gambarajah 1 : hasil tulisan fatah
ok..hari ini adalah hari kedua aku pergi kebazar ramadhan sepanjang bulan puasa ni..sebab selalunya aku pergi berbuka puasa di masjid aje..free..hehe.jimat kos..tapi hari ini aku pergi kebazar sebab tak mahu kelam-kelibut untuk bersiap pergi ke-test tadi..
mulanya aku tawaf bazar tu sampai kehujung..memang biasa aku buat camni..supaya boleh buat pilihan yang lebih tepat semasa jalan balik ke motor aku..tapi hari ini pilihan aku memang agak tidak tepat dan juga meleset..
aku berenti digerai yang menjual mee,bihun kueytiau dan nasi goreng..macam kat pasar malam tu..then,aku order nasi goreng tu sebungkus..aku tengok tanda harga disitu bagi mee,bihun dan kueytiau adalah rm1.50..maka aku yakin bahawa nasi goreng juga sama harganya..sebab tiada sebarang tanda harga diletakkan..
disaat aku hendak bayar kepada brader jurujual tu dia cakap rm2.50..aku terpinga jap..bukan la terkejut sangat pun..tapi sebab time tu aku dah hulur kat dia rm2..pastu dia sound aku.."nasi goreng takde diskaun la"..ingat aku ni lekeh sangat ke?aku tak mintak pun diskaun..ingat aku hadap sangat nak diskaun kau..kalau setakat 2,3 hengget tu aku tak penah mintak diskaun la..mampu lagi aku bayar..tapi,kalau nak berniaga tu biar betul caranya..tanda harga letak la..bahasa tu jaga la sikit..
aku pun sound la dia balik..aku cakap " letak la tanda harga betul-betul kalau nak niaga",sambil aku hulur lagi lima kupang kat dia..pastu aku terus blah..malas aku nak hadap muka brader tu..sumpah aku taknak beli lagi kat kedai kau..walaupun kau tak akan rugi kalau aku tak beli kat gerai kau..tapi kau pasti akan rasa suatu hari nanti..
::aku suka kedai jual air tadi..ramah dan mesra pelanggan..
2 comments:
hehe mu kena sbb salah faham pasal tanda harga...
aku terkena sbb salah dengar harga yg orang tu cakap... time beli ayam percik... ayam tu nampak besar, masa kawan aku tanya harga aku dgr dia kata 3 hengget...
lepas tengok2 aku pegi balik gerai tu nak beli, time bayar bagi 10 hengget dan baki 5 hengget je... :-(
haha..tu la..laen kali soh org kedai tu pakai mic lak..
Post a Comment