manggester

Monday, March 14, 2011

Aku sebuah assignment!

entry ini didedikasikan kepada segala macam assignment mangges serta projek psm nye!




Aku sebuah assignment. aku diwujudkan oleh seorang pensyarah untuk diberikan kepada mangges ini. disebabkan isi kandungan aku terlalu banyak, maka pensyarah(yang namanya tidak boleh dinyatakan atas sebab-sebab tertentu) telah memberi tempoh masa yang panjang untuk mangges menyiapkan aku.

bermula kehidupan aku setelah aku diserahkan secara rasminya kepada mangges. aku sentiasa berada dalam ingatan mangges pada hari pertama aku duwujudkan. setelah mangges balik kerumah sewanya pada petang itu, aku telahpun sedikit demi sedikit ditinggalkan olehnya diatas meja belajarnya.

masuk hari kedua aku merasakan diri aku sudah pun ditinggalkan secara total diatas meja belajar mangges. ditindih pula dengan rakan-rakan assignment dari subjek lain. kami semua seolah-olah sudah menjadi sampah disitu.

hari ketiga aku diwujudkan. kelihatan mangges menghampiri meja. aku serta rakan-rakanku mula bersorak gembira. "siapa yang mangges akan pilih dahulu?",bisik kami dalam hati. tetapi harapan itu musnah berkecai. mangges hanya mengambil kunci motor buruknya dan berlalu pergi.

hari ke-empat dan ke-lima kami masih menanti dengan penuh harapan. masihkan ada kami didalam hati mangges? atau sekurang-kurangnya berada disudut otak kirinya. "mangges please mangges!",kami mengharap lagi. hampir masuk hari ke-enam kami masih disitu sambil ditindih-tindih lagi dengan rakan-rakan baru kami.

hari ke-enam. yeah! mangges mula menyusun kami satu persatu. dibelek-beleknya kami sambil berkerut dahinya. mungkin dia baru sedar bahawa kami semakin ramai. dan kami mula menyesakkan kepala hotak beliau. tetapi mangges meletakkan kami kembali dan beredar. kelihatan dari jauh mangges cuba bertanyakan hal kami kepada rakan-rakan serumahnya. harapan kami kembali berbunga.

hari ketujuh. mangges mula kelam kabut cuba untuk menyiapkan kami. tetapi kalau sudah namanya kerja 'last minute' mesti lah kami disiapkan sekadar melepaskan batuk ditangga. dengan keadaan kami yang kucar-kacir, serta keadaan mangges yang kusut masai, kami akhirnya siap untuk dihantar.

hari due date. kami dihantar kepada pensyarah tersebut. pensyarah menerimanya tanpa berkata apa-apa. juga tanpa senyum. lagu malique dan najwa tidak dapat diputarkan kerana situasi yang agak tegang. mungkin kerana dia tahu kerja pelajar-pelajarnya keatas kami memang tidak memuaskan.

sebelum bermulanya peperksaan akhir, markah kami mula dipaparkan. dan ketika itu aku nampak penyesalan yang maha hebat terukir diwajah mangges. dalam hati kami terdetik" padan la dengan muka kau mangges! buat kerja ala kadar..dapat markah pun ala kadar la..haha".




: baik kau siapkan
assingment kau
wahai mangges!

6 comments:

Tieah Madian said...

Aku pun nak cakap padan muka jugak.. Hahahah..

Entry Terbaru : Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radioaktif Berlaku?

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

buat jgn xbuat..asigment tu menenangkan jiwa....haha

manggosteen said...

tieah: ahahaha..byk tak siap lagi ni..tolong aku wat..

manggosteen said...

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali: kekeke..memang tenang jiwa kalu reti buat la..kalau tak reti menyesakkan jiwa betol..

Fahmi dan Cabaran SEO said...

aku nak bagi ko markah A utk entri nie...

suka aku baca... :-)

manggosteen said...

Fahmi:ahahha..karangan zaman sekolah kot..kekekeke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails