manggester

Friday, June 3, 2011

100 hari nak mati


aku terbaca satu artikel dalam blog MyMye MyMya yang menceritakan tanda-tanda akhir manusia sebelum berlakunya kematian. jadi sempena hari jumaat yang mulia ini aku kongsikan untuk korang juga.


100 hari sebelum hari kematian.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimana pun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari kematian

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tibaianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kitamelihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup :::

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap
tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon
keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan
hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa
lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itumasih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan
petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran
dalam usaha kita untuk mencari keredhaan AllahSWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah
dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat
mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat
menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah
sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap
saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.



rujukan : Mymye Mymya

Wednesday, June 1, 2011

kita masih kawan kan?



facebook aku ditag pada satu gambar. gambar seseorang sedang memegang not RM50 lebih dari 10 keping. kagum aku melihatnya. kaya betul mamat ni. dibwah gambar itu ada lah tertulis "mari jana pendapatan sampingan. mudah". aku pun terus mesej mamat tersebut. kawan lama aku.

lalu aku pun bertanya bagaimana nak dapat duit macam tu? lalu dengan rela hati dia menerangkan kepada aku caranya. oh. aku faham caranya. bayar RM100 kita akan berada dibawah orang sebelum kita. maka jika kita cari orang dibawah kita maka duit orang itu akan jadi milik kita. kalau 10 orang, makanya seribu ringgit lah yang kita ada. macam mlm juga la.

tapi aku tak berapa setuju dengan cara itu. lalu aku cakap saja aku tak setuju sebab kita ambil 100% duit orang dibawah kita. seperti menindas orang dibawah kita dan memaksa orang itu menindas orang dibawahnya pula untuk mendapatkan modalnya balik.

aku cakap pada kawan aku itu, "aku tak yakin cara ini boleh atau tidak. tapi kalau kau yakin ianya boleh, kau teruskan lah. aku tak nak join". dan pada yang sama dia terus offline dari facebooknya. mungkin dalam hatinya " lantak kau lah mangges. kau tak nak sudah. aku dah banyak duit dah ni". mungkin dia marah dengan ayat-ayat aku itu.

tapi aku harap dia masih terima aku sebagai kawan. aku risau disebabkan hal ini aku hilang seorang kawan. aku mesej di facebook, dia tak reply pun. mungkin dia sibuk. aku bersangka baik. kalau kau baca blog ini aku nak tanya sesuatu. kita masih kawan kan?


:: banyak mlm dah diharamkan. tapi muncul mlm yang lain.
:: kerana duit kita dapat kawan dan kerana duit kita hilang kawan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails