manggester

Monday, August 9, 2010

mUsiM EpL meLANda kEmbali


hurm..musim epl bakal menjengah ke-episod baru minggu hadapan..14 ogos 2010..bakal mewujudkan kembali gelora dihati peminat-peminat bola..tak kira lah yang menyokong team MU atau chelsea atau arsenal atau livepool??4 pasukan gergasi ini yang biasanya mewarnai kemeriahan liga ber-prestige itu..

pada akhir musim lepas,banyak kejutan yang berlaku..contohnya pasukan liverpool terperosok di-tangga ke-tujuh liga selepas aksi hambar pasukannya..pasukan manchester city yang mempunyai limpahan pemain-pemain berbakat, gagal untuk melayakkan diri di-4 tangga teratas..serta pasukan tottenham hotspurs berjaya melangkah ke-liga juara-juara eropah dengan aksi yang menarik..

musim ini pasti akan ada lagi kejutan-kejutan yang akan tercoret di-lembaran liga..pasukan chelsea yang menjuarai liga pada musim lepas pasti akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankannya..setelah melepaskan beberapa pemain-pemain yang sdah berusia pasukan ini perlu mencorakkan strategi yang lebih mantap..(sayangnya pemain feberet aku dah pergi ke-liverpool)

pesaing ter-rapat season lepas adalah manchester united..ni lagi satu pasukan yang bakal meng-gegar..dengan pembelian pemain baru iaitu chicharito atau nama sebenarnya hernandez ia pasti merangsang pasukan tersebut untuk merampas kembali takhta liga..player ni memang merbahaya masa aku tengok worldcup ari tu..dia main untuk mexico..

sebut pasal pemain baru pastinya mata akan ter-arah kepada manchester city..pasukan yang agak kaya sekarang ni..jual beli player macam beli kacang kat kedai runcit ah seng aje..kalau boleh semua player dia nak beli..dan pasal pemain baru juga kita boleh kaitkan dengan pemain arsenal iaitu chamakh..pemain maghribi ini juga agak bahaya di-barisan hadapan..arsenal memang sentiasa mahukan pemain-pemain muda..dan bakat-bakat didalam 'youth team' nya juga amat menakjubkan..cuma kadang-kala dari segi mental mereka akan kalah..

lagi 6 hari saingan akan bermula..dan pada masa itu lah malam minggu aku ter-isi dengan aktiviti melepak di-kedai mamak..sebenarnya memang terniat di-hati untuk tak nak tengok bola pada sem ni..nak study la konon..tapi apa kan daya..setiap minggu pasti akan terpedaya dengan pujuk rayu rakan-rakan..

asyik cerita pasal bola sepak eropah je..macam mana dengan bola sepak tempatan? selangor ,perak,kedah,terengganu,johor fc ,kelantan dan lain-lain..haha..yang aku tau sekarang ni selangor dah pun mengangkat piala liga super..sebenarnya aku kengkadang nak tengok juga bola sepak malaysia ni..tetapi..bosan tengok liga super Malaysia atas sebab-sebab berikut :

1. kualiti permainan yang agak kurang (akibatnya : aku malas nak tengok kat stadium)
2. publisiti yang tidak meluas (akibatnya : aku tak tau game pada hari apa )
3. kualiti siaran langsung tidak memuaskan (akibatnya : nak tengok live pon takde semangat)
4. sistem yang caca-marba / pahang mesti tak kan turun liga aka politik bola sepak (akibanya : bola sepak malaysia semakin mundur )
5. dan lain-lain sebab terlalu banyak kelemahan (akibatnya : aku memang malas nak tengok bola sepak malaysia)


p/s- bukan nak kutuk bola sepak malaysia..tapi memang dah macam tu..
bukan tak ada semangat patriotik..tapi semangat semakin luntur dek perkara diatas..

bila bercerita pasal bola sepak, aku teringat kat clip 15 malaysia yang bertajuk meter..KJ berlakon tau..korang layan jap~


korang tafsirkan la sendiri isi yang tersirat didalam clip video ini..

mood : agak sedih bila chelsea kalah kepada MU piala perisai komuniti..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails