton drama Tentang Dhia episod akhir semalam, aku mengambil keputusan untuk menonton di youtube malam kelmarin. iya! teknologi benar-benar memberi kemudahan kepada manusia sejagat.

dengan kelajuan unifi, aku tidak perlu menunggu video di buffering dahulu. serta merta cerita itu dimulakan. aku menonton penuh kusyuk tanpa memperdulikan rakan-rakan serumah yang sedang menonton televisyen filem wanted.

hampir separuh aku tonton. tiba-tiba mata aku terasa sedikit pedih. rasa macam ada titisan air dikelopak mata aku yang separuh lentik. aku usha-usha kiri dan kanan. sambil berfikir kenapa mata ini terasa pedih-pedih sahaja.

tiba-tiba tangan aku terasa seperti sedang menghiris sesuatu. halus sahaja bunyinya. aku tunduk untuk melihat. cilaka! macam mana tiba-tiba boleh ada bawang yang sudah hampir separuh terhiris ini. padan lah terasa pedih dan mengalir saja air mata ini.

aku campak bawang ke tepi dan baling pisau ke papan dart. sipi-sipi nak tepat diangka 100. aku sambung layan cerita kembali. tetapi rasa pedih mata ini tetap tidak hilang. aku tak tahu mengapa. cuba korang tengok episod akhir Tentang Dhia dibawah ini dan beritahu aku kenapa mata aku pedih-pedih saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails