Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
salam kemerdekaan buat semua..apa yang kita faham tentang merdeka?alau tanya aku pasti pasti aku akan jawab sama dengan budak-budak sekolah kat luar tu..tapi setelah aku berfikir secara masak-masaknya, merdeka ini adalah suatu keadaan dimana kita boleh berfikir sendiri secara rasional, membuat keputusan diatas asas yang kukuh dan melaksanakan sesuatu berdasarkan kebenaran..
tetapi,adakah kita sudah pun merdeka? merdeka minda dan juga fizikal? jika diimbas saat bapa kemerdekaan kita melaungkan kalimat merdeka 53 tahun dahulu, memang kita rasakan kita sudah merdeka..akan tetapi,pada masa kini kita sudah pun seakan-akan kembali kepada zaman penjajahan..dimana walaupun secara luaranya kita kelihatan bebas tapi dalam minda kita sudah pun dijajah oleh sentimen-sentimen serta pengaruh-pengaruh negatif..
perdana menteri kita yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan bahawa beliau mahu mewujudkan masyarakat Malaysia dengan MINDA KELAS PETAMA..adakah ia akan berjaya? pada pandangan aku, sasaran ini tidak akan berjaya jika masyarakat kita tidak mahu mengubah pemikiran mereka sendiri..
selagi pejalan kaki di Malaysia ini masih tidak mahu melintas menggunakan jejantas..selagi pemandu kereta masih memintas kenderaan lain dilaluan kiri..selagi penunggang motosikal masih lagi mahu berkongsi jalan dengan kenderaan besar di lebuh raya..maka objektif ini "TIDAK AKAN" tercapai..
itu baru kita lihat dijalan raya..cuba kita perhatikan disekeliling kita..selagi mana kita dapat melihat cebisan-cebisan kertas berselerakan selagi itu lah kita tidak akan berjaya..wawasan 2020 yang pernah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mungkin akan hanya menjadi silibus didalam buku teks sekolah..kerana kita akan mencapai tahun 2020 tanpa mencapai wawasan yang telah dipahatkan..
maka, dalam konteks ini kita sebagai rakyat malaysia yang mempunyai fikiran yang waras serta mampu membuat keputusan dengan cermat..kita haruslah melaksanakan sesuatu perkara terbaik demi menjamin kemerdekaan negara kita bukan hanya untuk 50 tahun akan datang malah untuk selama mana bumi ini masih berbentuk sfera..
:: sambut kemerdekaan bukan hanya dengan menjerit merdeka! sambil melihat bunga api..tetapi fikirkan lah apa yang terbaik untuk Malaysia..lakukan apa yang terbaik untuk tanah air tercinta dan bersyukur lah kepada yang Maha Esa atas kurniaan ini..
No comments:
Post a Comment