semalam aku sesaja blogwalking, pastu aku terjumpa satu blog yang entrynya bercerita tentang speedtest untuk menaip. aku begitu teruja nak try juga. maka setelah meregangkan otot-otot jari, aku memulakan ujian ini dengan penuh gayanya. pada permulaannya aku bermula dengan baik sekali. secara tiba-tiba aku hilang konsentrasi kerana taip-an secara ayam mematuk sudah mula perlahan. dan berkali-kali juga kekunci 'backspace' terpaksa bekerja keras kerana aku mula melakukan kesalahan ejaan.
maka secara rasminya keputusan telahpun diumumkan setelah seminit yang diberikan sudahpun tamat. berdebar aku melihat keputusan, dan ianya amat mengecewakan. kah kah kah. dasar menaip seperti ayam mematuk dedak memang la slow.
tetapi yang lebih menariknya apabila aku mula mengesan kesalan ejaan pada keputusan ujian ini. hal ini menunjukkan bahawa pembuat ujian ini juga tidak lulus dalam ujian ini. cuba anda lihat gambar keputusan aku dibawah ini. kesalahan ejaan terletak pada bulatan bewarna merah.
kah kah kah. tak ada la hebat sangat orang yang buat ujian ini. dan ayat ulasan dibawahnya pun sedikit bertabur mungkin kerana menggunakan google translate.
kalau korang nak try ujian ini boleh la berkunjung ke sini
::standard untuk kelajuan menaip adalah pada 60-70 perkataan seminit. tapi aku rasa untuk Bahasa Inggeris kot. sebab BI perkataannya lebih pendek berbanding Bahasa Melayu.
:: setelah mencuba sekali lagi hari ini aku memperbaiki kedudukan kepada posisi 3219 dengan 32 patah perkataan yang betul.
2 comments:
hahhaa. 2x5=10 je..hihi..
nak try cam best je.. :D
@Fyqa: ahahaha..tu la pasal..diorg pun fail gak..hehe..try la..best gak..
Post a Comment