ujian 1: menentang syaiton yang direjam
5.45pagi jam telefon kurang pintarku berbunyi. agak bising juga bunyinya. kugenggam erat dia dan ku picit butang 'stop'. sekali lagi dia menjerit pada jam 6.15 pagi. tidak tahan dengan jeritannya itu aku bingkas bangun untuk menunaikan tanggungjawab dipagi hari. seusai tanggungjawab telah terlaksana aku round bilik-kebilik seperti warden asrama untuk mengejutkan rakan-rakanku yang lain. ujian pertama menentang syaiton pagi ini terlaksana.
ujian 2: study untuk ujian pagi ini
niat dihati memang aku nak study pagi ini. sebab jam 8 pagi itu aku ada ujian subjek Pengurusan dan penjimatan Tenaga. tetapi seperti ada tarikan magnet aku kembali keatas katil untuk menyambung peraduan ku. letih lawatan ke port Dickson semalam masih berbaki dalam diri ini. ditambah pula dengan kemalasan untuk membuka buku diawal pagi. jam 7.13 pagi aku gagahkan diri untuk membuka buku, biarpun sudah kesuntukan masa. maka aku study pengiraan-pengiraan penting sahaja.
ujian 3: pergi ujian
penungguan aku untuk pergi bersama-sama rakanku ke bilik ujian aku batalkan. kerana aku seperti penunggu yang menunggu siput berlari laju ternampak hantu. rakan ku dengan lemah gemalainya bersiap-siap. lantas aku tinggalakan saja beliau. seperti biasa ujian untuk menyetat motor kapcai dipagi hari adalah begitu menguji kesabaran. tetapi dengan kekuatan kaki umpama kekuatan kaki Drogba aku berjaya menghidupkan motor buruk ku itu.
ujian 4: di bilik ujian
kusangkakan ujian sudah pun bermula kerana aku sudah tertelat hampir 10 minit. namun pensyarah belum kunjung tiba. aku dan rakan kelasku sibuk membelek-belek nota. hampir 50 minit menunggu pensyarah kami masihbelum nampak batang hidungnya. "haish..ada test ke tidak ni", keluh aku serta rakan-rakanku yang lain. jam 9.05 pagi kami masih memanaskan bangku bilik ujian itu. tanpa ada rasa serba salah aku dan beberapa rakan ku yang lain keluar dari bilik itu dan pulang saja kerumah, kerana perutku sudahpun menikam-menikam dari dalam sebagai ugutan untuk aku mengisinya. aku anggap bahawa ujian tidak ada.
ujian 5: ujian betul-betul ada
sesampainya aku dirumah, telefon tanganku yang tidak berapa pintar itu berdering. isi kandungan sms menyatakan bahawa pensyarah aku sudah datang dan mahu ujian diadakan. adoyai..keluh aku lagi. segera aku meloncat ketas motor kawanku untuk pergi bersama-sama kerana aku malas nak menyetat motor buruk ku tadi. setibanya aku kebilik ujian, ujian telahpun bermula. aku terlewat beberapa minit. kujawab dengan penuh semangat walaupun soalan 1 telah ku abaikan kerana aku tidak study soalan itu. nasib aku la.
baru siap soalan nombor 2 kami dikejutkan oleh seseorang uang mahu menggunakan bilik tersebut. kerana sudah tiba masa kelas beliau untuk menggunakannya. disebabkan kami telah terlewat menggunakan bilik itu, maka kami perlu keluar. dan, yeah! 2 soalan aku tidak sempat menjawab. pensyarahku suruh hantar juga kertas ujian itu. aku hantar dengan lemah longlai. ntah berapa saja lah markah ku nanti.
tapi ini bukan salah aku mahupun rakan-rakanku. tapi ini salah pensyarah yang datang lewat. huh. ntah ujian apa la yang menimpa aku ini. tapi aku tidak gusar kerana satu kelas aku menerima nasib yang sama.
kesimpulan ujian:
ujian datang dengan pelbagai cara. jadi kita perlu bersedia dari segenap sudut. tetapi sedarlah kita bahawa Allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak mampu kita tanggung. Allah memang mengetahui cara bagaimana untuk menguji hambanya.
:: masa itu emas biarpun ia
tiada dijual dikedai emas!
6 comments:
Kalau takde ujian, manusia ni akan lupa Allah.. Betul tak?
Entry Terbaru : Perkara Yang Tak Perlu Ada Dalam AF9
tieah:betul3x.(cakap gaya upin ipin..akakkaa)..susah pun ujian senang pun ujian..
Ujian... itu le asam garam kehidupan.
Only the strong will survive... dgn izin Allah ;)
@sottop78:yeah..tanpa ujian kita tak akan kenal kehidupan kita..
dapat ambik semula tak test tu?
bahaya kalau ko buat gitu selalu... ;-)
Fahmi:lect tu wat re-test isnin ni..
Post a Comment