manggester

Tuesday, August 17, 2010

mulut seharum kasturi disisi Allah..tapi bau longkang disisi manusia..

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


berdasarkan kepada hadith diatas,ia menggambarkan betapa mulianya martabat bagi mereka yang berpuasa..sehinggakan disamakan mulut mereka yang berpuasa lebih harum disisiNYA daripada bau kasturi..tapi sampai sekarang aku masih tak tau kasturi tu apa..yang aku tau limau kasturi je la..kawan aku cakap kasturi tu sejenis bunga..so,aku pun tanya la pakcik google,kasturi tu apa..dan ini lah jawapannya : >BUNGA KASTURI<


gambarajah 1 : Bunga Kasturi (menurut kata pakcik google images)

ok..berbalik kepada persoalan tadi..walaupun berdasarkan hadith tersebut dinyatakan mulut orang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi, itu tidak bermakna kita tidak perlu untuk menjaga mulut kita ni..ye la..disisi Allah memang la harum..tapi bagi orang-orang disekeliling kita pasti ada yang tidak menyenangkan..mana tak nya..bangun-bangun tidur kita tak memberus gigi..eeiiuww..pastu bila bersembang atau berkomunikasi dengan orang lain mesti ia seakan-akan menusuk hidung orang tersebut..mana tak nya..bau mulut dah macam longkang..

sekurang-kurangnya kita sudah memberus gigi selepas kita berahur..dan mungkin kalau kita tidur semula ,kita perlu berkumur atau memberus kembali selepas bangun nanti..tapi ini tak digalakkan la..maksudnya kita jangan tidur semula lepas bersahur..maka, tak ada lah masalah mulut berbau..


gambarajah 2 : memang kaw-kaw bau mulut dia

ekceli..aku ada terbaca tips-tips menjaga kebersihan mulut ketika berpuasa..jom kia tengok..

  1. banyakkan meminum air masak atau kadang-kadang orang panggil air jarang diantara waktu berbuka dan bersahur..ye la..mesti minum time tu ka..tak kan nak minum time berpuasa pulak..hehe..selain itu ia dapat menambahkan kembali cecair didalam badan kita..
  2. berus gigi sekurang-kurangnya 3 kali..iaitu ketika selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas bersahur..
  3. makan makanan yang mengandungi serat dan juga vitamin..contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan..
  4. ketika berbuka, pastika kita meminum air panas dahulu sebelum meminum air sejuk..kerana keadaan mulut yag kering akan 'terkejut' bila menerima perubahan suhu yang ekstrim..

insyaAllah..semoga apa yang aku kongsi ni dapat kita hayati dan amalkan..bak kata Dr.Kamtumi " renung-renungkan dan selamat beramal"..


sebelum berpisah kita layang video sengal ni..haha..

6 comments:

Fahmi Raazali said...

huhu... kadang2 bila bercakap dgn org yang mulutnya berbau kuat sgt bulan2 puasa ni kurang selesa la... nk tegur mmg dah tau pun dia tu puasa...

tp belum ada lg yg bau KFC :-)

diNa de SoLa said...

huhu..
biasalaa 2 mulut org puasa brbau..
bkn pengotor kn yg pntg,..
nway, tips 2 ok jgak..
bley try ni nnt..
:)

manggosteen said...

Fahmi Raazali
>haha..ye la..tapi sekurang-kurangnya bgn awal2 pagi berus la jugak kan..hehe..

manggosteen said...

diNa de SoLa
>hurm..sbb tu aku share tips ni..

Penulis Setia said...

yela..kita kena jugak jaga kebershn wlw puasa :)

manggosteen said...

Penulis Setia
>betol tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails