manggester

Friday, April 8, 2011

Kepentingan RM1


"enam ringgit lima puluh sen", nyata peniaga itu. ku keluarkan dompet lusuhku sambil menyelak tempat simpanan duit itu. sudah hampir lima tahun dompet itu berkhidmat untuk aku. terasa tebal dompet aku kerana terlalu banyak wang kertas RM 1 didalamnya. RM1 saja yang banyak, not-not lain tak ada pun. masih terasa cebisan-cebisan roti nan cheese dicelah gigi aku ini. kedai roti nan cheese terbaik di Batu Pahat aku tinggalkan setelah membayar harga roti itu kepada peniaga tersebut.

dalam perjalanan pulang kerumah aku berfikir apakah idea untuk aku menaip untuk entry terbaru. disebabkan semalam aku tiada mengupdate blog selain daripada segmen BA dan contest, maka terpaksa aku kerahkan kepala otak ini untuk menaip entry pada hari ini. teringat pula aku kepada helaian-helaian wang kertas RM1 tadi. yeah~ itulah entry aku untuk hari ini. apakah kepentingan RM1 untuk kita? kenapa diwujudkan wang kertas satu ringgit?

jadi aku nak cuba huraikan sedikit tentang apakah kepentingan wang kertas RM1.

  1. supaya mudah untuk peniaga-peniaga meletakkan harga kuih-muih dan harga nasi lemak. contohnya kuih-muih beharga RM1 untuk 3 ketul dan disini wujudnya istilah nasi lemak seringgit.
  2. disebabkan hari ini hari Jumaat maka RM1 begitu penting dalam kehidupan hari ini kerana memudahkan para kaum lelaki bersedekah dimasjid ketika sembahyang Jumaat nanti.
  3. setiap kali hari raya wang kertas RM1 memang cukup laris. pakcik makcik akan pergi ke bank-bank untuk menukarkan wang meeka dengan RM1. macam biasalah untuk duit raya kan~
  4. selain itu memudahkan untuk kita bersedekah. kerana RM1 memang mudah dikeluarkan untuk pengemis-pengemis jalanan.
  5. untuk buat bunga rozek sebagai penghargaan kepada bentara-bentara kenduri kahwin. tapi sekarang ni dah tak pakai bentara dah. semua pakai caterer.
  6. untuk mengelakkan kita daripada terpaksa bersusah payah membawa syiling banyak-banyak. sebab duit Rm1 ni ringan sikit.

sebenarnya banyak lagi kepentingan wang kertas RM1 ni. tetapi kepala otak ini seperti sudah tershut-down kerana kekurangan oksigen. air milo di dalam gelas yang ku hirup sedikit demi sedikit sejak tadi pun sudah nampak dasarnya. maka aku berhentikan dahulu entry ini. jika korang tahu lagi kegunaan wang kertas RM1 selain dari yang aku nyatakan diatas, sila lah kongsi bersama. sharing is caring~

:: kepada kaum lelaki yang beragama Islam sekalian jangan lupa untuk hadir awal ke masjid. janganlah tiap-tiap minggu nak kumpul telur ayam saja. sekali-sekali cuba lah rebutkan unta gemuk pula. bawa wang lebih untuk bersedekah dan bukan bawa RM1 untuk hirup cendol saja. hehe..


5 comments:

AZRI said...

penting beb..
x de rm1 mane ckup rm1juta kan...

manggosteen said...

@azrijohan:ahahaha..betul gak tu..kalu camtu satu sen lagi la penting..klu takde 1 sen kompon takde sposen..kekekee

solomolo said...

penting ye seringgit...
dulu ingat lagi masa keje kat kedai serbanika...
sorang uncle nie masok nak beli paper...
paper tue seringgit je...
die bole hulur duit rm50...
terus cakap kat uncle tue "sorry uncle, pepagi ni takde duit tukar"...
padahal memang dah tahu niat uncle tue nak tukar duit jer...

sarapan apa pagi td???
http://solomolo.blogspot.com/2011/04/pagi-yang-kenyang.html

manggosteen said...

@solo molo: hhaha..betul tu..kengkadang aku slalu gak wat camtu..nak pecahkan duit, tapi beli bende2 murah..kekekeke

Zuwairi said...

seringgit sah2 la penting.. dulu kini dan selamanya..

3Hari 2Malam Lawatan sambil belajar ke Kuching dan KK

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails