manggester

Saturday, August 21, 2010

Hakikat Doa Ketika Duduk Antara Dua Sujud, Syahdunya Doa Yang Acapkali Kita Perkecilkan

السلام عليكم


wah..untuk post subuh-subuh ni siap dengan bagi salam dalam tulisan jawi lagi..okeh..pagi ni aku nak kongsi sedikit ilmu..ala..lebih kurang cam kuliah subuh la..hurm *clear throats*..

sebenarnya aku copy kat notes fesbuk orang je.dia tulis kat situ "feel free to share"..so,aku ambil la kesempatan ini untuk berkongsi dengan orang lain lak..

~start copy~

Sedar atau tidak, setiap hari kita memohon sesuatu di dalam solat kita. Tetapi sayangnya, kita hanya memohonnya tanpa memahami, sekadar lafazan di bibir, tetapi tidak tersentuh di hati. Ruginya kita selama ini. Apa kata mulai sekarang, kita mula menghayati doa yang kita lafazkan ketika duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun ini kepada Allah SWT.


gambarajah 1 : duduk antara 2 sujud

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita ini untuk menerima keampunan daripada Allah SWT, seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan daripadaNya. Ingatlah, bahawa kerdilnya diri ini untuk menerima keampunan daripada Allah SWT, dengan segala dosa sepanjang bertahun-tahun kita hidup di dunia. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua..


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah SWT yang tak terhitung besarnya. Ingatlah, siapalah kita untuk mendapat kasih sayang Allah SWT sedangkan kita hanyalah hambaNya, manusia biasa, yang tidak lari melakukan kesalahan dan dosa. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah SWT yang kita terima. Seterusnya..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah daku rezeki)

Wahdinii (berilah daku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkanlah daku)

Wa'fuannii (maafkanlah daku)


Setelah selesai, diamlah sejenak (tamakninah), lalu sampaikanlah rasa syukur kita betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Ia adalah doa kita kepada Allah SWT. Lihatlah betapa hinanya diri ini apabila kita membacanya dengan laju, tidak memahami, serta tidak bersungguh-sungguh ketika bermohon padaNya, sedangkan setiap hari Allah memberi ruang kepada kita untuk bermohon dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Begitulah nilai keagungan kasih sayang Allah kepada setiap hambaNya.

2 comments:

Fahmi Raazali said...

Huhu... disebabkan aku tak banyak hafal doa yg panjang2, doa duduk antara dua sujud ni antara ya g aku baca.

Perasan waktu check semula bacaan dalam solat aku utk kepastian. Kadang2 tu solat dah lama tp tak perasan silap bacaan dia.

Time check tu la aku perasan yg maksud bacaan duduk antara 2 sujud ni best sangat2 :-)

manggosteen said...

hurm..tol tu..
kengkadang kita men hentam je bacaan dia..
skali silap lak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails