manggester

Tuesday, August 10, 2010

Persiapan berpuasa-ku..


"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan kerana Allah Ta'ala"

perkara diatas ni adalah persiapan paling penting untuk berpuasa..ye la kan..kalau tak niat puasa, tak da la fardhu-nya..tak kira lah kita berniat secara keseluruhan (niat sebulan) atau berniat setiap hari..yang penting adalah niat kerana Allah..

persiapan yang penting juga adalah bersahur..bersahur di-istilahkan sebagai makan diaktu pagi sebelum subuh..ini penting bagi membekalkan tenaga kepada kita untuk menjalankan ibadah puasa serta aktiviti harian kita..selain itu, sahur adalah sunnah Nabi Muhammad (SAW)..

disamping itu perkara yang penting adalah iftar.iftar tu bermaksud berbuka puasa lah..setelah hampir 14 jam berpuasa (betul ke aku kira ni? lebih kurang la kowt), berbuka adalah nikmat serta kegembiraan bagi mereka yang berpuasa..

dah lepas berbuka tu jangan la lupa nak solat maghrib serta isyak..dan seterusnya disambung dengan solat sunat terawikh..solat sunat terawikh ni hanya boleh dilakukan dibulan ramadhan je tau..bulan lai tak da..bulan ramadhan juga merupakan bulan terbaik dari seibu bulan..selain itu ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu malam..iaitu malam lailatulqadar...

bagi aku..persiapan seterusnya adalah makanan untuk bersahur..biasanya kalau dirumah bersahur mesti lah nasi..tapi azam aku untuk tahun ni tak nak makan nasi ketika bersahur..mungkin aku akan makan kurma atau megi je kowt..
lagi pon kak yong aku baru je pos-kan kurma yusup taiyob dan air 3 in 1 ni..maka,lagi senang la proses bersahur aku..


.:. terima kasih kepada kak yong sebab menghantar stok ini..hehe..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails