manggester

Monday, April 4, 2011

Duduk sebelah perempuan memang sempit | Edisi Naik Bas


termenung aku didalam bas, memikirkan masa depan jauh sekali. yang ada dalam pemikiran aku ketika itu adalah bila bas ni nak jalan. kerusi disebelah ku masih kosong. dihadapanku ada seorang mamat india dan dibelakangku ada seorang awek kesunyian.

sementara menunggu pemandu bas nak menekan pedal minyak bas itu, datang Nurul dan duduk sebelah aku. "Mangges, aku duk sini eh?", soalnya kepada aku. "duduk la", balas aku ringkas sedangkan dia sudah duduk dahulu sebelum bertanya. lagipun sengaja aku biarkan Nurul duduk sebelah aku kerana sebelum naik bas tadi dia memang dah chop nak duduk sebelah aku.

setelah membetulkan duduknya dia bersuara lagi. " Mangges, belakang ni ada awek duduk sengsorang, aku nak duk belakang lah", Nurul mula perbualan. aku cakap " g la. sedap sikit aku dapat duduk sengsorang lak kat sini".

mungkin korang keliru dengan Nurul ini. kenapa aku biarkan Nurul duduk disebelahku. kemudian aku membiarkan dia menggatal dengan awek dibelakang. sebenarnya Nurul ini adalah seorang lelaki yang memiliki nama keperempuanan. tapi kadangkala bila dia dah start menyembang mengalahkan makcik-makcik yang sedang bergosip tentang aku. tambah-tambah jika aku call dia. sengaja dia cakap banyak-banyak untuk menghabiskan kredit aku tuh.

tiba-tiba dia sengaja bersuara lagi. "aku duduk belakang lah. pastu aku soh awek tu duduk sebelah kau (merujuk kepada aku)", cadangnya lagi. aku diamkan saja. sudah lama aku kenal Nurul ni. mulutnya tak akan berhenti bercakap selagi aku melayannya. dia merenung muka aku dan mengharap respon dari ku. kesian melihat mukanya yang agak memerah mungkin akibat dari sikapku yang membatu, aku merespon cadangannya.

"aku tak suka duduk sebelah perempuan dalam bas. sempit!",balasku pula. mukanya masih mengharapkan penjelasan dariku tentang kenyataan aku tadi. "ye la. duduk sebelah perempuan ni sempit biarpun badannya kurus seperti lidi", sambung aku pula. sekali lagi dia membuat muka terlalu esaited nak tahu lebih lanjut. maka aku pun layankan dan terangkan kepada dia.

keadaan dalam bas yang aku curi dari seniaku

pada aku, kalau duduk sebelah perempuan dalam bas jadi sempit kerana aku ni penyegan orangnya. jadi aku akan berusaha agar tubuhku mempunyai jarak dengan perempuan itu. dan yang lebih membuatkan keadaan sempit adalah kerana aku perlu mengunci segala pergerakan aku agar tidak tersentuh perempuan itu. ye lah.. kalau tersentuh karang perempuan tu cakap aku nak melakukan gangguan seksual kat dia pula. jadi aku terpaksalah mematungkan diri selama mana aku berada didalam bas itu.

tidur didalam bas merupakan perkara feberet aku. tapi apabila ada perempuan disebelah aku maka aku perlu berhati-hati. mana lah tau kot-kot perempuan itu pula akan cuba hendak meraba aku.kah kah kah. dan disebabkan hal ini maka aku perlu berjaga sepanjang terduduknya aku didalam bas itu.

maka, aku lebih selesa jika duduk dikerusi tunggal atau dalam bahasa orang putihnya single seat. kerana disitu aku tidak perlu risau daripada teraba atau diraba orang disebelah. haha. perjalanan pulang dari Port Dickson petang itu selamat tiba di kampus pada jam 5 petang.


8 comments:

ainzoo said...

personal space tu amat perlu if kat tempat public..nak2 org kita yang terkenal ngan adat ketimurannya..
Dlu, masa blajo, ada la cikgu bgtau ttg radius personal space ni..spy masing2 rasa confortable (especially diri kita sendiri)..seme depends pada orang tu sendiri.

My bad experience..penah kena raba peha ms naik bas dr selatan ke utara (eh..ke dr utara ke selatan..hmm..xingat dah). mamat cilakak tu buat2 tdo, muka selubung ngan bj sejuk yang ada hood. tapi, tgnnya mjalar slow kat peha aku..masa tu aku perasan jam 3pagi.masa tu aku naive..budak2 lagi..so, aku diam membatu ar..

Kalo sekarang, mmg nahas la org tu.saiz tapak kaki aku mmg same saiz ngan muka dia.

so, bila sebut pasal bas, mmg kompom aku teringat peristiwa hu... :(

manggosteen said...

@ainzoo: betul tu..haha..kalu tak cukup saiz tapak kaki tu boleh pinjam saiz tapak kaki driver bus skali..ekekkeke

Tieah Madian said...

Hahaha.. Aku gagahkan jugak baca sampai habis.. Ada jugak orang sekmapung aku nama nurul tapi dia lelaki.. Ngee :) Eh eh, samalah.. AKu pun lebih suka duduk sorang2 kalo naik bas.. Tapi jarang naik bas kalau bukan nak pergi tempat jauh jauh.. Hahaha..


Entry Terbaru : Alamak! Video 'Panas' Dah Tersebar..

manggosteen said...

@d_tieah: panjang sgt ke aku tulis sampe ko terpaksa gagahkan diri?ahahahah..ye la ko kan naik belon je..kekekeke

Cabaran SEO said...

haha... meraba dalam bas ek...

naik bas duduk sorang2 mmg best... first time aku naik bas single seat lepas tu bila naik yg yg kena duduk berdua dah rasa tak best dah... :-)

manggosteen said...

fahmi: ahahaha..ko penah kena raba dlm bas tak?kekeke

tu la pasal..dok sengsorang best..tapi kalu duk berdua ngan membe lagi best..bley sembang2..tak la bosan sgt..

Amalina said...
This comment has been removed by the author.
manggosteen said...

@Amalina dan Benda Kecil:ahahaha..cik akak ni betul2 tak berpuas hati dgn penulisan aku ni..maksud aku kat cite ni adalah sempit kerana aku terpaksa membatukan diri..

rilek sudah..tak ya nak emo2..blog aku,aku punya suka la nak tulis apa..kah kah kah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails