# tetapi aku terbitkan penulisan ini pada jam 11:59 pagi hari yang sama. harap maklum!
hari ini aku ingin berkongsi dengan kamu semua tentang sebuah buku atau aku tidak tahu secara spesifiknya sama ada ini buku atau novel. tetapi aku istilahkannya sebagai buku sudah memadai kan? baiklah buku ini dijudulkan dengan nama 'Diari Mat Despatch'. buku yang sepatutnya bersaiz sebuah buku laporan sains sekolah menengah telah dikompakkan kepada saiz buku nota.
buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai Mat Despatch yang mahu mengambil ujian penyunting sambilan di salah sebuah syarikat. disebabkan ujian itu mewajibkan calon menggunakan ayat 'Bahasa Melayu Tinggi' atau singkatannya BMT, lelaki ini telah menulis buku dalam bentuk diari.
dimulakan dengan sedikit pengenalan diri dan keadaan sekeliling, buku ini berkisar tentang aktiviti-aktiviti seharian beliau. nama sebenar lelaki ini dirahsiakan atas sebab tidak mahu segala rahsia tentang dirinya tersebar jika diari ini terlepas dari jagaan beliau. maka, beliau menggunakan nama Idlan Rayyan Bin Zahid Hamidi.
aku mula membaca buku ini disaat pemilik buku ini (pemilik buku ini juga meminjam buku ini daripada rakannya) pergi bermain futsal ditengah malam. dan dari permulaan buku ini aku merasakan ia agak bosan sehinggalah ke muka surat 18. di sinilah titik permulaan keseronokan aku membaca buku yang bertajuk 'Diari Mat Despatch'.
dikala aku menulis entry ini, aku masih belum menghabiskan seluruh isi perut buku ini. pembacaan aku terhenti di muka surat 19 kerana aku begitu teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang buku ini. dan aku mungkin gagal menghabiskan pembacaan aku pada saat ini kerana deruman enjin motor tuan buku sudah pun kedengaran diluar. niat dihati, ingin saja aku ke MPH Bookstore pada esok hari untuk membeli buku yang beharga Ringgit Malaysia sembilan dan sembilan puluh sen.
jika kamu semua ingin mengetahui kesudahan buku ini, aku usulkan agar kamu semua juga turut membeli buku ini. kerana aku belum pasti dapat menghabiskan pembacaan aku dalam masa terdekat ini. walaupun buku ini hanya mempunyai seratus lima puluh lima muka surat sahaja, tetapi aku amat kesuntukan waktu kerana penulisan tesis projek sarjana muda aku masih di bawah peratus memuaskan.
(corak penulisan yang agak skema ini adalah impak daripada pembacaan aku terhadap buku ini)

aku juga teringin untuk menerbitkan buku seperti ini. tetapi aku tidak pandai untuk 'menulis 'malah menaip pun masih seperti ayam mematuk dedak.
8 comments:
wah..ingatkan nak cite cikit pasal m/s 18 tuuuuuuu...
@Siti Nur Fatimah Mohamad Ali:ingat nak citer..tapi taip entry pon kat pc org..bila org tu dah balik dari main futsal aku kena blah la..citernye lawak sket sbb mamat tu kena kacau ngan awek2 kolej..tersipu2 dia..ahahaha
Nak baca boleh? Hahaha.. Cam best je.. Tapi konfem buku tu jadi pameran atas meja dalam bilik.. Ngee :)
Entry Terbaru : Video Bloody Wealth/Harta Berdarah Taib Mahmud
tieah: baca la..mmg best..ko cari la..kalau tak jumpe kat sana aku bley carikan kat sini..
Aku berasa sangat kagum melihat kau membaca buku. Setelah membaca review kau yang tak habis itu, aku berkeinginan untuk membeli buku tersebut.
Ini kerana aku ingin melihat sendiri kandungan buku itu yang telah membuatkan kau sudi untuk meluangkan masa membaca buku. :-)
fahmi:ayat kau menjadi skema juga selepas membaca review aku ini. jika kau membaca buku itu, justeru ayat kau menjadi lebih skema kerana ia menggunakan bahasa melayu tinggi.ahahaha
wah! Jika penulisan aku menggunakan bahasa Melayu tinggi, kawan-kawan akan pening kepala untuk memahaminya.
Cukuplah mereka pening-pening dan tak faham apa yang aku katakan sekarang ini. Aku guna gaya bahasa alien agaknya. :-)
Fahmi:tapi buku tu senang nak faham..bahasa dia mudah.tapi tinggi..kekeke
Post a Comment