malam ini kurasakan ketenangan yang amat sangat. setelah berhari-hari aku sibuk dengan projek akhir aku, akhirnya malam ini adalah malam beremba-jemba.kah kah kah. malam inilah aku gunakan sepenuhnya untuk berjalan-jalan mencari blog yang best.
aku singgah ke blog mazidul akmal sebentar tadi. lihat entrynya tentang senarai sahabat blogger II kosong. aku baca komen-komen yang sahabat-sahabat berikan dah aku tertarik pada komen ini:
rasasayang79 merupakan pemilik blog bila insan istmewa menulis. penulis ini aku rasa seorang cikgu tetapi mempunyai pengalaman silam yang agak perit. dia seorang yang mengalami masalah penglihatan dan hanya boleh menggunakan sebelah matanya sahaja kerana salah satu matanya rosak kerana sedikit kecelakaan.
blog ini menceritakan tentang sejarah hidup dan pengalaman perit beliau dalam menghadapi kehidupan ini. sayu juga aku membacanya kerana sedikit sebanyak penulisan cikgu azhar ini bermain dengan perasaan.
cebisan dari blog ini:
Masih aku teringat akan pengalaman lalu semasa aku masih kecil. Ketika aku berumur 5 tahun telah berlaku satu peristiwa yang mengerikan dalam hidupku.
Seperti yang telahku katakan, aku memang dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna seperti orang lain. Aku hanya mampu melihat sebelah mata kanan sahaja dengan penglihatan yang terhad.
Tragedi itu sungguh menyakitkan dan mengerrikan. Namun setiap kesakitan dan penderitaan itu ada manisnya yang kita sendiri akan menyedarinya jika kita mendalaminya dengan penuh keinsafan.
No comments:
Post a Comment