manggester

Saturday, March 5, 2011

harta karun di kaki pelangi



"eh pelangi!", sergah aku kepada rakan ku sambil menuding jari kearah pelangi yang indah itu. tiba-tiba dengan satu tindakan reflek yang amat pantas rakan ku menepis tanganku dari terus menunjuk pelangi itu. aku terpinga-pinga dan ingankan penjelasan. rakanku yang faham dengan situasi itu seraya berkata "jangan tunjuk pelangi dengan tangan, nanti kudung!". aku tanya kenapa dan dia membalas "aku pun tak tahu tapi orang tua-tua cakap la".

sejak itu aku mula percaya bahawa menuding jari kearah pelangi boleh menyebabkan tangan aku boleh hilang secra tiba-tiba. setelah aku menginjak dewasa aku mula sedar dengan perkara tahyul ini. "apsal lak tunjuk pelangi boleh kudung lak tangan?",fikirku sendirian. lalu aku pun mendapatkan maklumat terperinci dari mereka-mereka yang lebih makan garam dari aku. ternyata perkara ini tipu tipu belaka.

tapi sesuatu yang sehingga kini masih bermain difikiranku adalah dimana kaki pelangi. sebab satu lagi perkara tahyul yang aku tahu adalah di kaki pelangi terdapatnya harta yang begitu banyak. pergh!best gile kalau aku dapat jumpa tempat tu. tetapi dengan fikiran yang matang dan waras aku sedar bahawa itu tipu tipu lagi.

sains menyatakan pelangi terbentuk apabila sinar cahaya matahari yang melalui titisan hujan dan terbias kepada 7 warna. iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. dulu-dulu masa sekolah aku gunakan istilah "Micheal Jackson Kena Halau Balik India Utara" sebagai memudahkan untuk mengingat. tapi sains juga gagal membuktikan dimana letaknya kaki pelangi apabila ia terbentuk.

jadi satu peringatan penting dari aku adalah jangan percaya bahawa anda boleh memohon untuk mendapatkan kad keahlian OKU jika anda menuding jari kearah pelangi. dan percaya lah harta di kaki pelangi bukan kau yang punya. tapi ahmad albab yang punya!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails