manggester

Saturday, August 7, 2010

makan RACUN??

gambarajah 1 : racun

jangan makan..ia beracun!!

post kali ni aku nak cerita pasal aku makan racun..hah!!nak bunuh diri ke??hehe..bukan la..tapi aku makan racun untuk hidup..racun apa yang dimakan untuk hidup??

sebenarnya, aku makan 'Mee Racun' la..bagaimanapon mee ini langsung tiada ramuan beracun mahupun paracetamol..hurm..macamana mee racun tu??macam ni la :-

gambarajah 2 : mee racun tanpa racun

semalam, aku serta beberapa rakan-rakan ku telah pergi ke-batu pahat untuk makan racun ni la..lokasi-nya terletak berdekatan dengan carefour batu pahat..daripada penjelasan beberapa orang sahabat, mee racun ni pada sejarahnya tiada nama..tetapi selepas beberapa orang makan disitu mereka menamakan ia mee racun kerana ia membuatkan orang begitu ketagih..mungkin ada dadah kot..itulah sebabnya ia di-kaitkan dengan racun ..( fakta ni tak diketahui sama ada betul atau tidak..so jangan la percaya sangat)

gambarajah 3 : dari pandangan sisi

rasa keenakannya memang la mengkagumkan..kerana ia ditambah lagi dengan 'kotak gear' atau lebih mesra dengan panggilan 'gear box'..dengan straw yang dibekalkan aku menyedut isi sum-sum didalam tulang tersebut..lemak berkrim..disukai ramai..sekali kena pasti nak lagi..tapi aku makan sepinggan je..sebab on-diet..haha..

sebut pasal racun ni..aku teringat tentang racun yang sangat kiut..2 orang gadis imut membuat miming lagu racun yang tengah glamer di utiub sekarang ni..


hurm..camne ngan racun diatas..selamber dan gediks..i lioke..

selepas balik dari batu pahat kami melalui university kesayangan kami..iaitu uThm..dan kami nampak track dan padang yang hampir siap..bagus..makin berjaya la program pengkurusan aku ni..sebab nanti aku dah boleh pergi berlari anak ditrack tu..

gambarajah 4 : track dan padang uThm yang hampir siap (kereta honda itu tiada kaitan ye)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails