manggester

Tuesday, April 12, 2011

Kuning dan Biru bergabung menentang Merah


Kuning vs Merah


malam nanti pasukan Perak akan melayan kunjungan Kelantan di Ipoh dalam perlawanan Liga Super. perlawanan yang amat dianti-nantikan kerana Skuad Seladang yang baru sekali tewas akan menentang The Red Worrior yang mengungguli takhta liga.

bekas penyerang Kelantan yang kini menyarung jersi Perak merupakan duri dalam daging buat Kelantan. kerana penyerang ini mengetahui serba sedikit corak permainan Kelantan. walaubagaimanapun Kelantan yang baru sahaja membelasah Felda United sabtu lepas tidak akan membenarkan tanduk seladang merodok sang kijang.



Biru vs Merah


pagi nanti pula pasukan Chelsea akan berkunjung ke Old Trafford bagi membalas kekalahan di tangan United pada rabu lepas. kelebihan yang dimiliki oleh The Red Devil mungkin akan menjadi pemangkin semangat kepada pasukan The Blues.

Chelsea yang kini diperkuatkan oleh pertahan tangah kental iaitu Alex akan menjadi tembok kebal disamping Kapten Marvel, Terry. selain itu pemain yang berasal dari Israel, Benayoun juga bakal diturunkan bersama Mr.50million man, Torres.bagi United kelebihan jaringan dan kelebihan ditempat sendiri bakal membuatkan mereka kental untuk mempertahankan kedudukan itu.


:: sokongan padu aku berikan kepada Perak dan Chelsea!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails