manggester

Tuesday, April 12, 2011

Telur aku asli ok! | Edisi Telur Tiruan


Situasi lepas

aku pecahkan kulit telur. krak! rapuh saja bunyinya. setelah aku pastikan bahawa isi telur itu tiada anak ayam di dalamnya terus aku masukkan telur itu kedalam minyak panas. aku goreng dua biji sebab rakan serumah aku membaut surat permohonan supaya menggorengkan sebiji telur untuknya. (siap buat surat permohonan)

setelah kenyang aku capai tetikus komputer aku. "TELUR TIRUAN"? erk~adakah telur yang aku makan tadi telur tiruan? antara ciri-ciri telur tiruan adalah kulitnya agak rapuh. oh tidak! telur tiruan dah menguasai tubuh badan aku. seingat aku baki telur yang ada di dapur adalah hanya tinggal 2 biji. ini bermakna aku sudah memakan 14 biji telur tiruan. dan rakanku juga telah memakan 14 biji telur tiruan.

"Leh, kita makan telur tiruan dowh", kata aku kepada Saleh Batcha.
"hah?", balas Saleh ringkas.
"betoi, ang tengok ni", ada sedikit loghat utara aku selitkan disitu.

Saleh pu datang melihat skrin komputer aku.

"habes la kita", kata Saleh sambil menggaru-garu kepalanya yang aku rasa tidak gatal pun.
"haha", tawa aku sedikit biarpun agak gusar kerana takut aku akan bermutasi seperti ninja turtle.



Situasi semalam

Berita TV9 "tiada telur tiruan dipasaran negara ini".

"fuhh..selamat kita Leh" aku melahirkan rasa selamat kepada Saleh yang sedang fokus bermain game.
"haha..naseb baik..kalau tak kompom kita jadi makhluk asing", balas Saleh walaupun matanya tidak lepas dari komputenya.

aku malas nak layan kata-katanya itu kerana dia tdak memberi perhatian terhadap perbincangan penting ini. dan aku terus menonton berita di TV9 itu.

ayam pun masih keliru dengan status telurnya


::menurut berita itu lagi, telur yang dianggap tiruan sebelum ini adalah telur yang sudah rosak atau mempunyai gred yang rendah.

2 comments:

ainzoo said...

apa yang bahaya kat telur tipu ni ek?

manggosteen said...

@ainzoo: yang aku tahu dia ada campuran bahan kimia kan..contohnya benzoic..boleh rosakkan otak kot..aku pon tak pasti..tapi lebih kurang gitu la..bila byk sgt bahan kimia ni bahaya kot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails