manggester

Friday, April 1, 2011

Pebezaan orang beriman dan orang tidak beriman


Assalamualaikum. hari ini aku gagahkan diri juga untuk menaip. dua tiga hari ini aku sibuk dengan projek aku. petang ini pun aku masih perlu berjumpa dengan penyelia projek aku untuk menunjukkan perkembangan projek aku itu.

dua minggu lepas aku ada mendengar sedikit kuliah tentang bencana tsunami yang berlaku di Jepun. menarik juga isi kandungan ceramahnya. dan perkara yang paling aku ingat adalah perbezaan antara orang beriman dan orang yang tidak beriman. alang-alang hari ini hari jumaat maka aku nak kongsi dengan korang semua sedikit pengetahuan:

orang beriman :

apabila diuji dengan kesenangan, mereka akan bersyukur kepada Allah. dan apabila mereka diuji dengan kesusahan, mereka akan bersabar dan memohon keampunan dari Allah.

orang tidak beriman :

apabila diuji dengan kesenangan, mereka akan lupa diri. masa untuk berfoya-foya. tetapi jika mereka diuji dengan kesusahan, mereka akan mudah putus asa dan menyalahkan takdir tuhan.



Allah berfirman dalam al-Quran :“Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.”
(Surah al-Baqarah, ayat 153)


jadi marilah kita bersama berdoa dan berusaha agar kita tergolong dalam golongan yang beriman dan mendapat lindungan dari Allah Taala.

:: gaya penulisan skema!
kekekeke..

2 comments:

Tieah Madian said...

Kadang2 aku jadi seorang yg beriman dan kadang2 jugak aku seolah2 seperti orang yg tidak beriman.. Bukan bermaksud menyalahkan takdir, tetapi kawalan diri tidak sempurna mungkin atas faktor kerja+belajar+masalah peribadi dan lain2 lagi.. Walaubagaimanapun, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.. Insya Allah lepas ni akan cuba untuk berfikiran positif dan ingat Allah selalu..

*Renung2kan dan selamat beramal..

manggosteen said...

tieah:bukan kita jadi tidak beriman. cuma kadang2 iman kita ni ada pasang surutnya..semua manusia mcm tu..iman tak tetap..lain lah para sahabat dulu2 kan..usaha dan doa adalah peting..

*kekekeke..ayat last tu mmg tak bley blah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails