selamat pagi dan selamat mengundi untuk semua calon-calon pengundi di Sarawak. hari ini aku nak kongsikan tentang ciri-ciri kualiti pemimpin yang baik. dan semasa aku mecari info tentang hal ini aku tertarik dengan apa yang ditulis oleh blog panjangakal. tulisannya berdasarkan apa yang diungkapkan oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun.Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;
- Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
- Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
- Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
- Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
- Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
- Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
- Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
jadi kepada pengundi-pengundi di Sarawak, adakah pemimpin yang bakal anda undi nanti mempunyai nilai-nilai seperti diatas? atau pemimpin-pemimpin yang tidak sepatutnya. gunakan akal dan pemikiran yang waras untuk mengundi. dan bertawakal kepada Allah agar pilihan kita adalah pilihan yang tepat.
2 comments:
hehe... aku tak pasti la sama ada semua tu nnt jadi ukuran memilih pemimpin sekarang nie... :-D
Fahmi:ye lah..skrg ni mana ada pemimpin mcm kat ats ni dah..kakaka
Post a Comment