manggester

Friday, October 29, 2010

oRange street hooliGans!

Program : Johor FC vs N.Sembilan
Tempat : Stadium JCorp Pasir Gudang
Tarikh : 23/10/10
Kehadiran : uThm - Hero Malaya, Wan Huz, Chemss (Johor FC) dan Aliaso (NS)
TiJB - Kutub, Kobetz, Wahi, Reyna, Sarah, Cha'am dan Kawan Wahi (Johor FC)

aku yang ala2 elijah wood dalam Green Street Hooligans!

Hero Malaya (sponsor transport)

Chemss, Wan bersebelahan dengan musuh (Aliaso)

Kutub Utara dan Kobetz Selatan!

3 org perempuan yang telah diguna-guna dengan kuaci
sampai tak perasan dah bolos 2 gol



Wahi dan kawannya


bertarung sehingga minit-minit terakhir

Kekecewaan jelas terpancar dimuka kami!



walaupun malam tu hujan agak mencurah-curah, tapi kami tetap bersemangat memberi sokongan kepada johor fc kecuali salah seorang daripada kami adalah musuh..beliau bersama kami dari batu pahat sambil telah tertoreh bendera negeri sembilan dihatinya (aliaso)..

pada separuh akhir pertama di paroi, sang lebah telah berjaya menyengat sang rusa..akan tetapi sang lebah telah ditanduk oleh rusa di laman sendiri..kekalahan ini telah menyebabkan impian kami untuk ke bukit jalil sabtu ini hancur berderai..

kepada skuad kijang (kelantan the red warrior) aku amat berharap agar korang dapat menanduk rusa tu pula..hehe..minggu ni aku sokong kelantan!



:: sebenarnya aku adalah penyokong penang!
tetapi apa kan daya penang dah tak seperti dulu..
perak pun semakin pudar warnanya..

Sunday, October 24, 2010

Aku tak bias!

semalam petang sebelum aku bertolak ke johor bahru, aku sempat menonton sedikit sessi apa ntah kat persidangan umno kat tv3..pastu aku ada dengar salah seorang yang buat ucapan tu katanya, dia menyarankan agar ada satu majlis ulama umno ditubuhkan..katanya majlis ulama tu bertujuan untuk menyelaraskan setiap fatwa atau kenyataan yang dikeluarkan oleh parti pembangkang yang berkaitan dengan isu agama..

pada pandangan aku,berdasarkan kepada pernyataan mamat tu erm..jap aku cari kat paper nama beliau) haa..dah jumpa..namanya Fathul Bary May Jahya wakil dari Perlis tu merupakan satu pernyataan yang berat sebelah..sebab ,bagi aku..majlis ulama ini bertujuan untuk menyelaraskan apa yang pihak pembangkang keluarkan saja..bagaimana dengan fatwa yang konon-kononnya benar yang dikeluarkan oleh ahli umno sendiri?

aku nampak sekarang ni ahli politik malaysia ni dah macam nabi lak..masing-masing mengeluarkan fatwa berdasarkan kepentingan peribadi..bila ada saja sesuatu kes, diorang akan memberi pendapat mengikut kepentingan mereka tanpa berdasarkan kepada ajaran islam..bagaimanalah negara kita nak maju kalau pemimpin-pemimpin kita bersikap sedemikian..

hurm..buat masa sekarang ni aku sudah pun mendaftar sebagai pengundi..dan sekarang adalah masa untuk aku meneliti mana satu pemimpin yang betul-betul berjuang untuk agama,bangsa dan negara..tapi ia masih samar..mana satu pilihan aku?biarlah ia menjadi rahsia..


rujukan : berita harian
"aku tak bias"




:: aku ke jb semalam untuk menonton game
bola sepak antara johor fc dan negeri
sembilan..tapi sayang johor fc tewas..

Thursday, October 14, 2010

Mcdonald vs KFC



macam ni la kalau betul2 jadi bila mekdonal lawan ngan kepsi..

maksud disebalik hon!


"pon..pon..pon..pon..pon..pon..kereta kecil ku berbunyi..marilah adik mari naik..boleh ku bawa jumpa nenet.."


haha.kereta kecil warna merah yang dibeli oleh bapa ini sering menjadi siulan kita dulu..kan..hehe..kelakar la..dah la kereta kecil pastu siap nak nak bawa adik g jumpa nenet lagi..


ini kereta kecil feberet aku..

hurm..entry kali ni aku nak konsi kat korang tentang email yang aku dapat..cerita pasal hon serta maksud disebaliknya..kita selalu dengar orang hon kita..kadang-kadang cam tak de tujuan pon..tapi meh kita huraikan apa maksud hon tu..jom!cekidaut!


1 x HON PENDEK

- pemandu tu nak cakap “HAI” (biasanya geng2 kita la)


2 x HON PENDEK

- pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”


3 x HON PENDEK

- pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)


1 x HON PANJANG

- pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan


2 x HON PANJANG

- pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”


4 X atau lebih HON PENDEK

- pemandu tu cakap ;

TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”






:: hon motor aku dah lama tak berbunyi sbb bateri dah abes..

Padi bersama Upin & Ipin - Sahabat Selamanya






sekarang ni sibuk asyik pergaduhan antara rakyat indonesia dan rakyat malaysia..ada saja yang tidak puas hati..baru-baru ni ada satu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Padi tentang persahabatan Malaysia dan Indonesia yang telah lama hidup serumpun..pastu digabungkan dengan kartun animasi paling femes sekarang iaitu upin,ipin dan kawan2..

best gak lagu ni..korang layan la ye..aku dah nak tido ni..esok pagi aku ada test kul 9..wish me luck ok!





::semoga negara kita akan sentiasa aman dan damai..
tak kan melayu hilang didunia..

Tuesday, October 12, 2010

Armless Pianist



hendak seribu daya..
tak nak seribu dalih..

itu lah ungkapan yang paling sesuai aku gambarkan kepada mamat dalam video ni. walaupun tak ada tangan, tapi dia tetap berusaha untuk mencapai cita-cita..dan akhirnya dia berjaya..

Liu Wei dilahirkan normal dengan memiliki kedua-dua belah tangan.tapi akibat satu kecelakaan yang berlaku keatasnya ketika berusia 10 tahun kedua-dua belah tangannya lesap begitu saja. maka, segala-galanya dilakukan dengan kaki. pada usia 19tahun dia belajar bermain piano. dia bercita-cita untuk menjadi seorang ahli muzik yang dikagumi. dan ketika berusia 22tahun dia berjaya memenangi pertandingan 'China's Got Talent 2010'.

kejayaannya berpaksikan kepada prinsip " I have two options - I can die as fast as possible, or I can live a brilliant life. And I choose the latter"..




:: kesempurnaan fizikal tak menjamin kesempurnaan kehidupan..
cuma semangat serta keyakinan kepada Allah dan diri sendiri yang menyempurnakan hidup..

BEST FRIEND AWARDS..

yeah..aku menang award lagi..haha..korang ingat artis je ke boleh menang award..blogger pon boleh la...walaupun anugerah ni tak boleh diletak dalam almari tetapi..err..(idea tetiba hilang time tengah taip)..lebh kurang la ..haha..sebenarnya award ni datangnya dari blog SINAR RAUDAHsebab aku selalu lepak blog dia kot..aku memang selalu baca blog orang..time ada update kat dashoard tu aku pon klik je la..

tapi award ni aku kena jawab soalan la pulak..haish..susah gak soalan dia..mengalah kan soalan fnal exam aku lak..haha..ok2..meh kita try jawab..


1- Write 5 interesting facts about the person who gave you this awards....

- Simple

- Honest

- Hate lye

- Hard headed

- Head strong

(aku copy dari jawapan dia)


2- Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby....

- bukan buah-buahan walaupun ada iras-iras..

- makanan adalah penting..

- suka gelak tapi susah senyum..

- rilek2 sudah..

- average..

- hobi aku adalah ...tak tau la apa hobi aku.sebab banyak sangat yang aku suka buat..lagipun macam soalan upsr je hobi2 ni..kekekkee

(aku jawab 6 je la..tak tau la tulis pape lagi ni)


3- Pick your most 10 deserving recipients and discribe them...

- azyan (ucent)

- ucent (azyan)

- bagi balik kat tuan award boleh ke?bagi je la..kekekkee..Sinar Raudah

- fahmi ex-uthm

- mat serbaguna

aku tak tau nak tag sapa..sesiapa yang nak amektu,amek je la..ok..



:: hari ni aku free sikit..

so,boleh la update belog ni..

esok hari last pesta konvo uThm..

dan hari terakhir aku bertugas..


Wednesday, October 6, 2010

aku sibuk!

berat badan ku..berat lagi kepalaku..

hurm..itu je la ungkapan yang boleh aku ungkapkan buat masa ni..

giler..! banyak kerja..tapi aku tak tau nak mulakannya..

serabut..! otak aku dah berpintal-pintal dah ni..

fyp..project design..project finite..hadoi..semua kena siap dalam masa 2 minggu ni..aku dah rasa macam nak drop semua je..tapi tarikh drop dah lama tutup..apa yang perlu aku buat sekarang adalah..tenangkan minda..buat slow2 tapi secara pantas..

satu lagi..pesta konvo..perkara yang sedang cuba menyesakkan kepala aku selama seminggu ni..aku harus bekerja secara baik serta menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan..

Ya Allah! beri lah kekuatan kepada diriku ini..



:: dalam masa 2 minggu ni aku agak sebuk..

mungkin belog ini akan ditinggalkan keseorangan..

harap2 korang boleh temankan dia ye..

aku akan try2 cuba luangkan masa bersamanya..


Saturday, October 2, 2010

Eat Pray Love




makan.sembahyang.cinta. 3 perkara penting dalam hidup ini..jika ada ketiga-tiga ni maka lengkap lah hidup kita..

mari kita huraikan setiap satu..pertama sekali adalah 'eat'..dalam bahasa melayunya adalah makan..oh! ini adalah perkara yang paling penting..kerana jika kita tak makan,maka kita tak ada tenaga..bila tak ada tenaga, maka kita tak boleh buat apa-apa..kalau kita tak boleh buat apa-apa, maka kita akan mati..dan bila kita mati, maka kita tak akan dapat mencapai 2 lagi matlamat seterusnya..makan ni adalah rezeki yang dikurniakan oleh Maha Esa kepada seluruh hambanya tanpa mengira agama,bangsa dan darjat..semua mendapat sama rata..kerana Dia bersifat maha pemurah..

seterusnya, adalah 'pray'..sembahyang atau solat adalah satu kewajipan kita kepada Pencipta..ini adalah anda kesyukuran kita sebagai makhluk kepada Allah diatas kurniaan serta rezeki yang telah diberikan..dengan solat juga kita dapat mendampingkan diri kita dengan-Nya..

Cinta atau 'love'..setiap makhluk mempunyai sifat ini..cinta terbahagi kepada banyak bahagian..antaranya cinta makhluk kepada Allah..cinta sesama makhluk..dan pelbagai lagi cinta..Tuhan juga mempunyai sifat kecintaan yang tinggi..Allah bersifat maha penyayang..sifat sayang boleh juga diertikan sama dengan sifat cinta..kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan..



sebenarnya tajuk entry ni aku cilok dari judul filem terbaru lakonan Julia Robert..aku baca sinopsisnya agak menarik..kerana ia berkisar tentang kehidupan seharian..bagaimana seorang perempuan yang mahukan kehidupan yang sempurna..tetapi keliru dengannya..jadi dia mengambil keputusan untuk mengelilingi dunia..dia makan di italy..berserah diri di india dan mencari cinta sejati di bali,indonesia..akhirya ia menemui semuanya..yang bestnye filem dilakonkan di-3 buah negara iaitu italy,india dan indonesia..





:: aku suka cerita tentang reality kehidupan cam ni..
cerita paling best adalah The Persuit Of Happyness..
sapa-sapa yang belum tengok boleh cari la citer tu..
sekarang ni ada filem charlie St. Cloud lakonan zac efron..
citer tu pun macam best je..

Friday, October 1, 2010

I -Phone harga lori terbalik..


cuba korang bayangkan macam mana kalau ada lori i-phone terbalik depan korang..apa yang korang akan buat?mesti la berebut-rebut pergi rembat henpon tu kan..peduli kan pemandu lori tu yang tengah meraung tersepit..kekekeke..woo..best giler kalau dapat i-phone free..tak kesah la kalau yang bukan latest version punya pon..

sebenarnya aku nak cerita promosi henpon kat parit raja sekarang ni..harga memang rendah giler la..memang ramai orang berpusu-pusu pergi usha..termasuk la aku pun..bukan nak beli pon..cuma nak rasa kemeriahannya..hehe..*sebenarnya takde modal nak beli la..

haa..ni la harga lori terbalik..agaknya diorang rembat henpon kat lori terbalik ,pastu jual kat sini..hehe..no la..just kidding..

ni pulak kedai harga kawan-kawan baik punya..biasanya orang yang nak beli yang mengaku kawan dengan tokey kedai..ini ,terbalik lak..haha..

korang nak cari dvd player serendah rm1? kat sini la..betul ke ada? aku pun jalan-jalan kat tempat tu..nak cari gak dvd palayer rm1 tu..tiba-tiba aku terjumpa ni..

ni la dvd player rm1..disebabkan hari kedua dia dah naek harga rm2..esok lak harga rm20..rupa-rupanya kena beli barang rm400 keatas dulu..pastu kena daftar lucky draw..kalau kena baru la korang bayar rm2 tu..hehe..

orang ramai yang berpusu-pusu datang berkunjung..pack giler..dah la panas menehin..hoh..aku masuk kejap je..pastu aku lepak luar sementara tunggu membe aku jenjalan kat dalam..(sesiapa yang berada didalam gambar ni harap dapat izinkan saya publish kat belog ni ye..kalau tak boleh sila bagitahu saya balik)

setelah berpanas tadi aku ternampak gerai ni..pergh..memang terliur tengok time panas-panas tu..terus aku singgah dan beli air tembikai merah tu..wah..lega.. tengok bayang-bayang kat bawah tu pun dah boleh rasa hangatnya petang tadi..huish..





:: diorang cakap henpon tu china mari..
tu sebab murah..kalau tak,
tak kan la dia berani letak harga lori terbalik tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails