manggester

Sunday, July 31, 2011

Hari esok kita berpuasa, setahun sekali hanya sebulan. Sempatkah kita menyempurnakan hingga sampai ke penghujungnya?





Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya

Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa

Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan

Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri

Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita…

Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang…

Friday, July 29, 2011

Singapura pura-pura


aku malas nak cerita banyak. rata-rata seluruh rakyat Malaysia kecewa dengan aksi pemain Singapura yang lebih banyak berpura-pura berbanding bermain bola sepak. bila tersentuh sikit saja, terus tersembam. kalau macam itu lah gayanya bermain bola sepak, jangan haraplah nak sentuh piala dunia, nak masuk piala dunia pun tak kan lepas.

aku tabik kat semua pemain-pemain Malaysia terutamanya Safee Sali, Amirulhadi, Khairulfahmi dan Kunalan. bahagian pertahanan masih boleh diperbaiki. tapi aku sedikit kecewa dengan Ismail Faruqi. walaupun kita tak layak keperingkat seterusnya, aku cukup berbangga dengan pasukan kita.







:: bergema stadium masa nyanyi lagu Negaraku!
:: tekak sakit, kepala pusing sebab lompat-lompat dalam stadium!
:: sokong skuad olimpik pula lepas ini.

Tuesday, July 26, 2011

bagi naik semangat sikit!

kita boleh!
layan video untuk naikkan semangat!



aku dah beli tiket pagi tadi. semangat berkobar-kobar.
selamat berjuang Harimau Malaya!


Monday, July 25, 2011

air terjun ke atas


Kekuasaan Allah menyebabkan air terjun di Australia naik keatas apabila ditiup angin selaju 120km/j.




Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita.

"Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya. - Kosmo!


mesej yang jelas bagi kita umat islam adalah 'kiamat sudah dekat'!

Thursday, July 21, 2011

Spontaneous Thursday


Final Copa America 2011

Uruguay vs Paraguay
24.07.11

Tuesday, July 19, 2011

Drama Juvana memang lawak

drama bersiri juvana dah habis semalam. ending yang agak menyakitkan hati serta jalan cerita yang agak tidak tentu arah. pak guard yang bersekongkol dengan warden masih lagi menutup pintu pagar setelah warden ditangkap pada malam sebelumnya. kah kah kah. cerita lawak versi ganas!

Juvana pon pandai menari poco-poco. layan jap!




aku tak berapa minat sangat drama ini. tapi layan saja sebab kawan-kawan satu rumah layan.

Monday, July 18, 2011

Padi Nasi


Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk

Jangan ikut resmi nasi, semakin terisi perut, semakin mata menunduk



:: mata aku semakin menunduk!

4 penalti tak masuk? Brazil, sila belajar dengan mamat ini!


pagi tadi pasukan Brazil tewas kepada pasukan Paraguay dalam penentuan penalti. yang menariknya 4 sepakan penalti pasukan Brazil disia-siakan. kepada pasukan Brazil, sila belajar ambil sepakan penalti dari pemain UAE ini.




:: kah kah kah. memang stylo. penjaga gol terpaku dengan aksinya!

Friday, July 15, 2011

penyokong kelab EPL yang bangang!


1. penyokong MU yang bangang dok pakai jersy MU kat situ.
2. penyokong Liverpool yang bangang sebab benda kecil je pon.


sokong Malaysia. Pakai jersy Malaysia biarpun jersy tiruan.

Thursday, July 14, 2011

GRADUAN ASPIRE 2011

GRADUAN ASPIRE 2011
16-17 JULAI 2011
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
MAKLUMAT LANJUT : KLIK SINI

Monday, July 11, 2011

sekali lagi Lisa Surihani!


beberapa hari yang lepas, dengan layanan perasaan jiwangnya aku pergi menonton Lisa Surihani 'Sekali Lagi'. aku layan dengan penuh perasaan. ke-cun-nan serta ke-kiut-an Lisa memang mendambakan hati. adegan ke-garang-an beliau langsung tidak menghilangkan ke-cun-nan beliau. ke-kiut-tan beliau lebih kiut dari budak kecil Mia Sara itu.

:: aku layan filem ini semata-mata hendak menonton Lisa Surihani sahaja.

Saturday, July 9, 2011

huru hara


mereka huru-hara kerana gas pemedih mata
mereka huru-hara kerana simbahan air kotor
biarkan sahaja mereka
jangan tentang mereka
jika ditentang
lebih teruk jadinya


Friday, July 8, 2011

renungan jumaat



mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan da selamat beramal :)
bukan hanya pesanan untuk kaum hawa, tetapi untuk semua umat manusia.

sumber : layar minda

aku copy dari sini

Thursday, July 7, 2011

kotor


di sebuah pejabat kontraktor yang ada sambungan internet.

Jejaka X : weh. blog kau dah berhabuk, bersawang serta kotor?

Jejaka kacak (mangges) : oh. perhimpunan BERSIH 9 Julai.

Jejaka X : apa yang sedang kau merepek ini?

Jejaka kacak (mangges) : belum masanya untu membersih blog. sibuk dan tiada masa.

Jejaka X : oh!


:: korang faham? kalau tak faham, boleh abaikan saja.
:: aku tak sokong perhimpunan bersih. tapi aku sokong tuntutannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails