manggester

Monday, March 7, 2011

Surat Terbuka Untuk PM dan Isterinya

hari ini aku nak kongsikan kepada korang tentang dua penulisan seorang anak muda bernama Muhammad Muizzudin Zaini. Pada pandangan aku penulisannya ini menggambarkan pandangan bagi pihak rakyat yang betul-betul mahukan kemakmuran negara dan rakyat di bawah lindungan Allah SWT. tapi ada juga pandangan-pandangan orang lain yang membaca penulisan itu sebagai pandangan dari pihak pembangkang. tak salah untuk menolak pandangannya tetapi tidak boleh juga dicantas begitu sahaja kalau pun ia dari pihak pembangkang. kerana pembangkanglah yang boleh membuatkan pemimpin-pemimpin kita bersikap adil.

cuba kita bayangkan jika tiada pembangkang didalam politik ini, maka pihak kerajaan akan merasakan bahawa diri mereka sentiasa betul kerana penyokong-penyokongnya akan sentiasa menyokong tindakan pemimpin mereka. nama pun penyokong kan..

aku ambil sikit-sikit sahaja penulisan penulis ini kerana suratnya agak panjang

Surat terbuka untuk PM
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

...Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

...Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

...Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Surat Terbuka untuk Isteri PM
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

...Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

...Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!


kalau korang nak baca sepenuhnya sila klik :


Pandangan orang berbeza. cuba lihat dari perspektif sendiri tetapi perlulah berlandaskan kepada Al-Quran dan As-sunnah!

2 comments:

Tieah Madian said...

Erm, elok jugak dia buat camni tapi baik fikirkan elok2 sebelum publish.. Takut kang orang lain tiru jugak dan sekiranya surat ni dibaca PM dan isterinya, berkemnugkinan diterima, pasti orang lain akan tiru tindakan sebegini.. Dan2 lah jawabnya..
Kau faham maksud aku? Ya aku tahu kat Malaysia ni kita ade kebebasan bersuara tapi kenalah hati2 jangan sampai kerana mulut badan binasa, ye dak????????????? Tu kan PM, kite ni rakyat biase jek.. Ape yg ditulis kena ade bukti.. Baru kukuh tapi susahlah.. Kan? Hahahaha.. Memang diakui pembangkang ni memainkan peranan yg penting jugak supaya BN tidak terus goyang kaki cumanya nak kritik kerajaan kenalah dengan cara bukan main hentam je.. Eh2, asal panjang bebeno plak komen aku ni.. Macam kau plak yg tulis surat ni.. Hahaha.. Ampun Zul :)

manggosteen said...

tieah(nama sebenar mmg tieah ke..haha): huh..panjang..sampai aku rasa mcm aku yg bertanggungjawab atas surat ni..hahaha..

betul tu..nak tulis mmg kena ada bukti..tapi dak yg tulis ni ada benar gak..cuma dari segi peribadi PM ngan isterinya dia tak sepatutnya sentuh..melainkan hal-hal yang terang dan jelas..kalau dia ada bukti dia boleh kemukakan.tapi lebih baik dia tak hebahkan surat ni sebenarnya..pandangan org berbeza..tepuk dada tanya iman..

-tak cukup panjang nk lawan komen ko..ahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails