manggester

Tuesday, March 8, 2011

*GIVEAWAY 3 SPONSOR*

Join klik SINI

Give away dari blog bro eqbalzack yang ditaja oleh beliau sendiri serta 2 lagi sponsor iaitu blog enjoylukis dan mummy who bakes.


kisah zaman dahulu hingga kini sebagai seorang pelukis:

dulu masa zaman sekolah rendah aku memang terkenal dengan gelaran pelukis kerana aku sangat hebat dalam melukis. pantang ada pertandingan melukis pasti aku nak join punya. temanya macam biasa lah..tema kemerdekaan, tema anti dadah dan lain-lain lagi. dengan penuh penghayatan aku melukis. tetapi sesuatu yang amat mengecewakan aku adalah kerana aku tak pandai mewarna. kalau mewarna memang boleh dikategorikan sebagai 'loser' la.. dan atas sebab itulah aku akan kalah dalam setiap pertandingan yang aku sertai.

aku cukup benci dengan terma dan syarat pertandingan tersebut. sepatutnya kalau pertandingan melukis, tak payah la kena 'kaler' pulak. kan dah sia-sia je penyertaan aku tu. yang lagi sakit hati bila abang aku yang lukisannya pada suatu ketika dulu tak la cantik sangat, cuma dia pandai mewarna saja. dan dia pernah dapat hadiah saguhati dalam pertandingan tu.

walaupun bakat melukis aku sekarang sudah tumpul kerana jarang diasah oleh 'sharpener' tapi aku masih ada bakat melukis dengan menggunakan komputer. ye..tapi lukisan teknikal la..contohnya aku reti lukis guna software autocad dan solidwork. kira ok la masih ada bakat melukis..dan bakat mewarna aku masih tidak mencapai tahap terbaik kerana lukisan teknikal ni tak memerlukan bakat untuk mewarna..haha


kisah zaman dahulu sehingga kini sebagai penggemar coklat:

coklat..coklat..coklat..memang sukar untuk aku menolak jika dipelawa untuk menjamah coklat walaupun sedikit. dan aku agak terkilan jika ada orang yang makan coklat tanpa mempelawa aku. biarpun orang itu adalah seorang budak kecil. rasa macam nak rampas je coklat tu.

aku mula kenal coklat yang dulu aku panggil cekelat sejak kecil lagi. kerana kakak-kakak aku memang suka membeli coklat dan aku akan mengambil kesempatan untuk menge'pow' mereka.ye la..dulu kecik-kecik duit pon takde nak beli sendiri..kalau ada pon cukup untuk beli cekelat 'kandos' je..

zaman kegemilangan coklat dalam hidup aku adalah bila aku bergelar seorang penuntut di sebuah kolej bernama Kuittho..yeah! time tu aku dah ada duit sendiri (duit loan ptptpu) sehingga aku akan membeli coklat sebagai bekalan makanan dikala lapang. cadbury, toblerone, tak lupa juga coklat kisses dan daim dari langkawi. tapi asal namanya coklat memang aku bedal je..aiskrim coklat..donut big apple bersalut coklat..waffer coklat..pergh..

serius aku penggemar coklat tegar!

cukuplah aku cerita sedikit untuk entry kali ini..

- tieah! ko dah join lom GA ni?kalau belum join la..aku tag ko ni..

5 comments:

Tieah Madian said...

Macam bestlah.. Huhuhu.. Suka sangat.. Bile tutup??????


Entry Terbaru 1 : Kerja Sampingan Yang Menguntungkan
Entry Terbaru 2 : Keluhan Rakyat Malaysia Terhadap Stesen Televisyen

Tieah Madian said...

Esok pagi aku buat.. Sempat lagi kan? Huhuhu.. Jangan ko sedih baca cerita aku sudah.. Hahaha..


Entry Terbaru 1 : Kerja Sampingan Yang Menguntungkan
Entry Terbaru 2 : Keluhan Rakyat Malaysia Terhadap Stesen Televisyen

manggosteen said...

esok mlm tutup..dia soh wat entry ringkas..tapi aku dah terbebel panjang lak..belasah je la..malas aku nak edit balik..baik ko join..untung dpt coklat..pos kat aku sket..akaka

eqbalzack said...

terima kasih join GA 3 sponsor..entry yg menarik...
sekejap lagi abg eq akan linkkan kat blog..

manggosteen said...

@eqbalzack:ok thanks!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails