seperti biasa apabila ada perlawanan pasukan kegemaran kami (Chelsea), kami akan berkumpul beramai-ramai untu memberikan sokongan. menentang Wigan kali ini seperti menentang Manchester United pula rasanya.
separuh masa pertama berlalu tanpa jaringan. bosan dengan dua tiga pemain chelsea yang agak tamak dan tidak pandai mengambil peluang. tak lama selepas itu datang Saleh Batcha (bukan nama sebenar).
"tongkat ali ais satu", rujuk Saleh Batcha terhadap Ali Cafe.
"tongkat ali takde bang", balas waiter tersebut.
"arr..bagi..", kata Saleh sambil berfikir.
"Mahkota Dewa ada la..lebih kurang tongkat ali gak la..", sampuk waiter itu sebelum Saleh sempat menyambung ayatnya.
"kah kah kah", derai tawa aku dan kumpulan penyokong Chelsea yang bersama.
Ali Cafe 3 in 1
tapi...
Mahkota Dewa 14 in 1
:: fikirkan yang mana lebih baik. 3 dalam 1 atau 14 dalam 1. tetapi Saleh Batcha memilih milo ais yang hanya mengandungi protomalt.
2 comments:
best ke minum air tuuu..
@Siti Nur Fatimah Mohamad Ali:tak tau la.tak try pun..hehe..
Post a Comment