hari ni aku rasa bersemangat nak pegi ke-kelas..walaupon aku yakin kelas ini akan bosan..aku pergi ber-single-an naik motor yamaha sukan ku..sesampainya di-kelas kuperhatikan lecture (prof darwin) dah masuk pon..dalam kelas tak sampai 1/3 pon student..
aku melangkah masuk dengan poyo..sebab aku pakai baju kemeja kotak2 yang agak smart..dengan kasut quicksilver hitam yang agak lusuh aku menyusun langkah menuju ke-kerusi sebelah kanan..sebab kerusi sebelah kiri amat merbahaya..sering disoal oleh prof tersebut..
selepas 15minit..kelas mula penuh..tapi aku mula rasa tak tenteram..perut lapar ni..kuliah pulak bosan..tiba-tiba,aku terdngar suara kasar dibelakangku bertanya, "sapa nak pegi sarap ngan aku?"..segera aku offer diri..yes..ada gak dak yang lapar pagi-pagi ni..
aku keluar dulu..selang 3 minit kawanku pula menyusul..tak boleh keluar sama-sama ..nanti kantoi..hekhek..kami makan di kafe TSN..aku amek kuih je..malas nak makan berat-berat..sebab nanti balik kelas nak pegi kedai edy pulak..
sedang aku berbual-bual datang pula 2 orang lagi budak kelas aku..hoh!!cabut jugak..kelas bosan..biasa la..setelah hampir setengah jam berlalu,kami mula mengorak langkah menuju ke-kelas semula..masuk kelas pon sorang-sorang..tak nak kantoi..
aku masuk ke-kelas sambil melirik jam di-henset..dah nak balik ni..yea2..tepat sekali..tak sampai 10 minit aku memanaskan bangku, prof darwin pon tamat kan kelas..wajah ceria terpancar di-wajah setiap pelajar..terima kasih prof..
lepas keluar dari kelas aku mengikut rakan-rakan ku menuju ke-dataran penyu..ada pameran research n innovation kata mereka..habes pusing-pusing pameran yang takda input (sebab kami cuma jalan2 je) tu ,kami berarak ke-motr masing-masing..tetapi ada pula RnR kat tepi pameran tu..ces..diorang semua ni bukan nak tengok pameran pon..sekadar nak beli bola-bola nugget tu je..mangkok tol la..
No comments:
Post a Comment