manggester

Friday, March 11, 2011

Lagu paling menyentap jiwa dulu,kini dan selamanya..


kelmarin aku mendengar sinarfm. macam biasa lah, lagu-lagu baru dan lagu-lagu malar hijau diputarkan. dan salah satunya adalah lagu dibawah ini. sila play dulu dan sentapkan hati anda.


aku curi gambar ini kat sini

Sudirman - Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir



memang amat menyentuh hati lagu ini bila aku mendengarnya. rasa macam nak menitis air mata. tapi aku cover-cover la. tak kan nak nangis sebab dengar lagu lak kan. dengan orang baca talkin ko tak nangis lak. tapi sedikit sebanyak lagu ni ada unsur keinsafan juga terhadap Pencipta. dia memohon keampunan dan melaluiNya dia memberi kemaafan.

mungkin hayat kita sudah tidak lama lagi. jadi dikesempatan ini aku menyusun sepuluh jari memohon maaf jika sepanjang aku berbelog ini ada mengguris dan menyakitkan hati korang semua. ini mungkin bukan salam ku yang terakhir, tapi jika ianya yang terakhir kenang aku dalam doa korang.


::tacing giler time menaip ni

5 comments:

Tieah Madian said...

Perghhh.. Aku pun tacing giler nak taip komen ni.. Camne? Huhuhu.. Aku kan kadang2 tak berapa suka nak dengar lagu2 sedih yang boleh merundumkan jiwa aku, kau tau.. Hahaha.. Sebab aku giler sensitif.. Tapi aku jenis tak berapa nak tunjuk.. Aku mahu happy2 saja walhal dalam hati sape tau?????? Ngee :)

Entry Terbaru 1 : Kerja Sampingan Yang Menguntungkan
Entry Terbaru 2 : Keluhan Rakyat Malaysia Terhadap Stesen Televisyen

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

xle dg lagu ni babe..nak nagiss je...cehwahh..
jiwang pulak tibe2 ak kat sini..

haha

lagu ni sesuai kalo kita betol2 bpisah gn seseorag..cthnya : cikgu,,
dlm hati : cth nya , pakwe...haha

manggosteen said...

@d_tieah:kalau ko suke dgr lagu yang riang ria baik ko dengar lagu ba ba blackship je..mesti ceria selalu..ahahaha

manggosteen said...

@Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali :ahahha..nangis je kalau dgr lagu ni..bukan ada org nmpk pon kat dpn pc tu..

Paria Perawan said...

terbaek!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails