manggester

Saturday, August 14, 2010

Derma Darah Boleh Menyelamatkan Nyawa..



assalamualaikum dan selamat sejahtera..

sabtu
14 ogos 2010
4 ramadhan 1431H

sila teliti ayat-ayat dibawah ini..
"saya takut jarum"
"saya dah derma dah dulu..tak kan saya lagi"
"derma darah boleh gemok tau"

hurm..kenapa ayat-ayat penyata seperti dibawah ini selalu kita dengar bila bercerita tentang derma darah..?
cuba kita renungkan :

adakah kerana kesakitan sedikit dicucuk jarum membuatkan kita tak boleh untuk berkongsi keperitan mereka yang menderita kehilangan darah..??

adakah hanya dengan sekali kita menderma darah kita dapat mengagihkan darah kita kepada semua yang memerlukan..??

dan adakah kita lebih bimbangkan kegemukan kerana menderma darah lebih dari kegemukan atas diet yang tidak seimbang??

bayangkan lah..

sekiranya di saat kita memerlukan bekalan darah akibat sesuatu kecelakaan..tetapi tiada seorang pun yang sudi mendermakan darah mereka untuk kita..

disaat orang yang amat kita sayangi bertarung nyawa kehilangan darah..kita sendiri hanya melihat dan masih takutkan jarum suntikan yang saiznya hanya beberapa inchi..

disaat orang lain kelihatan kurus kering kekurangan darah..sedangkan kita risaukan berat badan bertambah jika memberikan sedikit darah kepadanya..

c'mon la..alasan-alasan macam ni dah lapuk la..dulu boleh la kita memperbodohkan orang lain dengan alasan takutkan jarum..kita boleh la mengelak untuk menderma lepas hanya sekali menderma..dulu memang la kita boleh memomok-kan orang lain dengan dongengan palsu gemuk lepas derma darah..tapi sekarang orang dah tau la..

sebenarnya..tak pernah pun pakar-pakar kesihatan menyatakan bahawa derma darah boleh menggemuk-kan..mitos-mitos ni hanya direka oleh mereka yang kedekut dan pentingkan diri sendiri..

"masalah kegemukan selepas menderma (darah) tidak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik,emosi,pemakanan atau kurangnya riadah seseorang itu",kata Dr.Dinon Mohd (Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Malaysia, UIAM)
ref - KOSMO! bah. Isu(10 mac 2010)


Tahukah anda tentang darah:

1. Jenis darah ada 4 iaitu :

A,B,AB dan O (terdapat positif serta negatif bagi setiap jenis)

2. Jadual keserasian penderma dan penerima :


3. Jangka hayat darah merah adalah 42 hari dan platelet hanya 5 hari..

4. Siapa yang memerlukan bekalan darah:
  • mangsa kemalangan.
  • pesakit kronik seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia, kes-kes pembedahan dan lain-lain.

Kelebihan menderma darah :
  1. Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana ia digunakan untuk menghasilkan dara merah baru.
  2. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Dapat membantu mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardhu kifayah.
  4. Mendapat kelebihan rawatan di hospital-hospital kerajaan.


Memandangkan sekarang adalah bulan puasa..disini saya menjelaskan bahawa menderma darah ketika berpuasa tidak membatalkan puasa. ini bedasarkan atas dalil-dalil yang boleh diterima pakai..Check sini

pesana dari khidmat masyarakat : mari lah bersama-sama menderma darah demi membantu sesama manusia..sekali lagi ditegaskan bahawa menderma darah tidak menyebabkan kegemukan..



~derma darah boleh menyelamatkan nyawa~



9 comments:

bARdbOO said...

insyaAllah...memg teringin nk derma darah..


jum baca entry terbaru bARdbOO:

Gambar Iklan Hot

dayangredzuan said...

ini kisah pertama kali saye menderma darah...

http://dayangredzuan.blogspot.com/2010/07/pertama-kali-menderma-darah.html

manggosteen said...

haha..byk tol dugaan dayang derma darah.

Derus said...

ish..tak pernah derma darah lagi setakat nie..nak jgk cuba sekali..tp...

manggosteen said...

bardboo n derus ..try la..tak salah membantu org..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

dulu xpenah derma darah sbb berat xcukup. skng dah boleh kot :)

Fahmi Raazali said...

huhu baru2 nie kat UniSZA ada kempen derma darah.... aku punya lah pergi, tapi apa kan daya boleh terlupa pulak. bagun lewat dan kelas petang sampai pkl 5.... terkilan sekejap.

manggosteen said...

miss lolly a.k.a luvfareda :kalu tak ckp gak kene mkn byk2 lg..akaka.

manggosteen said...

Fahmi Raazali:pegi kat hospital je..senang..cari lab tabung darah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails