manggester

Friday, August 6, 2010

sambungan kisah semalam..

salam..semalam aku ceritakan projek hari khamis aku..hari ni aku sambung kisah 4 hingga habes..

kisah 4 : roti canai pulak??

sekembalinya aku dari menonton wayang,kami terus pulang kerumah..tetapi didalam kereta kami sudah membincangkan tentang makanan lagi.."roti canai jom,kat depan 7e",celah ku.."hah!!jom!!",sahut kawan-kawanku..

sampai dirumah kami berehat sebentar..setelah selesai solat asar kami bersiap untuk pergi..roti prata 1 roti telur 1..bagi teh o limau ais satu..pesan aku kepada makcik yang ambil order tu..tak lama lepas tu pesanan kami pun sampai..aku koyak-kan roti canai tu dan celup didalam kuah dal+sambal..aku suap ke-dalam mulut..humpph..sedap..serius sedap..

selesai makan kami pon beredar dan membayar rm6.50..harga ni sebab campor ngan ehsan punya roti..dia tak de duit..nak pegi bank jap pas tu..


kisah 5 : air belimbing gelas besar dan oblong!!

malam tu kami memang merancang untuk ke-perpustakaan..diorang nak cari buku..aku ikotkan aje..sebab best pergi pustaka tu..sejuk..selepas meminjam beberapa buah buku,kami naek kereta nuar untuk balik kerumah..tetapi dalam perjalanan soleh ajak pegi minum air buah gelas besar pulak..jom..layankan aje..

aku order air belimbing saiz medium..diorang semua order air honeydew..aku call eddy ngan esan..sebab diorang mesti nak minum gak..sah!!dorang sh orerkan dulu air honeydew..secara tiba-tiba aku dapat pesanan ringkas daripada ikram..mintak orderkan honeydew gak..

dalam dok menunggu pesanan kami tu..soleh mengoffer kami sesuatu makanan yang aku tak pernah dengar..namanya oblong..ape tu??nama cam makanan indon je..tapi selepas diterangkan oleh soleh rupa-rupanya ia adalah burger cam prosperity mekdi tu..aku pon order gak..setelah pesanan sampai aku pon menjamahnya..boleh tahan la..daging yang empuk diapit oleh dua keping roti bun ditambah pula dengan sos lada hitam..serius serupa ngan prosperity mekdi..

tamat kisahnya..

tetapi,disini aku cuma nak jelaskan kenapa aku cerita semua ni..semua ni berkaitan dengan duit..awal-awal sem ni aku macam orang baru dapat gaji la..semua boleh jalan..kalu nak kira perbelanjaan aku semalam adalah melebihi rm20..hoh!!banyak tu bagi orang seperti aku..mari kita check;

sarapan pagi : rm1.00
wayang : rm10.00
big apple : rm4.60
roti canai : rm3.50
air belimbing : rm3.00
oblong : rm4.00

total : rm26.10

hadoi..nampak gaya bila hujung sem nanti aku hanya mampu menelan "mi sedap" je la..mangges..tolong la jangan boros..

2 comments:

Fahmi Raazali said...

kira ok la tu rm26.10 sehari...puas pun puas... huhu aku abis rm40 utk satu hari time ada ide night sebelum nie... huhu mahal gila...

manggosteen said...

hadoi..
haha..ko wat pe smpe 4ohengget?/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails